Posted by: almalakawi | 16 Julai 2009

Sunat mengaminkan doa khatib dan sunat mengangkat tangan semasa berdo’a

Mengamin kan do’a adalah disunatkan apabila seseorang itu mendengar imam, khatib, atau siapa sahaja sedang berdoa dengan lafaz jamak yakni mereka itu memasukkan orang lain dalam do’a mereka itu.

Adapun hadis yang menyuruh diam semasa khatib membaca khutbah iaitu diam dari percakapan yang dibangsakan manusia, iaitu percakapan yang tidak ada kena mengena dengan ibadat.

Disunatkan mengangkat tangan semasa berdo’a dan mengaminkan do’a.

Adapun hadis  لا يرفع يديه في شئ من دعائه إلا في الاستسقاء  zahir hadis ini menapi mengangkat tangan selain pada meminta hujan sedangkan banyak hadis-hadis yang berlawanan dengan hadis ini yang mana rasulullah mengangkat tangan semasa berdo’a pada do’a lain daripada do’a meminta hujan.

Berkata Syeikh Ibnu Hajar didalam kitabnya “الفتح” bahawa napi mengangkat tangan pada hadis   لا يرفع يديه  bukan napi pada asal mengangkat tangan tetapi menapi pada sifat yang khusus yakni menapi melebihi mengangkat tangan dari kadar biasa. Kebiasannya rasulullah mengangkat tangan paras bahu tetapi pada do’a meminta hujan baginda mengangkat tangan membetuli muka dengan dalil  didalam hadis itu ada menyebut  sehingga kelihatan putih ketiak baginda.

Adapun hadis:

عمارة بن رويبة: “أنه رأى بشر بن مروان يرفع يديه، فأنكر ذلك، وقال: “قبح الله هاتين اليدين، لقد رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم ما يزيد على أن يقول بيده هكذا”، وأشار بإصبعه المسبحة.

“dari ‘Umaarah ibn Ru’aibah melihat Bishr ibn Marwaan ketika diatas mimbar mengangkat tangan dan mengingkari pekara yang dilakukan oleh Bishr ibn Marwaan dan berkata :’Semoga Allah menjadikan hodoh kedua-dua tangan. Aku melihat Rasulullah saw tidak menambah apa-apa melainkan seperti ini dan mengisyaratkan dengan jari telunjuknya.” menunjukkan larangan ini tertentu pada khatib maka pendengar khutbah tidak termasuk dalam larangan ini, kerana umum dalil mensunatkan mengangkat tangan pada berdo’a maka hendak melarang pendengar dari mengangkat tangan memerlukan dalil yang menyatakan larangan itu.

 والله اعلم

About these ads

Respon

  1. ustaz,adalah adat manusia apabila mereka membaca doa tolak bala mereka akan memalingkan tapak tangan mereka.Bagi yg demikian itu,adakah dalilnya daripada al quran dan hadis.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 110 other followers

%d bloggers like this: