Posted by: almalakawi | 20 Julai 2009

Cara mengetahui malam Lailatul-Qadar

ليلة القدر خير من الف شهر

Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

Pada sepuluh yang akhir bulan ramadan kita digalakkan beriktikaf di masjid supaya mendapat malam Lailatul-Qadar.

Mengikut pendapat Imam Syafie malam Lailatul-Qadar boleh ditemuai pada sepuluh yang akhir, tetapi malam yang ganjil terlebih diharapkan. Malam yang terlebih diharapkan daripada sekelian malam ganjil ialah malam dua puluh satu dan malam dua puluh tiga bulan Ramadan.

Imam Gazali dan lainnya ada menyebut bahawa malam Lailatul-Qadar boleh diketahui dengan meneliti satu hari bulan jatuh pada hari apa? Sekiranya satu hari bulan pada hari ahad atau hari rabu maka malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke dua puluh sembilan.

Sekiranya satu hari bulan hari isnin maka malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke dua puluh satu.

Sekiranya satu hari bulan pada hari selasa atau jumat maka malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke dua puluh tujuh.

Sekiranya satu hari bulan pada hari khamis maka Lailatul-Qadar pada malam yang ke dua puluh lima.

Sekiranya satu hari bulan hari sabtu maka Lailatul-Qadar malam yang ke dua puluh tiga.

Berkata Syeikh Abu Hasan Syazili selama baligh aku, aku tiada luput malam Lailatul-Qadar dengan menguna kaedah (cara) ini

Lihat jadual dibawah

No

Awal bulan hari

Lailatul-Qadar pada malam

1

Ahad

29

2

Isnin

21

3

Selasa

27

4

Rabu

29

5

Khamis

25

6

Jumat

27

7

Sabtu

23

Seorang yang dapat berbuat ibadat pada malam Lailatul-Qadar seolah-olah dia sentiasa beribadat selama lapan puluh tiga tahun. Orang yang menghidupkan malam Lailatul-Qadar diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.

Mertabat yang paling tinggi menghidupkan malam Lailatul-Qadar dengan pelbagai ibadat sepanjang malam, seperti sembahyang, membaca Al-Quran dan berdo’a.

Mertabat pertengahan menghidupkan malam Lailatul-Qadar dengan menghidup separuh malam dengan pelbagai ibadat.

Mertabat yang paling rendah menghidupkan malam Lailatul-Qadar dengan sembahyang isyak berjemaah, dan azam hendak sembahyang subuh berjemaah.

Fadilat malam Lailatul-Qadar tidak tertentu pada mereka yamg mengetahuinya tetapi hasil fadilat malam Lailatul-Qadar bagi mereka yang menhidupkannya walaupun mereka itu tidak mengetahui malam itu malam Lailatul-Qadar.

About these ads

Respon

  1. Salamun Alaikum:
    Syeikh Islam Waliuddin al Hafiz Aleraqi as Shafei Berkata dalam Tarhut Tathrib fi Syarhit Taqrib:
    ada banyak pendapat mengenai malam lailatil qadar melebihi 25 pendapat. antaranya kata :
    ( فَأَحَدُهَا ) أَنَّهَا فِي السَّنَةِ كُلِّهَا وَهُوَ مَحْكِيٌّ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ وَتَابَعَهُ أَبُو حَنِيفَةَ وَصَاحِبَاهُ لَكِنْ فِي صَحِيحِ مُسْلِمٍ وَغَيْرِهِ عَنْ زِرِّ بْنِ حُبَيْشٍ قَالَ ( سَأَلْت أُبَيَّ بْنَ كَعْبٍ فَقُلْت إنَّ أَخَاك ابْنَ مَسْعُودٍ يَقُولُ مَنْ يَقُمْ الْحَوْلَ يُصِبْ لَيْلَةَ الْقَدْرِ ، فَقَالَ رَحِمَهُ اللَّهُ أَرَادَ أَنْ لَا يَتَّكِلَ النَّاسُ أَمَّا إنَّهُ عَلِمَ أَنَّهَا فِي رَمَضَانَ وَأَنَّهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ وَأَنَّهَا لَيْلَةُ سَبْعٍ وَعِشْرِينَ ثُمَّ حَلَفَ لَا يَسْتَثْنِي أَنَّهَا لَيْلَةُ سَبْعٍ وَعِشْرِينَ فَقُلْت بِأَيِّ شَيْءٍ تَقُولُ ذَلِكَ يَا أَبَا الْمُنْذِرِ ؟ قَالَ بِالْعَلَامَةِ أَوْ بِالْآيَةِ الَّتِي أَخْبَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهَا تَطْلُعُ يَوْمئِذٍ لَا شُعَاعَ لَهَا ) .
    mazhab pertamanya > sesungguhnya lailatal qadar berlaku sepanjang tahun perkara ini dihikayatkan daripada Abdullah bin Masud dan mengikut akan dia oleh imam Hanafi dan dua sahabatnya iaitu Abu yusuf dan Mohammad Hassan As Saybani, akan tetapi disebut dalam sahih Muslim dan lainnya daripada Zir bin Khubaisin ( pengerusi mesywarat Umar alKhatab) berkata ia> aku tanya akan Ubai Bin Kaab RA maka kata ku (yakni bagi Ubai) sunggunya sedara kita ibnu Masud berkata barangsiapa berjaga sepanjang malam dalam setahun nescaya bertemu ia akan malam lailatil qadar, dan baca seterusnya.

  2. وَيَشْهَدُ لِمَا فَهِمَهُ أُبَيٌّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ مِنْ كَلَامِ عَبْدِ اللَّهِ مَا رَوَاهُ أَحْمَدُ فِي مُسْنَدِهِ عَنْ أَبِي عَقْرَبَ قَالَ غَدَوْتُ إلَى ابْنِ مَسْعُودٍ ذَاتَ غَدَاةٍ فِي رَمَضَانَ فَوَجَدْتُهُ فَوْقَ بَيْتٍ جَالِسًا فَسَمِعْنَا صَوْتَهُ وَهُوَ يَقُولُ صَدَقَ اللَّهُ وَبَلَّغَ رَسُولُهُ فَقُلْنَا سَمِعْنَاكَ تَقَوُّلُ صَدَقَ اللَّهُ وَبَلَّغَ رَسُولُهُ فَقَالَ { أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي النِّصْفِ مِنْ السَّبْعِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ تَطْلُعُ الشَّمْسُ غَدَاتَئِذٍ صَافِيَةً لَيْسَ لَهَا شُعَاعٌ فَنَظَرْتُ إلَيْهَا فَوَجَدْتُهَا كَمَا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ } وَرَوَاهُ الْبَزَّارُ فِي مُسْنَدِهِ بِنَحْوِهِ
    Dan diambil syahid bagi barang yang memahami akan dia oleh Ubai RA daripada kalam Abdullah, akan barang yang meriwayatkan dia oleh Imam Ahmad dalam musnadnya daripada Abi A’qrhab berkata ia berpagi-pagi aku pergi kepada ibnu Masud pada satu pagi dalam bulan Ramadhan maka aku dapati ia berada diatas rumah pada sedang duduk ia maka aku dengar akan suaranya pada hal berkata ia “ telah benarlah Allah dan telah menyampai oleh Rasulnya” maka kami kata “telah kami dengar akan kata engkau yang engkau berkata telah benar Allah dan Rasulnya maka kata ia seungguhnya Rasulullah saw bersabda “malam qadar itu berlaku pada nisfi daripada tujuh malam yang akhir daripda Ramadhan yang naiklah matahari pada paginya dalam keadaan bersih putih yang tiada baginya pancaran tajam maka aku lihat kepadanya maka kami dapati akan dia seperti mana kata Rasulullah saw “ hadis riwayat Bazzar dalam Musnadnya dengan seumpama hadis yang terdahulu. Wallahu aalam.

  3. Assalamualaikum ustaz..
    sy minta izin utk sharekan ilmu ini di Facebook saya.
    Sekian.

    • silakan

  4. Assalamualaikum ustaz..

    Saya nk bertanya jika wanita datang haidh antara 10 malam akhir, apakah amalan yang boleh dilakukan pada waktu malam terutama malam yang mungkin lailatul Qadar selain berzikir, membca selawat?

    • Dia boleh buat banyak lagi ibadat yang lain seperti banyakkan berdoa’, memahami masalah-masalah fekah, bertafaqur mengingatkan kebesaran tuhan, bersedekah, dan banyak lagi.

  5. assalamualaikum ustaz.

    saya nak tanya, maksud ‘satu hari bulan jatuh pada hari apa’ yang ustaz berikan dalam ruangan cara mencari lailatul qadar, ape maksudnya?

    adakah satu haribulan ramadhan?

    • betul, satu ramadan.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 111 other followers

%d bloggers like this: