Posted by: almalakawi | 2 Jun 2009

Memilih calon isteri

Semua orang mengimpikan kehidupan yang selesa, dan kebahagian didalam rumah tanga.

Tahukah bagaimana untuk mencapainya dan apakah cirri-ciri yang perlu ada didalam sebuah rumah tanga yang bahagia?

Perempuan yang dipilih jadi isteri.

Sunat bagi mereka yan hendak mendirikan rumah tangga memilih calun isteri yang mempunyi ciri-ciri berikut

• Perempuan yang beragama lagi soleha kerana sabda Nabi

تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لارْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ

Seorang perempuan itu dikahwini kerana empat pekara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, atau agamanya maka hendaklah kamu ambil yang beragama jika tidak binasa tangan engkau yakni jadi papa engkau.

Biar perempuan itu miskin atau tidak cantik, yang penting dia beragama, kerana perempuan yang beragama dapat menjaga dirinya dari melakukan pekara yang dibenci oleh suami.

• Perempuan yang sempurna akal, sekalipun cantik tapi akal yang tidak sempurna boleh merosakkan hubungan suami isteri. Mereka yang kurang akal tidak dapat menilai kebaikan yang suami telah beri kepadanya. Kebanyakan orang yang kurang akal adalah mereka yang tiada pendidikan agama.

• Anak dara kerana sabda Nabi

 عَلَيْكُمْ بِالْأَبْكَارِ فَإِنَّهُنَّ أَعْذَبُ أَفْوَاهًا وَأَنْتَقُ أَرْحَامًا وَأَرْضَى بِالْيَسِيرِ

Nikah lah dengan yang dara-dara kerana mereka itu manis percakapannya, suci rahimnya dan reda dengan yang sedikit.

• Perempuan yang baligh

• Perempuan yang banyak anak diketahui demikian itu dengan segala kerabatnya.

Lelaki yang patut jadi suami

Sunat bagi wali perempuan memilih suami anaknya yang menpunyi ciri-ciri berikut

• lelaki yang beragama.

• Bujang (belum pernah berkahwin) • Yang eluk rupanya. 

• Yang kuasa mendirikan hak (nafkah dan lainnya)

About these ads

Responses

  1. Assalamualaikum..
    Ustaz, saya telah dirisik oleh keluarga seorang lelaki. Lelaki ini berpengetahuan agama (berpendidikan univ dan pondok), selalu menasihati saya dan berkongsi ilmu yang dipelajari. Saya yakin dia boleh membimbing saya. Namun, saya tetap lakukan istikhorah mohon petunjuk dari Allah. Bila sudah beberapa lama berkenalan, dia memberitahu pernah mengalami masalah jiwa dan masih mndpt rawatan. Keluarga tidak mengizinkan saya berkawan dgnnya lagi w/pun pada awalnya mereka yang meminta saya berkenal-kenal dengan dia. Saya rasa amat sayang untuk melepaskan seorang yang faham agama seperti dia. Pun begitu, saya juga tidak berani berterus terang dengan keluarga lalu saya serahkan semuanya pada Allah. Hati sya masih ingat pada dia. Apa harus saya lakukan agar hati saya benar-benar tawakkal pada Allah

    • Semuga kamu mendapat calun suami yang lebih baik.
      ingat pada diri bahawa semua perkara adalah ketentuan dari Allah.
      dan ingat tidak semua yang kita nampak baik itu adalah baik bagi kita.

      • Assalamualaikum…

        ustaz, mohon betulkan pandangan saya yea…
        Kebiasaan jika seseorg perempuan itu sudah suka akan seseorg lelaki itu ia mampu /akan melakukan apa sahaja.
        Ustaz, bukan ke jika si azzahra menolak lamaran si lelaki itu setelah dia mengetahui keadaan si lelaki itu, lelaki itu akan takut utk berterus terang & kemungkinan peluang untuk dia sembuh akan bertambah nipis?

  2. Ustaz adakah kufu’ itu menjadi sesuatu yang mesti semasa proses pemilihan ini berjalan? saya minta pandangan dari seorag ustazah…katanya kufu ini bergantung pada masyarakat..& dia mmg berbeza bagi setiap masyarakat.& dia bukan syarat yang wajib kecuali 4 perkara yang diperkatakan nabi s.a.w (agama, keturunan, cantik, kaya)?

    Berdasarkan pengalaman & pemerhatian saya, ada masyarakat yang mempunyai perbezaan dari segi kufu yang jauh contoh jarak pendidikan agama yang perempuan mempunyai taraf pendidikan agama yg rendah manakala sebaliknya bagi si lelaki…tetapi menjadi sebaliknya malah si perempuan menjadi lebih baik lagi dari segi agamanya berbanding si lelaki…bagaimana tu ustaz?

    Bergitu juga jika seorg lelaki itu tidak setaraf dari segi pendidikan / kerjaya…berbanding dengan si perempuan (si lelaki lebih rendah taraf pendidikannya) tetapi dengan bantuan & dorongan dari Allah Dan si isterinya si suami itu mampu memjadi yang sebaliknya..mohon ustaz jelaskan yea?

    Adakah mmg mutlak Kufu’ ini? sebab setahu saya jika si perempuan sudah setuju & teriam segala kekurangan yang ada pa lelaki itu atau sebaliknya kufu ini tidak menjadi satu halanagan.

    • Kupu adalah hak perempuan bukan lelaki.
      Apabila kita kata ianya hak perempuan maka perempuan itu boleh mengugurkan haknya. والله اعلم

  3. Salam ustaz…

    saya ada terbaca sebuah buku…di dalam buku terbabit ada mengatakan tak salah jika perempuan memulakan langkah pertama mengajak lelaki utk mendirikan “masjid”..tetapi biar dgn cara yg penuh bersopan & agak tak terlalu jelas sangat…

    Persoalannya kini,
    Masyarakat kita umumnya belum boleh dapat menerima cara ini, bila seseorg perempuan itu mengajak si lelaki utk mendirikan masjid, si perempuan itu di anggap:

    1) Tidak tahu malu
    2) Seolah2 dia dikecam..dah terlalu terdesak
    3) sure akan dipulaukan.

    seterusnya membuatkan si perempuan ni rasa serik…malu yg teramat sangat.

    Soalannya: bagaimana cara yg paling terbaik utk perempuan memulakan langkah pertama.
    Bagaimana yg dikatakan dalam buku terbabit, lelaki lebih berlapang dada jika perempuan memulakan dulu…tetapi yg saya perhatikan & melalui pengalaman…sebaliknya..bagaimana ustaz?

  4. إذا خطب إليكم من ترضون دينه وخلقه ، فزوجوه . إلا تفعلوا تكن فتنة في الأرض وفساد عريض

    “Apabila seseorang yang kalian ridhai agama dan akhlaknya datang kepada kalian untuk meminang wanita kalian, maka hendaknya kalian menikahkan orang tersebut dengan wanita kalian. Bila kalian tidak melakukannya niscaya akan terjadi fitnah di bumi dan kerusakan yang besar.”

    takhrij:
    HR Tirmizi [1084]

    soalan saya:apa yang dimaksudkan dgn fitnah & kerosakan dimuka bumi???…..mintak penjelasan dari ustaz…


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 112 other followers

%d bloggers like this: