Posted by: almalakawi | 28 Ogos 2009

Sujud Sahwi

Sujud sahwi sunat dilakukan dua sujud sebelum salam.

Sunat sujud sahwi dengan salah satu daripada empat sebab.

1. sebab meninggalkanh salah satu sunat aba’d yang lapan sama ada ditinggalkan dengan sengaja atau lupa.

Seperti:

  • meninggalkan tahyat awal
  • meninggalkan qunut subuh atau qunut witir nisfu yang kedua bulan ramadan(enam belas hingga akhir ramadan).
  • meninggal membaca selawat ke atas Nabi di dalam tahyat awal
  • meninggal membaca selawat ke atas Nabi di dalam qunut
  • meninggalkan duduk pada tahyat awal, dan selawat
  • meninggalkan berdiri pada qunut, dan selawat.
  • meninggal berselawat ke atas keluarga Nabi di dalam tahyat akhir.
  • meninggalkan duduk pada selawat ke atas keluarga Nabi

2. Sebab melakukan perbuatan yang tidak membatalkan sembahyang dengan lupa tapi batal jika dilakukan dengan sengaja.

Seperti:

  • berkata-kata yang sedikit dengan lupa.
  • makan yang sedikit dengan lupa.
  • menambahi rukun fe’li (rukun jenis perbuatan) dengan lupa, seperti rukuk dan sujud.
  • memanjangkan rukun yang pendek dengan lupa, seperti i’tidal dan duduk antara dua sujud.
  • menambahi rakaat dengan lupa.

3. Sebab membaca rukun qauli (rukun jenis bacaan), atau sunat qauli pada lain daripada tempatnya sama ada dilakukan dengan sengaja atau dengan terlupa.

Ini pada lain takbiratul-ihram dan salam, adapun pada keduanya jika dilakukan dengan sengaja membatalkan sembahyang. Seperti membaca Fatihah dan surah semasa ruku’ dan sebagainya.

Tidak disunatkan sujud sahwi jika membaca surah sebelum membaca Fatihah atau berselawat sebelum membaca tahyat, kerana berdiri itu tempat surah dan duduk itu tempat selawat maka tiada dinamakan memindahkan pada tempat lain.

4. sebab syak ada meninggalkan satu sunat aba’d yang lapan yang telah terdahulu sebutnya.

Orang yang syak pada bilangan rakaat hendaklah dia mengambil yang yakin iaitu yang sedikit seperti adakah dia telah mengerjakan sembahyang tiga rakaat atau empat maka dia wajib menambah serakaat lagi, kerana tiga yakin sudah dilakukan sedangkan empat disyaki, setelah menambah serakaat sunat pula dia sujud sahwi.

Orang yang syak ada meningalkan ruku’ atau sujud, wajib dia melakukan ruku’ atau sujud itu dan sunat dia sujud sahwi.

About these ads

Respon

  1. Assalamualaikum ustaz boleh tolong jelaskan bagaimana sujud sahwi ini dilakukan? sebab saya mendapat banyak pandangan tentang cara untuk melakukan sujud sahwi…mohon ustz tolong jelaskan terima kasih.

  2. mohon balas yea ustaz?

  3. Ustaz boleh tak jikalau seseorang itu hanya membaca sekali sahaja tasbih rukuk dan tasbih sujud sama ada pada sembahyang fardhu atau sembahyang sunat?Ini kerana daripada pemerhatian sahaja di masjid, saya dapati imam dan orang lain apabila sembahyang terlalu cepat. Saya tak pasti sama ada mereka baca tasbih rukuk dan sujud ini 3 kali atau 1 kali.Sah tak sembahyang kalau tidak membaca tasbih ruku dan sujud?

    • Tasbih dalam sujud adalah sunat maka apabila meningalkan tasbih maka sah sembahyang.
      yang menyebabkan tidak sah sembahyang apabila meningalkan rukun.

  4. Ustaz setelah kita selesai membaca tahiyat akhir dan ingin sujud sahwi, adakah kita perlu ucap Allahuakbar kemudian sujud.Kembali duduk tahiyat akhir sebentar dan sujud sekali lagi dengan membaca Allahuakbar lagi?Semasa sujud sahwi adakah kita perlu baca sebarang bacaan atau tidak perlu baca apa2?
    Seperkara lagi ustaz,boleh tak kita membaca tahiyat akhir diakhiri selawat ke atas keluarga nabi sahaja tanpa meneruskan dengan ‘kamasaulaitaalaibrahim..fil alaminna innaka hamidummmajid.”

    • 1. Sunat takbir untuk sujud sahwi begitu juga bangkit dari sujud.
      2. Sunat membaca سبحان من لا ينام و لا يسحو .
      3. membaca selawat selepas selawat ke atas ahli nabi sunat haiah, jika ditingalkan tidak disunatkan sujud sahwi.

      • Terima kasih ustaz,diharapkan ustaz dapat ‘besarkan’ sedikit contoh2 doa dan ayat2 suci Al-Quran yang dipaparkan di dalam blog ini kerana saya rasa terlalu kecil.

      • Lupa nak tanya.Ustaz boleh ke sujud sahwi hanya sekali sahaja?Daripada pemerhatian saya di masjid,ada orang sujud sekali sahaja?Boleh tak sujud sahwi dibuat selepas salam sama ada dua kali atau sekali sahaja?

      • Sujud sahwi dua kali, jika dilakukan sekali sahaja maka tidak hasil sunat sujud sahwi, dengan itu tidak berhasil tampal kekurangan yang terjadi dalam sembahyang.
        Sujud sahwi hendaklah dilakukan sebelum salam, sekiranya terlupa sujud sahwi sebelum salam maka sunat sujud setelah salam dan jadi orang itu masuk kedalam sembahyang semula dan apabila kedatangan perkara yang membatalkan sembahyang maka jadi batal sembahyangnya. والله اعلم
        tentang membesarkan tulisan pada komen, tidak boleh kerana formatnya begitu, adapun pada artikal إنشاء الله saya akan ubah.

  5. assalamualaikum ustaz…saya musykil pasal ada orang kata bila imam sujud sahwi makmum tidak perlu ikut…cukup sekadar tunggu dan kembali bersama imam semasa beri salam saja…macam mana tu ustaz?tidak batalkah solat makmum itu ?

    • Batal sembahyang makmum yang sengaja lagi mengetahui akan haram tidak mengikut perbuatan imam pada sujud sahwi.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 109 other followers

%d bloggers like this: