Posted by: almalakawi | 18 Julai 2009

Dalil menyentuh perempuan membatalkan wuduk

 أو لامستم النساء فلم تجدوا ماءً فتيمموا صعيداً طيباً . النساء 43

atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah – debu, yang suci.

Perkataan  لامستم pada zahirnya membawa erti menyentuh, dikehendaki di sini bertemu dua kulit, tidak makna jimak (bersetubuh), kerana ada firman Allah فلمسوه بايدهم  lalu mereka memegangnya dengan tangan-tangan mereka Al-An’aam ayat 7. Di dalam sebuah hadis seorang sahabat (Maiz al-Aslami) mengaku berzina di hadapan Rasulullah lalu Rasulullah berkata:

( لعلك قبلت أولامست )..   boleh jadi engkau hanya kucup atau sentuh sahaja, Rasulullah berkata demikian supaya Maiz tidak mengaku berzina dan dia terlepas dari hukum hudud. Dua dalil ini menunjukkan perkataan اللمس membawa erti bersentuh bukan makna jimak. Berkata ahli bahasa perkataan اللمس  membawa erti menyentuh dengan tangan atau lainnya.

Mereka yang mengatakan اللمس dengan makna jimak menyalahi makna zahir, maka mereka  menguna maknakan majaz (menggantikan makna asal dengan makna lain) mereka berbuat demikian kerana ada hadis bahawa Aisyah menyentuh kaki Nabi ketika Nabi bersembahyang dan baginda meneruskan sembahyang.

Jawapan Mazhab Syafie bahawa ditangungkan sentuh itu dengan berlapik.

Dalil lain bagi mereka yang mengatakan tidak batal wuduk dengan menyentuh perempuan ialah Rasulullah mengucup isterinya dan kemudian keluar untuk melakukan sembahyang tanpa mengambil wuduk.

Jawapan Mazhab Syafie hadis ini lemah (dhaif) berkata Tirmizi dia ada bertanya Imam Bukhari tentang hadis ini Imam Bukhari menyatakan “bahawa hadis ini lemah”. Berkata Ibnu Hazmin “tidak ada stu hadis sahih dalam bab ini (tidak batal wuduk menyentuh perempuan)”.

Sekiranya hadis ini sahih ditangungkan bahawa perkara ini berlaku sebelum turun ayat  أو لامستم النساء . maka hadis ini dinasakh (klik disini) oleh ayat أو لامستم النساء.

Sentuh siapakah yang membatalkan wuduk?

Menurut Mazhab Syafie wuduk batal apabila kulit lelaki bersentuh kulit perempuan yang bukan mahramnya sedangkan perempuan itu sudah sampai had diinginkan (sudah sampai had syahwat). Jadi batal itu samaada orang yang menyentuh atau orang yang disentuh, dengan sahwat atau tiada sahwat, dengan sengaja atau tidak sengaja. Tidak batal wuduk bersentuh serta berlapik sekalipun nipis. Tidak batal menyentuh bukan kulit seperti rambut, kuku dan gigi. Tdak batal bersentuh dengan kanak-kanak yang belum sampai had sahwat.

Pada masalh ini (Sentuh siapakah yang membatalkan wuduk?) Mazhab Syafie berdalil atas jalan Qias.

Salah satu sumber hukum Mazhab Syafie adalah Qias.

Sebab apa syarat batal tidak berlapik? Kerana jika berlapik tidak dinamakan menyentuh.

Mengapa menyentuh mahram dan kanak-kanak yang belum sampai had sahwat tidak batal, kerana mahram dan kanak-kanak bukan tempat sangka sahwat seperti lelaki bersentuh dengan lelaki begitu juga perempuan bersentuh dengan perempuan, pada dua belah pihak tidak ada tempat sangka sahwat, begitu juga angota lain daripada kulit bukan tempat sangka sahwat.

Mengapa tidak sengaja sentuh membatalkan wuduk, kerana tidur, buang air, dan keluar angina dengan sengaja atau tidak sengaja membatalkan wuduk maka diqiaskn dengan sekelian ini.

About these ads

Responses

  1. Assalamu’alikum, ap kbr semua, saya orang hindi, bekerja di dubai, saya sudah baca blog ini, saya suka blog ini, tpi saya ngk tau bahasa melayu sekali, kurang aja, saya ingin belajar bahasa melayu sekali, insya Allah i wll try. http://www.sunnionlineclass.org

    wasalam….

    • Terima kasih Jabir Ibrahim kerana memberikan komen munkin anda boleh belajar dari blog ini

  2. saya orang jawa kurang arif bahasa tuan sekalipun banyak persamaan, inshaallah Pak ustaz boleh beri panduan ya

  3. barakallah ya ustaz..

    semoga dipanjangkan umur dalam ketaatan yg berpanjangan

    dan

    meneruskan dakwah islamiyyah..

    tahniah kerana dapat berkongsi ilmu melalui blog ustaz yang menarik ini.

  4. assalamualaikum ustaz…..adakah seorang perempuan yang tersentuh dengan bapa saudara yang boleh menjadi wali boleh membatalkan wudhuk..? Saya ada mengenali seorang yang mengamalkan tabligh menyatakan bahawa bersentuhan dengan ibu kandung pun turut membatalkan wudhuk…adakah ini benar..?

    • Tidak batal wudu menyentuh orang yang haram nikah secara berkekalan, haram selama-lama.

  5. assalamualaikum. saya nak dapatkan pandangan ustaz apa hukum mencampur air mustakmal yg kurang dari 2 kolah dengan air mutlak sehingga menjadi 2 kolah. adakah air tersebut menjadi mutlak seluruhnya. ada dalil tak.

    • Air itu jadi mutlaq sila lihat kitab fekah


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 112 other followers

%d bloggers like this: