Posted by: almalakawi | 22 Jun 2009

Mandi wajib

Pengenalan

Mandi dari sudut bahasa                 

                  سَيْلاَنُ المَاءِ عَلَى الشَيءِ

  Mengalirkan air diatas sesuatu.

 Dari sudut syara`

                 سَيْلاَنُ الْمَاءِ عَلَى جَمِيعِ الْبَدَنِ بِالنِّيةِ

mengalirkan air pada sekelian badan dengan niat 

Tidak diwajibkan seorang itu mandi dengan segera dan jika derhaka dia dengan pekara yang mewajibkan mandi sekalipun, seperti seorang yang berjunub dengan berzina maka tidak diwajibkan atasnya segerakan mandi. Kerana terhenti derhakanya dengan ia meningalkan berzina. Bersalahan orang yang melumur badannya dengan najis, dia jadi derhaka dengan sebabnya maka wajib atasnya menghilangkannya dengan bersegera, kerana derhakanya itu kekal selama dia tidak menghilangkan najis yang ada pada badannya.

Terkadang seorang itu wajib bersegera mandi apabila dia takut luput sembahayang dalam waktu. Atau dia berada dadalam masjid yang ada didalamnya tempat mandi dan dia tidak boleh keluar daripadanya kerana ada bahaya dan seumpamanya.

Pekara yang mewajibkan mandi

Pakara yang mewajibkan mandi ada lima tidak termasuk mandi kerana terkena najis pada seluruh badan ini kerana menghilangkan najis pada badan tidak tertentu dengan mandi kerana apabila seorang yang terkena najis pada tubuhnya memada dengan mengelupas kulitnya dan tidak tingal lagi kulit yang ada najis maka tidak wajib ia mandi kerana hasil sucinya daripada najis.

1. Syara` mewajibkan kita memandikan mayat orang islam melainkan orang yang mati syahid. Kita tidak diwajib memandikan mayat orang kafir tetapi harus kita mandikan mereka itu, adapun orang yang mati syahid haram kita mandikan. Wajib memandikan mayat kanak-kanak yang gugur daripada perut ibunya yang sampai umurnya empat bulan jika tidak zahir padanya tanda hidup sekalipun.

2.  Perempuan yang berhaidh wajib mandi dengan ijmak ulama`. Diwajib atasnya mandi setelah berhenti darah dan berkehendak memperbuat suatu yang tidak boleh dilakukan melainkan setelah mandi

3.  Ijmak ulama` mewajibkan perempuan yang berhenti darah nifas mandi apabila ia hendak memperbuat suatu yang mewajibkan mandi

4.  Beranak mewajibkan mandi dan jika anak yang keluar kering sekalipun. Kerana anak adalah mani yang beku, apabila keluar mani mewajibkan mandi maka keluar anak terlebih utama mewajibkan mandi. Perempuan yang keguguran samaada yang keluar itu ketul daging atau darah beku wajib ia mandi, apabila berkata doktor atau bidan ‘keduanya asal kejadian anak adam’. Wajib mandi perempua yang melahirkan anak apabila ia tidak kedatangan nifas dan sudah masuk waktu sembahayang. Bersalahan apabila tidak masuk waktu sembahayang atau ia kedatangan nifas mengiringi beranak maka tidak waji ia mandi 

5.  Berjunub mewajibkan mandi dengan ijmak kerana ferman الله

وَإِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا

Dan jika berjunub kamu maka hendaklah kamu bersuci al-Maaidah ayat 6.

Rukun mandi

Rukun mandi selain daripada mandi mayat iaitu dua pekara

Rukun yang pertama: Niat didalam hati dan sunat melafazkan niat seperti berkata seorang  نَوَيْتُ رَفَعَ الجَنَابَةِ  Ertinya sahaja aku mengangkat janabah jika ia berjunub, نَوَيتُ رَفْعَ الْحَيضِ ertinya sahaja aku mengangkat haidh jika ia berhaidh atau نَوَيْتُ رَفْعَ النِّفَاسِ ertinya sahaja aku mengangkat nifas jika ia bernifas yakni mengangkat hukum janabah, haidh dan nifas. Dibolehkan jika diniat dengan niat yang umum, ini lafaz niatnya نَوَيْتُ رَفْعَ الْحَدَثِ الأَكْبَرِ  ertinya sahaja aku mengangkat hadas yang besar atau نَوَيْتُ رَفْعَ الْحَدَثِ عَنْ جَمِيعِ الْبَدَنِ ertinya sahaja aku mengangkat hadas dari sekelian badan.

Jika ada pada diri seorang wanita janabah dan haidh memada ia berniat mengangkat haidh sahaja atau mengangkat janabah sahaja, maka terangkatlah janabah dan haidhnya serentak.

Waktu niat      

Wajib menyertakan niat pada mula membasuh satu suku daripada badan samaada kepala, tangan,kaki atau sebagainya. Jika sudah dibasuh satu suku pada badan tanpa niat hendaklah diulangi tempat yang sudah dibasuh itu. Seperti seorang menjirus kepalanya dengan tidak niat dan berniat ia semasa air sampai di bahunya, maka wajib ia ulang membasuh kepalanya. 

Rukun yang kedua: Meratakan air diseluruh zahir badan hinga kuku tangan dan kaki, dibawah kuku, sekelian rambut, sekelian bulu badan dan kulit di bawah tempat tumbuh rambut dan bulu, jika bulu itu tebal sekalipun, maka wajib meratakan air pada sekelian yang tersebut melainkan bulu yang tumbuh didalam lubang hidung.

Wajib menghurai simpulan rambut yang disimpul jika tidak sampai air di batinnya melainkan dengan dihurai. Wajib membuka sangul atau cocang yang dijalin jika tidak sampai air didalamnya. Tidak wajib menyampaikan air dibatin rambut yang tersimpul dengan sendirinya.

 Wajib meratakan air pada zahir lubang telinga, zahir lubang hidung dan  segala pcah-pecah kulit samaada pada tumit dan pada lainnya. Wajib menyampaikan air pada zahir faraj perempuan samaada anak dara atau janda. Diketahui zahir farajnya iaitu bahagian yang terbuka pada ketika duduk buang air / qada hajat. Wajib menyampaikan air dibawah kulup orang yang tidak berkhatan, pada pelipat kulit badan,dibawah buah dada, dibawah ketiak dan di dalam pusat kerana hadas besar melengkapi kesemua yang disebut. Demikian lagi wajib meratakan air pada bibir mulut  dan wajib menghilangkan gincu kerana ia menegah sampai air pada bibir. Wajib meneran sedikit dubur supaya dapat sampai air padanya.

Tidak wajib ketika mandi berkumur dan memasukkan air kedalam hidung demikian lagi tidak wajib membasuh biji mata dan jika terbuka kerana terpotong sekalipun. 

Syarat mandi

 Syarat mandi seperti syarat wuduk sebelas perkara:

  1. Hendaklah mandi dengan air mutlak
  2. Yakin atau zan keadan air itu mutlak
  3. orang yang mandi hendaklah islam
  4. Orang yang mandi sudah mumayyis / dapat membeza antara buruk dan baik.
  5. mengekal kan niat yakni tida suatu yang memutuskan niat.
  6. suci daripada haidh dan nifas
  7. Tidak ada pada anggota pekara yang mengubahkan air dengan ubah yang memberi mudarat pada air seperti bedak.
  8. Tidak digantung / tidak ditaklik akan niat dengan suatu seperti katanya  نَوَيْتُ رَفْعَ الْجَنَابَةِ إِنْ شَاءَ اللّهُ تَعَالَى  sahaja aku mengangkat hadas janabah jika dikehendaki oleh   اللّه
  9. Tidak ada pada anguta perkara yang menegah sampai air pada tempat yang wajib basuh.
  10. Mengetahui cara mandi dengan bahawa tidak mengangap yang sunat sebagai fardu dan sebaliknya.
  11. mengalirkan air pada seluruh tubuh sekira-kira ada aliran air. Tidak sah mandi jika sesaorang itu mensapukan air pada tubuhnya.

Pekara yang menegah sampai air dan hukumnya.

 Wajib menghilangkan suatu yang boleh menegah sampai air pada anguta, seperti daki, lilin, getah, sisik ikan dan barang sebagainya.

Wajib membasuh tempat yang terkena suatu yang menegah sampai air dan mengulang sembahayang yang dikerjakan sesudah mandi apabila diyakini wujudnya sebelum mandi adapun jika syak seorang ke wujudannya selepas mandi seperti dilihat ada lilin pada tangannya sedangkan dia ada memegang lilin yang sedang menyala sebelum mandi dan selepas mandi, dia tidak wajib  membasuh tompuk yang terkena lilin dan dia tidak wajib  mengulangi sembahayang yang dikerjakan kemudian daripada mandi kerana kita hukumkan mengikut masa yang  terhampir, maka masa yang terhampir disini ialah lilin itu terkena selepas mandi.    

Tida wajib mengulang mandi keseluruhan tubuh apabila didapati ada suatu yang menegah sampai air pada satu anguta, hanya yang wajib ia basuh tempat yang terkena benda yang menegah setelah menghilangkannya.

Cara mandi orang yang dibalut angutanya kerana sakit

 Pembalut, belat, external fixation / penetap luaran, P.O.P / simen dan tampal pada luka apabila tidak boleh ditangal ketika wajib mandi keran takut mudarat kepada si pemakai, dia hendaklah  membasuh bahagian yang tidak ditutupi dengan pembalut dan menyapu air diatas keseluruhan pembalut dan seumpamanya jika pembalut menutup tempat yang tidak sakit; adapun jika pembalut  menutup tempat yang sakit sahaja atau menutup lebih daripada tempat yang sakit tetapi ia basuh tempat yang tidak sakit dibawah pembalut tidaklah wajib ia menyapu air diatas pembalut pada dua masalah ini. Kemudian dia hendaklah  tayamum ganti tempat yang tidak terkena air dibawah pembalut atau dia tayamum dahulu kemudian mandi. Yang terlebih utama tayamum kemudian mandi supaya hilang kesan debu.

Sembahayang yang dikerjakan selepas mandi yang tidak dapat membasuh di bawah pembalut tidak wajib diqadaq dengan beberapa syarat.

  1. Hendaklah pembalut dibalut pada ketika suci dari hadas
  2. Pembalut jangan melebehi kadar luka atau cedra, dan tadak melebehi kadar yang tidak dapat tidak mesti dibalut supaya menguatkan balutan
  3. Tida najis yang tiadak dimaafkan dibawah pembalut
  4. pembalut tidak dibalut pada anggota tayamum                         

 Apabila tidak didapati salah-satudaripada tiga syarat ini maka wajib ia sembahyang kerana hormat waktu dan wajib pula ia mengqadaq sembahyang yang telah dikerjakan.

Contoh yang menepati syarat: Seorang yang terlibat dengan kemalangan patah kakinya, hendaklah ia mengangkat wuduq jika P.O.P / simen mesti dibalut pada bahagian kaki yang wajib dibasuh pada ketika berwuduk dan membasuh najis yang terkena pada kakinya seperti darah yang tidak dimaafkan jika ada dan membasuh keseluruhan kakinya dengan niat mandi junub jika ia berjunub kemudian dibalut kakinya kadar yang menguatkan percantuman tulang. Setelah itu jika ia berjunub dan tidak boleh dibuka simen / P.O.P hendaklah ia mandi sekelian anguta yang sihat kemudian ia sapu air diatas simen dan ia lap anguta tayamum dan hendaklah ia tayamum ganti membasuh dibawah simen 

Sunat-sunat mandi

Sunat-sunat mandi amat banyak sebahagian daripadanya, mengadap kiblat pada ketika mandi dan mengucap

Sunat berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung. Sunat menghilangkan benda yang keji tetapi suci seperti air mani dan hingus. Sunat membasuh najis hukmi / najis yang tidaboleh dilihat oleh mata atau najis  a`ini / najis yang boleh dilihat oleh mat yang boleh hilang dengan sekali lalu air. Adapun najis a`ini yang tida hilang melainkan dua kali jirus atau lebih maka wajib membasuhnya dahulu. Sunat menangalkan cincin jika sampai air dibawahnya jika tidak sampai air dibawahnya wajib menangalkannya.

 Sunat berwuduk

Setengah daripada sunat mandi mengambil wuduk dengan sempurna kemudian daripada menghilangkan yang keji-keji yang tersebut

Hasil sunat mandi dengan mendahulu sekelian wudhk daripada mandi atau mendahulukan setengah wuduk dan menkemudiankan setengahnya daripada mandi atau mengambil wudhu’ sekelianya pada pertenghan mandi. Tetapi yang afdal mendahulukan wudhu’ daripada mandi.

 Jika seorang yang berjunub mempunyai wuduk dia hendaklah niat sunat wuduk pada ketika berwuduk adapun jika dia berhadas dia hendaklah niat fardu wuduk. Apabila berhadas / batal wuduk seorang pada ketika mandi dia disunatkan mengulangkan wuduknya.

Makruh meningalkan berwuduk, berkumur-kumur dan memasukkan air kedalam hidung.

Mengosok

Kemudian daripada berwuduk sunat bersunguh-sunguh menyampaikan air pada seluruh tubuh dengan mengosok-gosok pada sekelian pelipat seperti pelipat perut, hadapan hidung, hujung mata, bawah telinga dan lainya iaitu pada sekelian tempat yang sukar sampai air; ini jika sampai air dengan jirus adapun jika tidak sampai air dengan semata-mata jirus maka wajib ia mengosok. Sunat menyalati rambut dan jangut. Sunat meniga-niga pada gosok dan menyalati.

Mualat

 Sunat mualat / berturut-turut pada membasuh anguta, yakni tidak wajib membasuh sehinga selesai ke semua anggota hanya sunat. Seorang harus mandi sebahagian tubuhnya seperti kepala dan menyambung membasuh anguta yang belum dibasuh pada ketika yang lain. 

Perempuan berhaidh dan bernifas disunatkan memakai bau-bauan selepas mandi

 Seorang wanita yang berhaidh atau bernifas disunatkan memakai bau-bauwan setelah selesai mandi, supaya tidak terbau kesan darah yang terkena pada tubuhnya.

Sebaiknya diletakan kasturi pada secebis kapas dan dimasukkan pada tempat yang wajib dibasuh pada farajnya. Jika tiada kasturi bolehlah ia guna apa sahaja pewangi yang suci. Jika tidak ada wangian disunatkan ia menguna tanah lumpur. Makruh ia tingalkan memakai bau-bauan.

Mandi-mandi sunat

 Mandi hari jumaat: Sunat mandi pada hari jumaat bagi mereka yang hendak hadir sembahyang jumat. Masuk waktunya dengan terbit fajar pagi jumat dan berkekalan waktunya sehinga tidak sempat ia hendak mengerjakan jumaat. Waktu yang afdal ketika hampir hendak pergi ke tempat  jumaat

 Mandi hari raya: Sunat mandi bagi sekelian umat islam samaada yang berkehendak hadir sembahyang hari raya atau tidak pada dua hari raya iaitu Aidil fitri dan Aidil adha. Masuk waktunya pada tengah malam dan keluar waktunya dengan terbenam matahari hari raya. Waktu yang afdal setelah terbit fajar.

Mandi kerana sembahyang mintak hujan: Masuk waktunya kepada mereka yang berkehendak sembahyang seorang diri dengan berkehendak melakukan sembahyang dan kepada mereka yang berkehendak sembahyang berjamaah masuk waktunya apabila hampir berhimpun manusia. Keluar waktunya dengan keluar daripada sembahyang.

 Mandi kerana gerhana matahari dan bulan: Masuk waktunya dengan permulan gerhana dan keluar waktunya dengan selesai gerhana.

 Mandi kafir masuk islam: Sunat mandi jika tidak berjunub, haidh, nifas atau beranak semasa kufurnya, adapu jika berjunub dan lainya maka wajib ia mandi.

Baki mandi sunat sila rujuk kitab yang lain sebahagiannya mandi selepas memandikan mayat, mandi sembuh daripada gila atau pitam jika tidak berhadas ia ketika itu, mandi kerana hendak ihram.

 Ini sahaja yang saya dapat catitkan daripada ilmu yang الّله kurniakan kepada saya والّله أعلم

وصلى الّله على سيدنا محمد وعلى آله وسلم والحمد الّله رب العالمين

About these ads

Respon

  1. Assalamu’alaikum ustaz,

    adakah muwalat yang sunat itu bermaksud boleh mandi wajib dibasuh pada anggota lain pada waktu subuh dan kemudian di sambung waktu mandi wajib pada anggota lain pada waktu asar keesokannya?

    • sunat mualat pada mandi junub bukan makna boleh melampaui watu sembahyang kerana syarat sah sembahyang mesti berada didalam suci daripada hadas besar dan hadas kecil, jika seorang mandi sebahagian angota kemudian sembahyang dan mandi lagi sebahgian angota, sembahyangnya tidak sah, kerana dia berada dalah hadas. yang dikehendaki dengan mualat ialah membasuh satu angota sebelum kering angota yang sebelumnya. contoh seorang yang berjunub membasuh kepala dengan niat mandi kemudian dia tidur, apabila dia bangkit dari tidur dia sambung membasuh badan dan lain.

  2. oh, jadi maksudnya meratakan air ke seluruh badan itu boleh pada sebahagian badan, dan kemudian diselangi dengan masa. Selepas itu boleh menyambung untuk meratakan bahagian anggota badan yang lain. Begitu ya ustaz? (ini menurut kefahaman saya dari jawapan yang diberi oleh ustaz).

    • Betul seperti yang di fahham والله اعلم

  3. Assalamu’alaikum Ustaz!
    Minyak adalah perkara yang menegah ratanya air ke badan semasa mandi wajib ataupun angkat wuduk (seperti juga lilin, getah, dan sisik ikan).
    d

    Soalan saya ustaz.

    Muka dan kulit kepala saya selalu berminyak (terbukti berminyak selepas mengosok kedua-dua anggota badan tersebut dengan tangan samada basah atau kering). Saya tidak memakai minyak rambut ataupun apa2 alatan perapi rambut yang lain. Dengan lain perkataan minyak pada muka dan kulit kepala saya itu bukannya minyak mendatang.

    Oleh itu, selepas membersihkan kotoran dan najis pada badan, adakah saya perlu menghilang- kan minyak tersebut dahulu sebelum saya mandi wajib ataupun saya boleh terus berniat dan mandi wajib tanpa menghilangkan minyak dimuka dan kepala saya terlebih dahulu?

    Sekian terima kasih ustaz.
    PakNikHase

    • Minyak yang tidak beku tidak termasuk perkara yang menegah air sampai pada anguta wuduk dan mandi

  4. Alhamdulillah!
    Saya sangat gembira dengan ulasan al-ustaz keatas permasalahan saya berhubung dengan kulit kepala dan muka berminyak itu.

    Tetapi ustaz semua kita tahu bahawa minyak dengan air tidak bercampur. Bagaimana air boleh rata ke anggota wuduk / mandi wajib yang berminyak seperti kulit kepala dan muka itu kalau tidak dibersih dan dihilangkan dengan sabun terlebih dahulu?

    Minta maaf ustaz kerana terpaksa melanjutkan perbicaraan dari hati yang ikhlas ini.

    Sekian, terima kasih ustaz!

    PakNikHase

    • Walaupun minyak tidak boleh bercampur dengan air tapi dia tidak menegah sampai air pada angota. والله اعلم

    • saudara, memanglah minyak x bercampur dengan air, tapi, apabila diletakkan keduanya sekali, air akan berada di bawah, minyak akan berada di atas..
      soo, kalu di kulit kita, lapisan air akan berada rapat di kulit, dan lapisan minyak akan berada di atas lpisan air

      • Macam mana minyak nak naik ke atas bila minyak dulu yang berada di kulit muka dan kulit kepala kemudian baru di airkan. Awak ni nak balas mana-mana permasalahan baca soalan biar betul-betul faham dulu. Kalau air dan minyak bercampur di luar memanglah balasan awak tu betul, tapi dalam kes saya ni awak salah pendekatan!

  5. Assalamu’alaikum Al Ustaz!

    Minta maaf ustaz kerana nak bicarakan sikit lagi tentang urutan jawapan berhubung dengan minyak tak bercampur dgn air tetapi ia tak menegah sampai air ke anggota.

    Untuk lebih meyakinkan lagi ustaz, ada ke apa2 dalil yang boleh ‘back-up’ atau memantapkan lagi jawapan ustaz yang bertarikh 21.01.2010 jam 6.55pm itu.

    Minta maaf ustaz kerana terpaksa memanjangkan sedikit lagi kulit kepala dan muka berminyak ini.

    Terima kasih dan wassalam!

    PakNikHase

    • Sila lihat kitab إعانة الطالبين juzuk pertama muka surat 35 cetakkan Darul Fikri. lihat pada ayat
      بخلاف دهن جار أي مائع وإن لم يثبت الماء

  6. Assalamu’aalaikum us, saya ade mendengar bahawa jika meninggal dunia seseorang Islam, wajib kita qodo dan bayarkan fidyah puasa dan fidyah sembahyang bagi si mati.

    soalannya, saya tidak tahu bagaimanakah nak melaksanakan fidyah2 ini jika tidak diketahui bilangan hari puasa dan solat yang ditinggalkan oleh si mati.

    • Kaul muktamad mazhab Syafie wajib qada atau bayar fidyah bagi orang mati yang meningalkan puasa.
      Adapun sembahyang tidak diqada atau dibayar fidyah, Kata setengah ulama hendaklah diqada atau dibayar fidyah dan telah memilih Syeh Subki akan perkataan ini dan dia memperbuat bagi kerabatnya.
      Cara yang paling mudah dikira dari umur balig hinga mati dibayarkan fidyah setiap satu sembahyang atau sehari puasa secupak atau cuba ingat bilakah si mati mula melakukan sembahyang maka hendaklah dikira dari balig hinga dia mula sembahyang. والله اعلم

      • ustaz mohon penjelasan lebih lanjut pengiraan fidyah bg si mati yang kita tidak tahu berapa puasa yang di tinggalkan.bagaimana pengiraan tarikh lahir dan tarikh mati serta tarikh baligh dikira untuk pmbayaran fidyah.

      • setahun tiga puluh cupak maka darabkan dengan umur nya dari baligh hinga mati contoh baligh 15 th. mati 56 th tolakkan 50 dengan 15 @ 50-15 = 35 maka 30 cupak darab 35 tahun = 1050 cupak, jadi kita ambil jalan bercermat, kita angap dia tidak pernah puasa.
        sekiranya dia ada berpuasa saya cadangkan ahli waris buat angaran berapa hari dia tidak puasa dan keluarkan fidyah setiap satu hari secupak.
        sila lihat http://almalakawi.wordpress.com/2010/08/19/cara-mengira-fidyah-puasa-ramadan-bagi-orang-yang-telah-mati/

      • terima kasih ustaz atas penjelasan.boleh ke kalau saya bayar fidyah beras nie pada pondok pasir tumbuh..2.secupak pengiraan berapa gram/kg pengiraan timbangan ari nie.

      • 1. terpulang pada saudara.
        2. sila lihat http://almalakawi.wordpress.com/2009/05/30/timbangan-sukatan-dan-jarak/

  7. Salam…….,

    Saya di sini ingin tahu samada boleh kah kita makan sebelum mandi wajib dan hukum nya……?

    • Harus makan sebelum mandi wajib tetapi makroh.

      • ustaz mintak penjelasan tentang doa “nurun nubuwwah”kalau ustaz mengetahui tentang doa ini.saya keliru ada pendapat kata salah

  8. ust, ana ada satu soalan..

    saya mendengar ada ust mengajar, mengatakan ‘tidak diterima mandi wajib seseorang yg mengeluarkan mani dgn tangannya, melainkn dia sudah bertaubat’

    kalu begitu,
    apa hukumnya seorang laki yg mengeluarkan air mani dgn tgnnya, lalu dia mandi wajib, selepas itu dia solat, adakah tidak sah solatnya?

    atau,
    dia masuk ke masjid, adakah haram hukumnya?

    • Sah mandi wajib walaupu sebab mandi wajib itu berdosa/maksiat seperti mengeluarkan mani dengan tangan. tidak disyaratkan pada mandi wajib hendaklah bertaubat dahulu.

      • ust..ana x berapa faham la kata2 ust yg ini..
        “tidak disyaratkan pada mandi wajib hendaklah bertaubat dahulu”

        mintak tlong ust jelaskan ye…
        terima kaseh..

      • Tidak disyaratkan bagi sah mandi kena bertaubat dulu. maaf kerana salah guna perkataan.

      • terima kaseh byak2 ust:)

  9. ustaz apa hukum wanita yang telah berkahwen mewarnakan rambutnya. apakah jenis bahan pewarna yang halal dipakai?

    • Harus jika suami izinkan tetapi hanya untuk dilihat oleh suami sahaja.
      jenisnya yang tidak najis dan yang tiada meningalkan zat yang melekat yang menegah sampai air pada rambut ketika mandi junub. والله اعلم

  10. saya nak tanya adakah sah puasa seseorg jika dia berjunub pada malam hari dan mandi junub selepas waktu subuh? apakah hukumnya?

    • Harus dia mandi selepas subuh, dan sah puasanya. والله اعلم

  11. Assalamualaikum,

    Tidak disyaratkan bagi sah mandi kena bertaubat dulu. maaf kerana salah guna perkataan.

    apa maksud ustaz,, taubat dengan cara apa ustaz??

    dengan niat ke??? contohnya tidak mahu melakukannya lagi..??

    • cuba baca soalan dan jawapan sebelum, saudara akan faham.

  12. salam ustaz nak tanya ckit ni.
    masa kita membasuh dubur ketika mandi wajib dalam keadaan mencangkung adakah sah mandi wajib kita

    • Sah.

  13. masa mencangkung tu kita xmeneran sedikit pun. sah atau tidak ustaz mandi wajib tu?

  14. Assalamualaikum ya Ustaz.

    Bagi mandi wajib, setakat mana perlu dibersihkan bahagian zahir telinga? Kerak-kerak nya? Lendir yang terdapat pada kulit nya?

    Syukran

    • Telinga zahir yakni sebelah belakang telinga dan batinya iaitu dalam teinga serta lipatan dan lubang telinga yang zahir wajib disampaikan air ketika mandi wajib

      • Kerak dan lendir dalam batin telinga wajib dibuang ya Ustaz? Jika ya, setakat mana?

        Syukran

      • kerak yang duduk pada had yang tidak melebihi dari ari telunjuk, jika di masukkan jari telunjuk pada lubang telinga.

  15. Bagaimana pulak kerak dan lendir di lipatan-lipatan telinga ya Ustaz? Terkadang sehinga terasa pedih. Bersihkan setakat mampu?

    • Sekira dibawah kerak dan lendir itu sampai air memada mandi itu.

      • Baik Ustaz. Syukran ya Ustaz.

  16. Ustaz saya lupa bertanya, adakah ketuat dan jerawat menghalang air sampai bagi wuduk dan mandi wajib?

    Syukran

  17. salam..ustz..mcm ni ustaz..saya sblum mndi hadas,,sy nyepit kuku..pstu terkene kt isi kulit dn drh,,,drh tu x byk n x sikit…tp sy mndi je dlm keadaan drh sdg keluar…pstu sy kenekn tmpt yg drah tu pd air..drh tu tetap kluar smpai abis mndi..sah ke ustaz mndi sy?

    • sah, kerana tempat bedarah tu sampai air dan air yang kena pada tempat luka air yang tidak berubah dengan sebab air yang dahulu dari air itu mensucikan tempat bedarah.

  18. Assalamualaikum ya Ustaz. Apakah had zahir dan batin bagi bibir/mulut ya Ustaz?

  19. Assalamualaikum ustaz…utk lebih pemahaman mandi wajib boleh ke kita niat di mulut semasa mandi wajib (bukan dlm hati)?
    2. Sah ke mandi wajib itu jika kita niat di mulut semasa air jatuh di atas kepala (mandi dgn air paip terus)?jika tidak sah berdosa ke selama ini apa yg telah kita kerjakan amalan?
    3.hrp ustaz dpt ungkai kemuskilan ini.terima ksh ustaz.

    • Niat mesti dalam hati.
      2.berlafas niat itu hanya sunat tidak wajib.

  20. Ustaz,

    Selepas mandi wajib & sudah bersolat subuh saya baru perasan ada sedikit kapur pada kaki saya. Saya yakin kapur itu ada sebelum saya mandi wajib. Wajib kah saya mandi semula & qada balik solat yg telah dilakukan? Terima kasih ustaz.

    • Anda hanya perlu basuh dibawah kapur itu sahaja dan wajib mengqada sembahyang.

  21. Mudahnya Islam, Tidak Memberatkan, Tetapi Sumber Ilmu Mestilah Sohih!

  22. Ustaz!
    Bila Kita Baca Penerangan Mengenai Mandi Wajib Di Atas Itu Maka Kita Faham Bahawa Betapa Banyaknya Kita Perlu Gunakan Air Pada Setiap Kali Kita Mandi Wajib. Jadi Timbul Tanda Tanya Di Sini Bagaimana Agaknya Baginda Rasulullah (S.A.W.) Dan Sahabat-Sahabat Baginda Mandi Wajib Di Mekah Atau Di Madinah Ketika Itu Yang Mana Kita Semua Tahu Bahawa Air Amatlah Berkurangan Di Sana? Macam Orang Selalu Kata “Ikutlah Sunnah Nabi Dalam Segala Hal”. Mohon Penjelasan Ustaz. Terima Kasih!

  23. Assalamualaikum. Ketika saya sedang mandi wajib, saya berniat “aku tak mandi wajib” secara tidak sengaja. Adakah sah mandi wajib saya?

    • Tidak sah kerana tidak ada niat yang boleh diterima

  24. Assalamualaikum ustaz, setelah selesai mandi wajib, saya tidak perasan bau wangian masih terlekat di tangan. Adakah sah mandi wajib saya?

    • Sah


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 109 other followers

%d bloggers like this: