Posted by: almalakawi | 31 Mei 2009

Hukum memandang perempuan

Hukum memandang perempuan

  • Sunat sebelum meminag seorang itu memandang perempuan yang hendak dijadikan isteri walau pun ketiadaan izinnya, kerana memada dengan izin syarak serta beberapa syarat

                                i.            diharapkan terima pinangannya.

                              ii.             lihat pada muka dan dua tangannya sahaja.

                            iii.             Semasa melihat ada serta perempuan walinya.

  • Harus mengulang lihat perempuan yang hendak dipinang atau yang telah menjadi tunang.
  • Haram lelaki baligh melihat perempuan ajanabi (bukan mahram) yang merdeka yang telah besar yakni yang telah sampai had sahwat samaada takut fitnah atau tiada.
  • Tidak haram melihat perempuan pada cermin jika tidak takut fitnah
  • Tidak haram mendengar suara jika tidak takut fitnah tetapi makruh.
  • Tiap-tiap yang haram lihat ketika berhubung haram lihat ketika bercerai seperti kuku perempuan, rambut perempuan, bulu ari-ari lelaki dan perempuan dan lain
  • Tiap-tiap haram melihat haram menyentuh samaada berhubung atau bercerai, kerana menyentuh terlebih bersangatan membawa kepada keinginan  daripada melihat.
  • harus memandang kepada kanak-kanak perempuan yang belum sampai had sahwat melainkan farajnya.
  • Memandang perempuan kepada lelaki ajanabi (mahram) sama hukumnya memandang lelaki kepada perempuan ajanabi.

Tujuh keadan lelaki memandang perempuan

  • Haram bagi lelaki memandang perempuan yang bukan mahramnya.
  • Harus bagi lelaki memandang isteri atau hambanya yang tidak berkahwin pada seluruh angota melainkan farajnya, adapun memandang faraj keduanya makruh.
  • Harus bagi lelaki memandang mahram atau hambanya yang telah berkahwin pada sekelian tubuh melainkan antara pusat dan lutut.
  • Harus bagi lelaki memandang bukan mahram kerana hendak dijadikan isteri pada muka dan dua tapak tangan.
  • Melihat kerana mengubati harus memandang pada tempat yang hendak diubati sahaja.
  • Harus memandang muka sahaja kerana penyaksian dan muamalat seperti jual beli.
  • Harus memandang seluruh tubuh hamba melainkan antara pusat dan lutut ketika hendak membelinya.
About these ads

Respon

  1. [...] Hukum Memandah Perempuan: Ust Elias Pondok Pasir Tumboh [...]

  2. assalamualaikum ustaz…ada persoalan sedikit,
    Adakah pendapat dari mana2 hadith atau al-quran yang mengatakan orang lelaki bila dia hendak memilih sesseorang perempuan untuk dijadikan isteri perlu umurnya sebaya atau lebih muda darinya? Sebab setahu saya masyarakat yang menentukan…
    2. Adakah dalam proses pemilihan ini perempuan tiada hak untuk menolak? jika dia tidak berkenan dengan si lelaki.

    • Tidak disyaratkan umur lelaki lebih tua dari perempuan,
      2. Perempuan yang dipinang tebahagi kepada dua satu anak dara maka dia tergagah oleh ayahnya dengan syarat-syaratnya, dengan kata lain dia tiada pilihan tetapi syara’ menyuruh ayah bertanya dahulu kepada perempuan itu adakah dia bersetuju.
      yang kedua janda maka dia berhak menentukan calun suaminya.

  3. Nak tanya sikit ni…apa yang dimaksudkan dengan tentang Fitnah Wanita dalam al-Quran ada bagitau …

    Adakah wanita ni pandai bawa fitnah
    Atau Wanita menjadi mangsa kepada bahan-bahan fitnah
    Atau DIA suruh berfikir, selidik & berhati2 dengan Fitnah yang dibuat oleh orang lelaki kepada wanita..

    • yang dikehendaki fitnah perempuan ialah dia yang menyebabkan terjadi fitnah seperti menimbulkan sahwat lelaki kepadanya, dan sebagainya.

  4. salam. nak tnya, apa sumber rujukan ust untuk ‘hukum memandang perempuan” ni? nk wt bibliografi tesis

  5. assalamualaikum ustaz, mohon penjelasan, adakah berdosa sekiranya laki2 secara sengaja melihat rambut wanita yang gugur secara tidak sengaja, dan adakah wanita itu turut berdosa kerana rambutnya yang gugur itu dilihat oleh laki2 bukan mahram?

    • Berdosa kerana juzuk yang bercerai itu seperti juzuk yang berhubung. adapun wanita itu tidak berdosa jika dia tidak sengaja.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 110 other followers

%d bloggers like this: