Posted by: almalakawi | 31 Julai 2009

Berjabat tangan atau Musafaha dengan perempuan

Kepada yang bertanya, kemungkinan maksud anda dengan kata bersalaman ialah berjabat tangan, sekiranya anda menhendakinya memberi salam sila klik disini untuk melihat hukumnya.

Berjabat tangan antara lelaki dan perempuan yang halal nikah adalah haram.

Kerana firman Allah dalam surah An-Nuur ayat 30

قل للمؤمنين يغضوا من أبصارهم ويحفظوا فروجهم ذلك أزكى لهم إن الله خبير بما يصنعون وقل للمؤمنات يغضضن من أبصارهن ويحفظن فروجهن

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka;.

Ayat ini mengharam kan lelaki dan perempuan memandag antara keduanya maka diqiaskan menyentuh  kerana menyentuh terlebih bersangatan membangkitkan sahwat dari memandang, qias ini dinamakan qias aulawi.

رُوِي عن معقل بن يسار أن رسول الله  صلى الله عليه وسلم  قال : “لأن يُطعَن في رأس أحدِكم بمِخْيَط من حديد ، خير له من أن يَمَسَّ امرأةً لا تَحِل له” ، رواه الطبراني والبيهقي

Di riwayat daripada Ma’kil bin Yasar bahawa Rasulullah bersabda sesunguhnya ditikam pada kepala seorang kamu dengan jarum yang diperbuat dari besi terlebih baik baginya daripada dia menyentuh perempuan yang tidak halal baginya.

Menurut mazhab syafie menyentuh perempuan yang halal nikah adalah haram sama ada sahwat atau tidak, sama ada muda mahupun yang tua, melainkan kanak-kanak yang belum sampai had sahwat.  والله اعلم.

About these ads

Responses

  1. Assalamualaikum ya ustaz.. ana minta izin untuk copy risalah ini untuk di sebarkan kepada pelajar usm. Minta ustaz letak juga rujukan untuk ayat al-quran petikan dari surah dan ayat yg ke berapa, sebab bila ana copy kedudukan ayat menjadi tidak teratur… jika ada petikan ayat untuk setiap firman Allah boleh ana copy pada quran digital kerana komputer ana tidak ada software jawi atau arab. Jazakallah

    • terimakasih kerana sebarkan artikel yang ada di dalam blog ini semuga Allah membalas kebajikan yang kita lakukan

  2. tapi ust, ada org kte klu perempuan tu dah hulur, takpe kite sambut salam itu…
    betul ke?

    • Orang tu siapa?

  3. haha…
    sy dgr2 kuliyah kt surau gtu2 je

    • Sah jika umum bala, yakni sukar menjaganya

      • contohnya?

      • Minta maaf Saya salah letak jawapan “Sah jika umum bala, yakni sukar menjaganya”

  4. Assalamualaikum, mohon ust perjelaskan..

    1. semasa tawaf di kaabah,tiba2 bersentuh dgn perempuan yg bukan mahram adakah batal wuduk.

    2.mohon ust perjelasakan kaedah supaya tidak membatalkan wuduk semasa kerja tawaf dilakukan.

    terima kasih ust…

    • Sekiranya dia berwuduk dengan wuduk mazhab Syafie maka batal wuduknya, caranya dia hendaklah berwuduk dengan mazhab lain. sila cari guru untuk mempelajarinya. والله اعلم

  5. Assalamualaikum ustaz…

    bagaimana jika berjabat tangan dengan saudara mara / ipar duai.?.. jika tidak berjabat tangan dgnnya akan menimbulkan rasa kurang senang ibu & bapa…

    • Kemurkan Allah itu lebih perlu ditakuti.
      sebaiknya beri tahu ibu bapa tentang perkara ini dan ajak berbincang.

  6. terima kasih

  7. Assalamu’alaikum, Ustaz…

    Bagaimana dengan seorang lelaki bersalaman dengan emak/bapa saudara yang bukan adik-beradik ibu bapanya? Maksud ana, emak saudara sebelah ayah atau ibu berkahwin dengan seorang laki. laki/perempuan itu seterusnya akan menjadi bapa/emak saudara kita.

    • Haram bersalaman dengan mak saudara sabit atau bapa saudara sabit (isteri bapa saudara atau suami mak saudara)

  8. Assalamualaikum ustaz…
    saya ingin bertanyakan tentang Haji..maaf tajuk lain ni..
    Di antara syarat2 yang boleh dikenakan dam sewaktu haji/ umrahkeatas seseorg setelah berniat iqram ialah tidak boleh memakai bau2an yang wangi…
    1) boleh atau tidak seseorang itu menggunakan minyak zaitun (utk dijadikan pelembab pada kulit) atau france oil..?

  9. Assalamualaikum ustaz…
    ustaz apakah hukum anak tiri berjabat tangan (bersalam) dengan ayah tiri, dan boleh tak ayah tiri berkahwin dengan anak tiri??

  10. Assalamualaikum Ustaz
    bagaimana kalau berlapik,seperti memakai sarung tangan?adakah berdosa?

    • Haram bukan kerana bersentuh tetapi haram kerana pergaulan. والله اعلم


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 112 other followers

%d bloggers like this: