Posted by: almalakawi | 6 Jun 2009

Fadilat bersugi, waktunya dan cara-cara

 

Bersugi

Bersugi

Fadilat bersugi / mengosok gigi

 

 

          Setengah fadilat bersugi iaitu dua rakaa’d sembahayang dengan mengosok gigi terlebih baik daripada tujuh puluh rakaa’d tampa mengosok gigi, orang yang bersugi mendapat keredaan tuhan, mensucikan mulut, mengelokkan bau mulut, menambah kercerdikan, mencerahkan mata, melambatkan tumbuh uban, mengelok tulang belakang, menggandakan pahala dan mengingatkan kalimah sahadah ketika hendak mati.

Masa disunatkan bersugi

          Sunat bersugi pada tiap-tiap keadan dan yang terlebih kuat dituntut pada ketika hendak membaca al-Quran, ketika hendak sembahyang kerana sabda nabi النبي صلى اللّه عليه وسم

لو لا أن أشق علي أمتى لأمرتهم بالسواك عند كل صلاة وفي رواية عند كل وضؤ

 Ertinya jikalau tidak menyusahkan umat ku sesunguhnya aku hendak memperwajibkan mereka itu bersugi pada tiap-tiap kali hendak sembahyang dan pada satu riwayat pada tiap-tiap kali mengambil wuduk. 

 Sunat bersugi ketika berubah bau mulut, ketika bangun daripada tidur, ketika kuning gigi, dan sunat pula ketika hendak tidur, ketika mengambil wuduk, ketika membaca hadihs, ketika hendak mati kerana bersugi memudahkan keluar roh dan banyak lagi masa disunatkan bersugi, lihatlah pada kitab-kitab yang beser.

Waktu makruh bersugi

Orang yang berpuasa dimakruhkan bersugi kemudian daripada gelincir matahari samaada puasa fardu atau sunat. Berkekalan makruhnya sehinga terbenam matahari. Imam Nawawi telah memilih akan ketiadan makruh samaada sebelum gelincir matahari atau sesudahnya.

Cara bersugi

 Disunatkan bersugi dengan tangan kanan dan dimulakan mengosuk pada gigi garaham pehak kanan mulut sebelah atas. bawah, luar dan dalam. Hendaklah dilalukan berus gigi atau kayu sugi di atas langit-langit dan gusi dengan perlahan-lahan supaya tidak bedarah. Hendaklah dilalukan pada gigi dan lidah. Sunat mengosuk melintang gigi. Makruh mengosuk membujur gigi kerana merosakkan gusi dan berdarahnya.

Alat- alat bersugi

 Kayu terlebih utama dibuat bersugi daripada lainnya. Kayu yang mempunyi bau yang harum terlebih utama daripada kayu yang tidak mempunyi bau. Kayu arak terlebih utama daripada yang lain kerana ia mempunyi bau yang harum,  mempunyi bulu seperti berus dan kerana nabi النبي صلى اللّه عليه وسلم mengunanya; mengiringinya pelepah kurma kerana alat sugi terakhir nabi; mengiringinya kayu zaitun kerana sabda nabi النبي صلى اللّه عليه وسلم

نعم السواك الزيتون من شجرة مباركة تطيب الفم وتذهب بالحفر وهو سواكى

 وسواك الأنبياء من قبلى

 Ertinya sebaik-baik berus gigi kayu zaitun ia adalah kayu yang diberi berkat. Ia mengelokkan bau mulut dan menghilang penyakit gigi. Kayu zaitun adalah berus gigi aku dan berus gigi nabi-nabi sebelum aku.

About these ads

Respon

  1. salam.dalam bulan puasa,kita perlu bersugi sebelum terbit matahari,tetapi,jika kita bangun lewat…perluke kt bersugi,adakah dia dikira makruh?

    • Bukan sebelum terbit matahari tetapi selepas gelincir matahari.

  2. assalamualaikum,ustaz. betul ke kayu sugi zaitun (warna coklat pekat) tu sunnah berbanding kayu sugi yang biasa kita jumpa?
    maaf jika soalan tidak sepatutnya.
    jazakallahukhair
    wassalam


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 109 other followers

%d bloggers like this: