Posted by: almalakawi | 2 September 2009

Darah Haidh

Pengenalan haidh

Haidh dari sudut bahasa ialah  mengalir (السَّيْلاَن)

Dari sudut istilah

دَمُ جِبْلَةِ يَخْرُجُ مِنْ أَقْصَى رَحِمِ الْمَرْأَةِ فِي حَالِ الصِّحَّةِ فِي أَوْقَاتِ مَخْصُوصَةِ

Ertinya  darah perangai yang keluar dari bahagian atas rahim perempuan pada ketika sihat badan pada waktu-waktu yang tertentu

Darah yang keluar dari kemaluan kaum wanita terbahagi tiga

 1.     Darah haidh: Darah yang keluar daripada perempuan pada          waktu sihat

 2.     Darah nifas: Darah yang keluar selepas bersalin

 3.     Darah istihadhah / penyakit: Darah yang keluar bukan pada masa haidh dan nifas.

Dalil haidh firman الله al-Baqarah ayat 222

 Dalil darah Haidh

Maksudnya: Dan mereka itu bertanya kepada engkau ya Muhammad tentang haidh, katakanlah kepada mereka ia adalah darah yang cemar maka tinggalkanlah bersetubuh dengan segala perempuan yang berhaidh dan jangan kamu hampiri mereka itu dengan setubuh sehinga suci mereka itu daripadanya, setelah suci mereka itu maka datangilah mereka itu kerana jimak pada tempat yang menyuruh   اللهsesesunguhnya الله mengasihi orang yang banyak bertaubat       

Dan sabda nabi   (ألنبي صلى الله عليه  وسلم)

        هَذَا شَيْءٌ كَتَبَهُ اللهُ عَلَى بَنَاتِ آدَمَ

Maksudnya: Ini (haidh) suatu yang telah  اللهtetapkan ke atas anak adam yang perempuan

Hukum mempelajari tentang haidh   

Menjadi kewajipan ke atas wanita islam mengetahui hukum berkenaan dengan haidh dan mengenal warna darah haidh. Seorang wanita wajib keluar untuk mempelajari hukum-hukum haidh, nifas dan istihadah apabila suaminya tidak mampu menerangkan permasalahannya. Dan haram atas suami menegah isterinya daripada keluar melainkan ia dapat memberi jawapan apabila ditanya. Pada ketika itu si isteri tidak boleh keluar tampa keizinan daripada suaminya.

Warna darah haidh

Mengikut ulama-ulama mazhab Syafie terdapat lima warna darah haidh

              1. Hitam

              2. Merah   

              3. Warna antara keemasan dan merah (perang)

              4. Kuning

              5. Keruh iaitu antara warna kuning dan putih                                  

 Warna kuning dan keruh

Darah berwarna kuning dan keruh yang keluar bukan pada waktu haidh tidak diangap haidh. Bersalahan jika ia keluar pada waktu haidh maka ia dikira sebagai haidh. Ini merupakan pendapat yang sohih didalam mazhab Syafie.                

Umur berlaku haidh

Sekurang-kurang umur seorang wanita kedatangan haidh iaitu sembilan tahun hijrah lebih kurang, tidak dengan genap sembilan tahun kerana apabila seorang perempuan melihat  darah sebelum sampai sembilan tahun iaitu pada satu tempoh yang tidak mencukupi sekurang-kurang masa haidh / sehari semalam, dan sekurang masa suci / lima belas hari serta malam, maka darah itu adalah haidh. Jika darah yang keluar melebihi tempuh yang tersebut maka ia bukannya darah haidh. Bermakna apabila seorang wanita mendapati keluar darah lima belas hari atau kurang sebelum genap sembilan tahun,  maka  darah yang kelihatan itu adalah  haidh, dan jika enam belas hari atau lebih sebelum genap sembilan tahun,  maka darah itu ialah darah rosak / pasad

Usia putus haidh

Untuk mengatahui seorang wanita telah putus daripada haidh, hendaklah ia mengiktibar / membuat perbandingan dengan  putus haidh perempuan yang semasa dengannya. Sebahagian ulama berpendapat perbandingan hendaklah dibuat dengan keluarga yang hampir. Pendapat yang pertama adala terlebih kuat.

Sehabis-habis masa putus haidh pada kebiasannya enam puluh dua tahun, sebahagian ulama berpendapat enam puluh tahun, kata setengah pendapat lima puluh tahun. Tahun yang dikehendaki di sini ialah tahun Hijrah. Tetapi tidak ada masa yang tetap bagi kesudahan haidh. Ini kerana apabila sesoarang wanita telah mencapai umur putus haidh sedangkan dia masih kedatangan darah yang mengikuti syarat haidh, ataupun dia telah putus haidh buat beberapa masa kemudian ia kedatang darah, maka darah yang dilihat itu adalah haidh.      

Tempoh haidh

1.      Masa sekurang-kurang haidh ialah sehari semalam dengan      syarat berhubung sekelian darahnya .

2.      Tempoh sebanyak-banyak haidh lima belas hari serta         malamnya dan jika terputus-putus keluarnya sekalipun.

3.      Waktu kebisaan haidh tujuh hari atau lapan hari.             

Apabila seorang wanita kedatangan darah kurang dari sehari semalam dengan lain perkatan darah yang kelihatan tidak sampai dua puluh empat jam, maka darah yang kelihatan itu bukan darah haidh.

Darah yang keluar melebihi masa sebanyak-banyak haidh / lima belas hari lima belas malam bukannya darah haidh.

Darah yang berhenti tidak sampai sehari semalam kemudian keluar lagi dan berhenti begitulah seterusnya pada hal masa keluar darah tidak melebihi lima belas hari, apabila dihimpunkan darah itu cukup dua puluh empat jam atau lebih maka darah itu adalah haidh dan masa suci (نَقَاء) yang menyalangi di antara darah-darah yang keluar juga dikira didalam haidh.

Adapun darah yang terputus-putus yang tidak mencapai sehari semalam apabila dihimpunkan tidak dikira darah haidh.  

Suci di antara dua haidh 

1.Sekurang-kurang tempoh suci yang memisah di antara dua haidh ialah lima belas hari serta malamnya. Kerana dalam sebulan kebiasannya seorang wanita tidak sunyi daripada berlaku haidh dan suci. Oleh sebab tempoh sebanyak-banyak haidh adalah lima belas hari semestinya sekurang-kurang tempoh suci adalah lima belas hari.

2.Tidak ada had pada sebanyak-banyak suci, kerana ada dikalangan wanita yang kedatangan haidh setahun sekali, atau beberapa bulan sekali. Ini boleh terjadi dengan sebab menyusukan anak atau keadan kesihatan dan mungkin juga ketidak suburan seorang  wanita itu.

3. Apabila dalam sebulan seorang wanita kebiasannya tidak sunyi antara kedatangan haidh dan suci dan kita ketahui tempuh kebisan haidh tujuh hari atau lapan hari dengan itu baki dari tempuh kebiasan haidh adalah tempuh kebisan suci. Dengan itu tempuh kebiasan suci bagi mereka yang berhaidh tujuh hari ialah dua puluh tiga hari, dan bagi mereka yang berhaidh lapan hari kebiasannya sucinya dua puluh empat hari

Suci di antara haidh dan nifas

Sekurang-kurang suci di antara haidh dan nifas boleh berlaku kurang daripada lima belas hari. Samaada terdahulu masa haidh daripada masa nifas atau terkemudiannya dari masa nifas.

 Rupa masalah terdahulu masa haidh dari masa nifas, bahawa melihat seorang wanita yang  mengandung akan darah kadar sehari semalam atau lebih kemudian berhenti darahnya satu saad setelah itu ia pun beranak maka tempuh sekurang-kurang suci pada masalah ini ialah satu saad. 

Rupa masalah terkemudian haidh daripada nifas,seperti seorang perempuan yang sedang bernifas  berhenti darahnya dalam masa sesaat setelah enam puloh hari, kemudian keluar darah kadar sehari semalam atau lebih jika tidak melebehi sebanyak-banyak haidh, maka darah yang keluar itu adalah darah haidh. Dan masa suci pada masalah ini se saat .

Suci yang berselang seli dengan haidh  (نَقَاء)

Sesaorang wanita terkadang kedatangan suci semasa dia sedang berada didalam tempoh haidhnya adakah suci itu dikira haidh ataupun tidak?

Menurut mazhab Syafie masa yang ia bersih (نَقَاء) daripada haidh itu dikira haidh dengan tiga syarat : 

1.      Hendaklah waktu suci itu melingkungi antara dua haidh.

2.      Hendaklah tempoh bersih dan haidh tidak melebihi lima belas hari.

3.      Darah yang keluar tidak kurang dari sehari semalam.

Yang dikehendaki dengan suci disini apabila  memasuk  seorang perempuan secebis kapas didalam farajnya setelah dikeluarkan kapas itu tidak kelihatan bekas darah.

Contohnya: Seorang wanita kedatangan darah kemudian berhenti darahnya di dalam beberapa waktu kemudian kembali semula darahnya begitulah seterusnya, jika darah yang keluar itu cukup sehari semalam dan masa kedatangan darah dan suci tidak melebihi lima belas hari serta malamnya maka darah yang kelihatan dan suci antara dua darah adalah dikira waktu haidh. 

Darah yang keluar semasa mengandung.        

Darah yang kelihatan daripada perempuan mengandung tergolong di dalam darah haidh jika menapati ciri-ciri darah haidh, dan sekiranya keluar ia sehinga akhir hari mengandung sekalipun. Tetapi kebiasannya perempuan yang mengandung tidak kedatangan haidh.

Darah yang keluar di antara dua anak kembar

Dua orang kanak-kanak dikira kembar apabila di antara kelahiran yang pertama dan kelahiran kedua tidak sampai enam bulan. Seumpama seorang wanita melahirkan seorang anak kemudian belum sampai enam bulan dia melahirkan seorang lagi, maka  kedua anak itu adalah kembar. Dengan itu apabila ia kedatangan darah di antara keluar dua  anak kembar itu, maka darah yang kelihatan adalah darah haidh apabila mengikut ciri-ciri darah haidh. Bukanlah darah yang keluar itu nifas, kerana belum kosong  peranakan daripada anak.

Darah yang kelihatan di antara keluar anggota dan beranak

Darah yang kelihatan di antara keluar anggota dan keluar anak ialah darah haidh apabila darah yang keluar mencapai sekurang-kurang haidh dan tidak melebihi sebanyak-banyaknya, seperti seorang perempuan yang sedang mengandung melahirkan anggota anaknya yang di dalam kandungan kemudian ia kedatangaan darah sehari semalam atau lebih tetapi tidak melebihi sebanyak-banyak haidh, maka darah yang kelihatan itu ialah darah haidh.       

Mengundang kedatangan haidh dan memberhentikannya dengan ubat

Dibolehkan seorang wanita mengunakan ubat bertujuan mendatangkan haidh dan memberhentikannya tetapi dengan beberapa syarat

1. Hendaklah pengunan ubat tidak memudaratkannya, jika sebaliknya maka tertegah daripada mengunakan ubat. Islam melarang umatnya membinasakan diri 

2.      Mestilah mendapat restu daripada suami, demikian juga pengunan pill perancang keluarga semestinya seorang istiri itu mendapat keizinan daripada suaminya. Kerana disini ada hak-hak suami yang wajib dijaga

3.      Janganlah dengan mengunakan ubat untuk mendatangkan haidh bertujuan mengugurkan kewajipan seperti sembahayang, puasa dan lainnya.       

Tanda suci dari haidh

Seorang wanita itu diangap suci dari haidh apabila berhenti darah yang keluar dan tidak ada kesan pada kapas yang dimasukkan. Yakni kapas yang dimasukkan setelah dikeluarkan kelihatan bersih dengan tida kesan darah. Jika masih ada kesan darah tetapi tidak keluar darah itu pada zahir faraj yang wajib dibasuh pada ketika istinjak, maka darah itu ialah haidh apabila ia tidak kurang sehari semalam dan tidak lebih dari limabelas hari lima belas malam

About these ads

Respon

  1. assalamualaikum Ustaz…

    Ustaz, saya ingin bertanyakan pada ustaz. Saya telah mengambil pil perancang dan sekarang ini saya telah didatangi darah selama dua bulan. Darah ini datang secara on and off. Contohnya 4 hari datang, kemudian 3 hari berenti. Dalam tempoh darah itu berenti, saya akan kembali sembahyang macam biasa. Persoalannya sekarang, adakah darah saya ini dikira darah haid? Saya betul2 mengharap penjelasan dari Ustaz…

    Wassalam

    • untuk menjawab soalan ini saya perlu tahu adakah puan pernah datang haidh sebelum ini (sebelum berlaku darah datang tidak mengikut aturan). kedua jika datang, berapa hari. ke tiga, warna darah yang datang ada beza atau tidak, ke empat jarak selang darah. selang darah pula tidak boleh kata sebagai contoh begini saya memerlukan yang tepat jika tidak saya akan jawab panjang nanti puan tak faham.
      Cuba puan baca tentang istihadhah, di blog ini. jika tak faham tolong beri maklumat yang saya kehendaki.

    • oleh kerana darah puan tidak ada perbezaan pada warna, bau, atau pekat dan cair. maka puan hendaklah mengikut adat haidh puan, iaitu berapa hari datang sebelum berlaku dan masa datang, jika terakhir (yakni sebelum berlaku keadan ini) datang 7 hari dan datang pada awal bulan (bulan islam) maka hendak lah puan ikut adat puan itu dan masa datang. Puan wajib basuh faraj, sumbat jika darah yang keluar kuat, bercawat, dan berwuduk. semua ini hendaklah dilakukan di dalam waktu sembahyang, dan puan sembahyang. Semua ini hendaklah dilakukan setiap kali hendak sembahyang fardu. selepas adat puan puan boleh lakukan pekara yang ditegah semasa haidh.
      sekiranya darah puan ada beza seperti datang lima hari darah merah kemudian bertukar seperti yang puan cakapkan (kecoklatan ala2 kekotoran) maka darah merah itu haidh dan yang lain dari itu darah penyakit puan hendaklah buat seperti di atas apabila hendak sembahyang.

      • Assalamualaikum,seseorg yg berada dlm nifas dan telah berhenti darahnya tetapi masih keluar lendir yg berwarna keruh dan kekuningan.Adakah itu masih dikira masih dlm nifas?Bantu saya ustaz,terimakasih.

      • Sekiranya lendeir warna kuning itu dalam lingkungan enam puluh hari maka dikira darah nifas, kerana warna darah nifas dan haidh di dalam mazhab syafie ada lima warna 1. hitam. 2. merah. 3. perang. 4. kuning. 5. kelabu. والله اعلم

  2. Ini adalah soalan ustaz..

    untuk menjawab soalan ini saya perlu tahu adakah puan pernah datang haidh sebelum ini (sebelum berlaku darah datang tidak mengikut aturan). kedua jika datang, berapa hari. ke tiga, warna darah yang datan ada beza atau tidak, ke empat jarak selang darah. selag darah pula tidak boleh kata sebagai contoh begini saya memerlukan yang tepat jika tida saya akan jawab panjang nanti puan tak faham.

    jawapan pertama :
    Ya, saya penah datang haid sebelum ini tapi haid saya sebelum ini teratur. tiap kali datang cuma 7 hari sahaja

    jawapan kedua :
    7-8 hari sahaja

    jawapan ketiga :
    warna darah cuma kecoklatan ala2 kekotoran kotor sahaja. bukannya darah

    jawapan keempat :
    jarak selang antara tiap kali datang kotoran ini adalah lebih kurang 4 hari.

    Harap ustaz dapat membantu saya.

    wassalam

  3. assss…..
    pak q mw tanya/ ada temenQ yg haid 3 bulan sekali.2 penyakit / emag dah begitzu

    • Tidak jadi masalah seorang perempuan itu lewat datang haidh atau tidak langsung datang haidh.

  4. assalamualaikum ustaz

    saya ada beberapa kemusykilan tentang perbezaan darah nifas dan darah haid

    saya telah keguguran anak kembar pada 5/4/2010 dan telah membuat Dnc untuk mengeluarkan janin dari perut saya. dan hari ini (10/05/2010) hari yg ke 36 selepas keguguran. masalahnya darah yg keluar tidak berhenti sejak hari pertama keguguran.apabila saya check dengan Doctor dia mengesahkan yg rahim saya sudah kembali normal tetapi masih ada selaput darah pada dinding rahim.. dan sejak 6hari yang lalu darah yg mengalir keluar banyak kembali.
    saya keliru adakah darah yg mengalir banyak itu darah haid atau masih darah nifas? kerana saya tidak tahu bagaimana untuk membezakan darah haid dan nifas..dan sehingga tempoh berapa hari saya harus tunggu untuk saya boleh sembahyang kembali?

    adakah normal darah wanita yg keguguran keluar lama seperti saya?..bagaimana saya hendak buat untuk menghentikan darah itu mengalir keluar?

    • Darah yang keluar itu darah nifas kerana sebanyak-banyak nifas enam puluh hari.

  5. Salamun’alaykum Ustad
    Kalauukita tak ingat bila hari pertama kita suci dari haid sebelumnya, dan kita ragu2 samada kita dah suci 15 hari atau kurang, bagaimana ye?

    Jazakallahu khair

    • sila lihat berhenti darah haidh sebelum daripada tidak ingat yakni lihat adat sebelumnya. , والله اعلم

  6. Assalamualaikum ustaz,
    Atas nasihat doktor saya merancang kelahiran dengan menggunakan IUCD. tempah hari haid adalah lama(13-15 hari tetapi kebiasaan saya ialah 7-9 hari). Selepas mandi wajib (hari ke 16) jika masih ada tompokan darah atau warna coklat on off sepanjang tempoh sebelum bulan seterusnya, adakah dikira haid? Berapa harikah perlu saya kira hari bersuci saya untuk setiap bulan 15 hari juga kah? Minta penjelasan, terima kasih ustaz.

  7. assalamualaikum ustaz…

    Betulkan saya, saya pernah terdengar & terbaca berkenaan, jika haid seseorg itu habis pada waktu zohor dia wajib menqada’kan solat subuhnya..adakah betul ustaz?
    Jika betul andaikata jika seseorg itu haidnya habis pada waktu maghrib adakah dia perlu mengqadakan solat subuh, zohor & asar? (pada keseluruhan hari tersebut)?

    • Tidak betul, yang betul apabila haidh seorang itu putus pada waktu yang kedua daripada dua sembahyang yang boleh dijamak maka dia wajib mengqada sembahyang yang pertama. Dua sembahyang yang boleh dijamak itu ialah zuhur dengan asar dan magrib dengan isyak.
      Jadi apabila darahnya berhenti pada waktu asar maka wajib qada sembahyang zuhur, begitu juga jika darahnya berhenti pada waktu isyak maka dia wajib qada waktu magrib. Dengan itu tidak wajib qada yang lain dari itu.

  8. Assalamualaikum ustaz..
    Berkenaan puasa…
    Jika seseorg itu kebiasaannya habis tempoh haid 7 hari, dan didapati pada hari puasa haidnya sehingga 6 hari sahaja, perukah dia menunggu sehingga hari ke-7 untuk mandi wajib?

    • Dengan semata-mata berhenti darah maka wajib dia mandi dan mengerjakan ibadat yang wajib atasnya, dia tidak perlu menungu adat haidhnya, adat haidh hanya diperlukan pada masalah perempuan yang istihadah. Kemudian jika datang darah maka dia wajib menungu sehinga darahnya berhenti untuk mandi dan berbuat ibadat yang memerlukan suci dari hadas besar, dan suci itu tadi dikira haidh maka puasa yang dikerjakan tidak dikira.

  9. salam ustad,
    saya mengalami masalh haid tidak teratur sejak saya mula mendermakan darah. sejak dr itu haid saya cuma datang dlm 2-3 bulan sekali. kemudian pada haid saya kali ini saya mengalami masalah iaitu haid saya melebihi 15 hari. saya tahu itu adalah darah istihadhah namun melihat pada warna seumpama darah haid kerana ia kehitaman. cuma kadang kala ia berubah menjadi merah kekuningan. dari apa yang saya baca dan teliti di internet darah istihadhah ialah darah penyakit. namun saya ingin tahu apakah yang menyebabkannya dan bagaimana mahu menghentikannya, saya kurang selesa dengan keadaan ini. harap ustad boleh terangkan bagaimana untuk menghentikannya.
    terima kasih.

    • Sila rujuk pada doktor, ini kerana hormon anda tidak menentu, doktor akan beri ubat untuk memuluhkan hormon anda itu.

  10. saya datang haid bewarna coklat dlm kuantiti yg sedikit selama 15hari.
    pada hari yg ke 16 darah makin banyak dan bewarna merah kehitaman seperti darah haid saya setiap bulan.
    jadi saya musykil yang mana darah haid pada mulanya atau yg kemudian?
    bagaimana dgn solat saya?

    • darah pada hari yang ke 16 adalah haidh kerana sifatnya lebih kuat dari darah sebelumnya jika darah itu cukup sehari semalam dan tidak lebih dari 15 hari 15 malam, anda wajib qada sembahyang anda itu, dan anda tidak bole sembahyang semasa darah masih keluar,

  11. soalan, Bolehkah seorang suami bersetubuh dengan isterinya dalam keadaan haidh. Ada yang bagi alasan dharurah kerana sang suami tak tahan? apakah yang seenarnya ustaz. pohon penjelasan?

    • Haram setubuh suami semasa haidh alasan yang diberi tidak boleh diterima kerana ada cara lain untuk lepaskan nafsu suami.

  12. ustaz, boleh tak ustaz perjelaskan lagi warna haid bagi warna kuning dan keruh. saya mengalami masalah untuk mengenalinya terutamanya di akhir haid selepas hari ke 7 dan ke 8. terima kasih ustaz…

  13. assalamualaikum ustaz,
    bilakh seseorg ibu boleh solat? adakah slepas 40 hari @ slepas darah nifas tersebut kering??

    • Apabila dia suci dari nifas wajib mandi dan sembahyang dia tidak perlu tungu hinga 40 hari dan jika nifasnya 60 hari haram dia sembahyang selepas 40 hari.

  14. salam ustaz.
    saya mengalami masalah b’kaitan kedatangan haidh sy pd kali ini..
    1. didatangi haid untuk tempoh seminggu-drh warna coklat kehitaman
    2. drh b’henti dn suci untuk tempoh seminggu.
    3. drh kembali keluar semula untuk tempoh seminggu-drh warna merah
    4. drh b’henti dn 2 hr kemudian drh keluar semula dgn warna merah kehitaman.
    persoalannya adkh drh yg keluar kali ketiga itu drh haid krn ia berlaku dlm tempoh yg amat dekat.

    • Darah yang keluar iselepas berhenti dua hari adalah haid jika semingu dengan makna 7 hari, kerana 7 hari suci + 7 hari datang dara warna merah dan + 2 hari suci adalah 16 hari dan ini adalah lebih sekurang-kurang suci tempoh suci. Darah yang datang 7 hari warna merah adalah darah istihadah.

  15. aslkm ustaz.kemuskilan tentang haid.saya dah 17 tahun berumahtangga.jadi sejak kebelakangan ni,masa bersama kami selalu terserempak dengan bendera jepun.maklumlah saya selalu masuk keluar operasi.kadang2 dah 5hari orang rumah saya benarkan juga saya menjimanya.bagi mengelak perkara yg tak diingini kami sepakat pakai kondom .

    • Haram jima/setubuh isteri semasa haidh walaupun dengan memakai kondom.

  16. Assalamualaikum Ustaz,
    Saya baru selesai haid, tiada lagi pengaliran keluar dan bekas haid yang kelihatan tetapi ada lendir kecoklatan semasa membuang air.Adakah itu dikira haid atau telah suci dan boleh meneruskan solat dan berpuasa ?

    • Itu adalah haid


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 109 other followers

%d bloggers like this: