Posted by: almalakawi | 4 November 2009

Orang yang buat qurban melantik wakil

Apabila seorang itu dilantik menguruskan qurban maka dia menjadi wakil kepada orang yang buat qurban, maka sepatutnya pekara di bawah ini hendaklah diketahwi oleh orang yang menguruskannya supaya memudahkan urusan.

Terkadang orang yang buat qurban hanya melantik wakil untuk menyembelih sahaja, tidak yang lain maka wakil tidak boleh melakukan perkara yang lain daripada yang disuruh.

Di sini saya nasihatkan kepada orang yang berkongsi/bersekutu tujuh orang supaya melantik seorang dari kalangan mereka atau orang lain menguruskan qurbam mereka dari segi pembelian lembu, mencari tukang sembelih, meniatkan qurban dan membahgikan daging, pengurus ini adalah wakil bagi mereka.

Adakah pengurus ini boleh melantik orang lain untuk melakukan apa yang diwakilkan kepadanya? Di bawah ini saya nyatakan hukumnya.

Hukum wakil melantik wakil yang kedua

*Wakil melantik orang lain mengantikan tempatnya ada beberapa keadaan:

1. Tidak harus wakil melantik orang lain menjadi waki mengantikan tempatnya selagi wakil itu dapat melakukan dengan sendiri pekara yang diwakilkan kepadanya.

2. Harus wakil melantik orang lain menjadi waki yang kedua dengan izin daripada orang yang berwakil.

3. Harus wakil melantik orang lain menjadi wakil yang kedua denga tiada izin daripada orang yang berwakil jika pekara yang diwakilkan itu tidak dapat dikerjakan oleh wakil dengan sendirinya kerana dia tidak layak dengan perkerjaan itu, dia tidak dapat mengerjakannya dengan baik atau dia lemah hendak mengerjakannya sekira-kira jika dia mengerjakkannya, nescaya dia akan mengerjakannya dengan kepayahan yang bersangatan.

*Wakil yang kedua yang dilantik oleh wakil pertama  adalah menjadi wakil bagi orang yang berwakil dan dia bukan wakil bagi wakil pertama melainkan orang yang berwakil berkata kepada wakil yang pertama “lantik lah wakil bagi diri kamu” maka setelah dia melantik wakil kedua, wakil kedua itu hukumnya menjadi wakil bagi wakil yang pertama.

*Sekiranya orang yang berwakil menyuruh melantik wakil bagi pihak orang yang berwakil maka wakil yang kedua itu adalah wakil bagi orang yang berwakil bukan wakil bagi wakil pertama.

Pemecatan wakil kedua

*Wakil kedua yang menjadi wakil bagi orang yang berwakil hanya terpecat sebagai wakil apabila di pecat oleh orang yang berwakil.

*Wakil pertam tidak boleh memecat wakil yang kedua yang dia lantik untuk orang yang berwakil.

*Wakil pertama dan orang yang berwakil boleh memecat wakil kedua yang dilantik bagi pihak wakil pertama.

Peringatan kepada orang yang berwakil

Saya cadangkan kepada yang berwakil supaya menyatakan apayang hendak diwakilkan dengan jelas, terutama kepada mereka yang berkogsi tujuh orang.

Perkara yang perlu dinyatakan adalah:

*Wakil sembelih sahaja.

*Wakil niat sahaja tidak sembelih.

*Wakil sembelih dan niat.

*Wakil membeli binatang yang hendak dibuat qurban sahaja.

*Wakil membahagi daging qurban sahaja.

*Wakil pengurusan iaitu mengurus segala urusan qurban dari membeli, mewakilkan orang lain untuk menyembelih, niat dan membahagi daging. والله اعلم

About these ads

Respon

  1. salam ustaz,bleh dop saya berpakat dengan dua orang kawan saya utk sertai satu bahagaian korban?

    • buat qurban dua orang pada satu bahagian tidak sah, seperti seekor kambing bersekutu dua orang atau satu per tujuh lembu, adapun seekor lenbu, kerbau, atau unta berkogsi dua orang sah . والله اعلم

  2. Jazakumullah ustaz..

  3. Salam Ustaz nak tanya masalah solat,sebagaimana kita maklum pada masalah sujud sahwi wajib mufakat pada buat tiada pada tinggal,soalan saya sekiranya melakukan sujud sahwi ketika itu mampu berniat mufaraqah sah tak sembahyang makmum

  4. Salam Ustaz apakah hukum makan ikan rebus

    • Harus makan ikan rebus yang telah dibuang perutnya pada ikan yang besar, sekiranya ikan itu kecil dan susah hendak dibuangkan perutnya harus memakannya dengan tidak dibuangkan perutnya. والله اعلم

  5. (pembetulan)
    Salam Ustaz nak tanya masalah solat,sebagaimana kita maklum pada masalah sujud sahwi wajib mufakat pada buat tiada pada tinggal,soalan saya sekiranya imam melakukan sujud sahwi ketika itu mampu berniat mufaraqah sah tak sembahyang makmum

    • Sah serta makruh sembahyang makmum dengan niat mufarakah, dan dia wajib teruskan sembahyang sendiriyan,

  6. a’kom,
    wanita yg istihadha,apabila hendak solat jama’ yakni solat yg ke 2 adakah perlu dia mengambil wuduk yg baru atau memadai dgn wuduk solat yg pertama tadi.. syukran

    • Wajib dia ulang membasuh farajnya, sumbat serta cawat dan berwuduk atau tayamum apabila ia hendak sembahyang fardu yang lain iaitu sembahyang yang kedua pada sembahyang jamak, sekalipun tidak tangal cawatnya dan tiada kesan darah pada tepi cawat, wajib ulang ini jika ada darah yang tidak dimaafkan pada cawat. sekiranya tiada darah samasekali maka hanya dia perlu mengikat nya sahaj tidak perlu yang lain. atau ada darah tetapi darah itu dimaafkan maka hanya dia perlu mengikat semula dan mengambil wudu kemudian dia sembahyang yang kedua. semua ini apa yang zahir dari kalam pukahak.

  7. a’kom, minta tolong sungguh2 bg doa semasa dan selepas sembelih qurban sbb esok ana nak kena sembelih…sykrn jjzlan

    • Sunat Baca بسم الله الرحمن hinga akhir ketika menyembelih dan takkbir tiga kali الله أكبر kemudian baca doa ini أَللهُمَّ هَذَا مِنْكَ وَاِلَيْكَ فَتَقَبَلْ مِنٍّي sekiranya sembelih untuk orang lain gantikan عني denga عن فلان sebutkan namanya selepas lafas عن

  8. Ustaz berkenaan dengan tajuk…adakah wakil ini boleh terima daging yang diwakilkan kepadanya?

    Ustaz bolehkah orang bukan islam makan masakkan (daging aqiqah / qurban)?

    Ustaz apabila seseorang melakukan qurban misalnya adakah tuan yang membuat qurban mempunyai bahagian?

    Adakah betul pendapat yang mengatakan tulang2 daging qurban /aqiqah ini tidak boleh dibuang2 bersepah ia perlu ditanam?

    Ustaz jika seseorang anak itu tidak pernah di aqiqahkan bolehkan dia menaqiqahkan utk dirinya sendiri?

    • Wakil boleh menerima daging qurban untuk dirinya dari tangan tuan punya qurban, dia tidak boleh mengambil daging yang disuruh agih-agihkan, kerana sesaorang itu tidak boleh menguasi dua tepi aqad (yakni dia jadi wakil membahagikan daging dan dia jadi penerima daging).
      Qurban adalah ibadat maka orang bukan islam tidak layak memakannya, dengan erti kata haram kita memberi makan daging qurban kepada bukan islam.
      Orang yang berqurban boleh mmemakan daging qurban sunat,yang afdalnya dia memakan hatinya.
      sementara daaging qurban wajib tuan punya qurban tidak boleh memakannya.
      oleh kerana qurban itu ibadat sebaiknya ditanam.
      seorang yang telah dewasa sunat buat aqiqaah untuk dirinya.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 111 other followers

%d bloggers like this: