Posted by: almalakawi | 23 Disember 2009

Bab nikah bahagian satu

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

Kelebihan berkahwin

 يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ

Wahai sekelian pemuda barang siapa kuasa mendatangkan belanja, maka hendaklah dia berkahwin kerana berkahwin memejamkan mata (daripada melihat maksiat) dan memeliharakan kemaluan (tidak melakukan zina) meriwayat Bukahari, Muslim dan lainnya.

َ إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلَاثٍ صَدَقَةٌ جَارِيَةٌ وَعِلْمٌ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٌ صَالِحٌ يَدْعُو لَهُ قَالَ أَبمو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ

Apabila mati manusia terputus amalannya melainkan tiga pekara pertama sedekah yang berkekalan kedua ilmu yang memberi menfaat ketiga anak yang soleh yang mendoa baginya. Berkata Abu Ieyas hadis ini elok lagi sahih.

          Saidina Abdullah bin Abbas pernah ‘berkata tidak sempurna ibadat seorang itu melainkan setelah dia berkahwin’. Berkata Ibrahim Mubashir ‘tidak menegah seorang itu berkahwin melainkan lemah atau jahat’. Berkata Ibnu Masud jika ‘tidak tingal umur ku melainkan sepuluh hari nescaya aku kasih bahawa aku berkahwin sehinga tidak aku berjumpa akan tuhan ku dalam keadan bujang’.

Hukum nikah

  • Sunat berkahwin/bernikah bagi mereka yang gemar serta ada belanja (emas Kahwin).
  • Terlebih elok meningalkan berkahwin bagi mereka yang ketiadan belanja dan dipecahkan sahwat dengan puasa.
  • Makruh berkahwin bagi mereka yang tidak gemarkannya lagi pula tiada belanja
  • Afdal menumpukan masa pada ibadat bagi mereka yang tiada gemar berkahwin serta ada belanja sekiranya dia seorang abid / kuat ibadat
  • Afdal berkahwin bagi mereka yang tidak gemar padanya dan ada belanja jika dia bukan seorang abid
  • Makruh berkahwin mereka yang ada belanja serta lemah zakar, sangat tua, atau berpenyakit yang tiada harapan sembuh jika tiada berkehendak seumpama orang yang menguruskannya atau teman adapun jika  berkehendak yang demikian itu tidak makruh.
  • Sunat diniatkan pada ketika hendak berkahwin memperbuat  sunnah nabi yakni mengikutnya, menndapat anak supaya meramaikan umatnya, dan menjauhkan diri dari maksiat, jangan diniatkan semata-mata berseronok atau bermain-main jua.
  • Harus bagi lelaki yang merdeka menghimpun empat isteri yang merdeka.
  • Harus bagi hamba memiliki dua orang isteri.
  • Tidak boleh berkahwin orang yang merdeka akan hamba kecuali dua syarat

                        i.  Ketiadan mas kawin perempuan merdeka.

                       ii.  Takut zina.

Rukun nikah ada lima

  1. Suami.                     2.  Isteri.

     3.  Wali                        4.  Dua orang saksi

                 5.  Ijab dan kabul

Syarat suami

  1. Lelaki yang halal nikah (bukan mahram) dengan perempuan yang hendak dikahwini.
  2. Bernikah dengan kehendak sendiri yakni tidak dipaksa.
  3. Tertentu lelaki yang hendak bernikah.
  4. Diketahui halal dia berkahwin dengan perempuan yang hendak dikahwini.

Syarat sah suami akad nikah dengan sendiri

  1. Baligh.                                 
  2.  Berakal.
  3. Merdeka.
  4. Tidak ditahan memerentah harta dengan sebab bodoh.

Apabila bakal suami ada syarat yang tersebut harus dia mengkabul/ menerima akad dengan sendiri atau diwakil kepada orang lain.

Menikahkan anak lelaki yang masih kecil tetapi sudah berakal

  1. Tidak harus kanak-kanak akad nikah denga sendiri walaupun dengan izin walinya yakni bapa dan datuk sebelah bapa.
  2. Tidak harus wali menikahkan kanak-kanak dengan hamba kerana tidak ditakut berlaku zina pada kanak-kanak.
  3. Tidak harus wali menikahkan kanak-kanak dengan perempuan yang ada aib/cedera yang boleh dikhiar/dihantar balik, seperti perempuan buta, kusta atau sebagainya.
  4. Wali harus menikahkan anaknya yang belum baligh dengan perempuan yang tidak setaraf dengannya kerana lelaki tidak malu berdamping dengan perempuan yang tidak setaraf dengannya, bersalahn perempuan.
  5. Tidak harus wali mengkahwinkan anaknya dengan mas kahwin yang lebih daripada biasa (mas kawin sepatut) jika dengan harta anaknya, adapun dengan harta wali tidak mengapa.
  6. Tidak harus lain daripada bapa dan datuk sebelah bapa menikahkan kanak-kanak.

Menikahkan lelaki baligh yang gila

Tidak harus wali menikahkan lelaki baligh yang gila melainkan kerana dia berhajat kepada wati, berhajat kepada orang yang berkhidmat untuknya atau diharap sembuh gilanya dengan berkahwin, pada keadan ini harus bapa menikahkannya, jika tiada bapa datuk jika tiada datuk sultan tetapi sunat sultan bermesyurat dengan wali akrab (wali yang hampir) supaya menenangkan hati mereka.

About these ads

Respon

  1. salam,

    1) seorang kawan saya yg dibela sedari kecil oleh keluarga angkat telah dibintikan kpd bapa angkatnya. Dia mengetahui kedudukannya dan tidak menuntut apa2 pusaka setelah kematian bapa angkatnya itu serta menjaga aurat dgn keluarga angkatnya.Apakah berdosa jika dia masih belum mengubah dokumen kelahirannya yg masih dibintikan pada bapa angkatnya ?

    2) kawan saya ini diwalikan oleh ayah kandungnya semasa perkahwinan, tetapi sijil nikahnya masih terdapat nama bapa kandung dan bapa angkat.

    keluarganya memberitahu soal dokumen adalah sekadar masalah teknikal sahaja dan mendatangkan banyak kesulitan jika nak diubah, selagi dia faham hukum dan hak dia selaku anak angkat saja, itu tak mengapa.

    harap ustaz jelaskan.

    • Terlebih baik dia tukar nama bapa kepada nama bapa kandungnya.
      Saya cadangkan dia pergi ke pejabat pendaftaran dan bertanya adakah boleh dia melakukan perubahan itu.
      Saya kuhatir dia tidak dapat harta pesaka dari ibu bapa kandung dan lain seperti adik beradiknya.
      Ahli waris yang lain boleh menghalang dia dari makan harta pesaka kerana dokumennya tidak menunjukkan dia ahli waris. Ini boleh menyebabkan ahli waris yang menghalang berdosa.
      Banyak telah berlaku sebab harta jadi perkelahian, mereka yang melakukan tidak mengira dosa, asalkan hasrat mereka tercapai.

  2. salam, terima kasih.

    sahabat saya mengatakan soal pusaka sesuatu yg boleh diperbincangkan dikalangan keluarga.Lagipun keluarga kandungnya miskin dan tidak mempunyai harta yg banyak.

    Isunya, adakah berdosa jika dokumen itu tidak diubah berbintikan bapa kandungnya ?

    • perkara tu tak lah sampai berdosa tapi boleh membawa ke pada berdosa, kerana terkadang ada orang yang tidak mengetahui akan membangsakan dia dengan bapak angkatnya.
      Membangsakan sesaorang kepada orang lain adalah haram.
      Yang dimaksudkan dengan membangsa ialh meletak kan bin atau binti kepada orang lain daripada bapa kandung.

  3. salam ustaz.blh x ana nak himpun syarah matan barahin yang ustaz syarah tu. pah tu ana nak print untuk buat rujukan?
    sukran ustaz

    • Silakan

  4. Assalamualaikum,

    saya ada soklan nk tnya;

    1) seorang perempuan telah berzina dengan lelaki bernama X dan mengandung, tetapi semasa dia megandung perempuan tersebut telah berkahwin pulak dengan lelaki bernama V, yang mana V sedia menerimanya. apakah hukum perkahwinan tersebut dan bagaimana pula hubungan anak kandungan itu dengan adik beradik perempuan tersebut.

    2) Seorang ayah telah berzina dengan anak kandungnya, maka anak kandungnya telah megandung dan melahirkan anak perempauan. maka apakah hukum dan hubungan antara anak yang dilahirkan itu dengan bapa dan adik beradik perempuan ta

    3) seorang lelaki telah berzina dengan perempuan, dan perempuan tersebut telah megandung, maka mereka telah berkahwin semasa perempuan tersebut megandung, tetapi kandungan tersebut telah lahir dalam tempoh yang melebihi daripada 6 bulan 1 lahzoh selepas mereka akad nikah? jadi adakah anak tersebut turut dikira anak ?

    4) seorang perempuan telah melahirkan seorang bayi perempuan hasil daripada hubungan perzinaan? maka apakah hubungan bayi tersebut bila dewasa nanti adalah mahram dengan adik beradik perempuan tersebut (ibu bayi)?

    • 1. Sah pernikahan itu kerana tidak di hormati air mani yang hasil daripada zinz dengan makna perempuan itu tidak perlu beredah.
      Anak itu dengan perempuan yang berzina sabit nasab, ertinya anak itu adalah anak perempuan itu, dia boleh mempesakai dan dipesakai dan adik beradik perempuan yang berzina haram nikiah dengan anak itu.
      2. Anak itu adalah cucu kepada bapa itu dan adik beradik perempuan itu harah nikah dengan anak itu kerana anak itu jadi anak saudara mereka.
      3. Anak yang lahir itu dikira anak lelaki itu.
      4. sila lihat jawapan bagi soalan pertama. والله اعلم

      • terima kasih ustaz

  5. ustaz ad pembetulan soklan…takut tk salah faham

    soklan nombor dua berakhir dengan “…bapa dan adik beradik perempuan tersebut”.

    soklan no tiga berakhir dengan ,”…tersebut turut anak lusr nikah”

  6. takut salah faham bukan tk salah faham

  7. assalamualaikum ustaz…
    betul ker ada pendapat yang mengatakan / ada hadith (sy tak ingat sumber mana) yang mengatakan jika 2 orang seagama islam tidak bertegur sapa selama 3 hari dia boleh menjadi kafir…boleh dijelaskan yea ustaz.

    • Tidak sampai jadi kafir tetapi berdosa.

  8. Ustaz… Apa hukum bila kita menikahkan anak angkat lelaki yang berbinkan bapa angkatnya. Sah tah nikahnya?

    • Sah akad nikah jika yang kabul itu anak angkat itu sendiri kerana ijab/tawaran dituju kepadanya.

  9. assalamualaikum..ustz,saya ada prsoalan,bagaimana ingin mengetahui jodoh kita telah sampai?adakah dengan menerima lamaran seseorang yg mnyatakan dia bsedia dan betul2 memerlukan kita adalh tindakan tepat?bagaimana pula jika ingin memastikan pilihan jodoh itu tidak tersalah pilih?tambahan pula dia seorang warganegara asing .harap ustaz dapat terangkan,risau andai tersalah buat pilihan

  10. Assalamualaikum,
    mau bertanya ustazt,
    apa hukumnya bagi seorang ayah yg mewalikan anak perempuannya, sdgkan anak itu adalah anak diluar nikah,
    m0h0n penjelasannya. . Terimakasih.
    Wassalam

    • Anka yang di luar nikah walinya ialah wali hakim. yang dinamakan anak luar nikah ialah anak yang lahir sebelum enam bulan dua lahzah selepas akad nikah.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 109 other followers

%d bloggers like this: