Posted by: almalakawi | 19 Ogos 2010

Cara mengira fidyah puasa ramadan bagi orang yang telah mati

Fidyah puasa ramadan orang yang telah mati.

Menurut Mazhab Syafie wajib mengeluarkan fidyah kerana meningalkan puasa ramadan bagi orang yang mati yang tidak mengqada puasanya itu. Fidyah itu dikeluarkan dari harta peningalan simati sebelum pembahagian pesaka.

Fidyah kerana meningalkan puasa Ramadan ialah satu cupak bagi setiap satu hari yang tidak dipuasakan.

Fidyah tidak megqada setelah masuk ramadan yang lain satu cupak, setiap melangkaui satu ramadan dan digandaka jika melangkaui beberapa ramadan.

Jadual fidyah berganda kerana tidak qada puasa dan melangkawi Ramadan yang lain

Disini saya buat contoh seorang yang baligh pada umurnya lima belas tahun dan mati pada umurnya dua puluh lima tahun padahal dia tidak pernah berpuasa.

Peringatan jadual tidak perlu dibuat hanya dicatat disini untuk kemudahan memahami.

Caranya ialah pastikan umur baligh dan umur mati menurut tahun hijrah bukan tahun masihi, kemudian tolakkan umur mati dengan umur baligh contoh 25-15=10 kemudian darabkan 10 dengan 30 cupak = 300 cupak, ini fidyah ganda pada ketika umurnya 15 tahun (T1). Kemudian susutkan 30 cupak pada tahun kedua (T2) dan susut kan pada tahun ketiga (T3) begitulah seterusnya sehinga mati.

Yang lebih mudah guna calculator tekan 30+30 kemudian tekan = berturut sehinga umur mati, pada contoh tekan 9 kali, kerana yang pertama telah dicampur. Jangan lupa catat setiap yang terhasil kemudian campurkan keseluruhannya.

Cara ini boleh diguna pada fidyah orang yang tidak mengqada puasa sehinga melangkaui beberapa ramadan sedangkan dia masih hidup.

Jika dia mati setelah melalui ramadan pada tahun mati (25t, T11)maka tidak wajib fidyah yang disebabkan tidak megqada puasa yang disebabkan melangkaui ramadan kerana dia tidak ada melangkau ramada pada tahun itu, dia hanya perlu membayar fidyah puasa yang tidak diqada sahaja atau ahli waris qadakan untuknya dengan tidak perlu mengeluarkan fidyah.

Sekiranya tahun dia mati belum lagi melalui ramadan maka tidak ada gandaan pada umur 24 tahun (24t, T10) dan cupak ganda hanya didorab dengan sembilan iaitu 30 × 9=270 kemudian susutkan 30 pada setiap tahun seperti diatas.

Kemudian campurkan keseluruhan cupak tahun mati:

Lihat pada cuntoh ramadan yang ke 11

300

270

240

210

180

150

120

90

60

30

300 + 270 + 240 + 210 + 180 + 150+ 120 + 90 + 60 + 30 = 1650 cupak yang wajib dikeluarkan fidyah berganda kemudian campurkan pula dengan fidyah puasa 330, sila lihat pada ruang puasa yang perlu diqada, jadilah 1650+330 =1980.

Peingatan sebelum mengira pastikan anda berada di dalam keadaan apa sila lihat di Fidyah kerana meningalkan puasa

About these ads

Respon

  1. Assalamualaikum ustaz. Saya ada masalah pada ingatan berapa sebenarnya puasa yg telah saya tinggalkan & dari berapa umur saya telah tinggalkan puasa. Harap dapat ustaz selesaikan masalah saya ni. Untuk pengetahuan ustaz, saya hanya mengqada’ sahaja puasa saya tanpa saya ingat berapakah puasa ganti yg akan saya tunaikan.

    • Ambil cermat iaitu ambil bilangan banyak, tolakkan umur anda sekarang dengan umur baligh anda hasilnya itu adalah bilangan ramadan yang anda telah tempuhi kemudian ingat dalam bentuk angaran berapa yang anda puasa setiap ramadan, ambil paling sedikit kemudian tolakkan dengan sekelian ramadan yang anda telah lalui tadi. peringitan satu ramadan 30 hari. والله اعلم

      • Minta maaf ustaz, terima kasih atas info yg diberi, harap ianya dpt membantu saya dlm menjelaskan hutang saya dgn Allah. Saya akan cuba melangsaikannya. Cuma terus terang saya katakan, atas ketidak ambil berat dlm soal ini walaupun sebenarnya telah banyak hutang yg telah saya jelaskan atas nama ganti puasa, banyak sebenarnya telah saya buat cuma tak catit dan tak ingat berapa yg dah saya buat dan berapa jumlah bagi tiap2 tahun yg dah saya laksanakan. Sya terlalu bimbang akan kiraan fidyah yg perlu saya jelaskan. Adakah perlu saya andaikan sahaja?Terima kasih.

      • Seperti yang saya katakan di atas kita hendaklah ambil cermat. bila ambil cermat kita kena ambil paling sedikit yang telah kita ganti.
        begitu seterusnya pada yang lain. ini adalah kesalahan diri kita sendiri jadi syara memberati kita kerana kecuaian kita sendiri.
        Pada fidyah pula bila dikatakan ambil cermat hendaklah ambil bilangan banyak.
        ٍSila baca qadah ini http://almalakawi.wordpress.com/2009/08/13/اليقين-لايزال-بالشك-qadah-al-yakin-la-uzalu-bi-syaki/

  2. Assalammualaikum ustaz.saya harap ustaz boleh tolong kirakan jumlah fidyah yang perlu saya bayar.Dianggarkan semasa umur saya 13tahun(baligh)ponteng puasa 5 hari,14tahun ponteng puasa 5 hari,16tahun ponteng puasa 30 hari(sakit).umur saya kini 31tahun.jadi puasa qada’ saya 40 hari.jumlah fidyah saya?setahu saya fidyah boleh diganti/dibayar dengan nilai wang.berapa kadar secupak beras?Terima Kasih.

    • Caranya mudah sahaja, sepatutnya saudara boleh kiranya sendiri.
      tidak menghampakan sila lihat dibawah.
      Fidyah saudara 625 cupak, kerana sekarang umur anda 31 – 13 =18, kemudian dorabkan 5 dengan 18 =90.
      puasa pada umur 14 th 5 hari jadi 31-14=17. 17 dorab 5= 85. umur 16 puasa 30 hari jadi 31-16=15, 15 dorab 30=450. campurka kesemua 90+85+450=625 cupak.
      peringatan jika umur yang anda beri itu mengikut masihi, sila kira semula menurut tahun hijrah.

      • Terima kasih ustaz kerana tolong kirakan fidyah saya.Saya agak keliru sikit nak kira.Saya tidak berniat nak menyusahkan ustaz.Jika saya bayar fidyah sebanyak 625 cupak atau menggantikan dengan nilai wang mengikut kadar secupak;adakah saya perlu beri pada beberapa orang fakir/miskin atau seorang sahaja fakir/miskin atau terpulang kepada kita?

      • Menurut Mazhab Syafie fidyah hendaklah dibayar dengan makanan yang kita makan iaitu beras bagi penduduk malaysia.
        Satu Cupak = 0.688 liter = 750 grm. menurut pendapat yang daif, boleh diberi kepada seorang sahaja.
        Sekiranya saudara hendak mengeluarkannya menguna duit saudara hendaklah bertaklid Mazhab Hanafi. والله اعلم

      • Ustaz umur yang saya beri itu memang mengikut tahun masihi.Saya lahir 29 Ogos 1979;jadi 29 Ogos 2010 ini maka umur saya genap 31 tahun mengikut tahun masihi.Adakah tahun hijrah jumlah harinya berubah-ubah setiap tahun?Berdasarkan kalendar 2010 bulan Muharram(30hari),Safar(29hari),RabiulAwal(30hari),RabiulAkhir(30hari),JamadilAwal(29hari),JamadilAkhir(30hari),Rejab(29hari),Syaaban(29hari),Ramadan(30hari),Syawal(29hari),Zulkaedah(30hari),Zulhijjah(29hari).Jadi maksudnya jikalau mengikut tahun hijrah umur kita “lebih tua” berbanding tahun masihi kerana tahun hijrah mempunyai 354 hari setahun manakala tahun masihi mempunyai 365 hari atau 366hari(tahun lompat).Kesimpulannya kalau mengikut tahun masihi jumlah fidyah saya 625 cupak;jikalau tahun hijrah adakah jumlah fidyah saya semakin kurang atau melebihi 625 cupak?Apabila uztaz tolong kirakan saya dah faham tapi bila ustaz mengatakan saya perlu kira mengikut tahun hijrah, macam mana nak kira?Bolehkan ustaz beri contoh sikit?Saya keliru.Saya sudah lama hendak bayar fidyah tapi dahulu tidak tahu cam mana nak kira.

      • Sila cek tarikh lahir anda disini kemudian cuba kira.
        Saya suka kalau kamu mencuba.
        klik disini untuk tukar tarikh http://www.islamicity.com/PrayerTimes/defaultHijriConv.asp

      • Terima kasih kerana ustaz beri alamat laman web itu.Daripada pengiraan saya pada 29 ogos 1979 bersamaan 5 Shawwal 1399 manakala 29 ogos 2010 bersamaan 19 Ramadan 1431.Jadi 1431-1399=32 tahun.Kemudian
        32-13=19×5=95cupak
        32-14=18×5=90cupak
        32-16=16×30=480cupak
        Jumlah 95+90+480=665cupak
        Betul tak kiraan saya ustaz?

      • Tahniah kerana mencuba.
        Menurut kiraan saya sama dengan kiraan saya dulu kerana apabila dihitung umur baligh anda didalam hijrah umur anda ketika itu 14 tahun bukan 13 tahun. والله اعلم

      • Jadi kalau begitu,jumlah cupak yang saya perlu bayar adalah TETAP 625(kiraan Tahun Masihi) cupak BUKAN 665 (kiraan Tahun Hijrah)cupak kerana sepatutnya kiraan saya adalah:
        32-14(umur baligh)=18×5=90cupak
        32-15 =17×5=85cupak
        32-17 =15×30=450cupak
        Jumlah 90+85+450=625cupak

      • Ya, betul

      • Assalammualaikum ustaz,saya nak minta kepastian ustaz berkenaan fidyah abang saya.Beliau minta saya tolong kirakan.Abang saya lahir 14 November 1977 bersamaan 2 DzulHijjah 1397.14 November 2010 bersamaan 7 DzulHijjah 1431.Beliau seorang pesakit buah pinggang.Tahun ini sudah 7 tahun beliau menghidap penyakit ini.Dulu beliau menjalani Hemo Dialisis dan tidak dapat berpuasa.Kini beliau perlu bergantung kepada ubat seumur hidup setelah selamat menjalani pemindahan buah pinggang.Jadi beliau tidak dapat berpuasa kerana perlu makan ubat pada waktu2 yang ditetapkan.Adakah abang saya hanya perlu bayar fidyah setiap tahun tanpa perlu qada’ puasa kerana kebergantungannya pada ubat seumur hidup?
        Mengikut Tahun Hijrah umur abang saya 34 tahun:
        34-28=6×30=180
        34-29=5×30=150
        34-30=4×30=120
        34-31=3×30=90
        34-32=2×30=60
        34-33=1×30=30
        34-34=kini =30(tahun 2010)
        Jumlah 180+150+120+90+60+30+30=660cupak
        Menurut ustaz 1 bag beras 10kilogram mempunyai 13 cupak lebih.Jadi abang saya perlu bayar 50 bag beras iaitu 660/13=50.769 bag/kampit
        Betul tak kiraan saya ustaz?

      • Dia hanya perlu membayar fidyah sahaja kerana sakitnya tidak ada harapan sembuh dan dia ada uzur yang tidak membolehkannya mengqada puasanya.
        dengan itu fidyahnya hanya 30 cupak setahun dengan tiada ganda.
        30×7=210. cupak sahaja.
        selepas ini jika dia masih tidak mampu berpuasa maka dia hanya bayar fidyah 30 cupak untuk sebulan ramadan jika ramadannya genap dan 29 jika ramadannya kurang.
        sekiranya dia sembuh dia tidak perlu mengqada puasa yang telah dikeluarkan fidyah. Sila baca http://almalakawi.wordpress.com/2009/08/04/fidyah-kerana-meningalkan-puasa/. والله اعلم

      • Terima Kasih ustaz kerana membantu saya mengira fidyah saya dan abang saya.Ustaz saya ada beberapa soalan lagi:
        1)Arwah ayah saya meninggal pada 9/9/2000 jadi 9/9/2010 sudah 10 tahun ayah saya meninggal.Sepanjang lebih kurang 6 tahun(1995-2000) ayah saya menghidapi stroke/angin ahmar dan tidak berpuasa.Daripada pemahaman saya tentang penerangan ustaz kepada nurulmastura maka fidyah arwah ayah saya adalah:
        30(hari ramadan)x6(tahun)=180cupak
        Betul tak kiraan saya ustaz kerana walaupun sudah 10 tahun keluarga tidak membayar fidyah arwah ayah tetapi fidyahnya tidak berganda.
        2)Bagaimanakah caranya kita hendak mengira harga secupak jikalau kita hendak membayar berdasarkan “nilai wang mengikut kadar secupak”?Saya mendapat maklumat caranya adalah 1/4xharga zakat fitrah semasaxbilangan hari tinggal puasaxgandaan.Contoh:1/4xRM7.50(JOHOR)X625cupak.Jadi harga secupak adalah RM1.875 atau lebih kurang RM1.87/RM1.88.Betul ke ustaz?
        3)Bagaimanakah caranya kita nak bertaklid mengikut mazhab Hanafi jika kita hendak bayar fidyah menggunakan wang?Boleh ustaz beri contoh niat?
        4)Boleh tak saya membayar fidyah di mana sebahagian saya membayar dengan beras manakala sebahagian lagi saya membayar dengan wang?Tujuannya supaya penerima fidyah bebas menggunakan wang itu bukan sahaja membeli beras tetapi membeli lauk-pauk,pakaian,membayar bil atau hutang mereka.

      • Tentang Fidyah puasa ayah saudara itu betul, atau saudara dan hliwaris yang lain boleh puasakan untuk ayah saudara itu.
        2. lihat komen anda dan nurulmastura.
        3. Hadirkan didalam hati saya bertaklid mazhab hanafi pada masalah fidyah puasa.
        4. boleh

      • Seperkara lagi ustaz,tanah peninggalan arwah ayah saya telah dipindah/ditukar hak milik kepada ibu serta adik-beradik saya.Arwah ayah tiada wang simpanan.
        1)Jadi boleh tak jika membayar fidyah arwah ayah saya dengan menggunakan wang beberapa orang atau hanya seorang sahaja adik-beradik yang ikhlas?Contohnya,kakak saya mengeluarkan wang daripada hasil pendapatannya untuk bayar fidyah arwah ayah.
        2)Selain itu ustaz,boleh tak kita menggunakan wang sedekah yang diberikan oleh orang ramai termasuk sanak-saudara dan sahabat-handai yang menghadiri atau melawat jenazah untuk membayar hutang-piutang si mati?
        3)Ustaz,kakak saya telah banyak berhabis duit semenjak abang saya menghidapi sakit buah pinggang sehingga kini.Malah kakak saya terpaksa meminjam rakannya RM100,000 untuk menampung kos pembedahan pemindahan buah pinggang abang saya.Hingga kini belum mampu membayarnya.Selepas selamat pembedahan,kakak saya terpaksa mengeluarkan lebih separuh daripada pendapatannya dan kadangkala terpaksa meminjam duit kawannya untuk menampung ubat abang saya lebih daripada RM3,000 sebulan lebih daripada setahun.Kini setelah 7 tahun kos ubat abang saya berkurangan kerana dos ubatnya semakin kurang.Kakak saya terpaksa mengeluarkan lebih RM2,000 untuk menampung ubat abang saya bagi tempoh penggunaan 5 hingga 6 bulan.Persoalan saya adalah,adakah kakak saya perlu lagi membayar zakat pendapatannya?

      • 1. Fidyah ayah saudara boleh dikeluarkan dari harata waris.
        2. Boleh.

    • Assalammualaikum ustaz.Di bawah tajuk “Haram Mengambil Zakat Pendapatan” maka daripada pemahaman saya kakak saya tidak perlu membayar zakat pendapatan kerana setiap bulan kakak saya terpaksa mengeluarkan lebih separuh daripada pendapatannya untuk menanggung kos ubat abang saya termasuk pinjaman RM100,000 yang belum lagi mampu dibayar.Kakak saya saya sedang kumpul duitnya sedikit demi sedikit.Di samping itu, setiap bulan kakak saya terpaksa untuk menanggung membayar segala kos hidup keluarga seperti bayar bil utiliti,belanja dapur dan sebagainya.Betul tak pemahaman saya?

      • Betul.
        Minta tolong, saudara alih komen ini ke tajuk Haram Mengambil Zakat Pendapatan. terima kasih

      • Harap boleh dialih komen ini ke tajuk Haram Mengambil Zakat Pendapatan.Saya tidak berapa pandai nak buat.

      • Ustaz boleh tak beri komen tentang soalan 1 dan soalan 2 saya di atas?

  3. Lupa nak tanya.bolehkan saya puasa dahulu(40hari).setelah selesai puasa baru bayar fidyah atau boleh bayar fidyah dahulu kemudian baru puasa?

    • Saudara boleh puasa du atau bayar fidyah dulu,
      haram melambatkan qada puasa hinga masuk ramadan yang lain kecuali ada uzur.

      • Ustaz,boleh tak saya bayar fidyah ini kepada Pusat Zakat?atau sebaik-baiknya saya perlu cari beberapa orang fakir/miskin untuk membayar fidyah ini sama ada dalam bentuk beras atau nilai wang?

      • Tidak boleh kerana fidyah hanya diberi kepada fakir dan miskin sahaja, sementara zakat diberikan kepada asnaf yang lapan.

  4. salam ustaz…datuk sy sudah mnggal dunia pada tahun2007..smasa sakit arwah xdpt bepuasa..jd tnggungjwab kami skeluarga utk mmbayar fidyah utk arwah.. nk jd kan cerita, ibu sy telah mmbayar fidyah sparuh tahun lepas(2009) sjumlah wang rm100 kpd fakir miskin…jd mcm mane keadaan ni ustaz??? jd brape lg yg spatutnya kami kna byar fidyah itu.. bleh ke ustaz tlg kirakan bg pihak sy?? sy amat berharap dpt membayar fidyah tersebut pd tahun ni…wslm.

    • saya minta maaf tak dapat nak jawab soalan ini kerana maklumat tak lengkap. saya cadangkan saudari kira dulu dan hantar pada saya di komen ini nanti saya akan beri jawapan betul atau tidak kiraan itu.

  5. terima kasih ustaz…sy akan beri maklumat yg lebih terperinci..
    ini perkiraan sy..

    tahun tidak berpuasa =2007
    tahun nk membayar =2010
    jumlah tahun yg tidak membayar = 4tahun.
    jd 30harix4 =120
    120 + 90 +60+30 =300 cupak
    betul x ustaz cara sy ni??

    dan lg satu, sy dh membayar fidyah sejumlah wang rm100 pd tahun lepas…adakah sy perlu menghitung jumlah 300cupak ni dan tolak dgn rm100 tersebut?? boleh x membayar fidyah lebih dr yg sepatutnye???

    • Tahniah kerana mencuba.
      Datuk saudari hanya perlu membayar 30 cupak atau ahli waris boleh puasakan untuk ganti puasa datuk saudari.
      ini kerana datuk saudari tidak puasa pada 2007 dan meningal pada 2007 maka tidak ada fidyah berganda yang disebabkan melangkah ramadan.
      fidyah berganda hanya dikenakan kepada mereka yang tidak qada dan melangkaui beberapa ramadan, datuk saudari belum sempat melangkaui ramadan yang lain telah meningal dunia.
      seperkara lagi puasa yang hendak diqada oleh ahli waris boleh dibahagikan kepada beberapa orang seperti dibahagikan kepada dua orang atau lebih.
      Jika wang 100 ringit itu ibu saudari telah berikan kepada fakir miskin maka fidyah datuk saudari telah tertunai menurut Mazhab Hanafi. والله اعلم

  6. terima kasih ustaz….

    1) adakah mksud ustaz dgn 100ringgit itu, dh memadai dgn 30cupak??

    2) maksudnye disini fidyah bg org yg dh meninggal xkn bertambah wlaupan warisnya lmbt membayar, betoi x andaian sy ni???

    3)ustaz ade terangkan tntang mazhab hanafi sprti diatas, bgaimana pula dgn mazhab shafie???

    • 1. Jika datuk saudari makan beras yang harganya 30 ringit 10 kilo maka dia sudah dapat 39 cupak dengan harga 90 ringit kerana satu bag sepuluh kilo ada 13 cupak lebih.
      2. fidyah berganda hanya dikenakan kepada orang yang tidak mengqada sehinga melangkaui ramadan yang lain sedangkan dia masih hidup. tidak ada kena mengena dengan ahli waris lambat bayar.
      3. menurut mazhab Syafie fidyah hanya dengan beras, tidak boleh dikeluarkan dengan nilai.

  7. terima kasih ustaz…
    maaf ustaz byk soalan…
    sy ade lg satu bnda yg musykil…

    1) tahun tinggal puasa = 2004

  8. smbungan di atas :
    datuk sy lg satu menderita sakit kanser pundi kencing pada tahun2004 dan dia xberupanya untk berpuasa…dan pada tahun 2005 datuk sy meninggal pd 26rmadan dan dia juga xdpt berpuasa spanjang rmadan tersebut..

    sy cuba mengira fidyah tersebut spt dibawah:

    2004 =tinggal 30 hari
    2005 =tinggal 26 hari(meninggal ptg 26 ramadan tahun tersebut)

    ustaz tlg check kan betol x pengiraan sy :

    2010 -2004= 6 x 30hari
    =180 cupak

    2005 =26cupak (sbb meninggal pd thn tersebut)

    jd, 180 +26 = 206 cupak…

    sekiranya salah bleh x ustaz tlg betulkan…
    maafkan sy sekiranya menyusahkan ustaz…
    insyaallah sy ingin melangsaikan fidyah sebelum akhir rmadan tahun ni..

  9. Ustaz, saya tidak sempat mengqadakan puasa saya kerana dalam tempoh tersebut saya mengandung hingga bersalin dan menyusukan anak sehinga sekarang. Kiraan hari saya seperti berikut :

    2006 : 15 hari
    2007 : 10 hari
    2008: 10 hari
    2009 : 9 hari

    Mohon penjelasan daripada ustaz untuk fisyah yang perlu saya bayar pada tahun ini.

    Terima kasih.

    • Mengandong, menyusukan anak, termasuk uzur yang membolehkan melewatkan qada puasa, dengan itu anda hanya perlu qada sahaja apabila hilang uzur, tidak wajib membayar fidyah.

      • terima kasih ustaz kerana membantu..

  10. Ustaz, satu lagi soalan, di manakah boleh saya membayar fidyah.. adakah kepada amil yang memungut zakat fitrah atau terus kepada fakir miskin?? bolehkah saya serahkan fidyah tersebut kepada saudara saya yang susah (beliau mempunyai 6 orang anak, isteri suri rumah dan berniaga ikan. beliau selalunya hanya cukup2 makan..) jika boleh, adakah nilai tersebut perlu dibeli beras sahaja dan bolehkah dibeli dengan barang2 lain (seperti minyak masak, gula dll)

    • sila baca jawapan saya diatas, tentang saudara anda itu dia tidak masuk dalam kata miskin atu fakir, jika maksud anda “cukup cukup makan” cukup belanja untuk keperluan harian, tapi tak ada lebih. Adapun jika maksud anda hanya cukup makan sahaj dan tak dapat nak beli barang keperluan lain maka dia boleh menerima.

  11. terima kasih di atas mklumat yg ustaz berikan….

    ustaz, boleh x membayar fidyah lebih dari nilai yg spatutnya???

    contoh, spatutnya sy kena byar 56cupak tp sy bayar 60 cupak..boleh x mcm tu??

    • Boleh dan yang lebih jadi sedekah.

  12. maaf en.rizal dan ustaz….sy hnya ingin berkongsi pemahaman sy disini…sekiranya salah tlg betulkan…

    ni cara pengiraan sy utk secupak beras

    1cupak = 750 gram

    13.33cupak = 10kg =rm26(harga beras yg anda mkn)

    1 gram =26/10000=rm0.0026

    1cupak = 750 x rm0.0026
    = rm1.95

    darabkan harga cupak dgn bilangn cupak yg ingin byar…

    contohnya :

    56cupak x rm1.95 = rm109.2

    • Terima kasih pn.nurulmastura kerana berkongsi pemahaman.Saya mendapat cara pengiraan itu daripada pegawai di Pusat Zakat iaitu 1/4 darab harga zakat fitrah semasax(berapa hari tinggal puasaxgandaan).Contoh:
      1 bahagi 4=0.25
      0.25xrm7.50(harga zakat fitrah semasa negeri Johor)=RM1.875 iaitu RM1.87 atau RM1.88
      Oleh sebab harga zakat fitrah semasa berbeza bagi setiap negeri dan berbeza setiap tahun(bergantung kepada Majlis Agama Islam Negeri) maka Harga Secupak beras adalah berbeza bagi setiap negeri.Kita tunggu komen ustaz.

      • Terima kasih kepadaRizal dan pn.nurulmastura kerana berkongsi ilmu disini, kiran yang pn.nurulmastura lebih tepat kerana melibatkan makanan yang kita makan, kiraan Rizal terlebih Umum yakni umum makanan penduduk negeri, terkadang munkin makanan yang kita makan lebih mahal dari yang ditetapkan oleh kerajaan, dan terkadang lebih murah.

      • Assalammualaikum ustaz,saya nak tanya berkenaan beras yang kita makan.Pada masa lebih kurang 4 tahun lepas hingga kini saya sering makan beras Taj Mahal(harganya mahal sedikit).Kadangkala beli seberang jenis beras juga.Dahulu semasa umur 13,14 dan 16 tahun(ponteng puasa) lalu saya tak ingat makan beras apa tapi rasanya beras biasa sahaja (beras 5% hancurnya)agaknya.Jadi kalau nak beli beras atau kira harga secupak beras;saya perlu beli beras Taj Mahal atau beras biasa?

      • Beras biasa.

  13. ustaz, bleh kalu kta byar fidyah tanpa mengira secara detail tp byar dgn kadar yg byk dan diyakini melebihi dgn yg spatutnya membayar????

    • Boleh

  14. Assalammualaikum ustaz.Saya tak tahu nak tanya di tapak web mana satu.
    Saya dimaklumkan sekiranya mayat atau jenazah ada di dalam rumah maka tuan rumah tidak boleh memasak.Betul ke?Sedangkan tuan rumah dan sanak-saudara yang pulang menziarah perlu makan.Budaya di Malaysia,jarang sekali atau tiada langsung jiran tetangga yang memberi makan kepada keluarga si mati semasa mayat atau jenazah ada di dalam rumah.Harap ustaz dapat memberi komen.

  15. assalamualaikum ustaz, di sini saya ingin bertanya, macamana saya hendak membayar fidyah kepada puasa yg saya telah tinggalkan.tapi jumlah sebenar puasa yg saya tinggalkan tu saya tak ingat lagi. Boleh katakan stiap tahun ada saja tertinggal sejak baligh shingga puasa terbaru tahun ni, jumlah paling kurang yg tertinggal 14 hari dan jumlah tertinggi 30hari.. Umur baligh 13tahun dan umur sekarang 31 tahun. Saya harap ustaz dapat membntu saya. Terima kasih

  16. Assalamualaikum Ustaz.saya ingin bertanya jika saya bukan warisnya tapi saya membantu arwah ini kerana saya prihatin n kesian dengan nasibnyaa adakah pahala ini sampai kepadanya ustaz..harap ustaz sudi membalasnya.Terima Kasih..

  17. salam,
    ustaz..saya nak tanya ayah saya baru meninggal pada 19 feb 2011..baru2 nie..saya tidak pasti samaada tahun2 sebelum nie adakah arwah ayah saya ada meninggal puasa atau tidak..jadi bagaimana saya boleh menbuat fidyah puasa untuk arwah ayah saya..?
    dan saya ingin bertanya kalau solat camne pula?adakah sama seperti fidyah puasa???

  18. Assalamualaikum Ustaz.
    Setelah perkiraan yg sy buat..jumlah fidyah yg dikenakan ketas sy adalah sbyak 125 kampit beras (10kg). Memandangkn jumlah tersebut agak besar. Jd sy ingin bertanya pd Ustaz…apakah boleh sy membayar fidyah itu secara beransur2 sehingga habis fidyah sy itu, atau bagaimana pula perkiraan fidyah sy sekiranya sy tidak sempat menghabiskan membayar fidyah (secara beransur2 itu) sehingga bertemu dgn ramadhan seterusnya….diharap pihak Ustaz boleh membantu.
    Assalamualaikum…..

  19. assalamualaikum ustaz duit fidyah ini kepada siapa saya perlu bayar ye..terima kasih

    • pada fakir miskin.

  20. Assalamualaikum ustaz,
    Sekiranya saya tidak berpuasa semasa melahirkan anak pada tahun 1995, dan tidak berkesempatan membayar fidyah sebelum ini, berapakah jumlah fidyah yg perlu saya bayar?

    • Sekiranya anda tidak berpuasa dan anda megqada puasa itu sebelum masuk ramadan 1996 anda tidak perlu membayar fidyah dan sekiranya anda tidak mengqadanya sehinga ramadan ini maka fidyahnya bagi setiap puasa yang tidak dipuasakan 16 cupak

  21. assalamualaikum ustaz,nak tanya…ibu sy br meninggal bln 4 lpas. Bulan puasa thn lpas ibu tak puasa sebulan.
    1) perlukah puasa arwah di qada’ oleh waris?
    2) bayaran fidyah boleh dibyr di mana2 atau di negeri arwah mustautin?
    3) berapa jumlah fidyah yang perlu dibayar dalam bentuk wang ringgit?

    • Boleh pilih antara diqada’ oleh waris atau bayar fidyah.
      fidyahnya satu cupak untuk sehari. Peringatan beras dalam bag 10 kg ada mengandungi 13 cupak lebih sedikit.
      fidtah diberi hanya kepada fakir dan miskin tidak yamg lain

  22. assalamuaalaikum ust, Adakah kiraan fidyah si mati dikira dari umur balighnya atau mengikut kiraan berapa yang waris tahu sahaja?

    • Sekiranya waris hendak bercermat maka hendaklah mereka mengira dari baligh

  23. assalammualaikum…

    ayah saya meninggal dunia pada usia 67 tahun…setahu saya dia tidak menunaikan puasa pada usia hidupnya (di maklumkan oleh adiknya). saya tidak berapa mengenali ayah saya ini kerana telah terpisah dengannya drpd kecil..tetapi saya rasa bertanggungjawab untuk membayar fidiyah puasanya….dan bagaimana pula dengan fidiyah solat dia pula….harap ustaz dapat membantu saya

    • Menurut mazhab syafiee solat tidak boleh di bayar fidyah. Tetapi imam subqi mengesyurkan dibuat fidyah bagi solat sehari satu cupak


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 109 other followers

%d bloggers like this: