Posted by: almalakawi | 10 September 2009

Darah Nifas

               Pengenalan nifas

          Nifas pada syara` darah yang keluar kemudian daripada kosong rarim daripada anak, ketul daging atau darah beku yang asal kejadian anak adam pada dua yang akhir. Darah yang keluar semasa peranakan masih ada suatu yang tersebut tidak dinamakan darah nifas.

                  Darah nifas adalah himpunan darah haidh didalam rahim untuk makanan anak. Ia terkumpul sebelum ditiupkan roh dan kemudian daripadanya.

                 Perbezan antara nifas dan haidh iaitu haidh bergantung dengannya iddah dan istbra sedang kan nifas tidak demikian kerana hasil iddah dan istbra dahulu daripada nifas dengan semata-mata beranak. Dan perbezannya lagi iaitu sekurangkurang nifas tidak mengugurkan sembahyang kerana masanya sedikit iaitu sesaad, bersalahan haidh

         Tempoh darah nifas

         Sekurang-kurang tempoh nifas sesaat / satu lahzah dan sebanyak-banyaknya enam puloh hari adapun yang kebiasannya empat puloh hari.

              Permulan nifas iaitu mengiringi beranak ini jika keluarnya mengiringi beranak. Adapun jika keluarnya tidak mengiringi beranak maka permulan masanya adalah permulan keluar darah. Atas pendapat ini masa suci (نقاء) antara keluar anak dan keluar darah bukan daripada nifas. Dengan itu wajib atas perempuan itu mandi wiladah / kerana beranak dan sembahayang didalam masa suci. Tetapi masa suci dibilang daripada enam puloh hari. Seperti seorang perempuan datang darah hari yang kesepuloh daripada beranak maka hari yang keenam puloh daripada beranak habislah masa nifasnya.

               Apabila wanita yang beranak tidak melihat darah melainkan selepas lima belas hari maka ia ketiadan nifas dan darah yang dilihat itu adalah darah haidh jika mengikut ciri-ciri haidh.

Darah yang melebehi tempoh nifas

               Darah yang melebehi sebanyak-banyak tempoh nifas hukumnya sama seperti darah yang melampaui sebanyak-banyak tempoh haidh maka berlaku disini segala bagai mustahadhah dengan segala hukumnya.

         Denga itu kita perhati keadannya adakah dia baharu kedatangan nifas ataupun telah beradat dan adakah dia dapat membezakan sifat darah atau tiada dan yang telah beradat adakah ingat ia akan adatnya atau tidak.

       1.  Maka jika ia pertama kali  kedatangan nifas dan dapat membezakan sifat darah dikembalikan hukumnya kepada  tamyiz apabila tidak melebehi darah yang kuat enam puloh hari dan berlaku disini yang tingal daripada syarat tamyiz.

      2.  Wanita yang pertama kali kedatangan nifas tetapi tidak dapat membezakan darah yang keluar, nifasnya hanya sesaad (satu lahzah)

      3.  Wanita yang beradat kedatangan nifas dan ia dapat membeza darah yang keluar hendaklah ia mengikut perbezan darahnya dengan syarat yang telah saya sebut pada tajuk Syarat tamyiz dia tidak boleh mengikut adatnya.

     4.  Wanita yang beradat kedatangan darah dan ia tidak dapat membeza darahnya hendaklah ia kembali kepada adatnya jika ingat ia akan adatnya ini apabila tidak bersalah-salahan adatnya adapun jika bersalah-salahan adatnya maka seperti terdahulu didalam Bab haidh.

 Mutahayyirah                 

            Wanita yang beradat kedatangan nifas dan ia terlupakan adatnya lagi pula tidak dapat membeza sifat darahnya wajib atasnya bercermat. Lihat hukumnya pada tajuk Mtahayyirah

About these ads

Respon

  1. Assalamulaiakum ustaz…
    minta sedikit penjelasan…Kebiasaannya apabila melahirkan seseorang bayi, seseorg wanita itu akan menghadapi keluar darah (bersalin dan juga darah nifaz) persoalan saya..bagaimana sorang wanita itu tahu waktu yang sesuai untuk dia mengangkat hadas besar (bersalin & waktu nifaz) setahu saya jangka masa (jarak dia antara darah habis bersalin & darah nifaz terlalu singkat..) bagaimana kita nak tahu & bezakan di antara darah nifaz & darah bersalin?

    • Wajib mandi wiladah/bersalin apabila tidak datang darah nifas dan telah masuk waktu sembahyang. Sekiranya selepas bersalin terus datang darah nifas maka perempuan itu hanya wajib mandi setelah berhenti darah nifas. والله اعلم

      • maknanya perempuan yang bersalin ini hanya mandi wajib sekali sahaja sahaja yea ustaz(iaitu sehingga berhenti darah nifas) jika dia datang darah nifas. & dia tidak perlu mandi wajib untuk wiladah/ bersalin…betul kan saya yea ustaz..TQ

      • Betul

  2. assalamualaikum, saya ada kemuyskilan. saya kematian anak dlm kandungan ketika usia kandungan 8 bln. namun saya masih bersalin secara normal.,darah nifas (merah) hanya keluar dalam masa 14 hari. kemudian warna darah bertukar kepada kecoklatan. selepas beberapa hari, cecair putih/kuning pula yang keluar kemudian berhenti untuk lebih kurang 2 hari; namun kembali semula tapi masih dalam warna putih keruh (kuantiti hanya sedikit). ini amat mengelirukan saya kerana saya masih belum sampai tempoh 40 hari. bila waktu yg sebetulnya untuk mandi wajib dan bersolat/berpuasa? adakah berhentinya sebarang pengeluaran menandakan keringnya darah nifas saya walaupun kurang dari 40 hari, dan apabila datang semula kotoran putih keruh menandakan keputihan biasa yang di alami wanita sihat dan tidak tergolong dalam nifas atau saya harus menunggu sehingga 40 hari baru bersuci/beribadat? terima kasih ustaz.

    • Terkadang ada wanita tidak keluar darah nifas, terkadang keluar dan tidak sampai kebiasan nifas iaitu 40 hari.
      Pada masalah puan ini darah merah, coklat, kelabu/putih keroh dan selang dua hari tampa darah itu adalah waktu nifas.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 111 other followers

%d bloggers like this: