Posted by: almalakawi | 15 September 2009

Zakat Perniagaan

Syarat wajib zakat perniagaan

1. Islam, tidak wajib zakat pada harta perniagaan kafir

2. Merdeka, tidak wajib zakat harta perniagaan hamba mukatab.

3 Milik sempurna, tidak wajib zakat harta perniagaan hamba mukatab kerana miliknya tidak sempurna.

4. Sampai nisab, tidak wajb zakat harta perniagaan yang belum sampai nisab

5. Cukup tahun, tidak wajib zakat harta perniagaan yang belum sampai tahun. Peringatan tahun yang dikehendaki disini ialah tahun islam (tahun hijrah)

6. Memiliki matabenda perniagan dengan jalan tukar menukar seperti dibelinya, atau dijadikan emas kahwin, hebah yang ada ganti dan barang sebagainya.

Syarat harta perniagaan yang wajib zakat.

1. Harta perniagaan itu hendak lah bukan harta yang wajib zakat pada ainnya (dirinya)

Contoh harta yang wajib zakat pada dirinya ialah emas, mata wag ganti bagi emas, kambing, dan sebagainya.

Contoh harta yang wajib zakat perniagaan kereta, kuda, barang makanan, dan sebagainya.

2. Hendaklah matabenda itu diniatkan perniagaan.

3. Hendaklah disertakan niat pada permulaan akad memiliki harta perniagaan, seperti disertakan niat itu pada ketika membeli harta yang hendak diperniagakan.

4. Hendaklah dimilik harta itu dengan cara tukar menukar,

Contoh akad tukar menuka:

a. jual beli.

b. memberi dengan menuntut balas.

c. emas kahwin. Seperti isteri yang menerima emas kahwin berbentuk barangan seperti kain dan dia berniat semasa akad hendak dijadikan kain itu sebagai harta perniagaan.

d. tebus talak. Bandingkan dengan emas kahwin

c. upah. Seorang mengambil upah berbentuk barabgan dan semasa akad upah dia berniat hendak menjadikan barangan itu sebagai mata benda perniagaan.

d. sewaan dan sebagainya. seperti seorang yang menyewakan rumah dengan bayarannya seratus guni beras dan dia berniat pada ketika akad sewa itu bahawa dia hendak menjadikan beras itu harta perniagan, qias kanlah dengan yang lain.

5. Tidak dijual harta itu pada tengah tahun, dengan harga mengikut mata wang yang dibelinya sedangkan harganya kurang daripada nisab, seperti beli dengan ringit yang sampai nisab dan dijual dengan ringit tetapi harganya kurang dari nisab kerana putus tahun. Nisab duit ialah nilai emas 85grm.

6. Jangan di niatkan hendak menyimpan harta itu pada pertengahan tahun, maka manakala diniatkan hendak menyimpan pada pertenghan tahun putuslah tahunnya. Dengan itu behajat kepada niat perniagan semula berserta mempergunakan harta.

Peringatan benda yang disewa, kerja mengambil upah, akad nikah dan barang sebagainya bukan perniagaan, tetapi disini hendak menyatakan cara mendapat harta perniagaan iaitu dengan jalan tukar menukar seperti yang telah dinyatakan.

Mereka yang tidak wajib zakat perniagaan

Tidak wajib zakat perniagaan, pada mata benda yang hendak dijual sedangkan ia didapati secara tidak tukar menukar, seperti dapat secara pesaka, pemberian yang tiada ganti, wasiat, dan sebagainya.

Tidak wajib zakat perniagaan pada rumah yang disewakan, dan semua barang yang disewa kerana bukan pernigaan.

Tidak wajib zakat perniagaan pada perhidmatan, seperti mengambil upah pembinaan dan sebagainya kerana perhikmatan bukan perniagaan.

Tidak wajib zakat perniagaan pada benda yang hendak dijual sedangkan pada ketika membelinya tidak ada niat hendak dijadikan harta perniagaan, seperti seorang  yang berniat pada ketika membeli kereta hendak dijadikan kegunaan sendiri.

Mereka ini hanya dikenakan zakat simpanan sekiranya cukup syaratnya.

Cara menghitung zakat perniagaan.

Hendaklah diperhargakan harta perniagaan.

Diperhargakan  mengikut mata wang yang dibeli barangan perniagaan itu. Sekiranya dibeli dengan ringit maka diperhargakan dengan ringit dan jika dibeli dengan dolar maka diperhargakan dengan dolar.

Setelah dinilai hendak dicampurkan nilayan harta perniagaan itu dengan wang yang ada di dalam milik kemudian dikeluarkan zakatnya 1/40.

Sekiranya penzakat ada berhutang dengan orang lain dan belum dibayar maka janganlah dia tolak hutang itu.

Sekiranya orang lain ada berhutang dengan penzakat maka jangan dicampurkan hutang dalam pengiraan semasa hendak mengeluarkan zakat tetapi hendaklah dikeluarkan zakat apabila orang yang behutang membayarnya. والله اعلم

About these ads

Respon

  1. assalamualaikum ustaz,

    saya ingin bertanyakan mengenai zakat pendapatan. apa hukumnya disisi mazhab imam syafie?

    t.kasih

    • Mengambil zakat pendapatan adalah haram kerana tak perlu mengambilnya, lagipula menzalimi orang yang diwajibkan mengeluar zakat pendapatan. Sekiranya orang yang makan gaji ada simpanan duit yang sampai nisab maka dia wajib zakat simpanan apabila sampai hol (cukup setahun) dan sekiranya dia dalam hitungan ada sampai nisab tetapi dalam simpanan tidak ada nisab dan terkadang orang ini tidak cukup gajinya untuk perbelanjaan diri maka orang yang mewajibkan zakat pendapatan telah menginyanya dan menzaliminya
      ولاتأكلوا أموالكم بينكم بالباطل
      Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, al-Baqarah 188
      Pekara yang wajib zakat hanya lima pekara
      1. Binatang ternakan yang cukup nisab dan cukup tahun.
      2. Emas dan perak yang cukup nisab dan cukup tahun (zakat simpanan). Duit simpanan wajib zakat kerana ianya ganti emas.
      3. Tanaman bijirin, yang cukup nisab.
      4. Buah tamar dan angur yang cukup nisab.
      5. Harta perniagaan yang cukup nisab dab cukup tahun.
      . والله اعلم

      • salam,

        terima kasih atas penjelasan ustaz, saya amat berharap pihak pondok dapat memberi penjelasan terhadap perkara ini kerana skg ini banyak institusi zakat yang mewajibkan ‘zakat’ pendapatan. semoga Allah memberkati uztaz dan guru-guru uztaz.

      • ada pihak yang mengatakan pada zaman khalifah umar abdul aziz, pendapatan atau gaji pegawai kerajaan telah siap ditolak zakat. katanya dari sumber kitab almughni ibn qudamah. betul ke?

  2. assalamualaikum ustaz… smoga ustaz sihat walafiat…
    soalan sy ustaz mengenai kedudukan saya… adakah saya layak untuk memohon zakat di tempat pengajian saya ustaz?? bilangan adik beradik saya 11 org.. ayah saya seorang penjaja beras tetapi sekarang ayah saya hnya menjaja dlm sekali ataupu dua kali seminggu.. itu pun hanya utk mkn kami adik beradik…. adik2 saya yg masih bersekolah men. dan rendah masing2 mendapat bantuan keewangan…ini juga telah meringankan beban ayah saya..memandangkan saya pelajar tahun akhir, jd saya memerlukan wang yg lebih berbanding sebelum ini… jadi sebelum saya memohon zakat ini, saya ingin mendapat kepastian drp ustaz adakah saya layak tuk memohon…

    • Maaf kepada yang bertanya, pelajar tahun akhir dimana?

  3. assalamualaikum ustaz,

    saya ingin bertanya tentang zakat simpanan & pelaburan…bolehkah saya nak bayar terus untuk rumah anak2 yatim & untuk pembinaan masjid serta sekolah agama yang nak baru nak dibina…saya ada juga bayar dekat pejabat zakat & separuh lagi saya rasa nak bagi sendiri…uztaz ada cadangan kepada pihak mana yang saya patut bayar

    • إنما الصدقات للفقراء والمساكين والعاملين عليها والمؤلفة قلوبهم وفي الرقاب والغارمين وفي سبيل الله وابن السبيل فريضة من الله والله عليم حكيم
      Zakat hendak lah diberikan kepada asnap yang lapan.
      Masjid, rumah anak yatim, sekolah agama, tidak termasuk dalam asnap yang lapan.
      Jalan untuk diberikan kepeda sekelian itu ialah mereka yang mengurus tempat tempat itu hendaklah berhutang dan boleh mereka mengambil zakat atas jalan berhutang. Seperti nazir masjid berhutang alat benaan untuk pembenaan masjid maka harus dia mengambil wang zakat untuk membayar hutang. والله اعلم

  4. assalamualaikum ustaz..
    saya ingin bertanyakan tentang zakat pendapatan & berapa jumlah seseorang yang diwajibkan (emasnya) dizakat kan? TQ

    • Sila baca jawapan saya pada soalan Mizi diatas.

  5. ooo..terima kasih ustaz

  6. assalamualaikum

    tumpang tanya, harta perniagaan dikira daripada barang dagangan saja atau termasuk harta lain seperti kedai?

    macam mana pula dengan perniagaan perkhidmatan yang tiada barang dagangan?

  7. assalamualaikum ustaz..
    Saya mula menjalankan perniagaan menjual kain tudung pada 1.1.2010, sekarang cukuplah setahun perniagaan ini.

    Saya nak tahu bagaimana cara utk mengira yang betul bagi mengeluarkan zakat perniagaan saya ini.

    Saya harap ustaz dpt memberikan panduan dalam pengeluaran zakat ini.
    TQ

    • hitung harta perniagaan (tudung), duit dlm simpanan dan duit dlm saku. Sekiranya sampai nisab, maka dikeluarkan zakatnya 1/40 bahagian. Cara mendapat nisab mengikut harga emas semasa di darab 85 gram iaitu bersamaan 20 miskal.

  8. Saya Merupakan pengusaha Homestay, setakat ini keuntungan bersih yg Saya dapat adalah rm 9000. Brpkah zakat perniagaan yg perlu Saya bayar? Adakah dikira atas keuntungan bersih? Atau drpd penerimaan drpd pelanggan? Contoh Saya terima drpd pelanggan rm12000, kos pengendalian upah membersih Dan mencuci , air Dan electric sebanyak rm 3000. Brpkah zakat yg Saya harus byr.

    • Anda bukan berniaga tetapi memberi perhikmatan anda tidak dikenakan zakat perniagan hanya dikenakan zakat simpanan jika simpanan anda sampai nisab dan haul.

  9. Assalamualaikum Ustaz,
    salam Ramadhan.

    saya adalah peniaga. didalam perniagaan ini, saya dikategorikan sebagai consultant dan memberi servis dan kadang-kadang menjual barangan IT.

    soalan saya:
    1. saya mempunyai 9 pekerja dimana semuanya untuk tugas2 servis seperti membaiki komputer dan peralatan IT. saya mempunyai beberapa kontrak dgn syarikat swasta. adakah saya dikira memberi hanya perkhidmatan dan tidak perlu zakat perniagaan diatas usaha saya ini?

    2. kadangkala ada pelanggan yang ingin membeli barangan melalui syarikat saya. sebagai contoh: membeli 100 buah komputer. dari penjualan ini katakan modal saya adalah RM3000 sebuah, dan saya pula jual pada harga RM3100 sebuah. jadi zakat yg saya kena keluarkan adakah atas nilai RM310,000.00 atau hanya atas keuntungan iaitu RM10,000 sahaja?

    Saya mengucapkan ribuan terima kasih sekiranya ustaz dapat membantu menyelesaikan keraguan saya ini.

    • Zakat perniagan dikira dari barang yang masih ada yakni yang belum terjual dicampurkan dengan harga yang telah terjual dicampurkan dengan wang simpanan maka jumlah keseluruhan jika sampai nisab dikeluarkan satu per empat puluh yakni jumlah itu dibahagi empat puluh diambil satu bahagian dikeluarkan zakat.
      Untuk mengetahui nisab yang wajib zakat ialah dengan mengetahui harga emas semasa didorabkan dengan 85g emas kerana 20 miskal itu 85 g.
      Mengenai perhikmatan yang dibuat tidak dinamakan perniagan hanya dinamakan perniagan iaitu menjual barang yang dibeli dengan niat berniaga.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 109 other followers

%d bloggers like this: