Posted by: almalakawi | 18 Jun 2009

Makna لا إله إلا الله محمد رسول الله

Makna dua kalimah syahada

ويجمع معانى هذه العقائد كلها قول لا إله إلا الله محمد  رسول الله

Makna sekelian akidah ini berhimpun pada perkataan لا إله إلا الله محمد  رسول الله (tiada tuhan melainkan الله dan Nabi Muhammad pesuruh الله).

Maksudnya tergulung didalam kalimah لا إله إلا الله dua puluh sifat yang wajib, dua puluh yang mustahil dan satu yang harus bagi تعالى الله dan terhimpun didalam kalimah محمد  رسول الله empat sifat yang wajib, empat yang mustahil dan satu yang harus, maka sekelian dua kalimah syahada terhimpun lima puluh akaid iman.

Makna لا إله إلا الله

 

 إذ معنى الألوهية إستغناء الإله عن كل ما سواه وافتقار كل ما عداه إليه

 فمعنى لا إله إلا الله لا مستغنيا عن كل ما سواه ومفتقرا إليه كل ما عداه إلا الله

(Sebab apa terhimpun pada kalimah لا إله إلا الله dua puluh yang wajib dua puluhyang mustahil dan satu yang harus) kerana makna ketuhanan itu terkaya Tuhan dari tiap-tiap suatu selainNya dan berkehendak selain dari Tuhan kepadaNya maka makna لا إله إلا الله tiada yang kaya melainkan الله dan tiada berkehendak/berhajat tiap-tiap suatu melainkan kepadaNya.

Ketahuilah bahawa terjemahan kalimah لا إله إلا الله ialah tiada tuhan melainkan الله yang membawa maksud tiada tuhan yang layak/yang patut disembah melainkan الله maka kalimah لا yang menafi, kalimah إله yang dinafi (yang ditolak), kalimah إلا mengecualikan dan kalimah الله yang dikecualikan yakni yang terkeluar daripada nafi dengan itu apabila kita mengucap kalimah ini maka kita tidak mengakui yang disembah dengan sebenar pada hakikat melainkan الله .

Hasilnya pekara yang dinafi adalah salah satu dari dua pekara pertama menafi segala tuhan yang disembah dengan sebenar pada hakikat melainkan الله, kedua menafi pekara yang ada pada hati mukmin yang mengambarkan banyak yang disembah dengan sebenar maka salah satu dari dua ini yang dinafi kemudian dihukumkan ada الله dan Dia lah tuhan yang sebenar.

Makna محمد رسول الله

وَيُؤْخَذُ مِنْهُ وُجُوبُ صِدْقِ الرُّسُلِ عَلَيْهِمُ الصَّلاَةُ وَالسَّلامُ وَاسْتِحَالَةُ اْلكِذْبِ عَلَيْهِمْ وَإِلاَّ لَمْ يَكَونُوا

 رُسُلاً أُمَنَاءَ لِمَوْلاَنَا اْلعَالِمِ بِاْلخَفِيَاتِ جلَّ وعزَّ وَاسْتِحَالَةُ فِعْلِ اْلمَنْهِيَاتِ كُلِّهَا ِلأَنَّهُمْ

 أُرْسِلُوا لِيَعْلَمُوا النَّاسَ بِأَقْوَالِهِم وَأَفْعَالِهِمْ وَسُكُوتِهِمْ فَيَلْزَمُ أَنْ لاَ يَكُونَ فِى جَمِيعِهَا

 مُخُالَفَةٌ ِلأَمْرِ مَوْلاَنَا جَلَّ وَعَزَّ الَّذِى اخْتَارَهُمْ عَلَى جَمِيعِ خَلْقِهِ وآمِنَهُم عَلَى سِرِّ وَحْيِهِ

Difaham daripada محمد رسول الله wajib benar sekelian rasul dan mustahil mereka pendusta. Sekiranya mereka pendusta tidaklah mereka itu kepercayan Tuhan kita yang mengetahui dengan pekara yang tersembunyi lagi pula yang Maha Besar dan Maha Mulia. Mustahil mereka melakukan pekara yang ditegah kerana mereka diutuskan supaya mengajar manusia melalui percakapan, perbbuatan dan diam mereka, maka tidak didapati sekelian yang tersebut menyalahi suruhan Tuhan yang telah memilih mereka itu dikalangan sekelian makhluk dan تعالى الله  mempercayai mereka atas rahsia wahyuNya.

وَلَعَلَّهَا ِلاخْتِصَارِهَا مَعَ اشْتِمَالِهَا عَلَى مَا ذَكَرْنَاهُ جَعَلَهَا الشَّرْعُ تَرْجُمَةً عَلَى مَا فِى اْلقَلْبِ مِنَ اْلإِسْلاَمِ

 وَلَمْ يُقْبَلْ مِن أَحَدٍ اْلإِيْمَانُ إِلاَّ بِهَا

Mudah-mudahan kalimah syahada kerana rengkasnya serta melenkapi pekara yang kami sebut, dijadi oleh syarak terjemah barang di dalam hati  iaitu islam. Tidak diterima dari seorang imannya melainkan dengan dua kalimah syadah.

 فَعَلَى اْلعَاقِلِ أَنْ يُكْثِرَ مِنْ ذِكْرِهَا مُسْتَحْضِرًا لِمَا احْتَوَتْ عَلَيْهِ مِنْ عَقَائِدِ اْلإِيْمَانِ حَتَّى تَمْتَزِجَ مَعَ مَعْنَاهَا بِلَحْمِهِ وَدَمِهِ فَإِنَّهُ يُرَى لَهَا مِنَ اْلأَسْرَارِ وَاْلعَجَائِبِ إِنْ شَاءَ اللهُ تعالى لاَ يَدْخُلُ تَحْتَ حَصْرٍ

Maka orang yang berakal membanyak mereka itu menyebutnya serta menghadir di dalam hati pekara yang meliputi di dalam kalimah syahadah daripada simpulan iman sehinga bercampur maknanya dengan darah daging mereka itu; dengan itu mereka akan dapat melihat pekara yang ajaib (yang pelik) yang tidak terkira seperti karamah dan maunah إن شاء الله تعالى

About these ads

Respon

  1. habis tu ustaz apa yg dikatakan makna lazim

    • lazim dengan makna mulazamah iaitu berterusan menyebut Allah samaada dengan lidah atau dengan hati dan yang terlebih baiknya kata imam nawawi dengan kedua2nya. rujukan alazkar bagi imam nawawi awal bab.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 109 other followers

%d bloggers like this: