Posted by: almalakawi | 24 Oktober 2009

Wuduk (mengangkat air sembahyang)

Rukun wuduk

          Rukun wuduk, wajib wuduk, atau fardu wuduk enam perkara. Empat pekara daripadanya tersebut di dalam al-Quran

 Dalil wuduk

          Maksudnya: Wahai segala mereka yang beriman apabila kamu hendak mendirikan sembahyang maka hendaklah kamu basuh muka kamu dan basuh dua tangan kamu sehinga siku dan sapu kepala kamu dan basuh dua kaki kamu hinga dua buku lali.        

          Pertama: Niat kerana sabda nabi النبي صلى اللّه عليه وسلم

        إنما الأعمال بالنيات                   

Tidak sah segala amal melainkan dengan niat.

            Waktu niat pada ketika awal membasuh satu juzuk daripada muka kerana hakikat niat pada syara’ قصد الشيء مقترنا بفعله  maksudnya mengkasad suatu berserta dengan perbuatnya. Wajib menghadirkan niat didalam hati dengan dilintas sahaja aku mengakat wuduk. Sunat melafaskan niat نويت الوضوء  ertinya sahaja aku mengangkat wuduk.

          Tidak disyaratkan berkekalan niat hinga membasuh sekelian muka. Tidak memada menyertakan niat dengan suatu yang sebelum daripada muka seperti berniat seorang pada ketika membasuh tangan, berkumur-kumur atau memasukkan air kedalam hidung jika tidak terbasuh sertanya satu juzuk daripada muka adapun jika terbasuh sertanya satu juzuk daripada muka seperti bibir maka memada niatnya dan wajib diulang membasuhnya jika tidak kasad membasuhnya daripada muka. Adapun jika kasad membasuhnya daripada muka maka tidak wajib diulang membasuhnya.

          Kedua: Membasuh keseluruhan muka. Had muka iaitu diantara tempat tumbuh rambut sehingga dagu pada pihak  panjangnya dan dari anak telinga hingga anak telinga pada pihak lebarnya. Wajib menyampaikan air pada sekelian kulit dan bulu yang ada di dalam had muka adapun jangut lelaki dan jambangnya yang tebal sekira-kira tidak kelihatan kulit dibawahnya memada membasuh sebelah luarnya sahaja adapun jangut yang nipis sekira-kira kelihatan kulit dibawahnya maka wajib menyampaikan air di sebelah dalam jangut dan kulit di bawahnya. Jangut perempuan samaada nipias ataupun tebal wajib meratakan air pada keseluruhanya dan kulit dibawahnya. Perempuan yang berjangut sunat menghilangkan jangutnya samaada dengan cukur atau lainnya. Wajib membasuh sejuzuk / sedikit daripada kepala, tengkuk, dan bawah dagu supaya sempurna basuhan mukanya.

          Ketiga: Membasuh dua tangan hinga dua siku. Bagi mereka yang tidak mempunyai siku hendaklah membanding mereka itu kedudukkan siku orang yang pertengahan. Wajib membasuh tiap-tiap suatu yang ada di atas tangan seperti bulu jika lebat sekalipun. Wajib menyampaikan air pada sekelian kulit,daging yang tumbuh, jari yang lebih dan sekelian kuku. Wajib menghilangkan segala cemar-cemar yang menegah sampai air di bawah kuku. Dan wajib menghilangkan duri pada tangan. Tiada wajib menghilangkan keropeng kudis jika mudah menghilangkannya sekalipun. Berlaku sekelian hukum ini pada keseluruhan angota wuduk sekira-kira patut dengannya.

          Keempat: Menyapu satu juzuk / sedikit daripada kulit kepala atau sebahagian rambut yang didalam had kepala dengan suatu yang basah. Memada menyapu seurat rambut atau setengahnya. Tidak memada menyapu pada rambut yang terkeluar daripada had kepala seperti menyapu di atas sangul apabila di huraikan tempat yang disapu terkeluar daripada had / kawasan kepala. Memada menyapu di mana-mana bahagian kepala sehinga bahagian yang wajib dibasuh serta muka. Tidak tertentu menyapu dengan tangan yakni memada menyapu dengan seumpama ranting yang dibasah dengan air. Memada meletakkan tangan yang basah dengan tidak mengerakkannya. Memada membasuh kepala ganti daripada sapu.

          Kelima: Membasuh dua kaki hinga dua buku lali jika tidak memakai kasut but / kasut yang menutup keseluruhan kaki hinga melepasi dua buku lali. Wajib menyapu kasut but atau membasuh kaki jika ada memakai kasut but. Wajib membasuh barang yang di atas kaki daripada bulu dan sebagainya seperti pekara yang tersebut pada membasuh tangan.

          Keenam: Tertib / teratur seperti yang tersebut kerana sabda nabi صلى اللّه عليه وسلم  النبي: ابدءوا بما بدأ اللّه به    Ertinya mula oleh kamu dengan perkara yang memula oleh اللّه. Perhati ayat wuduk diatas اللّه mulakan membasuh muka dan seterusnya. Seorang yang lupa tertib tidak terjadi wuduknya melainkan muka jika ada menyertai niat pada ketika membasuh muka. Seorang yang menyelam didalam air serta berniat wuduk memada wuduknya sekalipun dia berada di dalam air pada masa yang singkat kerana tertibnya pada masa yang sedikit.

Syarat-syarat wuduk

          Syarat-syarat wuduk seperti syarat mandi iaitu sebelas pekara.

  1. Air yang digunakan untuk berwuduk adalah air mutlak
  2. Yakin atau zan / sangka yang kuat air yang diguna untuk berwuduk itu air mutlak.
  3. Orang yang mengambil wuduk ialah orang islam
  4. Orang yang mengambil wuduk mumayiz / dapat membeza yang baik dan yang buruk.
  5. Tidak ada pekara yang memalingkan niat seperti niat memutuskan wuduk.
  6. suci daripada haidh dan nifas. Tidak sah wuduk perempuan yang sedang berhaidh atau bernifas.
  7. Tidak ada pada angota wuduk sesuatu yang boleh mengubahkan air seperti bedak.
  8. Tidak digantongkan niat dengan sesuatu seperti sahaja aku mengambil wuduk jika datang si zaid.
  9. Tidak ada pada angota wuduk pekara yang menegah sampai air seperti lilin, sisik ikan, getah, dan lainya
  10. Mengetahui cara berwuduk seperti tidak menangap yang sunat sebagai fardu dan tidak mengap yang fardu sebagai sunat
  11. Mengalirkan air pada angota wuduk. Tidak sah wuduk dengan menyapu tangan yang basah pada angota yang dibasuh.

Sunat-sunat wuduk

          Sunat-sunat wuduk amat banyak hendaklah kamu baca didalam kitab-kitab yang besar. Di sini saya dapat membawa sebahagian dripadanya.

          Sunat membaca أعوذ باللّه dan بسم اللّه hinga akhir keduanya pada permulan mengambil wuduk. Jika seorang tidak membaca بسم اللّه pada permulan wuduk walaupun dengan sengaja sunat seorang itu membaca pada pertengha wuduknya. Tidak memada membacanya setelah selesai berwuduk.

          Sunat membasuh tapak tangan hinga pergelangan sebelum berkumur-kumur.

          Sunat berkumur-kumur kemudian daripada membasuh tangan. Hasil sunatnya dengan memasukkan air kedalam mulut samaada meludahkannya atau tidak. Berkumur yang sempurna iaitu mengadarkan air didalam mulut dan meludahkannya.

          Sunat menghisap air didalam hidung kemudian daripada berkumur-kumur. Hasil sunatnya dengan memasukkan air kedalam hidung samaada dihisap air itu dan dihembuskannya atau tidak.

          Sunat menyapu sekelian kepala dengan tangan yang basah. Adapun menyapu sedikit daripada kepala iaitu wajib. Jika ada memakai umpama kopiah atau serban dan tidak mahu menangalkan keduanya disunatkan menyapu diatas keduanya.

          Sunat menyapu keseluruhan dua telinga dengan air yang lain daripada menyapu kepala. Cara menyapunya adalah memasuk seorang yang sedang berwuduk hujung dua telunjuknya yang basah ke dalam dua lubang telinganya kemudian mengerak-gerakkannya pada keseluruhan lipatan telinganya seterusnya dia memperlalu ibu jarinya yang basah di belakang telinganya dan akhirnya dia menekap dengan dua tangannya yang basah pada dua tekinganya.

          Sunat menyelati jangut dan jambang lelaki yang tebal adapun jangut lelaki yang jarang, jangut perempuan dan jangut khunsa wajib meratakan air pada tiap-tiap helai bulunya dan kulit dibawahnya.

          Sunat menyelati sekelian anak jari dua tangan dan kaki jika sampai air dengan ketiadan menyelati. Jika tidak sampai air melainkan dengan menyelati maka wajib menyelati pada ketika itu.

          Sunat mendahulu tangan kanan dan kaki kanan ketika membasuh. Adapun angota yang mudah membasuh atau menyapu dengan serentak seperti dua pipi, dua tapak tangan, dan dua telinga tidak disunatkan mendahulu angota yang kanan daripada angota yang kiri.

          Sunat membasuh atau menyapu tiga kali. Hasi meniga-niga pada air yang mengalir dengan lulu tiga pelarian / alunan dan pada air yang tenang dengan mengerakkan tangan tiga kali didalamnya.

          Sunat mualat / berturut-turut yakni disunatkan jangan ada percerayan yang panjang antara membasuh satu angota dengan angota yang lain atau membasuh antara suku-suku angota sekira-kira ketika membasuh angota yang kedua belum kering angota yang pertama demikianlah seterusnya angota yang lain. Begitu juga pada membasuh antara juzuk-juzuk pada satu angota.

Pekara-pekara yang membatalkan wuduk.

          Perkara yang membatalkan wuduk ada lima.

          Pertama: Keluar sesuatu dengan yakin pada salah satu daripada dua jalan /  kemaluan hadapan atau kemaluan belakang orang yang hidup yang bukan khunsa. Samaada yang keluar itu suatu yang kebiasan berlaku seperti air kencing,  tahi, dan lainya atau jarang berlaku seperti darah, batu dan dan lainya melainkan air mani. Tidak batal wuduk orang yang syak / ragu-ragu keluar suatu daripada dua jalan seperti seorang yang ragu-ragu adakah dia sudah kentut atau belum. Tidak batal wuduk orang yang keluar maninya dengan mimpi sedangkan dia tidur dalam keadan tetap dua papan pungungnya atau orang yang keluar mani kerana memandang perempuan dengan sahwat. Tidak batal wuduk orang yang sudah mati apabila keluar sesuatu daripada kubulnya atau duburnya. Tidak batal wuduk khunsa / orang yang mempunyai dua alat kelamin apabila keluar sesuatu daripada salah satu dua alat kelaminnya. Jika keluar sesuatu daripada dua alat kelamin seperti kedua-dua alat kelaminnya mengeluarkan air kencing maka batal wuduknya. Batal wuduk khunsa apabila keluar sesuatu daripada duburnya.

          Kedua: Tidur yang tidak tetap dua papan pungung ini pada orang yang tidur duduk adapun orang yang tidur berdiri atau tidur terlentang batal wuduknya samaada tetap dua papan pungung atau tidak.

          Ketiga: Hilang akal dengan sebab mabuk, gila, pitam, sangat sakit, gila babi, atau lainnya.

          Keempat: Bersentuh kulit lelaki dengan kulit perempuan yang halal nikah keduanya dengan tiada berlapik. Tidak batal wuduk bersentuh kulit sesama lelaki, sesama perempuan, sesama khunsa, lelaki dengan khunsa, atau perempuan dengan khunsa. Tidak batal wuduk menyentuh rambut, kuku, dan gigi. Yang deimaksud dengan lelaki dan perempuan disini ialah mereka yang sampai had sahwat. Tidak batal wuduk bersentuh antara lelaki dan perempuan yang mahram / haram nikah. Yang dikehendaki dengan mahram ialah mereka yang haram nikah dengan sebab keturunan, menyusu, atau berambil-ambilan seperti mertua dengan menantu.

          Kelima: Menyentuh kubul / kemaluan hadapan dan halakah dubur / kerutan kemaluan belakang dengan tapak tangan. Yang dinamakan kubul lelaki iaitu sekelian zakarnya. Tempat tumbuh bulu ari-ari tidak termasuk kubul lelaki. Yang dikehendaki dengan kubul perempuan iaitu dua bibir farajnya yang bertangkup.

Pekara-pekara yang diharamkan semasa berhadas kecil

          Haram sesaorang yang berhadas kecil sembahayang dan yang sama makna dengan sembahayang seperti sujud sukur, sujud tilawah, khutbah jumat, dan sembahayang mayat.

          Haram dengan sebab berhadas kecil menyentuh atau menanggung al-Quran. Haram menyentuh kulit al Quran. Tidak haram menyentuh al-Quran yang ada di dalamnya tafsir yang lebih banyak daripada ayat al-Quran. Jangan ditegah kanak-kanak yang sudah mumayiz / yang dapat membeza yang baik dan buruk membawa al-Quran kerana hendak belajar; sekalipun dia berhadas besar.          

          Haram orang yang berhadas kecil tawaf samaada tawaf rukun atau sunat. Kerana syarat tawaf suci daripada hadas.

About these ads

Respon

  1. jika terdapat basuhan wuduk pada tangan tidak sempurna(ada sebesar duit siling 50 sen tak kena air wuduk,disedari setelah berwuduk sampai ke kaki,apa hukumnya wuduk tersebut?
    apa dalil-dalil? dan hadith shahihnya?perlu mengulang wuduk semula atau menyempurnakannya

    • Sahih Bukhari hadis Musi’u solatuhu, wajib ulang wudhu dan solat.

      • Anda tidak perlu mengulang wudhuk daripada awal, hanya sanya kembali pada tangan itu dan mewudhukannya, kemudian teruskan wudhuk ikut tertib daripada tangan, seterusnya sampai pada kaki.

      • bila nak ulang balik dengan tidak mengetahui hukum putus mualat seperti kenyataan editor tu dia kena jaga niat sambung semula rujuk kitab fekah seperti sabilal dan lainnya, jangan hanya semata2 basuh tangan serta tertib seterusnya, awla ulang semuanya sebab arang awam tak tahu cara berwuduk yang ditinggalkan mualatnya.
        jangan ambik hukum ikut mudah bagi orang awam. mereka tak mempelajari cara berwuduk secara detail maka nak jadi ustaz kena cari jalan selamat bagi orang awam, cuba baca soalanya bebetul baru jawab berdasar soal.

  2. cuba buka Lumma bagi as Sairazi dalam bab an nahyu

  3. Apa yang dimaksudkan putus muwalat itu? Sedangkan orang wudhuk itu bukanlah orang yang daimul hadas? Dihukumkan seperti orang yang normal jua. Tentang jaga niat, dia masih dalam wudhuk lagi kerana masih belum sempurna basuh kaki.

  4. Kan dah sebut kitab sabilal dan lainnya, haa!!! pergi baca kitab tu. pas tu baru cakap.
    kan kata jahil Mjurakkab, marah pulak

  5. Saya dah membaca kitab sabilal. Jadi saya bertanya kepada anda apa maksud anda dgn putus muwalat? Sebab muwalat orang berwudhuk itu sunat sahaja, melainkan dia itu daimul hadas.

  6. Saya ade seorang kawan yg tinggal di U. Kingdom bertanya mengenai bagaimana dgn hukum wudhu’ yang disapu pd stokin,atas alasan sejuk,akan tetapi bukan pd khuf..Boleh Sheikh jelaskan dan kalau ada pendapat dalam mazhab yg boleh diamalkan..wallahua’lam.

  7. Assalamu’alaikum ustaz!
    Sikranya air basuhan muka saya menitis ke atas ke dua-dua tapak tangan dan air yang sama di kedua-dua tapak tangan saya itu digunakan untuk membasuh tangan sampai ke siku, adakah air basuhan tersebut masih kekal statusnya sebagai air mutlak, dan adakah sah wudhuk tersebut?

    • Air basuhan muka yang pertama adalah mustakmal, maka tidak sah wudhuk dengan air itu dibasuh tangann, Adapun air basuhan muka yang kedua dan yang ketiga maka harus lagi sah digunakan untuk membasuh angota yang lain. والله اعلم

  8. Assalamualaikum Ustaz,

    Apa beza anak yang mumaiyiz & bersunat?

    • Anak mumaiyiz ialah yang telah dapat membeza yang baik dan buruk. Cara mengenalnya ialah dia boleh makan, pakai, bersuci dan lain dengan sendiri. sementara kanak-kanak yang dah bersunat terkadang belum mumaiyiz seperti kana-kanak yang dah berkhatan semasa dilahirkan dan terkadang sudah mumaiz baru hendak dikhatankan.

      • Terima kasih Ustaz

  9. Assalamualaikum Ustaz,

    apakah hukum kalau anggota kedua tangan dan kedua kaki kalau kita basuh serentak di dalam kolah yg cukup 2 kolah.(maksud saya tiba giliran membasuh tangan kedua-dua kita masuk serentak),begitu juga bila tiba giliran kaki,kedua-dua serentak kita masukan.mohon jawapan dari ustaz.

    terima kasih…

    • Sah serta makruh, kerana disunatkan mendahulukan yang kanan

  10. Assalamualaikum ustaz…
    minta diperjelaskan fenomina ini,
    saya pernah terlihat pada satu petikat movie seorang pelajar mengambil wuduq menggunakan gayung pada kolah (yg cukup 2 kolah)airnya, air di dalam gayung itu dicelup utk membuat basuhan pada kawasan2 wuduq. bagaimankah wuduqnya ustaz? adakah sah?

    • Sah wudu’nya sekiranya dia berniat jadikan tangan yang dicelup sebagai gayung semasa hendak membasuh tangan.

  11. assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanyakan tentang permasalahan ini, bukankah salah satu sebab yang membatalkan wuduq ialah apabila keluarnya sesuatu dari rongka2 kemaluan didepan ataupun dibelakangnya. Soalan saya:
    1. Bukankah salah satu adab hendak tidur perlu mengambil wuduq & membaca doa? Adakah wuduq perempuan ini mmg akan terbatal & kerja mengambil wuduq diwaktu itu seolah2 sia2.
    2. Apakah amalan yang boleh perempuan yang masih di dalam keadaan “uzur” ini lakukan, sebagai dijadikan pedinding diri?

  12. mohon ustaz terangkan yea

  13. Assalamualaikum ustaz…

    Ustaz..adakah sah bagi seseorang ibu apabila hendak menunaikan solat (pakai telekung ) & tidak menukar pakaian yang dipakainya (pakaian yang terkena percikkan air najis anak perempuannya yang berumur sekitar 1 atau 2 tahun)…?

    • sekiranya yakin air yang terkena itu air kencing kanak-kanak sama ada lelaki atau perempuan maka tidak sah sembahyangnya. والله اعلم

  14. salam ya ustaz

    nak penjelasan tentang wuduk bagi perempuan yang panjang rambut sevennya dekat tepi anak telinga, wajib basuh atau tidak…….

    • Wajib basuh kerana termasuk dalam had muka….

  15. Assalamualaikum Ustaz.

    Adakah keruping darah beku menghalang air sampai bagi wuduk dan mandi wajib? Perlu dikupil dahulu?

    Syukran

    • tidak wajib dihilangkan dan sah wuduk

      • Jazaka Allahu Khairan ya Ustaz.

      • Begitu juga mandi wajib ya Ustaz?

      • ya

      • Syukran ya Ustaz. Jazaka Allahu Khiran

  16. assalam..ustaz..nak tanya jika terlupa semasa mengambil bahagian wuduk. Then sy juz ulang anngota yg sy yakin…sah x wuduk?atau perlukah diulangi dr mula…

    • sah tak perlu diulang dari mula

  17. Assalamualaikum ustaz.. nk tnya mcm mne org yg tiada tangan nak berwudhuk dan beristinjak??

    • Jika tidak ada tangan sebelah maka dia menguna sebelah lagi sama ada yang tingal itu kanan atau kiri.
      Jika tiada keduanya dan dia pandai menguna kakinya untuk beristinja dan berwdu maka guna kaki.
      Jika tidak pandai maka minta tolong orang lain dengan tabaruk atau upah.

      • Ada tak dalil Al-Quran atau hadis sebagai bukti bagi jawapan di atas?? jawapan bagi org yg xde tgn nk berwudhuk dn beristinjak..

  18. Assalamualaikum ustaz, bagaimana nk lakukan solat khauf pada zaman sekarang?

  19. askm ustaz, batal tak wuduk sekiranya terpicak air kencing yang telah kering di lantai?

    • Tidak kerana tidak termasuk pekara yang membatalkan wuduk


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 109 other followers

%d bloggers like this: