Posted by: almalakawi | 29 Ogos 2009

Bahagian ke sepuluh Syarah Matan Ummul-Barahin متن أم البراهين

Perbahasan sifat Nafsiah dan salbiah

فَهَذِهِ سِتُّ صَفَاتٍ اْلأُوْلَى نَفْسِيَةٌ وَهيَ الْوُجُودُ وَالْخَمِسَةُ بَعْدَهَا سَلْبِيَةٌ

Sekelian sifat yang telah disebut ada enam maka yang pertama sifat Nafsiah  (نَفْسِيَة)iaitu wujud dan baki lagi lima adalah sifat Salbiah (سَلْبِيَةٌ).

          Makna sifat Nafsiah ialah sifat yang menunjukan diri sifat itu sendiri dan tidak menunjuk yang lain daripada dirinya, sifat tersebut satu sahaja iaitu wujud  (الْوُجُودُ)  yang menunjukkan ada Zat تعالى الله.

          Sifat Salbiah iaitu sifat yang maknanya menunjuk pada menafi atau menolak perkara yang tidak layak atau tidak patut bagi تعالى الله, sifat ini ada lima selepas daripada wujud. Dinamakan sifat Salbiah kerana peranan sifat ini menafi pekara yang tidak layak bagi تعالى الله, seperti Qidam menafi ada permulaan bagi تعالى الله , Baqa’ menafi ada kesudahan bagi تعالى الله dan seterusnya pada sifat yang lain.

Tujuh sifat Ma’ani

ثُمَّ يَجِبُ لَهُ تعالى سَبْعُ صِفَاتٍ تُسَمَّى صِفَاتِ الْمَعَانِى وَهِيَ الْقُدْرَةُ وَاْلإِرَادَةُ الْمُتَعَلِقَتَانِ بِجَمِيعِ الْمُمْكِنَاتِ وَالْعِلْمُ الْمُتَعَلِّقُ بِجَمِيعِ الْوَاجِبَاتِ وَالْجَائِزَاتِ وَالْمُسْتَحِيلاَتِ وَالْحَيَاةُ وَهِيَ لاَ تَتَعَلَّقُ بِشَىْءٍ وَالْسَمَعُ وَالْبَصَرُ الْمُتَعَلِقَانِ بِجَمِيعِ الْمَوْجُودَاتِ وَالْكَلاَمُ الَّذِى لَيْسَ بِحَرَفٍ وَلاَصَوْتٍ وَيَتَعَلَّقُ مَا يَتَعَلَّقُ بِهِ الْعِلْمُ مِنَ الْمُتَعَلِّقَاتِ 

 Kemudian wajib bagi تعالى الله tujuh sifat diberi nama sifat Ma’ani iaitu Qudrat dan Iradat berta’luk keduanya pada sekelian mumkinat (benda yang boleh ada dan boleh tiada); Ilmu berta’luk pada sekelian pekara yang wajib, harus dan mustahil; Hayat tiada berta’luk pada suatu pekara; Sama’ dan Bashar berta’luk keduanya pada sekelian yang ada; dan yang akhir Kalam yakni berkata-kata الله تعالى tanpa huruf dan suara, berta’luk ia sepertimana ta’luk Ilmu yakni ta’luk pada sekelian yang wajib, harus dan mustahil.

          Makna sifat ma’ani (كل صفة موجودة  قائمة بموجود توجب له حكما) tiap-tiap sifat yang ada, berdiri ia pada suatu yang ada yang mewajibkan baginya hukum, seperti Qudrat berdiri ia pada zat تعالى الله yang mewajibkan baginya Kaunuhu Qadiran.

          Erti ta’luk melakukan suatu yang lain daripada zat, misalnya Qudrat ialah satu sifat yang sabit pada Zat تعالى الله dan ia melakukan tindakan pada suatu yang lain pula, seperti menjadikan alam ini.

About these ads

Respon

  1. akum ustaz..
    saya ingin mengetahui taarif dan penerangan mengenai bab hukum hukum sifat Allah
    iaitu Al wujub Wal Istihalah WAL JAWAZ

    Dan juga mengenai hukum akal wajib,mustahil dan harus. saya harap ustaz dapat terangkan agar dapat menyelesaikan kecelaruan saya tentang perkara tersebut.
    wsalam

    • Saudara Fahmi Sila klik pada perkataan almalakawi disebelah kiri

      • Ustaz, saya dah baca bab hukum akal yang ustaz postkan di laman ini.
        maaf, ini pandangan saya:
        AL-ujubu, wal-istihaalah, Waljawaazu ini adalah hukum sifat Allah dan bukannya hukum akal.
        kenapa?? cuba rujuk balik kitab Matan Ummul-Barahin. perkataan “wau” di wal-istihaalah dan Wal-jawaazu. mengikut nahu itu bermakna himpunan sifat kepada sifat kepada sifat yang tuju kepada al-ujubu “limuttlatil jam’ie” semata² himpun. kena tau lah jugak sikit² bab nahu ni. jgn nahas sudahlah. kalau nafsiah, salbiah, ma’ni dan ma’nawiyah itu hukum sifat didalam al-ujubu kenapa gi masukkan istihalah dan wal-jawat dalam hukum akal.
        Hukum akal adalah wajib, mustahil, harus yang ada kat kita ni bukannya kat Allah ta’ala. sebab kita yang nak hukum guna akal kepala ni.
        wajib nak hukum atas sifat Allah Ta’ala
        mustahil nak hukum atas lawan sifat Allah Ta’ala
        Harus nak hukum atas mumkinat ” blh mengadakan dan mengtiadakan dan begitulah sebaliknya.
        mana boleh kata sekejab Allah ada sekejab Allah tiada. Allah ta’ala ada kekurangn ka. bukankah kekurangan bagi Allah ta’ala itu satu kehinaan? na’uzubillah.. nak mengaji kitab² ni, kena cari guru yang mursyid yang betul² tau beza dan boleh bg kita faham bukan bg kita pening.
        bab hukum akal boleh rujuk kitab risalah tauhid. tp ingat jgn sampai lajak kerana hukum sifat dlm kitab tu pun wajib, mustahil, harus.
        takut nanti bab ketuhanan bercelaru. istighna dan iftikod bercelaru.
        seperti yang saudara fahmi tanyakan.
        setakat tu saja sikit². nak taip byk² masa tak panjang. maaf kalau ada salah silap. salam.

  2. tiada yg kaya daripada tiap2 dan tiada berkendak kpdnya oleh tiap2 barang2 yg lain melainkan allah taah….huraikan klau arif


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 111 other followers

%d bloggers like this: