Posted by: almalakawi | 7 Jun 2009

Berjunub (جَنَابَة)

Janabah (جَنَابَة)                                           

 Pengenalan

 Dari sudut bahasa janabah  (بُعْدٌ) bererti jauh

 Dari sudut syara`

 أََمْرٌ مَعْنَوِيٌ يَقُومُ بِالبَدَنِ يَمْنَعُ صِحَّةَ نَحْوِ الْصَلاَةِ حَيْثُ لاَ مُرَخِّصَ   

suatu pekara sekira-kira pada makna yang terjadi pada sekelian badan yang menegah ia seumpama sembahyang apabila tiada kemudahan syara`.

 Janabah boleh terjadi dengan dua cara

  1. Dengan sebab bersetubuh.
  2. Dengan sebab keluar mani.

 Berjunub / berhadas besar dengan sebab wati / bersetubuh

 Sabda nabi   (النبي صلى الله عليه وسلم) 

 إِذَا الْتَقَى الخِتَانَانِ فَقَدْ وَجَبَ الْغُسْلُ وَإِنْ لَمْ يُنْزِلْ رواه مسلم 

 Apabila bertemu dua yang di khatan maka wajib mandi dan jika tidak keluar mani sekalipun. Hadis ini  diriwayat oleh Muslim.

Yang dikehendaki dengan bertemu dua yang dikhatan iaitu masuk keseluruhan kepala zakar kedalam faraj, tidak yang dikehendaki disini bersentuh. Maka tidak berjunub seorang dengan masuk separuh kepala zakar.

 Sebab-sebab berjunub dengan bersetubuh /wati

  1. Lelaki yang bersetubuh dengan perempuan atau binatang samaada pada faraj atau pada dubur 
  2. Lelaki yang diwati pada duburnya.
  3. Perempuan yang diwati pada faraj atau dubur
  4. Khunsa yang mensetubuhi dan disetebuh pada farajnya serentak

 Syarat berjunub dengan bersetubuh

  1. Orang yang mewati nyata lelaki dan yang diwati nyata perempuan. Tidak jadi berjunub khunsa / orang yang tidak nyata lelaki atau perempuan samaada dia yang mewati atau yang diwati
  2.  Orang yang mewati dan diwati ialah orang yang hidup. Tidak berjunub orang yang sudah mati samaada lelaki atau perempuan
  3. Masuk keseluruhan kepala zakar kedalam faraj atau dubur sekalipun memakai kondom atau berbalut dengan seumpama kain yang tebal. Tidak berjunub dengan masuk separuh kepala zakar.
  4. Masuk kadar / angaran kepala zakar bagi mereka yang ketiadan kepala zakar dengan sebab terpotong atau asal kejadian

 Tidak disyaratkan orang yang mewati itu

  1. ada keinginan
  2. bangkit zakar
  3. keluar mani
  4. pilihan hati
  5. usahanya sendiri

Setubuh mayat

 Mayat perempuan yang diwati tidak berjunub dan tidak diulangkan mandinya samaada diwati pada kemaluan hadapan atau belakang. Begitu juga dengan mayat lelaki tidak berjunub dengan dipermasukkan zakarnya kedalam faraj perempuan.  Kerana tidak bergantung pada mayat suruhan syara`. Adapun wajib atas kita memandikannya disebabkan mati, supaya menyucikannya dan memuliakannya.

 Tidak wajib hukuman hudud sebab mewati mayat perempuan, dan tidak wajib membayar mas kahwin. Seperti tidak wajib diat / ganti rugi memotong anggota mayat. Tetapi binasa ibadat seseorang yang mewati mayat, dan seseorang itu wajib kaffarah puasa dan haji apabila mewati akan mayat.

 Mensetubuhi khunsa muskil / mereka yang mempunyi dua alat kelamin

Khunsa tidak diwajibkan mandi apabila dia memasukkan kepala zakarnya kedalam faraj atau dubur manusia atau binatang, dan khunsa tidak wajib mandi apabila  dimasukkan kepala zakar ke dalam alat kelaminnya. Adapun khunsa yang di setubuh duburnya mewajibkan dia mandi.

 Mengapa khunsa tidak berjunub apabila dia diwati atau mewati?

 Kerana tidak diketahui kedua-dua alat kelaminnya yang mana asli. Boleh jadi salah satu daripada zakar dan farajnya itu anggotanya yang lebih pada ketika itu bukanlah ia alat kelamin. Bandingannya tidak berjunub seorang perempuan apabila farajnya dimasukkan jari lelaki. Begitu juga tidak berjunub seorang lelaki apabila ia memasuk zakarnya kedalam mulut seorang perempuan.

 Yang dimaksudkan khunsa muskil ialah seorang yang mempunyai dua alat kelamin yang tidak diketahui yang mana asli. Adapun khunsa wadih iaitu mereka yang diketahui lelaki atau perempuan. Khunsa wadih juga mempunyai dua alat tapi salah satu berfungsi dengan baik. Jika yang berfungsi dengan baik itu zakar maka dia ialah lelaki dan jika yang berfungsi itu faraj maka dia ialah perempuan 

 Khunsa muskil yang  diwati dan yang mewati secara serentak jadi berjunub kerana hilang syak pada ketika itu. Maka diwajibkan keatasnya mandi.

Yang dimaksudkan serentak ialah dalam satu suci dia melakukan keduanya yakni mewati dan diwati.

Berjunub dengan sebab keluar mani

 Apabila seseorang lelaki atau perempuan keluar mani dirinya bukan mani orang lain, pada permulan kali tidak mani yang keluar kali kedua, samaada keluar pada ketika jaga sebab memandang atau berfikir pekara yang mendatangkan sahwat atau ketika tidur dengan bermimpi, dan jika keluar mani bukan jalan yang kebiasan sekalipun seperti keluar dari tulang sulbi; jadilah ia seorang yang berjunub yang mewajibkan mandi.

Jika keluar mani orang lain setelah selesai mandi junub sedangkan ia tidak ada sahwat pada ketika wati, seperti keluar mani lelaki yang mewati  daripada alat kelamin kanak-kanak perempuan  atau perempuan yang tidur, maka keduanya tidak perlu mengulangi mandi.

Jika keluar air mani kali kedua setelah selesai mandi junub tidak wajib dia mengulang mandinya seperti memasuk seorang air maninya yang telah keluar ke dalam alat kelaminnya kemudian air mani itu keluar semula selepas mandi.

Mengenal air mani

 Mengenal air mani yang keluar daripada lelaki atau perempuan dengan salah satu dari tiga sifat.

1.Keluar berkeadan terpancar-pancar jika tidak merasa lazat sekalipun

2.Merasa lazat semasa keluarnya jika tidak terpancar-pancar sekalipun

3.Dengan bau tepung yang diuli pada ketika basah dan bau seperti putih telur pada ketika kering.

Jika memperolehi seorang salah satu daripada tiga pekara ini, wajib ia mandi kerana nyata yang keluar  itu adalah mani.  

Melihat air mani pada kain atau hamparan

 Apabila melihat seorang air mani pada kain yang dia pakai sedangkan orang lain tidak memakainya, atau pada hamparan yang dia tidur tidak dan orang lain tidak tidur di atasnya, hendaklah ia mandi dan mengulang sembahyang yang sudah dikerjakannya kemudian daripada keluar mani, kerana hasillah janabah dengan dia lihat mani itu. Samaada air mani yang kelihatan itu di sebelah dalam kain atau sebelah luarnya. Adapun jika ada orang lain sama-sama memakai kainnya atau orang lain tidur diatas hamparannya, maka tidak wajib dia mandi dan mengulang sembahyang bahkan sunat sahaja kerana syak / ragu-ragu mani yang kelihatan itu maninya atau orang lain.

Peringatan        

 Keluar mani adalah salah satu daripada tanda baligh. Jadi baligh seorang kanak-kanak dengan keluar mani samaada dengan mimpi, memandang dengan sahwat, atau sebagainya. 

Haram sebab berjunub

 Haram orang yang berjunub sembahyang sujud syukur, sujud tilawah, sembahyang jenazah,berhenti di dalam masjid, membaca Al-Quran, menyentuh Mashaf

 Orang berjunub berpuasa

  Harus seorang yang berpuasa melewatkan mandi junub sehinga terbit fajar. Sah puasanya apabila dia melewatkan mandi, kerana sah puasa tidak disyaratkan suci daripada janabah. Tidak membatalkan puasa apabila termasuk air kedalam ronga pada ketika mandi wajib atau mandi sunat bersalahan mandi yang diharuskan, maka batal puasa seorang apabila ia mandi kerana bersejuk atau seumpamanya.

    Seorang yang berjunub pada siang hari bulan ramadan tidak batal puasanya jika berjunub dengan lain daripada wati dan mengeluar mani dengan tangan.

Lalu dan duduk di dalam masjid

 Tidak haram orang yang berjunub lalu di dalam masjid. Haram ia berulang-alik di dalamnya walaupun dengan hajat, seperti mengambil barang.

     Haram orang yang berjunub duduk di dalam masjid, melainkan mereka yang berjunub dalam masjid dengan junub yang lain daripada bersetubuh jika tidak boleh keluar oleh sebab pintu terkunci atau takut kehilangan barang yang ditinggalkan di dalamnya dan hendaklah ia mandi didalam masjid jika didapati air di dalamnya.   

     Haram seseorang mewati isterinya di dalam masjid walaupun sambil lalu di dalamnya.

 Orang berjunub berzikir

 Diharuskan orang yang berjunub berzikir walaupun dengan ayat-ayat Al-Quran seperti membaca ketika terkena bala

 وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ  

al-Baqarah. ayat 156

dan membaca ketika mengenderai kenderan

 سُبْحانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ  

az-Zukhruf ayat 13

dengan syarat tidak niat Quran.

انشا الله   saya akan sambung

About these ads

Responses

  1. salam ustaz,saya bangun tidur pd waktu pagi dan didapati seluar saya basah sedangkan saya tiada bermimpi junub.adakah wajib saya mandi?adakah itu yg dikatakn air wadi?


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 113 other followers

%d bloggers like this: