Posted by: almalakawi | 7 Januari 2010

Rukun sembahyang yang pertama Niat.

* Rukun sembahyang ada tiga belas,

* Yang pertama niat, tempatnya didalam hati. Tidak sah sembahyang dengan hanya dituturkan lafas niat pada lidah sedangkan tidak terlintas dihati.

* Niat ialah kasad sesuatu berserta dengan perbuatan.

* Niat sembahyang ialah perasaan yang ada di dalam hati, hendak melakukan sembahyang.

* Sunat lafaskan niat, supaya menolong lidah akan hati.

* Niat bagi sembahyang fardu iaitu wajib tiga perkara:

1. Kasad iaitu manyahaja atau perasaan hendak sembahyang (aku sembahyang).

2. Menyatakan fardu.

3. Menentukan waktu seperti zohor, asar, magrib, isyak, atau subuh.

Maka hendaklah seorang yang hendak sembahyang zuhur, mendatangkan di dalam hatinya, perasaan hendak sembahyang fardu zohor, seperti dilintaskan didalam hatinya “aku hendak sembahyang fardu zuhur” atau “sahaja aku sembahyang fardu zohor”.

* Yang dikatakan niat sembahyang ialah kemahuan hendak mengerjakan sembahyang, disertakan dengan kemahuan mengerjakan fardu dan menentukan waktunya.

* Tidak dinamakan niat apabila seorang itu ada terlintas di dalam hatinya hendak buat sesustu, tetapi tidak disertakan dengan perbuatan bahkan ini dinamakan azam atau cita-cita.

* Berkata Imam Nawawi harus menghadirkan niat sebelum sedikit daripada takbir, ini dimaafkan bagi mereka yang sukar hendak menghadirkan niat didalam hati pada ketika takbir.

Lafas niat sembahyang fardu yang sempurna.

1. أصلى فرض الظهر أربع ركعات أداء  لله تعالى

Sahaja aku sembahyang fardu zuhur empat rakat tunai kerana Allah تعالى

2. أصلى فرض العصر أربع ركعات أداء  لله تعالى

Sahaja aku sembahyang fardu asar empat rakat tunai kerana Allah تعالى

3. أصلى فرض المغرب ثلاث ركعات أداء  لله تعالى

Sahaja aku sembahyang fardu magrib tiga rakat tunai kerana Allah تعالى

4. أصلى فرض العشاء أربع ركعات أداء  لله تعالى

Sahaja aku sembahyang fardu isyak empat rakat tunai kerana Allah تعالى

5. أصلى فرض الصبح ركعتين أداء  لله تعالى

Sahaja aku sembahyang fardu subuh dua rakat tunai kerana Allah تعالى

6.  أصلى فرض الجمعة  ركعتين  مأموما  لله تعالى

Sahaja aku sembahyang fardu jumat dua rakat mengikut imam kerana Allah تعالى

* Hanya wajib dinyatakan dalam niat “sahaja aku sembahyang fardu ________ sebutkan pada garisan  waktunya, zuhur, asar atau lainnya. Yang lainnya sunat sahaja.


Respon

  1. Jadual Lengkap Program Ziarah dan Dakwah Habib Umar di Malaysia : http://wp.me/piAx4-135

    PENGGUNAAN NAMA ALLAH: ANTARA CELARU DAN KELIRU http://wp.me/piAx4-13v

    Isu Kalimah Allah – Dr. Siddiq Fadzil : http://wp.me/piAx4-13p

  2. salam
    ustaz saya ada dua soalan…

    sekiranya seorang itu membaca suatu bacaan yang rukun dengan perumpamaan suaranya seperti orang yang berbisik, adakah sah bacaannya itu?

    saya ada byk dengar org *alim baca quran sangat laju… apa hukum baca quran tanpa tajwid ustaz? boleh tolong syarahkan, dan kenapa tajwid dalam solat tak wajib pula?(apa yang saya tahu la ni) huhu

    sekian
    trimas

    • Rukun qauli atau bacaan yang termasuk dalam rukun, maka
      1)wajib bagi seseorang itu membacanya atau melafazkannya sekurang-kurang didengar oleh dirinya sendiri.
      2) Juga wajib bagi dia membaca dengan tajwid dan menjaga sebutan makhraj (keluar huruf), agar jangan sampai ia boleh mengubah makna ayat.

      • maaf.. tapi saya rasa ‘editor’ tidak menjawab persoalan saya.

        harap dapat bantu saya dgn jawapan lebih detail..

        trimas,
        wassalam,

      • Jika anda halusi benar-benar jawaban saya, maka persoalan anda terhadap bacaan dalam solat sudah terjawab. Sekian.

  3. 1Penggunaan kalimah Allah Yayasan Sofa

    2Antara Nama dan Hakikat

    3HUJAH MENOLAK PENGGUNAAN KALIMAH

    4Antara Celaru Dan Keliru

    5Isu Kalimah Allah – Dr. Siddiq Fadzil

    6Keputusan Majlis Fatwa : Penggunaan Kalimah Allah

    7Kufur Jika Sokong Guna Kalimah Allah – Haron Din

    8PENYELEWENGAN TAUHID DAN KALIMAH ALLAH

    9Penghakiman hakis keistimewaan Islam

    10PENGGUNAAN NAMA ALLAH OLEH AGAMA-AGAMA LAIN

  4. salam..
    saya ada soalan..

    -apakah hukum sekiranya saya sembahyang tunai lebih drpd sekali?
    sperti: selepas saya solat zohor, saya solat lg zohor..
    saya ada mendengar orang kata haram solat waktu yang sama melainkan untuk solat i’aadah sahaja. adakah benar kata ini?

    -apakah pula yang dikatakan solat i’aadah?

  5. salam..
    saya ada soalan

    – apa hukum saya solat tunai 2 kali dalam satu waktu? umpama saya solat zohor, kemudian saya solat lg zohor tunai..

    saya ada dgr orang kata haram melainkan klu kita solat i’aadah
    adakah betul kata orang ini?

    -apakah itu pula solat i’aadah?

    sekian,
    trimas

  6. Solat iadah itu adalah solat mengulang tapi ada syaratnya. Bukan boleh sebarang kita mengulangi solat fardhu kita. Kecuali solat tadi diyakini batal atau tidak sah, maka bolehlah mengulang. Tetapi jika yakini solat itu sah, maka hanya boleh mengulang kembali dengan ilmunya seperti berikut:

    Dibenarkan untuk anda mengulangi solat fardhu anda dalam keadaan berikut:

    1. Sebaik anda selesai solat sendirian, kemudian datang seorang mengajak anda menemaninya melakukan solat jemaah.

    2. Sebaik anda selesai solat sendirian, kemudian datang beberapa orang melakukan solat jemaah.

    3. Sebaik anda selesai solat berjemaah, kemudian datang seorang mengajak anda menemaninya melakukan solat jemaah.

    (Kaedah)
    – Sekiranya anda sudah selesai sempurnakan solat fardhu dengan yakin, secara sendirian atau secara jemaah, kemudian hendak mengulangi solat maka solat kedua anda itu hendaklah dilakukan secara jemaah dan mestilah anda kekal dalam jemaah itu daripada awal takbiratulihram hingga salam.

    – Niat untuk solat kedua anda itu tidak berubah iaitu mestilah sama dengan niat solat pertama. Jika solat pertama anda solat sendirian, maka solat ulangan anda ini diniatkan berjemaah.

    rujukan (http://fekah.blogspot.com)

  7. Salam.
    1) Sy ingin bertanya adakah bacaan doa iftitah wajib di dalam sembahyang fardhu mahupun solat sunat?

    2) Bagaimana pula dengan bacaan surah di dalam sembahyang fardhu?

    3) Adakah bacaan ketika mengqada’ solat sama seperti biasa?

    • 1. Doa iftitah hanya sunat haiah tidak wajib.
      2. Membaca surah didalam dembhyang fardu adalah sunat.
      3. Bacaan dalam sembahyang sama sahaja sama ada sembahyang itu tunai, qada atau sunat. والله اعلم

  8. ustz jika ibu panggil kita ketika kita sembahyang adakah kita perlu menghentikan solat/

    • Harus menghentikan solat sunat, sekiranya kita tahu ibu tida marah dan wajib menghentikannya sekiranya kita tahu dia akan marah. Adapun solat fardu, Haram menghentikannya.

  9. assalamualaikum ustaz…iktidal rukun pendek kn?kalau kita solat sunat tasbih macam mana plak ustaz?batal x solat sebab panjang baca tasbih tu…

    • Tidak batal memanjangkan rukun pendek dengan sebab melakukan suatu yang dituntut dikerjakan padanya, seperti pada i’tidal dituntut baca kunut maka tidak batal baca kunut apabila panjang dan melebihi masa yang ditetapkan bagi rukun itu.

  10. salam ustaz…Nak tanya ustaz..bagaimanakah seorang wanita yang kedatangan haid nak
    dapatkan pahala solat, sedangkan wanita itu tidak boleh solat??

  11. buka kitab munyatul musalli muka surat 4 inshallah diketahuikan caranya.

  12. ust.saya ni ada masalah dalam niat sembahyang.saya termasuk dalam orang yg was-was.bila angkat takbir aja,mesti rasa mcm niat tak masuk.jadi saya terpaksa buat berulang-ulang kali.kadang2 malu juga dgn org lain.apakah cara termudah utk saya ust?TQ

    • ulama megharuskan bagi orang yang was-was mendahulukan niat sebelum sedikit takbirratulihram.
      Yang sebaiknya saudara datang lafas niat dalam bahasa melayu sebelum takbir kemudian takbir dan datangkan niat seperti lafas tadi.

      • Terima kasih atas kesudian ust menjawab soalan saya. Cuma saya kurang jelas sikit. Adakah maksud ust saya niat dulu,cth nak solat subuh,saya niat sahaja aku solatfardu subuh..baru angkat takbir Allah Hu akbar?? TQ ust

      • Betul. dan cuba datangkan niat itu sekali lagi didalam takbir-ratulihram jika boleh jika tidak tidak mengapa.

  13. Askm Ustdz.Saya menghadapi masalah setiapkali mendirikan solat fardu. 1.Saya susah menghadirkan niat(waswas) 2.Susah nak baca ayat sirotollazi….
    sedangkan saya boleh baca dgn lancar diluar solat. Tolong saya ustadz.

    • Seblum takbir-ratulihram baca 3 qul, kemudian tumpukan pemikiran anda kepada sembahyang yang anda hendak lakukan, jangan layan mainan syaitan, dan ingat di dalam diri kita bahawa orang mumkmin tidak boleh ditipu oleh syaitan , semuga berjaya.

      • Terima kasih diatas jawapan ust itu. Sebenarnya ust saya menghadapi waswas yg sangat teruk sehingga saya meninggalkan sembahyang.bukan saya tak nak sembahyang tp waswas ini telah menyusahkan saya. isteri saya pun tak nak berjemaah dgn saya.saya malu betul disebabkan waswas ni.saya ada bertanya ust-ust utk menyelesai masalah ni tp tak berjaya juga.adakah saya dikira berdosa besar ust?

      • Tidak sembahyang atas alasan waswas adalah berdosa besar.

  14. Askom Ustd, Nak tanya bolekah masa angkat takbir sebutan Allah Hu akbar tu tak sekali sebut.Maksud saya masa sebut Allah tu tak bersambung sekligus dgn Hu akbar. Alllaaah terhenti kemudian baru Hu akbar. Sah tak solat?

    • Tak boleh kerana sekiranya telah diwakaf/diberhenti pada Allah sudah tidak boleh bawa datang lafas hu kerana lafas hu itu adalah akhir kalimah Allah. sekiranya anda bertakbir dengan Allah kemudian wakaf dan datang kan lafas Akbar dengan tidak ada berhenti yang panjang maka sah.

  15. salam ustaz, saya ingin bertanya samada bolehka niat sembahyang di baca dalam bahasa melayu

  16. Assalamualaikum,

    Mazhab adalah pendapat yang berpandukan Al-Quran dan Sunah Nabi Muhammad S.A.W, persoalan saya adakah sah solat saya jika saya menghadirkan niat dahulu sebelum takbir Allahuakbar.., sebab jika mengikut pada mazhab ia berbeza pendapat dimana mazhab imam abu hanifah dan mazhab hanbali ia mengatakan harus niat terdahulu sedikit daripada takbiratulihram, tetapi mazhab Syafi’i dan Maliki mewajibkan niat agar serentak dengan takbiratulihram. Sebab didalam kehidupan saya berpandukan mazhab Syafi’i. Adakah sah niat solat saya tadi…sebab saya juga berpandukan Al-quran dan sunah Nabi. Minta tolong beri penjelasan yg jelas tentang bab ni.

    • Takrif niat ialah قصد الشيء مقترنا بفعله qasad melakukan sesuatu berserta dengan perbuatan maka sebelum buat jika ada qasad dinamakan azam bukan niat. menurut Imam Nawawi harus niat sebelum sedikit dari mengangkat takbir bagi mereka yang ada penyakit was-was tidak bagi yang lain. والله اعلم

  17. Ustaz boleh kah jika kita berniat begini
    -Saya menanyakan diri saya solat apa yang saya ingin laksanakan? fardu ker sunat? untuk siapa saya solat? Adakah sah solat saya?

    • Tidak sah.

  18. as salam ustaz. .sya mhu tanya dakh doa qunut wajib di bca ktika smbyg sbuh? bgaimana jika x mghfalnya? da kh sah s0lat e2 jika x mmbca d0a qunut?

    • doa qunut hanya sunat mubad bukan rukun maka harus ditingalkan dan sah sembahayang dengan tidak membaca doa qunut tetapi sunat sujud sahwi.

      • trima ksih atas jwpan ustaz. .ttapi sya x pham sunat sujud sahwi 2 pa ustaz?

  19. Ustaz,boleh saya tanya soalan,boleh ke saya doa taubat daripada solat taubat

    • Jika maksud daripada soalan berdoa dalam sembahyang maka sah sembahayng yang ada didalam doa dengan syarat doa itu dalam bahasa arab.
      sekiranya maksud soalan doa selepas sembahyang maka itu yang afdal.


Tinggalkan Jawapan kepada ijam Batal balasan

Kategori