Posted by: almalakawi | 4 Ogos 2010

Sembahyang tasbih

Sekiranya dilakukan sembahyang tasbih pada siang hari maka disembahyang empat rakaat dengan satu salam sementara jika di lakukan pada malam maka hendaklah disembahyangkan dua rakaat dengan satu salam kemudian dua rakat lagi satu salam.

1. Mulakan sembahyang sunat tasbih dengan niat.

Ini niat sembahyang tasbih empat rakaat أصلي سنة التسبيح اربع ركعات لله تعالي maka lintaskan didalam hati sahaja aku sembahyang sunat tasbih empat rakaat kerana Allah تعالي

Ini niat sembahyang tasbih dua rakaat أصلي سنة التسبيح ركعتين لله تعالي maka datangkan niat dalam hati sahaja aku sembahyang sunat tasbih dua rakaat kerana Allah تعالي.

2. Baca doa’ iftitah (الله أكبركبيرا والحمد لله كثيرا ) hinga selesai.

3. Baca al- fatihah.

4. Baca surah (ألهاكم التكاثر) hinga selesai.

5. Dibaca lima belas kali tasbih ini (سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم).

6. Rukuk dan baca tasbih rukuk kemudian baca tasbih ini sebanyak sepuluh kali (سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم).

7. A’tidal dan baca tasbih sepuluh kali (سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم).

8. Sujud pertama baca tasbih sujud kemudian baca tasbih ini sepuluh kali (سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم).

9. Duduk antara dua sujud dan baca (رب اغفر لي وارحمني واجبرني) hinga selesai kemudian dibaca tasbih ini sepuluh kali (سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم).

10. Sujud kedua dibaca tasbih sujud kemudian dibaca tasbih ini sepuluh kali (سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم).

11. Bangkit dari sujud dan duduk istiraha (berehat sebentar) dibaca tasbih ini sepuluh kali (سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم).

Kemudian bangkit pada rakaat kedua

1. Baca Al-Fatihah.

2. Baca surah (والعصر) hinga selesai.

3. Dibaca lima belas kali tasbih ini (سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم).

4. kemudia ikut atoran diatas dari No. 6 hinga No. 10.

5. kemudia bangkit dari sujud dan duduk tahyat dan dibaca tahyat dan selawat kemudian dibaca tasbih ini sepuluh kali (سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم). Kemudian beri salam jika disembahyangkan pada malam dan diperbuat dua rakaat lagi dan dibaca pada rakaat pertama selepas fatihah (قل يا أيها الكافرون) hinga selesai dan di ikut aturan di atas dari No. 5 hinga No. 11. Kemudian bangkit rakaat kedua dibaca (قل هو الله أحد) hinga selesai kemudia ikut atoran seperti di atas pada rakaat kedua.

Setiap serakaat tujuh puluh lima kali tasbih jadi keseluruhan tasbihnya tiga ratus kali tasbih.

Rinkasan tasbih setiap selepas baca surah lima belas kali, dan tasbih dibaca sepuluh kali pada rukuk, i’tidal, sujud, duduk antara dua sujud, sujud kedua, duduk istirahah atau tahyat.

About these ads

Responses

  1. ada tak doa2 untuk dibaca selepas solat tasbih

    • Doa yang dibaca selepas solat tasbih

      بسم الله الرحمن الرحيم .. سبحان من لبس العز وتردى به ، سبحان من تعطف بالمجد وتكرم به ، سبحان من لا ينبغى التسبيح الا له ، جل جلاله ، سبحان من احصى كل شىء بعلمه ، وخلقه بقدرته ، سبحان ذى المن والنعم ، سبحان ذى القدرة والكرم .. اللهم انى اسئلك بمعاقد العز من عرشك ، ومنتهى الرحمة من كتابك ، وباسمك الاعظم ، وكلماتك التامات التى تمت صدقا وعدلا ، ان تصلى على محمد وال محمد الطيبين الطاهرين ، وان تجمع لي خير الدنيا والاخرة بعد عمر طويل .. اللهم ان الحى القيوم العلى العظيم ، الخالق الرازق ، المحيى المميت ،البدىء البديع ، لك الكرم ولك المجد ، ولك المن ولك الجود ، ولك الامر وحدك لا شريك لك .. يا واحد يا احد ، يا صمد يا من لم يلد و لم يولد ، ولم يكن له كفوا احد .. يا اهل التقوى ويا اهل المغفرة ، يا ارحم الراحمين .. يا عفو يا غفور، يا ودود يا شكور، انت ابر بى من ابى وامى ، وارحم بى من نفسى ومن الناس اجمعين ، يا كريم يا جواد .. اللهم انى صليت هذه الصلاة ابتغاء مرضاتك ، وطلب نائلك ومعروفك ، ورجاء رفدك وجائزتك ، وعظيم عفوك وقديم غفرانك .. اللهم فصل على محمد وال محمد ، وارفعها في عليين ، وتقبلها منى ، واجعل نائلك ومعروفك ورجاء ما ارجو منك ، فكاك رقبتى من النار ، والفوز بالجنة ، وما جمعتَ من انواع النعيم ، ومن حسن الحور العين ، واجعل جائزتى منك العتق من النار، وغفران ذنوبى وذنوب والدي، وما ولدا ، وجميع اخوانى واخواتى المؤمنين والمؤمنات ، والمسلمين والمسلمات ، الاحياء منهم والاموات ، وان تستجيب دعائى ، وترحم صرختى وندائى ، ولا تردنى خائبا خاسرا ، واقلبنى مفلحا منجحا مرحوما ، مستجابا دعائى ، مغفورا لي يا ارحم الراحمين .. يا عظيم يا عظيم يا عظيم ، قد عظم الذنب من عبدك فليحسن العفو منك ، يا حسن التجاوز ، يا واسع المغفرة ، يا باسط اليدين بالرحمة ، يا نفاحا بالخيرات ، يا معطى المسئولات ، يا فكاك الرقاب من النار ، صل على محمد وال محمد وفك رقبتى من النار ،واعطني سؤلى واستجب دعائي ، وارحم صرختي وتضرعي وندائي ، واقض لي حوائجي كلها لدنياي واخرتي وديني ، ما ذكرت منها وما لم اذكر ، واجعل لي فى ذلك الخيرة ، ولا تردني خائبا خاسرا ، واقلبني مفلحا منجحا ، مستجابا لي دعائي ، مغفورا لى مرحوما ، يا ارحم الراحمين .. يا محمد يا اباالقاسم يا رسول الله ،انا عبدكما ومولاكما ، غير مستنكف ولا مستكبر ، بل خاضع ذليل ، عبد مقر ، متمسك بحبلكما ، معتصم من ذنوبي بولا يتكما ، اتقرب الى الله تعالى بكما واتوسل الى الله بكما ، واقدمكما بين يدى حوائجي الى الله عز وجل ، فاشفعا لي فى فكاك رقبتي من النار، وغفران ذنوبي ، واجابة دعائي .. اللهم فصل على محمد واله ، وتقبل دعائي ، واغفر لى يا ارحم الراحمين.

  2. salam ust,moge sihat selalu.

    saya ada keliru skit ust ketika iktidal.apa yg saya faham,iktidal itu salah satu rukun yg pendek(mohon perbetulkan fakta saya kalau silap ust),jd kalau kita bertasbih ketika iktidal tidakah ia memanjangkan rukun itu dan boleh membatalkan sembahyang mohon ust perjelaskan. terima kasih ust

    • Betul i’tidal dan duduk antara dua sujud adalah rukun yang pendek tetapi disini dimaafkan kerana membaca tasbih. والله اعلم

  3. salam ustaz… mohon penjelasan… solat tasbih ni mesti di baca perlahan atau kuat sebagai imam…

    • Sunat baca perlahan

  4. Salam Ustaz. keliru saya …. pada masa tahyat ada kah baca tahyat dulu baru tasbih dan salam, ataupun baca tasbih dulu lepas tu tahyat dan salam. Minta penjelasan

    • Berkata Syekh Ibnu Hajar di dalam tuhfah boleh pilih antara mendahulukan atau kemudiankan tasbih dari tahyat.

  5. bolehkah solat tasbih dilakukan secara berjemaah? jika boleh, imamnya berniat “shj aku solat tasbih sbg imam ……….” & makmumnya “shj aku soalt tasbih sbg makmum…..”..?? kerana saya ada terbaca catatan yg menyatakan tidak boleh niat berimam ketika solat tasbih ‘berjemaah’.. Tskh Ustaz

    • Harus berjamah pada sembahyang sunat tasbih cuma tidak dituntut berjamah.
      boleh niat seperti itu

  6. Assalammualaikum ustaz,berdasarkan buku solat sunat menyatakan cara sembahyang tasbih sedikit berbeza daripada dinyatakan ustaz iaitu:
    *selepas doa iftitah maka baca tasbih sepertimana ustaz nyatakan sebanyak 15 kali sebelum baca al-Fatihah.
    *selepas baca al-Fatihah dan surah maka baca tasbih sebanyak 10 kali
    Bacaan tasbih pada rukun-rukun yang lain adalah sama seperti ustaz nyatakan sebanyak 10 kali tetapi selepas bangun dari sujud kedua tidak duduk sebentar untuk baca tasbih kerana telah baca tasbih selepas al-Fatihah.Jumlahnya tetap sama iaitu 300 kali tasbih atau 75 kali setiap rakaat.Maknanya ada dua cara.Betul tak ustaz?

    • Ini kayfiat/cara yang lain, boleh diamalkan.

    • Assalammualaikum uztaz..saya cuma ingin tahu adakah nabi kita memgerjakan sembahyang tasbih dan adakah hadis yang saheh kerana saya baru tahu. Terima kaseh

      • Dari Ibnu abbas r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada ‘Abbas bin Abdil Muthalib:“Wahai Abbas Pakcikku, Aku ingin memberikan padamu, aku benar-benar mencintaimu, aku ingin engkau melakukan -sepuluh sifat- jika engkau melakukannya Allah akan mengampuni dosamu, baik yang pertama dan terakhir, yang terdahulu dan yang baru, yang tidak sengaja maupun yang disengaja, yang kecil maupun yang besar, yang tersembunyi maupun yang terang-terangan. Sepuluh sifat adalah: Engkau melaksankan shalat empat rakaat; engkau baca dalam setiap rakaat Al-Fatihah dan surat, apabila engkau selesai membacanya di rakaat pertama dan engkau masih berdiri, mka ucapkanlah: Subhanallah Walhamdulillah Walaa Ilaaha Ilallah Wallahu Akbar 15 kali, Kemudian ruku’lah dan bacalah do’a tersebut 10 kali ketika sedang ruku, kemudian sujudlah dan bacalah do’a tersebut 10 kali ketika sujud, kemudian bangkitlah dari sujud dan bacalah 10 kali kemudian sujudlah dan bacalah 10 kali kemudian bangkitlah dari sujud dan bacalah 10 kali. Itulah 75 kali dalam setiap rakaat, dan lakukanlah hal tersebut pada empat rakaat. Jika engkau sanggup untuk melakukannya satu kali dalam setiap hari, maka lakukanlah, jika tidak, maka lakukanlah satu kali seminggu, jika tidak maka lakukanlah sebulan sekali, jika tidak maka lakukanlah sekali dalam setahun dan jika tidak maka lakukanlah sekali dalam seumur hidupmu

        ( HR Abu daud bab solat tasbih no : 1297 )


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 112 other followers

%d bloggers like this: