Posted by: almalakawi | 3 September 2009

Istihadhah, Darah Penyakit

Pengenalan istihadhah

         Istihadhah dari sudut bahasa mengalir dan berterusan.

         Dari sudut syara`: Darah penyakit yang keluar dari hujung urat di bawah rahim perempuan melebihi masa sebanyak-banyak haidh dan masa sebanyak-banyak nifas sama ada keluar mengiringi darah haidh atau tiada. Kata setengah ulama` istihadhah ialah darah yang berhubung dengan darah haidh, semantara yang lainnya ialah darah pasad / rosak, seperti darah yang keluar dari pada perempuan yang belum sampai umur kedatangan haidh. Kata Sehik Ibnu Hajar perselihan itu hanya pada lafas jua tidak pada makna,        

          Istihadhah adalah hadas yang sentiasa, seumpama air kencing, wadi atau maziyang yang sentiasa keluar. Dengan itu ia tidak menegah daripada sembahyang, puasa, bersetubuh dan sebagainya, maka tidak diharamkan atas perempuan yang istihadhah dan orang yang sentiasa keluar air kencing, mazi atau wadi pekara yang diharamkan atas perempuan yang berhaidh atau yang bernifas.

 Jenis-jenis istihadhah 

 Darah istihadhah terbahagi kepada empat.

  1. Darah yang keluar sebelum umur haidh.
  2. Darah yang keluar kurang dari tempoh haidh
  3. Darah yang keluar melebihi tempoh haidh.
  4. Darah yang keluar melebihi tempoh nifas.

Langkah-langkah yang wajib diambil apabila hendak mengerjakan sembahyang .

             Wajib keatas perempuan yang isthadhah membasuh farajnya dan menyumbatnya dengan umpama kapas, jika tidak kesakitan dan tidak berpuasa. kewajibpan menyumbat disebab darahnya mengalir keluar, jika darahnya tidak keluar, tidak perlu menyumbatnya. Jika tidak memadai dengan sumbat sebab banyak darah dan tiada tertahan darah melainkan dengan cawat, maka wajib ia mencawatnya apabila tidak kesakitan. Adapun jika kesakitan  dengan sumbat atau cawat, tiada wajib kedua pekara itu. Dan jika ia berpuasa maka wajib atasnya meningalkan sumbat pada siang hari. Kemudian jika keluar darah setelah disumbat dan bercawat dengan ketidan cuai pada menyumbat dan mengikat cawat maka tidak mengapa, jika ada keluar darah.

          Selepas itu hendaklah ia mengambil wuduk atau tayamum, jika ia memerlukan tayamum. Hendaklah kesemua ini dilakukan didalam waktu sembahyang. Tidak memadai dilakukan pekara ini sebelum masuk waktu. Dan wajib empat pekara ini dengan tertib seperti yang tersebut itu dan hendaklah dilakukan dengan segera. Kemudian hendaklah ia bersegera sembahyang, kerana mengurangkan hadas semungkin yang boleh. Tidak mengapa terlambat sedikit kerana maslaha sembahyang / pekara yang bergantung dengan sembahyang, seperti menutup aurat, menanti sembahyang berjemaah, menjawab orang bang dan ikamah dan baranng sebagainya daripada segala kesempurnaan sembahyang yang dituntut mengerjakannya. Jika dia terlambat bukan kerana maslaha sembahyang seperti makan batal wuduknya atau tayamum maka wajib dia mengulangi prkara di atas yani membasuh faraj, sumbat, cawat dan wuduk.

         Wajib pula ia ulang membasuh faraj nya, sumbat serta cawat dan berwuduk atau tayamum apabila ia hendak sembahyang fardu yang lain, demikianlah seteusnya pada sembahyang yang lain, sekalipun tidak tangal cawatnya dan tiada kesan darah pada tepi cawat. Adapun sembahyang sunat, tida perlu dia mengulang pakara yang tersebut itu. 

Semua itu wajib diulang sekiranya darah ada pada cawat. sekiranaya tiada darah sama sekali maka hendaklah dia mengikat cawatnya sahaja dan jika ada darah tetapi darah itu dimaafkan maka dia wajib mengikatnya dan wajib mengambil wuduk.

 cara membezakan sifat darah

  Darah haidh dapat dibezakan daripada darah istihadhah dengan beberapa sifat

1. Perbezan pada warna maka warna yang terlebih kuat adalah hitam kemudian merah kemudian keemasan bercampur merah kemudian kuning kemudian keruh.

2.  Perbezan pekat atau cair darah maka yang pekat terlebih kuat daripada yang cair.

 3. Perbezan pada bau maka yang berbau busuk terlebih kuat daripada yang kurang baunya.

 4. Yang bersifat dengan dua sifat seperti hitam lagi pekat atau bau busuk terlebih kuat daripada yang bersipat dengan satu sifat seperti hitam sahaja.

5. Yang bersifat dengan tiga sifat seperti hitam, pekat lagi berbau busuk terlebih kuat daripada yang bersifat dengan dua sifat.

 6. Apabila bertembung dua darah yang sama kuatnya seperti darah hitam serta pekat bertembung dengan hitam serta bau busuk maka yang terlebih dahulu itulah yang kuat.

Syarat haidh apabila berhimpun beberapa sifat darah

             Jika berhimpun darah yang kuat seperti hitam dan yag dhaif seperti merah dan yang terlebih dhaif seperti kuning maka kesemua darah itu dikira haidh dengan tiga syarat

             1. Terdahulu darah yang kuat daripada yang dhaif.

             2. Hendaklah berhubong sekelian darah itu.

             3. Tidak melebihi perhimpunan sekelian darah itu daripada    lima belas hari.

             Kesemua sifat-sifat darah tidaklah diangap haidh melainkan datangnya dalam tempuh haidh. misalnya seorang wanita yang berumu sembilan tahun atau lebih melihat darah sama ada satu sifat seperti hitam pada tiap-tiap hari pada sekelian hari-hari haidh, atau beberapa sifat, seperti dia melihat darah yang berwarna hitam pada tiga hari permulan keluar darah dan empat hari berikutnya berwarna merah diikuti satu hari kuning, maka kesemua sifat itu dikira darah haidh kerana mengikut syarat diatas.

             Apabila sifat darah yang berlainan melebihi lima belas hari, maka sifat yang melebih lima belas hari bukanlah haidh. Seperti melihat mereka itu aka darah  berwarna hitam lapan hari kemudian enam belas hari berwarna merah, maka darah hitam adalah haidh dan darah merah bukannya haidh. Dengan itu mereke  kedatangan haidh hanya lapan hari. Lagi akan datang keterangannya pada tajuk Masalah masalah yang boleh terjadi semasa seorang wanita berhaidh,  إن شاء الّلة تعالى                                 

Syarat tamyiz/ membezakan sifat darah

        Seorang wanita yang kedatangan darah berterusan dan  darahnya berlainan sifat seperti hitam kemudian merah maka jika kita hukumkan darah yang kuat sebagai haidh hendaklah dengan tiga syarat.

1.     Tidak kurang darah yang kuat daripada sehari semalam

2.  Tidak melampau darah yang kuat daripada sebanyak-banyak haidh

3.  Tidak kurang darah daif daripada sekurang-kurang suci / lima belas hari lima belas malam serta berturut.

            Apabila tidak diperolih syarat-syarat yang tersebut seperti kurang darah yang kuat daripada sekurang-kurang haidh atau melebehi daripada sebanyak-banyak haidh atau kurang yang daif daripada sekurang-kurang suci atau tidak beturut-turut ia seperti melihat seorang akan darah sehari hitam,sehari merah,sehari hitam, sehari merah dan begitu seterusnya maka perempuan itu ketiadan syarat tamyiz 

           Syarat yang ketiga tempatnya apabila berkekalan darah, adapun jika putus ia seperti melihat perempuan  darah hitam sepuloh hari kemudian darah merah sepuloh hari kemudian berhenti darahnya maka hendaklah ia mengamalkan perbezan darah.

Keadaaan-keadaan wanita mustahadhah

            Apabila seorang wanita kedatangan darah melebihi sebanyak-banyak haidh maka padanya jadi bercampur antara darah haidh dan istihadhah yang memungkinkan salah satu daripada tujuh keadan

  1. Wanita yang pertama kali kedatangan haidh dapat membezakan sifat darahnya. Contohnya seorang perempuan kedatagan darah yang kuat seperti berwarna hitam sepuloh hari kemudian bertukar darah yang lemah seperti merah untuk beberapa lama maka darah hitam adalah haidh dan darah merah darah istihadhah dengan syarat tidak kurang darah yang kuat daripada sekurang-kurang haidh, tidak melebehi ia sebanyak-banyak haidh dan tidak kurang darah yang daif daripada sekurang-kurang suci.
  2. Wanita yang pertama kali datang haidh tidak dapat membeza darah yang keluar / tidak ada syarat tamyiz seperti merah sekeliannya hinga beberapa bulan maka haidhnya sehari semalam sahaja dan darah yang lain istihadhah
  3.      Wanita yang pernah datang haidh / beradat datang haidh, kemudian datang darah beterusan dan dia dapat membezakan sifat darahnya maka hendaklah ia mengira haidhnya mengikut sifat yang tidak melebehi sebanyak-banyak haidh. Seperti hitam lima hari pada permulannya kemudian tujuh hari darah berwarna merah dan mengiringi darah berwarna kuning beterusan, maka darah hitam dan merah adalah haidh dan darah yang berwarna kuning darah istihadhah.
  4. Wanita yang pernah kedatangan haidh sebelum berlaku istihadhah dan ia tidak dapat membezakan sifat darah yang keluar, tetapi ia Ingat tempoh haidh seperti tiga hari, tujuh hari atau sebagainya dan ingat masanya, seperti awal bulan, pertengahan bulan atau akhirnya maka Ia  dikehendaki mengikut adat hidh dan sucinya pada kadar dan  waktunya. Misalnya perempuan yang kedatangan darah lima hari pada awal bulan, bulan yang pertama, kemudian pada bulan yang kedua darahnya berterusan / isthadhah, maka darah haidhnya lima hari pada tiap-tiap awal bulan sementara baki darah yang keluar adalah isthadhah. Yang dikehendaki dengan adat disini memada sekali  datang haidh atau berulang-ulang adatnya. Wanita yang adatnya berkekalan lima hari pada tiap-tiap bulan kemudian berpindah adatnya kepada enam hari pada satu bulan sebelum isthadhah, kemudian isthadhah ia maka dihitungkan haidhnya mengikut bulan sebelum dia kedatangan isthadhah iaitu enam hari. Adapun jika adatnya berlain-lainan lagi teratur dan berulang duakali tiap-tiap satu, seperti berhaidh ia pada bulan yang pertama tiga hari, bulan ke dua lima hari,bulan ke tiga tujuh hari, bulan ke empat tiga hari bulan ke lima lima hari,bulan ke enam tujuh hari dan bulan seterusnya isthadhah,Maka bulan yang ke tujuh dihukumkan haidhnya tiga hari, bulan ke lapan lima hari dan bulan yang ke sembilan tujuh hari begitu lah seterusnya pusingan hukumnya. Maka jika tidak berulang dua adatnya, seperti mula isthadhahnya pada bulan yang ke empat seperti misal di atas hendaklah dikira haidhnya bulan yang sebelum datang isthadhah yaitu tujuh hari, jika tahu seorang masanya.  
  5. Perempuan yang  ingat tempoh haidh tidak ingat masa kedatangan haida maka ia dipangil  mutahairah, lihat pada tajuk mutahairah.
  6. Perempuan yang ingat masa tdak tempuh, lihat pada tajuk mutahairah
  7. Perempuan yang  tidak ingat tempuh dan masa di pangil mutahairah mutlaqah. Lihat pada mutahayyirah

Ringkasan: Keadaan perempuan yang musthadhah

Permulan datang darah terbahagi kepada dua                         

1. Dapat membezakan sifat darah, maka haidhnya mengikut perbezan darah.            

2. tidak dapat membezakan sifat darah, maka haidhnya sehari semalam                                                    

Beradat datang darah terbahagi lima                                 

1. dapat membezakan sifat darah, haidhnya mengikut perbezan darah

2. Tidak dapat membezakan sifat darah ada empat

  1. Ingat kadar dan waktu, haidhnya mengikut adat kedatangan darah
  2. Ingat kadar  lupa waktu, mutahayyirah  ( نَسِيئَة ) lalai
  3. Ingat waktu lupa kadar, mutahayyirah ( نَسِيئَة ) lalai
  4. Lupa keduanya, mutahayyirah ( مُطْلَقَة ) mutlakah

Peringatan:

       Dengan semata-mata melihat perempuan akan darah pada masa yang ptut haidh, Wajib atasnya meningalkan sembahayang, puasa dan sebagainya dari pada suatu yang haram dikerjakan pada ketika haidh. Kemudian jika putus darahnya sebelum sehari semalam, nyatalah darah yang keluar itu bukan haidh, maka wajib atasnya mengqada`kan sembahayang dan puasa yang luput semasa kedatangan darah. Adapun jika putus darah itu kemudian daripada sehari semalam, maka nyatalah darah yang keluar itu adalah haidh.

         Dengan semata-mata putus darah wajiblah dia mandi kerana mengarjakan ibadah seperti sembahayang dan sebagainya.kemudian apabila kembali darah sebelum  genap lima belas hari serta malamnya wajib pula ia meningalkan sembahayang dan sebagainya dari pada pekara yang mensyaratkan bersuci  dan jika putus pula wajib ia mandi dan sembahayang dan puasa hinga melebehi lima belas hari; pada ketika itu ia kembali kepada kebiasan haidh jika ia pernah kedatangan haidh sebelum ini atau pun dihukumkan darah haidhnya sehari semalam sahaja jika dia belum pernah kedatangan haidh,adapun darah yang tidak melebihi lima belas hari nyatalah bahawa tiap-tiap daripada darah dan selang-selang yang tidak ada darah dikira perempuan itu dalam haidh . maka bulan seterusnya hendaklah dikerjakan hukum haidh seperti sebelumnya .Maknanya perempuan itu hendak lah meningalkan sembahayang, puasa dan sebagainya walau pun pada ketika suci yang menyelangi antara dua haidh.

About these ads

Respon

  1. Salam Ustaz. Sekiranya darah itu keluar selama 3 minggu berturut-turut tapi berselang 3 hari bagi setiap keluarnya. Adakah dikira sebagai darah istikhadah

    • maknanya darah yang datang 21 hari, yang dikira darah haidh dua belas hari pada awal termasuk selang selang dan yang lebih darah istihadah. والله اعلم

  2. salam , nak tnya hari ke berpa yg dkatakan darah istihadah

    • selpas sebanyak-banyak haidh dan selepas sebanyak-banyak nipas

  3. salam, ustaz saya nak tahu apakah punca drah penyakit

    • kerosakkan urat di hujung rahim, atau hormon tidak menentu.

  4. Adakah darah istihadah itu membahayakan kesihatan???

    • Ya.

  5. salam ustaz,
    bolehkah ketika istihadhah kita bersama dengan suami..
    terima kasih

    • Harus serah diri kepada suami ketika istihadah

  6. klu 12 hari selepas kite kene haidh(iaitu selama 10hari) adakah itu darah istikhadah. bagi orang yang selalu kene haidh byk dan cepat kene

    • soalannya tidk difaham.
      saya cuba buat andayaan
      selepas 10 hari haidh kemudian suci dua belas hari adakah darah yang keluar selepas dua belas hari suci itu adalah darah istihadah.
      jawapannya ya. kerana sekurang-kurang suci lima belas hari, dengan itu mesa suci anda (12 hari) tidak cukup. والله اعلم

  7. salam
    adakah bau darah isthihadah berbeza dgn bau darah haid?
    bgaimna keadaannya?..lebih cair atau pekat?
    terima kasih

    • Terkadang darah haidh berbeza dari darah biasa. perbezaannya pada sifatnya terkadan pada warna terkadang pada bau dan terkadang pada pekat atau tidak. والله اعلم

  8. Salam, ustaz, saya selalu keluar darah..mggu pertama adalah dalam 8 hari darah haid..kemudian selang dalam 3,4 hari kemudian..datang semula darah..darah yang kli kedua itu adalah haid atau pun istihadah?setiap bulan aya akan datang darah 2 kali..dan seminggu kemudian selang 3 ary, datang lagi seminggu

    • Sekiranya darah yang datang selepas selang 3 atau 4 hari itu 3 hari maka darah itu haidh dan jika lebih maka darah istihadah kerana sebanyak banyak haidh 15 hari, maka apabila 8+4=12 jadi baki tingal 3 hari.

  9. asslammualaikum ustaz….
    jika seorng perempuan mengidapi darah penyakit@istihadah..adakah ia terlalu membahayakan dan perlukah berjumpa dgn doktor?
    apakah kesan-kesan yang akan berlaku jika seorang perempuan mengidap darah istihadah ini?
    sekian terima kasih…
    asslammualaikum..

  10. macam mana jikalau darah haid keluar melebihi 15 hari adakah ianya juga dikira darah penyakit?

    • Darah istihadah/penyakit ialah darah yang keluar selepas watu haidu iaitu 15 hari atau selepas waktu nifas iaitu 60 hari

  11. Salam…
    Saya nk mntak pendapat ustaz sikit..

    Jika saya dtg haid selama 8 hari, kemudian keluar darah selepas 15 hari, adakah darah yg keluar selepas 15 belas hari itu istihadhah?

    • sekiranya maksud saudari selepas 15 hari itu ialah setelah suci limabelas hari dengan erti kata lain darah datang 8 hari kemudian suci 15 hari kemudian datang semula maka darah yang keluar itu darah haidh jika ada syarat haidh dan jika maksud saudari dengan selepas 15 hari itu ialah 15 hari dikira dari hari pertama haidh, dengan erti kata lain darah itu datang 8 hari kemudian berhenti 7 hari kemudian datang semula maka darah itu darah penyakit.

  12. salam ustz..sy nk tanya ape kah punca darah istihadah nie ?? dan bgaimana cara utk memulih kn nya..dari segi tradisional mahu pun moden

  13. assalmualikum ustaz..saya masih mushkil lagi ni..saya datang period pertama 8 hari..selang 5 hari datang lagi period kedua yang tempohnya 18 hari dan masih ada lagi..bermula period ke berapakah saya istihadah?
    - bolehkah bersama suami ketika istihadah? adakah memudaratkan?
    - bagaimana cara untuk solat bagi orang yang beristihadah?

    terima kasih..

  14. ustz, isteri saya tlh mnjalani dnc 14/12/2010 selepas kgugurn usia kandungan masuk 2 bulan, apakah hukum darah yg kluar sedikit2 hingga hari ini, ttpi hari ini lbih bnyk sdikit

  15. Assalamualaikum ustaz..
    pengatahuan saya sangat cetek dalam hal ini..saya kerap mengalami masalah darah penyakit ini.
    mengikut apa yg saya alami, darah penyakit saya keadaanya seperti jelly merah tidak seperti keadaan darah haid yg biase seperti air pekat yg brwarna merah..
    tetapi pada kali ini, darah istihadah saya tidak seperti dulu, sekarang seperti keadaan darah haid dalam waktu suci..
    saya menjadi keliru, dan hati saya tidak tenteram, serta was2 samaada saya perlu mengerjakn solat atau tidak..
    saya khuatir jika kiraan kitaran haid saya salah kerana saya sering mengalami keadaan ini sebelum dan selepas tempoh haid..saya risau jika saya solat pd waktu sepatutnya dikita haid..
    saya meminta nasihat dari ustaz dan ajarknlah saya langkah yg patut saya ambil, dan dari mana saya perlu mula..saya tidak tahu pada siapa harus saya rujuk..

  16. salam ustaz ..saya datang haid 9 dan selepas semiggu haid saya datang kembali dalam satu bulan..adakah itu haid atau darah penyakit…

    • itu darah penyakit, kerana sekurang kurang kadar suci 15 hari dan darah yang datang itu telah melebahi daripada kadar sebanyak-banyak haidh.

  17. saya ada msalah, pd bln feb lepas haid dtg pd 4/2 -14/2(besuci) slps itu keluar lg darah pd 19/2 sehingga sekrg (dlm tmpoh ni kdg2 siang x de drh tp lps ptg ada drh warna hitam kdg2 merah mcm fresh color). Suami saya ingin bersama tp sehingga skrg saya risau takut ada kesan kesihatan jika bersamanya. Soalan bolehkah saya bersama dia dan bolehkah saya solat/berpuasa?sekian tq

  18. saya ada msalah, pd bln feb lepas haid dtg pd 4/2 -14/2(besuci) slps itu keluar lg darah pd 19/2 sehingga sekrg (dlm tmpoh ni kdg2 siang x de drh tp lps ptg ada drh warna hitam kdg2 merah mcm fresh color). Suami saya ingin bersama tp sehingga skrg saya risau takut ada kesan kesihatan jika bersamanya. Soalan bolehkah saya bersama dia?

    • haidh puan adalah 4/2 hinga 14/2 yang lain bukan haidh maka ianya darah penyakit dengan itu suami puan boleh bersama denga puan. والله اعلم

  19. salam ustaz…sy keluar darah istihadah selama sebulan selepas haid…adakah boleh bg sy untuk berpuasa ramadhan dan solat tarawih…

    • wajib puasa ramadan dan sunat sembahayang terawih

  20. salam
    ustaz.saya kurang faham nak bezakan darah istihadhah dan darah haid.
    bagaimana kalau selepas 1 miggu haid,tiba2 keluar darah? itu dikira haid atau istihadhah?
    terima kasih

    • jika darah yang datang kali ke 2 tidak melebihi 15 hari dikira dari permulan haidh maka darah itu haidh dan jika melebihi maka darah yang datang kali kedua jika sifatnya tidak kuat hendak dibandingkan dengan darah pertama maka darah pertama haidh dan darah kedua istihadah adapun jika darah yang kedua lebih kuat dari yang pertama maka darah yang kedua haidh dan yang pertama istihadah. sila lihat mana darah yang kuat dan yang lemah.

  21. salam ustaz..
    saya tak begitu faham perbezaan antara darah haid dan darah nifas.
    bagaimana jika 1 minggu haid.slepas seminggu brsuci kemudian darah mengalir.itu dikira haid atau darah istihadhah?

  22. 2.apa bahaya nya darah istihadhah kpd remaja?

    terima kasih..

  23. Salam ustaz..Bagaimana seseorang yang mengalami istihadah ingin melakukan solat sunat contohnya solat tarawih secara berjemaah di masjid.Solat tarawih berjemaah dilakukan secara berterusan,8,20 rakaat jadi adakah perlu mengambil wuduk pada setiap kali solat?
    terima kasih

    • Tidak perlu hanya sembahyang fardu sahaja wajib berwudu pada tiap kali sembahyang.

  24. assalam ustad….. sy ad mslah, sy haid bml 1april, dan sampai skg sy x tahu masih dlm haid @ isthihadah. tp slps 15hr sy mndi n drh kdg2 ad n tiada, mslhnya skg bila brsm suami didpti drh.. sy panik smda sy boley solat @ tidk…

    • Minta maaf soalan tidak difahami

  25. Salam ustaz ,
    Saya telah mengalami darah istiadah beberapa bulan, bolehkah saya pergi ke kuliah di masjid, menunaikan fardhu maghrib dan isya’ di masjid? Mohon jawapan.

    • Darah istihadah bukan haidh maka tidak termasuk dalam larangan masuk ke masjid hanya yang anda perlu jaga darah jangan menitik didalam masjid. Ini larangan menajiskan masjid bukan larangan orang yang istihadah

  26. Assalamualaikum ustaz ,
    saya nak tnyak skit ni. boleh tak wnita yg dtg istihadah tu mnjadi imam solat ? sah ke jga ustaz ? tak berdosa ? mohan dbalas . assalam

    • Harus perempuan istihadah jadi imam kerana sembahyangnya sah maka sah dia jadi imam

  27. salam ustaz,saya nak tanya jika kite istihadah pada bulan puasa,adakah boleh kite berterawih di masjid?dan adakah setiap kali rakaat perlu ambik wuduk?

    • Boleh. Tidak perlu ulang wuduk

  28. assalamualaikum ustaz..
    bolehkah perempuan istihadhah solat hanya dngan memakai pad bersih? atau memang kena sumbat kapas?

    • Jika darah istihadah nya tidak banyak yani tidak keluar /hanya berada didalam atau dia sedang berpuasa atau jika disumbat membawa kepada kesakitan maka memada dangan bercaqat sahaja

  29. salam ustaz….sya ada 1 pnykit iaitu,apabila sya haid sya dtng,drah y kluar ssah mw brhnti slpas 15 ari sya haid dan sya krap kli mnkar pad sya,kdng2 smpai 4 kli dlm shri…dan drah y kluar trsbut mmkan slama sblan untuk brhnti,kdang2 lbih dri sblan untuk brhnti…soalan sya,apa kh y ptut sya lkukan dan apa kh pnyabab prkara itu brlaku?

    • Cuba tulis betu betul saya tak faham kerana ada perkataan yang saya tak tahu.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 110 other followers

%d bloggers like this: