Posted by: almalakawi | 4 November 2009

Apakah harta pusaka?

Harta pusaka ialah

1. barang dan benda yang ditingalkan oleh si mati

2. hak seperti hak khiar (pilih jadi akad atau tidak akad), dan had tuduh

3. ketentuan (اختصاص) iaitu benda yang bukan harta seperti baja daripada najis, anjing yang diajar untuk berburu, arak yang diniat buat cuka sebelum jadi cuka dan lainnya. Setelah arak jadi cuka kemudian dari mati ianya termasuk dalam harta bukan ketentuan.

4. Diat (bayaran balasan kerana membunuh) yang diambil daripada orang yang membunuh si mati, kerana termasuk dalam miliknya.

5. Demikin juga binatang perburuan yang termasuk kedalam perangkap selepas mati dengan syarat perangkap itu dipasang oleh si mati semasa hidupnya, kerana perbuatan memasang perangkap menjadi sebab memilik. Sekiranya si mati menguna perangkap yang dipinjam dan binatang perburuan masuk kedalam perangkap itu selepas matinya, nescaya binatang itu juga jadi milik simati maka jadi lah binatang itu pesaka ini yang difatwa oleh syekh Syarwani di dalam Hasyiah Tuhfah.

Difaham dari kenyataan diatasa pemberian ihsan kerajaan kerana pegawainya yang mati sama ada pencen atau atau pampasan adalah menjadi pesaka kerana kerajaan tidak akan memberi pekara itu kepada semua orang hanya kepada mereka yang berkerja dengan kerajaan, dengan itu jadi serupa masalah ini dengan seorang yang memasag perangkap.

Adapun pemberian orang ramai semasa hari kematian bukan pesaka kerana tidak termasuk dalam perkara yang telah disebutkan, kebiasan pemberian itu untuk menguruskan mayat, maka harus digunakan untuk mengurus kan mayat dan buat kenduri serta yang lain tetapi yang lebih elok orang ramai melantik seorang untuk menguruskan pemberian itu dan dia lah yang menguruskan segala keperluan simati dan kenduri. والله اعلم

About these ads

Respon

  1. Assalaamu ‘alaikum Ustaz,
    Saya ingin bertanya dari hal seorang suami yg meninggal di dalam keadaan masih berhutang kepada isterinya.Adakah wajib dibayar dan jika wajib bagaimana caranya?

    • Wajib dibayar dari harta peningalan suami sebelum pembahagian harta pesaka. والله اعلم

  2. Assalamu’alaikum ustadz….

    mugi2 barokah blog, web ini…

    amiiiiiiinnn

    • Amin!!!

  3. ASKM ust. semasa hidupnya arwah datuk saya ada memberi bahagian2 tanahnya secara lisan kepada saya adik beradik seramai 3 org selepas kematiannya. Selepas kematianya, ayah saya membolot semua tanah tersebut dgn alasan dia waris tunggal datuk saya. lagipun katanya pemberian tu tak bertulis hanya lisan aja. Itu bukan wasiat bilangnya. apa pendapat ustz?TQ

    • pemberian itu sah dan ayah anda tidak berhak mengambilnya.

  4. Ustaz…jika dahulu & mungkin sekarang masih ada wasiat yang diberi secara lisan..sebelum arwah nenek meninggal dia ada berpesan kepada saya untuk memberikan rumah peninggalannya kepada adik saya sedangkan pada waktu itu tidak ada saksi..
    1) Adakah wasiat sedemikian masih juga dikira wasiat?
    2) Jika kita melanggar wasiat adakah apa2 kesan ke atas si mati atau orang yang ditinggalkannya?

  5. salam ustaz,Sy nk tau tentang pembahagian tanah.yg mana tanah Aruah opah saya sekarang dibahagi2 antara anak2nya,soalan sy adakah ibu sy yang dah meninggal dunia mempunyai bahagiannya juga.sekian terima kasih.

    • Sekiranya ibu anda mati dahulu kemudian opah anda mati maka ibu anda tidak berhak mengambil pesaka bahkan opah anda yang makan pesaka yang ditingalkan oleh ibu anda.
      Sekiranya opah anda mati dahulu kemudian ibu anda mati maka ibu anda berhak menerima pesaka.
      Opah yang saya faham disini ialah ibu bagi ibu anda. والله اعلم

  6. assalamualaikum ustaz nak tanya masalah ibubapa semasa hidup telah menghadiahkan sebuah rumah kpd anak prempuannya serta memesan agar rumah diduduki oleh anak kpd anak permpuan sampai anak cucu dan apabila mereka ( ibubapa ) meninggal adakah rumah itu jadi harta tarikah ?

  7. Assalam Ustaz,
    Bagaimana jika rumah pusaka adalah hasil perkongsian arwah ayah dan ibu. Jika ibu menuntut kembali jumlah modal yang dikeluarkannya, dia berhak dibayar atau tidak?

    • Sekiranya semasa si ibu mengeluarkan duit untuk membeli rumah itu atas jalan berkongsi maka dia berhak pada rumah itu menurut peratus pembayarannya, dan jika dia mengegeluarkan duit atas jalan membantu ayah awak dengan niat memberi maka dia tidak ada saham pada rumah itu.

  8. T.Kasih. Satu lagi permasalahan. Sebelum ayah meninggal, ada dihibahkan harta termasuk juga yang atas nama ibu yang masih hidup. Untuk faraid, harta nama ibu perlu dikeluarkan atau tidak?

    • yang diatas nama ibu dihebah kepada siapa?

  9. Adik bungsu satu bidang tanah penuh nama ibu. Untuk abang sulung, satu bidang tanah nama bersama arwah ayah.

    • sekiranya ibu masih hidup maka ayah tidak berhak membahagi harta ibu, sekiranya dia sudah tiada maka faraid hendaklah dikira secara asing.

  10. Ustaz, boleh ke guna duit simpanan simati untuk pembelian batu nisan dan tapak kubur simati

    • Nisan dan kotak keliling kubur (ini fahaman saya dari soalan) tidak termasuk dalam perkara menguruskan mayat. Hanya diambil harta si mati untuk tujuan menguruskan mayat. kerana tanda kubur itu sunat dan boleh dibuat dengan mana-mna batu yang diambil dari tanh mubah (tanah tiada milik sesiapa). sementara pengepung keliling kubur itu jika yang kekal yakni tidak boleh diubah maka ianya haram jika pada tanah wakaf dan jika boleh diubah maka harus maka dia tidak termasuk dalam pekara yang wajib diambil dari harta peningalan si mati.
      Sebaiknya minta izin dari sekelian ahli waris untuk menguna harta simati pada membeli pekara tersebut jika ahli warisnya kesemua yang baligh lagi cerdik. adapun jika ada ahli waris yang belum baligh maka haram mengambil harta simati atas tujuan tersebut.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 109 other followers

%d bloggers like this: