ARKIB SOAL JAWAB

Berjabat tangan atau Musafaha dengan perempuan

Posted by: almalakawi on Julai 31, 2009

Harus buat kenduri arwah dengan menentukan masa

Posted by: almalakawi on Julai 25, 2009

Kenduri arwah hukumnya harus

Posted by: almalakawi on Julai 21, 2009

Dalil menyentuh perempuan membatalkan wuduk

Posted by: almalakawi on Julai 18, 2009

Sunat mengaminkan doa khatib dan sunat mengangkat tangan semasa berdo’a

Posted by: almalakawi on Julai 16, 2009

Menqada sembahyang yang dilakukan dengan tayamum

Posted by: almalakawi on Jun 17, 2009

Penjual adalah orang tengah

Posted by: almalakawi on Jun 8, 2009

penjelasan hukum mengenai babi

Posted by: almalakawi on Mei 29, 2009

Talak suami yang nyanyuk

Posted by: almalakawi on Mei 24, 2009

Bahagi pesaka yang telah berlapis-lapis mati

Posted by: almalakawi on Mei 24, 2009

Hukum perempuan bertanding tilawah al-quran

Posted by: almalakawi on Mei 22, 2009

Talak dengan SMS

Posted by: almalakawi on Mei 22, 2009

Sila buat soalan di ruang komen

Respon

  1. Nak tanya sikit, ada terbaca artikel ni di tranungkite… apa pandangan ustaz…?

    “bercakap pasal selesema babi…nabila ada satu cerita….

    hari tuh, nabila ada bersembang dengan guru sains nih…
    nabila kata, dah tahu babi tuh haram dan bawa mafsadah kat manusia, buat apa nak pi makan dan bela babi….hapuskan saja babi tuh…

    cikgu sains tuh jawab:

    `kita tak leh cakap ikut emosi, babi tuh tuhan haram secara mutlak..makan je.. TAPI..kalu tang lain,harus ambil manfaatnya..sebab tuh dalam mazhab zahiri..kulit babi yang disamak pun dikira cuci..dalam surah al-maidah ayat 3..tuhan hanya sebut diharamkan keatas kamu babi,yakni memakannya..

    dan satu lagi… kalu ikut kajian sains..product daripada babi nih product 1st class..dari insulinnya hingga lah heparin..kan nih bermanfaat kepada manusia..

    ramai yang tak faham..dia orang kata benda tuh kan najis mughalazah..mana boleh guna? ginilah..cuba baca dalam kitab fiqh pasal bab istihalah..bila sesuatu yang haram tuh dah berubah,maka sifat haramnya juga akan berubah..macam tahi binatang yang dibakar,sudah tidak najis lagi kerna ia sudah berubah sifat,dah jadi arang..begitulah insulin dan heparin yang diekstrak daripada babi,sifatnya dah berubah….

    tak ke gitu..’

    lagi satu pendapat

    salam..tak boleh la tnye mcm tu..
    ape yg ustazah tu semua betul..
    cth pasal kulit babi..kalau tak silap mazhab maliki kata harus dan tak haram..

    cth lain mcm alcohol la..kalau digunakan utk tujuan minum maka haramlah.
    tp kalau alcohol tu sbg minyak wangi, dah tak jadi haram..
    tp still jugak ada ulama yg katakan haram.

    selagi sesuatu perkara itu tidak ada nas yg sarikh, tidak ada hukum yg qat’ie maka selagi tu perbezaan pndapat di kalangan ulama akan wujud.
    nak ikut yg mana?
    bagi kita sbg org awam, bertaklid aje lah pd mazhab setempat.
    dlm ms yg sama tanam azam utk mengetahu hujah ulama itu kenapa haram atau kenapa halal…

    cth hukum yg tak boleh berubah mcm hukum hudud. hukum ini qatie. tak kira mcm mana pun ia wajib di laksana..
    evnt darurat juga tak boleh mmbatalkan hukum ini..
    ulama sepakat kata haram..
    kecuali ulama hadhari je la”

    Betul ke kirim soal jawab dalam nie… kalau salah… maaf, first time

  2. [...]  sila kelik disini untuk melihat soalan [...]

  3. Assalamualaikum ustaz..

    saya ada satu soalan

    apakah surah terbaik yang boleh diamalkan wanita yang mengandung…

    • Awal mengandong bacalah surah Lokman dan Yusuf. Setelah lapan bulan bacalah surah Maryam و الله اعلم

    • Assalammualaikum ustaz..

      Saya ada satu soalan..

      Apakah hukumnya kalau berimamkan seorang anak luar nikah
      sekiranyan kita tahu asal usul seseorang imam itu..?

      • Sah mengikut imam anak zina, tetapi menyalahi yang lebih utama kerana yang lebih utama hendak ada imam itu bukan anak zina. والله اعلم

      • Terima kasih ustaz…

  4. assalamualaikum ustaz,
    nak bertanya satu soalan..
    apakah hukumnya seseorang itu menjual barangan sebagai orang tengah..

    Si A = orang tengah
    Si B = pembeli
    Si C = supplyer

    Si A meng-offer barangan melalui internet, lalu si B membayar untuk membelinya.. Duit yang si A dapat, dihantar ke Si C untuk menempah barang yang dibeli oleh si B.. Sedang si B tidak tahu bahawa barang itu diperoleh daripada orang lain..

    • sila rujuk jawapan di soal jawab agama. sila klik perkataan almalakawi di sebelah kanan

  5. bolehkah tuan haji mengajarkan cara-cara melawan nafsu….

    • Terima kasih atas komen yang diberi. ان شاء الله saya akan tulis tentang tasauf

  6. salam….
    ust,saya nak tanya…adakah solat perlu diqada’ jika kita melakukan tayamum dengan alasan tidak terdapat air pada ketika itu.

    soalan 2:
    apakah cara yang perlu dilakukan untuk menyamak jika terkena najis berat(mughallazah) jika pada ketika itu tiada air..

    • Sila lihat jawapan pada Menqada sembahyang yang dilakukan dengan tayamum. sila klik perkataan almalakawi di sebelah

  7. Assalamualaikum Ustaz Alias

    Saya ada kemusykilan sikit.. kawan-kawan pun tanya, apa hukum jika seorang sahabat samada kaum lain atau islam sendiri yang kita tau bekerja di kilang arak, maka dia belanja kita makan, adalah kita boleh makan apa yang dibelanja … dan seorang kawan kita yang menang nombor ekor, duit ekor yang dia menang dia guna untuk bayar repair keretanya sedangkan tuan punya workshop tau duit itu dari sumber menang nombor ekor iaitu kegiatan haram.. tolong jelaskan adakah tuan workshop boleh mengambil duit itu..

    Terima Kasih

    • و عليكم السلام saya akan jawab disini secara ringkas dan إن شاء الله jika ada kesempatan saya akan hurai lebih panjang.
      Haram kita memakan belanja orang islam darai sumber yang haram sekiranya kita yakin duit yang dia belanja itu dari sumber haram.
      sekiranya kita tidak yakin pada ini masalah ada hurayan.
      1. sekiranya harta haram lebih banyak dri harta halal maka haram kita makan belanjanya.
      2. sekiranya harta halal lebih banya maka kita dituntut bertanya adakah yang dia belanja itu dari submer yang halal, kemudian boleh lah dimakan sekiranya dia menyatakan halalnya. Wajib menjauhi sekiranya yang dinyatakan haram.
      Tetapi pada masalah yang ditanya nampak jelas bahawa kebanyakan harta orang yang hendak membelanja adalah haram.
      Adapun orang yang bukan islam maka haram makan kerana jika bertanya kepadanya dan dia jawab dari sumber yang halal sekalipun tidak boleh diterima perkhabarannya. ini bukan bermakna kita tudak boleh menerima belanja makan orang bukan islam, hanya kerana tidak boleh terima perkhabarannya.

      Masalah tuan workshop.
      haram mengambil upah dari orang yang sumbernya haram dan wajib dia meminta ganti dengan duit upah yang lain sekiranya kerja membaiki telah siap.
      Sekiranya kerja belum dimula maka harus bagi tuan workshop membatalkan perjanjian, atau meneruskan dengan syarat upah dari sumber yang halal.
      والله اعلم

  8. salam, ustaz.ana ada satu persoalan.jika, ana beli satu kuantiti barang dan ana bayar barang itu, dengan harga satu kuantiti saja, tapi bila saya balik rumah, ana baru sahaja sedar bahawa barang yang dijual kepada ana adalah 2 kuantiti, mengikut resit yang diberikan. apakah hukum barangyang ana beli itu?

    • Jawapan: Oleh kerana soalan ini tidak terperinci maka menjadi masalah bagi saya hendak menjawab nya tetapi saya cuba jawab dengan beberapa andayan.
      Dikatakan tidak terperinci kerana tidak disebutkan ada akad atau tidak, barang itu ada didalam satu kotak atau berada di dalam satu bungkus, atau barang itu bercampur dengan barang lain di dalam satu sumpit.

      Andayan pertama pada perkataan “ana beli satu kuantiti barang dan ana bayar barang itu dengan harga satu kuantiti saja” boleh membawa maksud anda telah akad jual beli untuk membeli satu barang dengan harga barang itu.
      Sekiranya semasa akad jual beli ada disebut benda yang dibeli adalah satu barang sahaja dan harganya sepertimana yang dibayar maka wajib memulangkan barang itu, ini kerana berkemungkinan penjual tersalah catat pada resit. Atau berkemungkinan penjual menghadiahkan satu lagi pada anda, ini hendaklah saudara bertanya kepada penjual adakah barang itu hadiah atau tidak, ini jika tiada tanda bahawa barang itu hadiah, sekiranya ada tanda barang itu hadiah seperti tercatat percuma maka barang itu adala hak anda dan anda tidak perlu bertanya kepada penjual.

      Andayan kedua barang itu berada di dalam satu bungkusan seperti kotak dan anda tidak perasan, kerana anda ada berkata “bila saya balik rumah, ana baru sahaja sedar bahawa barang yang dijual kepada ana adalah 2 kuantiti, mengikut resit yang diberikan”
      Maka barang itu dikira satu kuantiti, dan apa yang tercatat dalam resit
      Sebagai pemberitahuan sahaja.

      Andayan ketiga anda tidak akad jual beli dan anda bertaklid pendapat Imam Nawawi yang mengharuskan akad mua’ttah (المعاطاة) pada benda yang murah harganya. Akad mua’ttah ialah akad beri memberi dan reda mereda dengan tiada ucapan akad jual beli.
      Sekiranya ini yang berlaku dan barang itu berada di dalam satu sumpit bercampur dengan barang yang lain, anda wajib memulangkan barang itu kepada penjual dan mengambil balik harganya samaada harga yang dibayar untuk satu kuantiti atau dua kuantiti, kerana tidak ada reda mereda, ini kerana anda tidak reda dengan harganya jika anda bayar dua kuantiti, dan penjual tidak reda memberi kepada anda dua barang itu kerana berkemungkinan dia tersalah memasukkan barang itu.
      Sekiranya barang itu diberi ketangan anda sedangkan dua barang itu berada didalam satu kotak, dan penjual serah ketangan anda maka barang itu dikira satu kuantiti.

      Andayan keempat anda tiada akad dan tidak bertaklid kepada pendapat yang mengharuskan akad mua’ttah (المعاطاة) hendak lah anda berniat taklid kepada pendapat itu sekarang, ini atas satu pendapat yang mengharuskan boleh bertaklid setelah beramal. Adapun hukum barang itu sepertimana masalah anda bertaklid.

      Sekiranya anda hendak beramal pada pendapat yang muktamad anda wajib bertaubat kerana melakukan satu perkerjaan tidak mengikut syaratnya.

      Akhir kata lebih baik anda rujuk/bertanya kepada penjual keadaan barang itu. Kerana kita wajib menjauhkan diri pada pekara yang haram dan subhat.

      • assalamualaikum Ustaz nak tanya bagaimanakah dengan seseorang ulama hadis abad in yaitu Nasarudin Albani bolehkah kita ikuti pendekatan beliau masalah Hadis serta apa kelemahan beliau ?

      • Tidak boleh diikut, kerana dia tidak amanah dalam ilmunya dan syarat mentakharijkan hadis mestilah seorang itu hafiz atau muhadisin.
        Albani tidak hafiz dan juga bukan muhadisin lagi pula dia mengambil hadis dari kitab dengan tidak berguru. maka sanadnya mungqatik. والله اعلم

  9. Apakah hukum mengangkat tangan dan megaminkan doa semasa khatib membaca doa di akhir khutbah yang kedua

    • Sila lihat jawapan pada “Sunat mengaminkan doa khatib dan sunat mengangkat tangan semasa berdo’a” atau klik perkataan almalakawi disebelah kanan

      • Salam,

        Nak tanya ustaz, kenapa bacaan doa “Allahumma baariklana fi rajaba wa sya’baana wa ballighna ramadhan” dibaca dengan fi rajaba bukan fi rajabin?

        Terima kasih.

      • kerana dia اسم الذي لا ينصرف isim yang tidak boleh tanwin bila dijarkan dibaca dengan baris diatas.

  10. Assalamualaikum ustaz,
    nak tanye, betul ke… cerita kenduri arwah bidaah…

    “Dalam pada itu pada Jun 2005 blog tersebut turut memetik ruangan Tazkirah di bawah tajuk ‘Amalan Jahiliyyah Disangka Ajaran Agama’ merujuk kepada pengarang kitab at-Tazkirah iaitu Al-Qurtubi berhubung isu kenduri arwah.

    “Dengan jelas mengatakan bahawa diantara amalan jahiliyyah ialah mengadakan suatu himpunan beramai-ramai diperkuburan, di masjid atau di rumah dengan berzikir dan juga lain-lain bacaan, serta mengadakan jamuan makan minum dengan tujuan untuk orang mati, disebut orang sebagai kenduri Arwah.

    “Dengan jelas perbuatan itu tiada Nas yang menjadi rujukannya dan tiada petunjuk sunnah yang menjadi ikutan, ” .

    Kenyataan pahit dan mengejutkan

    Kenyataan ini mungkin agak keras dan pahit serta boleh jadi suatu penjelasan yang mengejutkan terutama terhadap mereka yang mengamalkan perkara tersebut secara ikut-ikutan dan membuta tuli tanpa mengkaji dari sudut ilmiyah.

    “Tetapi inilah hakikat Islam yang mesti diakui oleh penganutnya yang sedia kembali kepada al-Quran dan Sunnah,”.

    “Tidak dapat dinafikan bahawa amalan tersebut telah berakar umbi di dalam masyarakat melayu, sehingga sebahagian dari mereka menganggap bahawa amalan tersebut adalah merupakan amalan agama yang mesti dilakukan setiap kali berlaku kematian,”.

    Sungguhpun Nabi terlalu sayang terhadap umatnya terutama terhadap para sahabatnya yang sentiasa membantu Nabi di dalam suasana damai dan perang namun Nabi tidak pernah melakukan majlis zikir atau tahlil untuk sahabat-sahabatnya r.a yang mati.

    “Orang yang paling sayang terhadap Nabi s.a.w. adalah para sahabatnya yang sentiasa berada di sisi Nabi siang dan malam, namun pernahkah terdapat para sahabat berhimpun dan berzikir dan bertahlil untuk Nabi s.a.w.?”.

    Soalnya jika perkara itu tidak dilakukan oleh Nabi dan juga para sahabat maka dari manakah punca amalan itu diambil.

    “Apa yang paling mendukacitakan, mereka menganggap amalan tersebut sebahagian dari amalan Islam, padahal Rasulullah sa.w. tidak pernah menunjukkan contoh seperti itu dalam sunnahnya,” katanya. “

    • Sila lihat jawapan di Kenduri arwah hukumnya harus sila klik perkataan almalakawi disebelah kanan
      Posted by: almalakawi on Julai 21, 2009

  11. Salam ustaz. Boleh ustaz jelaskan hukum bersalam dengan perempuan. Telah kecoh pula isu bersalam ini lantaran adanya fatwa terbaru Dr. Yusuf Qardhawi yang membenarkan bersalam dalam keadaan tertentu, tetapi tidak diterangkan dengan baik oleh orang yang memetik fatwa beliau. Harap ustaz boleh jelaskan.

    • sila lihat jawapan pada Berjabat tangan atau Musafaha dengan perempuan atau klik pada perkataan almalakawi di sebelah kanan

  12. Assalamualaikum ya USTAZ….
    hamba yg jahil ini ingin bertanya tentang permasalahan berkenaan tauhid.
    (1)adakah tauhid rububiah,uluhiah & asma wasifat ini diperkenalkan oleh Imam Abu HasanAl-Asyaari dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi…?
    (2)apakah kesan besar yang dibawa oleh orang yang berpegang dengan pegangan tauhid ini berbanding sifat20 ?
    (3)ada juga USTAZ yang mengatakan bahawa tauhid rububiah,uluhiah & asma wasifat ini penerangan mendalam bagi menerangkan sifat20(apakah pendapat USTAZ?)
    (4)adakah salah kita berpegang dengan pegangan tauhid rububiah,uluhiah & asma wasifat ini?
    (5)jika tauhid rububiah,uluhiah & asma wasifat ini salah,maka dimanakah kesalahannya itu…
    ……..terimakasih ya Alim USTAZ

    • ان شاء الله saya akan jawab

  13. Assalamualaikum Ustaz nak tanya Hukum sembahyang orang koma

    • وعليكم السلام Ahmad Nazri.
      Orang koma, tidak wajib sembahyang sekiranya dia tidak sedar menghabisi waktu sembahyang kerana syarat wajib sembahyang hendaklah berakal, orang koma tidak sedar (tidak berakal).
      Sekiranya dia sedar dan ada masa sekadar takbiratu-ihram wajib dia sembahyang watu yang dia ada didalamnya dan wajib dia sembahyang waktu yang sebelumnya yang mana sembahyang itu boleh dijamak contoh seorang yang koma sedar pada ketika dekat nak habis waktu asar dan dia ada masa sekadar takbiratul-ihram maka wajib dia sembahyang asar dan zuhur والله اعلم

  14. Salam. Ustaz ana nak tanya tentang hukum orang kafir membaca Al-Quran, menurut apa yg saya baca di klinik agama ada dua pendapat yg manakah patut kita pegang antara dua pendapat tu?

    • Menurut mazhab Syafie tidak dilarang orang kafir membaca al-Quran selama dia tidak menghinanya

  15. Assalamualaikum USTAZ….
    ana ada kemuskilan yang hendak ditanyakan….

    1)hamba ALLAH (perempuan)sorang ni bekerja.Tiap-tiap hari dia akan bertolak ketempat kerja pada pukul 6.00 pagi dengan komuter. Dia takdapat solat kerana perjalanan 1jam.kita tahu yang tinggal soalat itu haram dan dosa besar krn solatlah satu-satunya ibadah yang tiada pengecualian sehinggakan didalam perang dan sakit pun perlu solat tetapi dgn cara yang tertentu.Adakah caranya untuk hamba ALLAH ini solat didalam komuter?

    • Kepada yang bertanya jika kita lihat masa yang ada kita dapati dia boleh sembahyang di station komuter atau dirumah sebelum bertolak ke tempat kerja. Sembahyang fardu tidak boleh dibuat di dalam komuter kerana syarat sembahyang mesti menghadap kiblat di dalam komuter tidak boleh menghadap kiblat.

  16. salam ustaz,

    Boleh ustaz jelaskan hukum memberi dan mengambil upah menjadi imam solat taraweh. Saya telah berdiskusi dengan seorang kawan yang menyatakan ini (mengupah imam taraweh) adalah budaya yang tak elok untuk masyarakat.

    • Harus muazin (tukang bang), imam, dan guru agama mengambil upah disisi Imam Syafie dan satu riwayat dari Imam Ahmad.
      Menurut mazhab Maliki harus mengambil upah sebagai tukang bang, tukang ikamat dan imam sekiranya mengikut bagi azan dan bang adapun jika mengambil secara terasing maka makroh itu pun jika diambil dari makmum, sekiranya diambil dari harta wakaf atau harta baitulmal maka tidak makroh.
      Menurut mazhab Hanafi dan satu pendapat Mazhab Hambali, haram mengambil upah tukang azan dan tukang ikamat begitu juga imam sekiranya ada orang yang boleh melakukan dengan percuma (buat kerana taat/ tidat mengharapkan upah) jika tiada maka pemerentah hendaklah beri gaji kepada mereka.
      dalil tiap-tiap mazhab boleh rujuk di dalam kitab mazhab masing- masing

  17. Ustaz,
    Ibn Katsir menulis dalam Al Bidayah Wan Nihayah :

    Ali bin Abi Thalib ra memiliki banyak anak keturunan Iainnya dari se­jumiah ummu walad (hamba wanita). Semasa wafat beliau meninggalkan empat istri dan sembilan belas hamba wanita.

    Soalan saya :
    a. Betulkah fakta tersebut
    b. Bila perhambaan di mansuhkan dalam Islam
    c. Nas yang mana yang membolehkan isteri lebih dari 4

    Fakta berkaitan ada di http://aburedza.wordpress.com/2009/06/14/isteri-isteri-dan-putra-putri-ali-ra/

    Terima kasih.

    • a. Faktanya saya minta tangoh.
      b. Perhambaan tidak di mansuhkan dalam islam kerana itu hak tentera islam dan kerajaan islam yang mendapat harta ganimah, termasuk dalam harta ganimah perempuan dan kanak=kanak yang ditawan yang dijadikan hamba. cuma dalam islam memerdekakan hamba adalah kebajikan yang besar.
      c. tiada nas yang membolehkan selain nabi berkahwin lebih dari empat. sekira kita rujuk tentang saidana Ali kita dapati isterinya ada empat sahaja, yang lebih gundik atau ibu anak istilah hamba, maka itu harus. Hukumnya harus seorang lelaki memilik hamba berapa banyak sekalipun dan dijadikan emak anak.

      • Assalamualaikum
        Terima kasih ulasan ustaz.

        Jawapan ustaz : tiada nas yang membolehkan selain nabi berkahwin lebih dari empat. sekira kita rujuk tentang saidana Ali kita dapati isterinya ada empat sahaja, yang lebih gundik atau ibu anak istilah hamba, maka itu harus. Hukumnya harus seorang lelaki memilik hamba berapa banyak sekalipun dan dijadikan emak anak.

        Itu yang jadi muskil saya – boleh kah ada gundek ? Sultan dulu dulu ada gundek adakah harus ? Maknanya boleh! Kalau zaman sekarang boleh kah ?

        Atau fakta memang salah ? Bagaimana sahabat r.a yang lain ?
        Terima kasih.

      • Gundik dalam bahasa melayu semantara dalam istilah fekah dipangil ummul-walad (emak anak) iaitu hamba perempuan yang diwati dapat anak.
        mewati hamba perempuan diharuskan didalam islam.
        cara mendapat hamba perempuan dengan memerangi kafir harbi, atau beli hamba. Oleh kerana sekarang sudah tidak ada perhambaan menurut undang-undang dunia maka tidak berarti perhambaan tidak boleh di dalam islam.
        Tidak mustahil perhambaan akan kembali semula.

      • Terima kasih
        Saya baru faham perbedzaan umu walad dengan gundek

  18. Gundik pada sebutan kesultanan iaitu raja berkahwin dengan orang kebanyakan yang bukan dari keturunan raja. maka anak yang hasil dari perkahwinan tersebut tidak ada hak menuntut manjadi raja.
    gundik pada sebutan orang kebanyakan iaitu lelaki yang berkahwin dengan hamba, maka anak yang hasil pada sekedudukan itu dinamakan anak bagi suami dan ianya merdeka dan ibu itu dinamakan emak anak dan ini yang disebut dalam hadis yang masyhur dalam hadis 40 Imam anNawawi yang kedua apabila ditanya akan nabi saw apa dia alamat kiamat maka jawab nabi saw” Apabila melahir oleh ibu akan tuannya” alhaditha.
    wallahu aalam

  19. Assalamualaikum ustaz.. saya nak bertanya 2 soalan ..

    Soalan 1 :

    ada mengatakan fahaman wahabi di perlis
    mengamalkan bacaan bismillah sebelum bacaan al-Fatihah dalam solat, dibaca secara perlahan

    Boleh tak ustaz jelaskan perkara ini dan bagaimanakah bacaan yang betul dalam mazhab imam syafie, ahli sunnah waljamaah yang kita perlu amalkan.

    Soalan 2 ;

    Boleh kah puasa ganti bulan ramadhan dilakukan bersama2 puasa sunat seperti puasa sunat aidilfitri dan puasa sunat isnin dan khamis dan jika boleh bagaimanakah niatnya …

    Sekian

    • Mazhab kita Shafei: bahawa bismillah itu satu ayat drpd awal surah fatihah dengan tiada khilaf, begitu juga pada surah2 yang lain selain surah baraahatas yang sahih drpd mazhab kita Shafei yang beramal dengan dia oleh ramai dari kalangan Ulama salaf, berkata alhafiz Abu amrin bin abdil Birri inilah perkataan Ibnu Abbas dan Ibnu Umar dan ibnu Zubair dan Tawwhos dam Atho’dan makhul dan ibnu Munzhir dan thoifah yang banyak dan muafakat akan imam shafei oleh imam Ahmad mazhab hambali , mazhab ishak, mazhab Abu Ubaid dan jemaah dari kalangan Ahli Kuffah dan Makkah dan kebanyakan ahli Irak dan menghikayatkan dia oleh alkhottabi daripada Abi hurairah dan Saed bin Jubair dan meriwayatkan dia oleh Imam Baihaqi dalam kitab alkhilafiyat dengan sanadnya daripada Ali bin Abi tholib ra, azZhuhri dan sufyan asthauri dan disebut juga dalam sunan kubra bagi imam Baihaqi daripada Ali bin Abi tholib dan ibnu Abbas dan abi hurairah dan muhammad bin kaab radiallahuanhum,. Imam ghazali mendatang 8 jawaban mengenai bismilah ini satu ayat daripada alfatihah yang wajib dibaca dalam sembahyang, intaha mustashfa.

      Puasa sunat boleh disekalikan dengan puasa qadha dengan syarat niat puasa tersebut didahulukan dengan niat qadha baru sunat. intaha kitab sabilal muhtadin.

    • memada dengan jawapan Ust Mashadi Masyuti, dia tu sahabat saya, sama sama belajar di Pasir Tumbuh satu masa dulu.
      Sila klik perkataan almalakawi untuk tambahan jawapan pada soalan ke 2

  20. terima kasih ustaz ..

  21. ustz..blh x bgtau hukum pakai niqob beserta hujah-hujahnya sekali..

    • dalam kitab-kitab mazhab syafie mengatakan wajib berniqab bila keluar rumah, tapi ada keterangan dalam sabilal muhtadin atas hajat boleh wanita keluar rumah, menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Wallahua’lam.

  22. KENAPA JIRM ITU TDK DAPAT PISAH DRPD JISM.APABILA JIRM ITU PISAH DR JISM APA AKAN TIMBUL HAEST YG BARU.TRM KSH

  23. UST ANA JG MAU TANYA APA BILA SGL YG DI LAKUKAN RASULLALAH ITU ADALAH WAHYU MK UNTUK MEMBEDAKAN SIFAT BASYARIAH DN SIFAT KERASULAN DR NABI ITU BAGAIMANA?

  24. assalamualaikum ustaz..apakah hukum wakil atas wakil? contohnya si A wakil buat qurban kepada si B dan si B ni pula wakilkan kepada si C untuk sembelih..seperti orang sekarang buat qurban diluar negara tuan qurban tu serah kepada pihak pengurusan qurban dan pihak pengurusan serah atau wakil pula kepada orang2 kampung untuk buat qurban..harap dapat penjelasan daripada ustaz dengan rujukan..trm ksh

    • Tidak sah wakil atas waki, seperti contoh yang saudara sebutkan (contohnya si A wakil buat qurban kepada si B dan si B ni pula wakilkan kepada si C untuk sembelih).
      Adapun wakil pengurusan tidak mengapa orang yang menguruskan mewakilkan orang lain menyembelihkan, kerana dia telah diamanahkan untuk menguruskan segala perkerjaan qurban daripada membeli hinga mewakilkan menyembelih, ini jika ada disebut didalam akad ketika memberi wakil
      untuk tambah maklumat sila lihat http://almalakawi.wordpress.com/2009/11/04/orang-yang-buat-qurban-melantik-wakil/ . والله اعلم

  25. Assalamualaikum Ustaz..
    Saya ingin bertanyakan tentang permasalahan hukum pembayaran zakat melalui sistem pesanan ringkas.Saya harap Ustaz dapat menjawabnya serta beserta dengan hujah-hujah yang terperinci.Saya harap Ustaz dapat menjawabnya dan hantarkan ke alamat email saya di
    detektif_conan619@yahoo.com
    Segala kerjasama dari pihak Ustaz saya ucapkan terima kasih.
    Wassalam………..

    • yang penting dalam pembayaran zakat itu rukunnya ada 2 iaitu niat dan mengagihkan zakat kepada mustahiq (asnaf). Jadinya jika dengan cara teknologi moden seperti phone banking atau mesin ATM, maka tiada masalah tentangnya jika dipatuhi rukun tersebut. Namun mengambil berat pada hukum di dalam mazhab kita, Syafie, yang tidak membenarkan pemindahan zakat ke daerah lain daripada tempat kita tinggal, maka phone banking atau mesin ATM sudah jadi tidak relevan.

  26. Minta Ust. jelaskan 4 wajah hukum menyebut BASMALAH…
    Sy keliru..
    Apakah hukum artis2 menyebutnya dalam program2 nynyian dan lain2.

    • Membaca bismilah terkadang:
      1. wajib iaitu membaca bismilah didalm sembahyang ketika membaca fatihah.
      2. Sunat seperti membaca bismilah di dalam sembahyang ketika membaca surah.
      3. makruh seperti membaca bismilah ketika melakukan pekerjaan yang makruh, seperti memulakan menghisap rokok bismilah.
      4. haram seperti membaca bismilah ketika melakukan perkerjaan yang haram seperti memulakan minum arak dengan bismilah, sekiranya dengan niat mempersendakan ayat quraan jatuh murtad.
      hukum penyanyi memulakan nyanyiannya dengan bismilah mengikut hukum nyanyian itu, sekiranya nyanyian itu haram seperti diiringi alat muzik yang haram maka memulakan nyanyian dengan bismilah adalah haram seterusnya begitu juga jika nyanyiannya harus seperti nyanyian memuji Allah atau Rasulnya maka memulakannya dengan bismilah adalah sunat. والله اعلم

      • Trima Kasih atas penjelasan ustaz itu semoga Allah menambah ilmu Ustaz dan mendapat kebaikan di dunia dan diakhirat.

  27. ZAKAT PENDAPATAN
    Ustaz2 di televisyen yg b’kelulusan Universiti kata ada zakat pendapatan…Ust. Pondok yang ngaja di Masjid2 dan Suarau kata takde zakat pendapatan… Yg mana satu sy nak pegang? Sy harap Ust. dpt jlaskn…mudahan2 hilang kekusutn pd diri sy…

    • Mengambil zakat pendapatan adalah haram kerana tak perlu mengambilnya, lagipula menzalimi orang yang diwajibkan mengeluar zakat pendapatan. Sekiranya orang yang makan gaji ada simpanan duit yang sampai nisab maka dia wajib zakat simpanan apabila sampai hol (cukup setahun) dan sekiranya dia dalam hitungan ada sampai nisab tetapi dalam simpanan tidak ada nisab dan terkadang orang ini tidak cukup gajinya untuk perbelanjaan diri maka orang yang mewajibkan zakat pendapatan telah menginyanya dan menzaliminya
      ولاتأكلوا أموالكم بينكم بالباطل
      Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, al-Baqarah 188
      Pekara yang wajib zakat hanya lima pekara
      1. Binatang ternakan yang cukup nisab dan cukup tahun.
      2. Emas dan perak yang cukup nisab dan cukup tahun (zakat simpanan). Duit simpanan wajib zakat kerana ianya ganti emas.
      3. Tanaman bijirin, yang cukup nisab.
      4. Buah tamar dan angur yang cukup nisab.
      5. Harta perniagaan yang cukup nisab dab cukup tahun.
      . والله اعلم

      • Benar ya ustaz, makanya tidak ada dalam mazhab Syafie keterangan tentang zakat pendapatan. Hanya ada pada mazhab Hanafi, namun tiada harus kita taklid pada hal tersebut kerana ulamak-ulamak terdahulu tiada membicarakan tentangnya. Namun tidak diketahui pula mengapa pihak agama berwajib di sini mengatakan tentang adanya. Mungkin mereka mahu mengamalkan kaedah fekah “keluar dari ikhtilaf (peselisihan), wallahua’lam.

      • Assalamualaikum:
        Saya nak tahu kalau saya ada buat pelabuaran dan cukup haul untuk bayar zakat.adakah boleh saya ke pejabat zakat dan membayar zakat atas akad zakat pendapatan….

    • DEPA NAK MAKAN KAT DEPA LA TU HEHE

  28. Diantara sunat wudhuk mbaca Basmalah. baca Basmalah bwudhuk dgn air yg dicuri bagaimana pula ustaz? Harap dapt penjelasan. TK.

    • Sunat baca bismillah ketika berwuduk dengan air yang dicuri, kerana yang haram mencuri dan berwuduk adalah perkara yang di tuntut oleh agama, setiap perkara yang dituntut oleh agama disunatkan membaca bismillah, kedua itu adalah terasing. والله اعلم

  29. saya ada kemusykilan berkenaan harta wakaf.

    Di kampung saya ada tanah yang diwakafkan sebagai tanah wakaf perkuburan.luas tanah wakaf tersebut 6 ekar dan hanya dipenuhi semak serta belum lagi digunakan untuk pengkebumian.
    Kuasa memegang tanah wakaf tersebut diamanahkan kepada pihak AJK masjid.
    Seorang individu telah menyewa tanah wakaf tersebut untuk tujuan pertanian.Penyewa telah membuat bayaran sewaan kepada bendahari masjid di dalam masjid.

    1)Adakah sah sewaan terhadap tanah wakaf tersebut?

    2)Apakah hukum sewaan terhadap tanah wakaf ini?

    3)Apakah hukum bayaran sewaan terhadap tanah wakaf yang dilakukan didalam masjid,adakah sah sewaan ini?

    4)jikalau sewaan terhadap tanah wakaf ini tidak sah,adakah penyewa berhak meminta kembali wang sewaan yang telah diberi kepada pihak masjid?

    Dalam kitab mana yang boleh saya jadikan rujukan kerana saya perlu jelaskan kepada pihak AJK masjid di kampung saya.

    • Tidak sah memberi sewa tanah wakaf pekuburan sekiranya tidak disyaratkan oleh orang yang mewakaf bahawa boleh disewakan dan hasilnya diberikan kepada masjid atau untuk mengendalikan perkuburan selama belum digunakan untuk menanam mayat. sekiranya orang yang mewakafkan membuat syarat yang tersebut sah penyewaannya.
      apabila tidak sah wajib dihentikan penyewan dan dikembalikan wag sewa. sila rujuk pada kitab fekah yang menyatakan bahawa hendaklah harta wakaf dikendalikan mengikut syarat yang telah ditentukan oleh orang yang mewakaf. والله اعلم

  30. Assalamu’alaikum,

    maaf ustaz jika terkeluar dari topik. Ada satu pertanyaan. Benarkah ini adalah satu kaedah dari usul feqh iaitu Asal setiap Ibadah itu haram.

    الأصل في العبادة التحريم / المنع

    Adakah benar ia diterbitkan oleh Imam Syafie sebagaimana dakwaan sesetengah golongan. Apakah syarahnya pula..

    Terima kasih ustaz..

  31. terima kasih ustaz keran meluangkan masa untuk menjawab persoalan saya ( wakil atas wakil )

  32. Kaedah fekah itu ialah seperti yang diamalkan imam syafie, asal sesuatu itu ialah halal, melainkan didatangkan dalil akan haramnya, berbeza mazhab hanafi, yang mengatakan asal sesuatu itu ialah haram, melainkan didatangkan dalil akan halalnya.

    Wallahua’lam.

  33. Tentang sunat baca bismillah itu..iaitu bila kita baca bismillah pada air yang dicuri, tidak mempengaruhi wudhuk tersebut. Hanya sanya mempengarui pada hukum air itu jadi haram digunakan kerana ianya dicuri. Kecuali atas dharurat ketiadaan air, maka bertukar hukum atasnya.

    Dan haram memulakan pekerjaan yang haram dengan bismillah, seperti kita mahu mencuri dengan baca bismillah atau kita mahu minum arak baca bismillah. Wallahua’lam.

    • Terima kasih kepada saudara editor kerana tolong jawab soalan di blog ini kerana terkadang ana tak berkesempatan hendak menjawabnya, de4ngen segera.

  34. masalah:
    1.sy ada kereta yg masih berhutang dgn pihak bank. Jadi kereta itu saya nak serahkn kpd saudara sy dan saudara sy itu sambung byr pd pihak bank. Sy minta penjelasn ustaz adakah kaedah itu debnarkn dlm Islam ? Jika tidak bagaimanakah kaedah yg harus sy praktikkn. Mohon penjelasan Ustaz dlm perkara ini.

    2. Minta ustaz jelaskn ttg Qabadh yg sah dlm islam

  35. Ana berhajat menyewa rumah. Pemiliknya ana tak kenal tapi dpt berhubung melalui telifon dan tak dpt bertemu kerana dia berada jauh dari tmpt ana. Bagaimanakh qaedah ana dpt menyewa rumah tersebut mengikut syarak. Ana harap ustaz dpt beri pjelasan dlm hal ini.

    • Saudara kata tak kenal penyewanya tapi dapat berhubung dengan telifon, maknanya saudara kenal cuma tak pernah jumpa dan tak pernah lihat wajah, atau munkin orang lain menyamar sebagai tuan rumah itu.
      Sekiranya kenal dengan telifon seperti saudara dapat no. Tel. dari saudara mara tuan rumah dan umum tahu bahawa yang memberi No. Tel. adalah saudaranya maka harus saudara akad sewa melalui Tel.
      Sekiranya saudara tidak pasti orang yang saudara hubungi melalui Tel. itu tuan rumahmaka tidak harus saudara akad sewa dengannya. والله اعلم

  36. assalamualaikum ustad.ana mau tanya apakah orang-orang yg majdub itu perkataannya bs di jadikan sebagai hujjah

  37. apa yg di maksud dgn kalamunnafsi itu ya syech dan mengapa setiap benda itu selalu ada haest

  38. bolehkah seseorang itu dalam satu hari memakai dua mazhab dalam menjalankan syariat tanpa ada dharuri

    • Harus menguna dua mazhab atau lebih dalam satu hari dengan syarat tidak talpip pada mazhab seperti berwuduk dengan mazhab Syafie batal dengan mazhab Hanafi. sekiranya berwuduk dengan mazhab hanafi dan sembahyang dengan mazhab Syafie iaitu tidak dinamakan talpip, ini adalah harus. والله اعلم

  39. Nak tanya hukum muzik yang bertali

    • Alat muzik yang bertali adalah haram. والله اعلم

      • Assalalmualaikum Ustaz ana nak tanya Hukum pakai suasa

      • sebelum kita membincangka hukum memakai suasa lebih dahulu kita mengetahui apa itu suasa.
        Suasa mengandungi ubat (pangilan tukang emas di Kelantan) yang mengandungi 65 peratus tembanga dan 35 peratus perak jadi 100 peratus.
        kemudian emas 37.5 peratus dicampurkan dengan ubat tadi yang mana disini 62.5 peratus. maka dengan ini kita ketahui zat emas boleh di pisah dari suasa, maka haram lelaki memakai emas. والله اعلم

      • Emas berbeza dengan sutera, sebab sutera itu jika kurang 50% kandungannya maka boleh dipakai oleh lelaki, manakala emas sedikit sahaja kandungannya sudah tidak boleh dipakai atau digunakan.

      • Apa hukum Bai’ah dlm PAS seperti yg dihebohkan dlm media?

      • Sebelum kita sebut tentang baiah, mari kita perhatikan sepotong ayat Al-Quran yang maksudnya: “Taatilah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan juga pemimpin di kalangan kamu.” Daripada ayat ini maka boleh kita cerita tentang baiah. Menurut guru saya, baiah ada 2 iaitu pertama, baiah syahadah. Itu adalah pengakuan atau iqrar kita dengan Allah dan rasulNya. Yg ke-2, ialah baiah dgn pemimpin. Dan pemimpin ini bukan sebarang pemimpin. Pemimpin ini ialah orang yang menjadi penghubung kita dengan Allah dan Rasulullah. Dia ialah wakil kepada Allah dan Rasulullah. Jadi, dengan pemimpin seperti ini baru kita boleh buat baiah.

  40. assalamualaikum ustaz…

    saya igin bertanya kepada ustaz..seseorang wanita itu didatangi haid sebaik sahaja dia tiba di tanah suci,walhal dia telah memakan ubat yang diberikan oleh doktor..
    bagaimana kalau keadaan itu berlanjutan selama dia di tanah suci???
    apa yang harus dilakukan oleh wanita itu selain memohon kemaafan kepada allah???

    • perempuan haidh boleh melakukan segala perkerjaan haji melainkan tawaf kerana sekelian ibadat haji itu tidak disyaratkan suci dari haidh melainkan tawaf, dia hendaklah tungu sampai berhenti darah dan dia tawaf dengan mengikut syarat-syarat tawaf.
      sekiranya darah yang berlanjutan itu dalam tempoh haidh maka darah itu adalah haidh. Sekiranya darah yang berlanjutan itu keluar dari masa haidh iaitu lima belas hari lima belas malam maka darah yang yang lebih itu adalah istihadah, lihat hukumnya disini http://almalakawi.wordpress.com/2009/09/03/istihadhah-darah-penyakit/ dan dia boleh tawaf setelah melakukan perkara yang disuruh lakukan atas perempuan mustahadah apabila hendak sembahyang sila lihat di: Langkah-langkah yang wajib diambil apabila hendak mengerjakan sembahyang klik disini http://almalakawi.wordpress.com/2009/09/03/istihadhah-darah-penyakit/.

    • Masaalah Haid bagi perempuan pada ketika berada di tanah Suci Makka satu perkara mudah je, kalau sampai masa dia dah nak balik pun masih Haid lagi maka dia wajib kena bayar dam Ihshar ( dam dengan sebab tertegah daripada menyempurnakan Haji atau Umrah).
      Untuk mengatasi perkara ini sebaikmnya bagi perempuan yang hendak mengerjakan haji atau Umrah mesti mempelajari acara berniat kerana berniat dalam bab ini ada beberapa perkara.
      antaranya niat yang dikaitkan dengan keuzuran seperti katanya sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya selama tidak kedatangan haid jika berlaku maka aku bertahalul dengan sendirinya. dan lainnya.
      rujuk kitab ghayatul maram pada membicarakan haji oleh Syeikh Daud alFathani. wallahuaam

  41. Assalamualaikum Ustaz,saya nak tanya biasanya bila berlaku sesuatu kematian di Kampong, ada diletakkan tabung untuk orang bersedekah,bolehkah duit itu digunakan oleh waris untuk buat kenduri arwah,kerana saya ada dengar pendapat mengatakan haram memakan harta anak yatim hak siapakah sebenarnya duit tersebut

    • tiada haram menggunakan wang sedekah itu kerana tiada khusus mengatakan pada anak yatim. Malah yg dikatakan haram itu ialah harta waris si mati yang belum diagihkan, maka haram menggunakannya sebelum difaraidkan. Wallahua’lam.

    • sila lihat jawapan di sini http://almalakawi.wordpress.com/2009/11/04/apakah-harta-pesaka/

  42. Salam ustaz. Apakah hukum isteri lari dari rumah membawa anak-anak atas alasan suami mendera emosi. Ayahnya datang mengambil tanpa izin ketika suami pergi bekerja. Sebelum itu, isteri pernah mengadu kepada qadhi dan menggunakan alasan bahawa qadhi menasihatkannya supaya lari.

    Apa pula hak dan tindakan yang patut diambil oleh suami dalam masalah ini dari segi hukum mahupun undang-undang.

  43. Salam ustaz. Apakah hukum isteri lari dari rumah membawa anak-anak atas alasan suami mendera emosi dan mindanya. Ayahnya datang mengambil tanpa izin ketika suami pergi bekerja. Sebelum itu, isteri pernah mengadu kepada qadhi dan menggunakan alasan bahawa qadhi menasihatkannya supaya lari.

    Apa pula hak dan tindakan yang patut diambil oleh suami dalam masalah ini dari segi hukum mahupun undang-undang.

    • Isteri yang keluar darai rumah wajib kembali kerana dia dikira nusuz, hak nafkah dan semua hak sebagai seorang isteri gugur. adapun nafkah anak wajib di atas suami walaupun anak tidak bersama suami.
      sekiranya suami ada mendera minda isteri, suami itu wajib memperbetulkan keadaan.
      suami hendaklah berjumpa qadi dan meminta nasihat dari sudut undang undang. والله اعلم

  44. assalamualaikum syeh.ana mau tanya yang membedakan ulama yang shahih dengan ulama su`(buruk) itu di pandang dari sisi mana.mereka semua slalu menggunakan dalil alqur`an dan hadist rasulullah.

    • Ulama yang sebenar ialah mereka yang mengeluar hukum mengikut qadah yang betul, iklas kerana Allah تعالى , tidak mencari nama, tidak menuntut dunia dengan ilmu yang Allah anugeram kepada mereka, tidak mengeluar hukum untuk membenarkan puak mereka tetapi mengeluarkan hukum mencari keredaan Allah, dan ada banyak lagi, sementara ulama su’ (jahat) mempunyai sifat sifat yang berlawanan dengan apa yang disebut. والله اعلم

  45. salam ya sech apakah sah pembagian hak waris dalam satu keluarga itu di sama ratakan antara laki laki dengan perempuan menurut syari`at

    • Harus membahagi sama rata harta pesaka dengan persetujuan sekelian ahli waris, sekiranya ada yang tidak setuju maka wajib di bahagi mengikut faraid.
      yang dimaksudkan dengan lelaki dua habuan perempuan ialah mereka yang sama taraf iaitu sama-sama anak atau sama-sama saudara bagi si mati.
      adapun jika tidak sama taraf seperti dua saudara perempuan dengan pak saudara maka saudara perempuan habuannya dua per tiga semantanra pak saudara habuannya asabah (menghabisi harta) iaitu satu per tiga. والله اعلم

  46. Salam Us.bolehkah bayar zakat harta melalui beri Lembu Qurban kepada surau

    • Tak sah keluar zakan dengan memberi lembu kepada surau untuk di qorbankan, zakat dan qurban perkara yang sangat jauh bezanya.

  47. Assalamualaikum Ustaz ana nak tanya adakah perlu bayar zakat wang kwsp.

    • Wajib membayar zakat wang KWSP, waktu wajib apabila seorang itu telah menerima wang itu dan wajib dibayar dari mula cukup nisab,
      dengan makna apabila seorang itu mendapat wang KWSP dia hendaklah menghitung zakat dari mula cukup nisab. Harus dia mengeluarkan zakatnya apabila sampai nisab dan sebelum menerimanya, Hukum wang KWSP sama dengan wang yang diberi hutang kepada orang lain. والله اعلم

  48. 1.Salam Us.boleh tak kita menerima kiriman daripada orang kafir untuk disedekahkan kepada fakir miskin di Mekah.
    2.Boleh tak orang kafir kirim wang untuk dapatkan air zam-zam

    • 1.Harus menerima kiriman orang kafir dan disedekahkan kepada fakir miskin di Mekah.
      2. Harus ambil duit dan beri air zam zam pada orang kafir. والله اعلم

  49. Asalamualaikum..
    Nama ana Aidi daripada Kota Bharu. Ana ada satu kemusykilan mengenai hukum pelaburan pemeliharaan ikan keli?

    Di bawah ini ana akan terangkan secara ringkas konsep pelaburan yang dimaksudkan;

    Pelabur/Pemilik akan membeli pakej pemeliharaan ikan keli dengan satu syarikat ABC, wang bayaran pakej tersebut adalah digunakan untuk membeli anak benih, makanan ikan & kelengkapan pemeliharaan ikan. Kemudian pemilik akan serahkan sepenuhnya kepada pihak syarikat untuk bertanggungjawab menjaga ikan tersebut sehingga boleh dijual. Tempoh pemeliharaan mengambil masa selama 4 bulan, selepas daripada itu pelabur/pemilik akan dibayar keuntungannya mengikut harga yang telah ditetapkan, iaitu keuntungan 50/50. Risiko semuanya akan ditanggung oleh pihak syarikat, maknanya pemilik/pelabur akan dapat hasilnya bila cukup tempohnya iaitu 4 bulan. Contoh ringkas pengiraannya,

    Pelabur/pemilik membeli package = RM 1300

    Package tersebut terdiri drp kos;
    1. Anak benih RM500
    2. Makanan ikan RM600
    3. Paip & kolam RM200
    Jumlah kos =RM 1300

    Selepas 4 bulan, syarikat akan bayar hasil/untung =RM 500(50%)
    (Keuntungan 50% akan tetap di terima setiap 4 bulan)

    Ana & beberapa orang sahabat telah pergi tengok tapak projek, memang kegiatan pemeliharaan ikan dijalankan, dianggarkan 2-3 juta ikan sedang dipelihara di dlm kolam yg disediakan. Ana juga dimaklumkan yg pihak sykt tlh membuka tapak baru dgn keluasan 4-5 ekar, dijangkakan untuk pemeliharaan ikan sebanyak 4-5 juta ekor akan dipelihara. Dari sudut penipuan, rasanya tidak kerana perniagaan memang dijalankan.

    Risiko juga akan ditanggung oleh pihak pemilik sekiranya berlaku kematian semua anak ikan. Tapi sekiranya tidak berlaku, pihak sykt anggarkan sejumlah ikan akan dpt dijual dgn harga yg tlh ditetapkan, iaitu RM2.70/kg. Selepas di tolak kos pemeliharaan ikan utk tempoh akn dtg, keuntungan akan dibayar kpd pemilik 100% mengikut perjanjian yg tlh ditetapkan spt termaktub di dlm perjanjian. Keuntungan utk pihak sykt pulak bergantung kpd jumlah harga yg boleh dijual, yg melebihi harga RM2.70/kg & juga bergantung kpd jumlah ikan yg dpt dipelihara melebihi anggaran yg mati. Cth 1, sekiranya pihak sykt boleh jual dgn harga RM3.70/kg, maka RM1.00 adalah keuntungan sepenuhnya utk sykt. Cth 2, pihak sykt anggarkan kematian anak ikan ialah 1000 ekor, tapi krn kegigihan pihak sykt mengurus maka yg sebenarnya mati hanya 500 ekor, maka hasil utk jualan 500 ekor selebihnya adlh keuntungan untuk sykt. Dengan kata lain, pembahagian untung utk kedua-dua kaedah tsb adalah dipersetujui oleh kedua-dua pihak & termaktub di dlm perjanjian bertulis antara kedua-dua pihak.
    Harap mendapat penjelasan dan bantuan dari ustaz di atas kemusykilan yang timbul. Sekiranya ustaz ada kelapangan boleh layari laman web ini untuk dapatkan maklumat yang detail mengenai pelaburan tersebut ; http://www.azz4u.com/

    Sykt ini juga di dapati tlh menjana ekonomi penduduk setempat & juga memberi peluang2 pekerjaan kpd penduduk2 setempat. Dianggarkan lbh krg 200-300 org pekerja melayu islam yg berkerja dgn sykt tsb.

    Sehubungan dengan senario di atas, ana mohon jasa baik ustaz untuk jelaskan, apakah konsep pelaburan ini haram atau tak? apakah keuntungan/hasil tersebut dikira riba/duit bunga?

    Terima kasih,wasalam.

    • Pelaburan ini tidak sah kerana tidak boleh nak letak hukumnya pada syarikat, mudarabah, atau upah
      Sekiranya kita letak hukum syarikat maka salah satu syarat syarikat adalah hendaklah kedua pihak melaburkan matawang bukan seorang keluar ikan dan seorang lagi keluar tenaga.
      Sekiranya kita letak hukum mudarabah, salah satu syarat mudarabah hendaklah keuntungan diberi daripada keuntungan bukan dari kepala modal, begitujuga dengan syarikat. Disini kita lihat keuntungan diberi daripada kepala modal.
      Sekiranya kita letak hukum upah sudah tentu ada upahnya maka orang yang menyuruh mestilah memberi upah tidak boleh membahagikan keuntungan.
      والله اعلم

      • Asalamualaikum…minta maaf ustaz….ana ada satu lagi soalan.
        Apabila pelaburan ini tidak sah apa hukum wang keuntungan itu dan juga pekerja yang bekerja di syarikat tersebut.

        Awas
        saya dah jawab tapi jawapan turun kebawah sila lihat di bawah

      • Pihak syarikat wajib memulangkan modal pelabor sementara pelabor wajib memulangkan keuntungan yang telah diperolihi.
        perkerja yang mengetahui kepincangan syarikat hendaklah berhenti kerja dan dia mesti diberi upah seperti yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat, sekiranya akad upahnya sah, jika akad upahnya tidak sah dia wajib diberi upah misli (upah yang sebanding dengan perkerjaannya) tidak diberi upah yang telah ditetapkan. والله اعلم

  50. kalau seorang menjawab pertanyaan orang. ” Lembu demo tu nak buat korbankah?” Maka dia jawab ” Ya nak buat korban”. Yang sebenarnya dia memelihara lembunya itu tersebut sementara tiba masa Qurban. Dia telah mendapatkan orang untuk korban lembunya itu( termasuk satu bahagian untuk dirinya sendiri) . Adakah perkataannya itu dikira sebagai nazar untuk keseluruhan lembu itu untuk dirinya. Harap ustaz dapat jelaskan. Terima kasih…

    • Jika kita lihat dari keadaan sebenar kita dapati bahawa orang yang menjawab hendak menyatakan lembu itu hendak dibuat qurban bukan hanya untuk dia tetapi berkogsi, maka tidak jadi nazar.
      Adapun yang jadi nazar pada lembu milik sepenuh bagi orang yang berkata. والله اعلم

  51. Salam Us.adakakah sama hukum perempuan yang gugurpada masalah nifas dari segi wajib senbahyang dan sebagainya

    • Perempuan yang keguguran anak hukumnya sama dengan perempuan yang beranak, sama ada yang keluar itu anak, darah beku atau daging yang belum berupa anak.
      Apabila berlaku keguguran dan yakin tidak ada lagi di dalam rahim juzuk anak maka darah yang keluar selepas itu adalah darah nifas maka wajib dia meningalkan sembahyang dan puasa dan perkara yang bergantung dengan suci dari nifas. والله اعلم

    • Apa jua darah yang keluar daripada gugur itu selepas 40 hari kandungan, maka dikira darah itu darah nifas. maka hukumnya sama seperti hukum haid.

  52. salam,soalan saya,apakah hukumnya ketika khutbah jumaat yg ke 2 kita mengaminkan doa yang dibacakan oleh khatib ketika di akhir khutbah?
    kerna ada hadis menyatakan janganlah kamu berkata-kata ketika khatib berkhutbah,sekalipun kamu berkata ‘DIAM’ maka hilanglah pahala jumaat kamu.
    apa pandangan ustaz, jika khatib bersalawat ketika berkhutbah perlukah kita menyambut salawat itu.?

  53. Salam ustaz..apakah hukumnya mencari hantu,contohnya kumpulan seekers yg masuk ke dalam rumah-rumah kosong dan cuba merakamkan makhkuk-makhluk halus?adakah ia berdosa?

    • Hantu adalah jenis syatan kita disuruh minta jauh atau minta berlindung dengannya bukan pergi carinya.والله اعلم

  54. Salam Us.ana nak tanya ada tak dalam Fekah yang mengharuskan pengantin menjamakkan sembahyang pada hari majlis perkahwinan

    • Dalam Mazhab Syafie jamak hanya dibolehkan pada
      1. safar yang panjang iaitu dua marhalah.
      2. kerana hujan bagi mereka yang berjamaah di masjid, surau atau madrasah yakni pada tempat berhimpun untuk berjamaah dengan syarat-syarat jamak kerana hujan.
      hanya itu sahaja qaul yang muktamad.
      ada satu qaul (pendapat) yang daa’if (lemah) dalam mazhab Syafie mengaharuskan jamak kerana sakit. Maka tidak ada jamak bagi pengantin pada majlis perkahwinan. والله اعلم

  55. Salam Us.dalam kitab baqiyatul murtasyidin ada menyebut tentang membolehkan orang yang melakukan walimatulurus untuk menjamakkan sembahyang,begitu juga pada masalah doktor yang terlibat dengan pembedahan melibatkan dua waktu solat

    • Doktor yang melakukan pembedahan dibolehkan meningalkan sembahyang dengan syarat syaratnya sekalipun pada sembahyang yang tidak boleh dijamak seperti subuh dan dia tidak berdosa dan dia wajib qada sembahyangnya kerana qias dengan mereka yang menolong orang yang lemas, dia tidak dibolehkan menjamak sembahyangnya ini qaul muktamad mazhab Syafie. Seperti yang saya katakan qaul muktamad mazhab Syafie tidak harus menjamak sembahyang bagi mereka yang melakukan walimatulurus والله اعلم . Saya harap saudara dapat beri tahu saya pada bab atau masalah mana diletakkan kata boleh jama bagi orang yang melakukan walimatulurus, mudah mudahan saya dapat mencarinya.

    • Kitab itu adalah bughyatul mustarsyidin, dan perihal jamak itu adalah jamak fil hadhor yang ada dalam ilmu fekah. Iaitu jamak pada keperluan yang mendesak dan bukan dijadikan kebiasaan. Namun ilmunya perlu kepada menuntut dan bukan sekadar kita dengar atau taklid dengan perbuatan sembahyang itu. Namun, dalam masalah pengantin, tiada apa keperluan untuk jamak fil hadhor, lebih-lebih lagi majlis pengantin sekarang banyak yang lagho dan berlebih-lebihan.

  56. assalamualaikum ya syech bagaimana hukum jual beli seperti di swalayan2 sedangkan tidak ada akad jualbeli yang pasti antara penjual dan pembeli.sedangkan di dalam syariat fiqih membeli sesuatu itu harus ada aqad jual beli antara penjual dan pembeli

    • perkataan (di swalayan2) saya tak faham.

      • assalamualaikum.afwan ya syeh yang ana maksud swalayan itu adalah super market atau hyper market.di dalam hypermarket itu hanya tertera daftar harga saja tanpa ada akad diantara di kedua belah pihak.terima kasih

      • Memilih Imam Nawawi harus jual beli secara mua’tah (beri memberi dan reda mereda) yakni penjual atau wakilnya menghulurkan barang dan pembeli menghulurkan bayaran kerada penjual atau wakilnya dengan tiada akad, pendapat ini daif (lemah) para ulama Syafie mengharuskan bertaklid kepada pendapat ini pada barangan yang murah harganya. والله اعلم

  57. Assalamualaikum ustaz,
    Saya ada terbaca di dalam laman web bahawa semasa kita membasuh tangan ketika berwuduk, kita dilarang menyapu dan membasuh tangan dari bawah atau dari tapak tangan ke atas kononnya kerana air sapuan itu sudah menjadi air musta’mal dan menjadikan wuduk tidak sah, sebaliknya mesti menyapu dari bahagian atas ke bawah?

    • Air musta’mal ialah air yang bercerai dari angota yang wajib dibasuh, selagi air itu tidak bercerai dari angota itu ia tidak jadi musta’mal. dengan itu tidak jadi masalah membasuh dari arah mana sekalipun bahkan afdal membasuh tangan hendaklah dimula dari hujung jari bawa kesiku.
      tidak jadi musta’mal air basuhan sunat seperti basuhan kedua, ketiga atau air basuhan angota yang sunat.
      jadi musta’mal air basuhan najis yang tidak berubah sifat dan tidak bertambah timbangan.

  58. Assalamualaikum Us.betul ke ada pendapat mengatakan kalau Hariraya jatuh pada hari Jumaat kita tidak perlu solat jumaat setelah menunaikan solat Hariraya,sedangkan solat jumaat tu wajib dan solat Harirya tu sunat sahaja minta komen Us.

    • Mengikut mazhab Imam kita Syafie apabila hari jumat berhimpun dengan hari raya maka bagi mereka yang tingal terlalu jauh dari tempat jumat dan payah hendak hadir jumat sedangkan mereka telah kembali ketempat mereka selepas sembahyang hari raya yakni sebelum gelincir matahari, maka tidak wajib atas mereka sembahyang juamat dan mereka diwajibkan sembahyang zuhur, adapun orang yang hampir atau mereka yang mudah sampai ketempat jumat maka wajib mereka itu mengerjakan jumat. والله اعلم

  59. Salam Us.biasanya kalau kita pergi kesatu-satu tempat dengan niat hendak bermukim di situ selama 4 hari 4 malam maka kita kita tidak boleh menjamak serta qasar sembahyang kita begitulah yang saya faham kalau saya salah tolong betulkan.Soalan saya kalau seseorang itu hendak pergi ke satu tempat yang seseorang itu belum pernah sampai Beijing misalnya sedangkan Hotel tempat kita menginap belum tahu dimana tempatnya bolehkan seseorang itu menjamak atau menqasar sembahyangnya

    • seorang yang niat hendak mukim sebelum sampai ke tempat dituju iaitu jadi bermukim dengan semata-mata sampai dengan syarat dia tidak hendak pergi ke tempat lain, sekiranya dia mengetahui bahawa dia hendak pergi ke tempat lain seperti orang haji sebelum masuk ke Mekah dia berniat hendak bermukim di Mekah apabila sampai di Mekah sedang kan dia tahu yang dia hendak wkuf di Arafah sebelum cukup empat hari maka orang itu tidak jadi bermukim dengan semata-mata masuk ke Mekah kerana perjalanan masih ada lagi dan dia jadi bermukim apabila kembali kemekah dan putus perjalanannya.
      adapun mereka yang tiada niat hendak bermukim maka dia dibolehkan menjamak dan qasar, sembahyang selama tiga hari lebih sebelum masuk empat hari.
      pada soalan saudara sekiranya orang yang belum dapat hotel itu ada berhajat hendak pergi ketempat lain maka dia dikira tidak bermukim, dia dibolehkan menjamak serta qasar sembahyangnya. dan sekiranya dia tidak hendak pergi ketempat lain maka putuslah safarnya dengan semata-mata sampai tempat itu walaupun dia belum dapat hotel maka dia tidak boleh menjamak dan qasar.

    • Anda hanya perlu niat masih dalam musafir dan tidak berniat bermukim. Maka selama itu anda boleh jamak qasar kerana ketidakpastian tempat bermukim anda. Tapi ada ulamak tidak membenarkan begitu kerana bila datang satu tempat, bagi mereka anda kena pasti 3 hari atau lebih, jika tidak sampai sahaja di tempat tersebut anda tidak boleh jamak. Biarpun begitu jika anda tetapkan juga 3 hari kerana berkeyakinan kerja boleh selesai dalam 3 hari, maka anda boleh jamak qasar, dalam 3 hari tersebut. Jika ada halangan hingga tidak selesai kepada 3 hari, anda mendapat rukhsah (keringanan) untuk menyambung jamak anda hingga selesai kerja. Dan maksimum hari sambungan itu ialah 15 hari. Semuanya jadi 18 hari. Wallahua’lam.

    • Salam Us.saya bekerja menghasilkan kartun animasi seperti Upin dan Ipin adakah menjadi satu kesalahan atau berdosa saya menghasilkan CD-CD yang mengeluarkn gambar-gambar

      • Tentang gambar bernyawa ada perbezaan ulama.
        1. haram sama ada yang bertokol seperti patung, gambar yang dilukis atau foto dengan syarat cukup sifat yang membolehkan benda itu hidup apabila diberikan nyawa.
        2. haram pada gambar yang bertokol yang cukup sifatnya, tidak haram gambar yang dilukis dan foto.
        perbahasan yang panjang boleh lihat awal kamus Marbawi.
        Adapun anak patung untuk kanak-kanak perempuan adalah harus. والله اعلم

  60. Assalamualaikum…………..

    ustaz,

    1. saya nak tanya berkenaan jual beli emas, dengan cara kita bank in wang ke akaun syarikat atau penjual,emas dihantar kemudian, harga telah dpersetujui pada hari kita hantar wang tersebut. Apakah diharuskan walaupun tidak berlaku penyerahan dalam satu majlis atau tidak yadan biyadin.

    2. Apa pangangan ustaz tentang tareqat syeikh nazim al haqqani naqshabandi?

    • Riba pada jual beli emas ialah apabila dijual-beli emas dengan emas.
      Duit Malaysia adalah ganti emas, sebab itu wajib zakat pada wang simpanan dan boleh dijadikan modal bagi akad mudarabah, jika kita kata wang Malaysia bukan ganti emas maka tidak wajib zakat pada wang simpanan, dan tidak boleh dijadikan modal akad mudarabah.
      apabila kita kata wang Malaysia ganti emas maka berlaku riba pada wang Malaysia, seperti mana berlaku riba pada emas. dengan itu syarat membeli emas dengan wang Malaysia hendaklah ada tiga syarat:
      1. bersamaan yakni nilai wang yang diperhargakan dengan emas mesti sama dengan timbangan emas yang hendak dibeli.
      2. mesti tunai keduanya
      3. terima menerima pada majlis akad.
      apabila kita lihat pada persolan yang dibincangkan kita dapati tidak ada terima menerima pada majlis akad dan tidak tunai maka tida sah akad itu lagi haram.
      Ada juga tuan guru yang menyatakan wang Malaysia bukan ganti emas maka mengikut pendapatnya tidak berlaku riba apabila ditukar emas dengan wang Malaysia dan tidak wajib zakat serta tidak boleh dijadikan modal bagi akad mudarabah. Saya mengikut pendapat “wang ganti emas” dan ini lah yang dinyatakan oleh guru guru kami. والله اعلم

  61. Assalamualaikum ustaz..

    Saya nak tanya..

    Jika seorang perempuan yang baru bersalin, semasa waktu pantang dan masih keluar darah, dia ada memotong kuku dan rambut. tetapi rambut dan kuku tersebut disimpan sebab nak bawak mandi hadas bila darah tidak lagi keluar. tetapi apabila darah sudah tidak lagi keluar .. perempuan tersebut mandi hadas. tetapi rambut dan kuku yang disimpan terlupa nak dibawa mandi sekali. Adakah sah mendi hadas perempuan tersebut.

    Jika tidak sah, apa yang perlu dilakukan..

    Masalah yang timbul adalah, rambut dan kuku yang dipotong itu berada di kampung , sedangkan perempuan tersebut berada di rumah sewanya yang boleh dikatakan jauh jaraknya (100 batu)

    • Tidak wajib bawa mandi bersama kuku, rambut yang gugur hanya sunat sahaja. sah mandinya dengan tidak bawa perkara tersebut.

  62. terima kasih

  63. ust, boleh tolong senaraikan benda yg tidak akan hancur pada hari akhirat nnt?

  64. salam,
    yst,
    apa benda yg tidak hancur pada ketika semua makhkluk lain binasa pd hari akhirat/?

    trimas.

    • Saya petik dari kitab Akidah Mukmin karangan Syeikh Ashaari Muhammad:

      Ada 10 perkara yang tergolong dalam kekal aradhi ini, dan berlakunya kekal aradhi kepada perkara-perkara itu adalah kerana Allah s.w.t hendak mengekalkannya. Jadi perkara-perkara itu bukan kekal hakiki atau kekal dengan sendirinya. Tetapi kekal yang ada Yang Mengekalkannya. Yang Mengekalkannya ialah Allah s.w.t. Perkara-perkara itu ialah:

      1 – syurga
      2 – neraka
      3 – Luh Mahfuz
      4 – Arasy
      5 – Qalam
      6 – kursi
      7 – roh
      8 – ajbuzzanab*
      9 – jisim segala nabi
      10 – jisim orang yang mati perang fi sabilillah

      * tulang kecil sebesar biji sawi yang duduknya di tungking manusia, merupakan benih anak Adam ketika dibangkit dari kubur kelak.

      • maaf klu soalan saya ni kelihatan kurang bijak.. huhu

        maknanya malaikat semuanya akan binasa?
        bagaimana pula dgn jasad para ulama dan auliya? adakah termasuk dalam kalangan syuhada juga?

      • Ada pendapat juga mengatakan jasad para ulamak dan auliyak itu tidak binasa. Maknanya tidak sekadar 10 tetapi lebih dari itu. Ttg malaikat, cukup saya katakan Wallahua’lam kerana tiada keterangan mengenainya.

  65. Assalammualaikum Ustaz..,
    Saya ada 3 kemusykilan di bawah ini .

    1) Boleh ke sembahyang sunat bakdiah dan kobliah tanpa kita membaca surah selepas al-fatihah dan apa hukumnya…?

    2) Menurut ustaz di tempat saya sembahyang fardu tanpa membaca surah adalah makruh , adakah ianya benar …?

    3) Berkenaan dengan zakat contoh :
    zakat pertanian iaitu padi mengikut musim yang tidak dibayar semasa dahulu. boleh kah kita membayarnya sekarang dan apakah hukumnya kalau kita tak membayarnya. dan bagai mana pula sekiranya sipembayarnya telah meninggal, boleh kah waris tolong membayarnya..?

    • J 1. Harus serta makroh sembahyang kabliah dan ba’diah tampa membaca surah.
      J 2. Adalah benar perkataan itu.
      J 3. Wajib membayar zakat yang telah lepas sekalipun zakat itu telah ditingalkan bertahun tahun dahulu, atau telah melangkawi banyak kali musim menuai. orang yang melewatkan membayar zakat dengan ketiadan uzur adalah berdosa.

  66. a’kom,
    ibu mertua,adakah blh dikahwini jika anaknya yakni isteri kita mati atau kita ceraikan.Adakah ia ter msk dlm haram muaabad.
    syukran

    • menikahi ibu mertua adalah haram kerana dia termasuk dalam yang diharam akan sebagai haram muabbad

  67. Assalamualaikum,ada satu kemushkilan,bolehkah apabila seorang itu bernazar pada hari raya korban kemudian daging korban itu dia masak untuk di jamu oleh orang ramai dan dia pun makan daging itu,apa hukumnya?boleh ustaz terangkan dengan lebih terperinci.terima kasih….Assalamualaikum

    • Daging korban yang dinazarkan wajib disedekahkan kesemuanya dalam keadaan mentah, tidak boleh dimasak dan dijamu. Tuan punya korban wajib dan orang yang dibawah tangungannya tidak boleh makan dari daging korbannya itu. sekiranya dia telah melakukan perkara yang telah tersebut, dia hendaklah membeli daging dan mensedekahkan daging itu sekadar yang dia dan keluarga telah makan atau kadar yang dia telah masak untuk dijamu .

  68. Salam, nak tanya sikit ustaz, saya ni dulunya banyak sgt tinggal solat dan puasa. Bila dah insaf ni, kena qada’ balik la ustaz ya. Satu masalahnya saya tak ingat langsung brp hari dah saya tinggal solat dan puasa tu. Saya ada juga qada’ puasa dan solat saya tu tapi tak pernah pulak saya catit dah berapa banyak dah saya buat. lagi satu, mcm dgn fidyah puasa yg saya tinggal tu. Brp byk nak di bayar?

    • wajib qada sembahyang yang tingal sehinga yakin tidak ada yang tidak diqada.
      wajib bayar fidyah pada kadar yang meyakinkan anda telah terlepas dari fidyah itu.

  69. Assalamuaikum..

    Apa hukumnya jika bernikah berwalikan hakim, contohnya bernikah di Siam kerana isteri pertama tidak izinkan untuk berkahwin dgn bakal isteri kedua? Wali yang sah masih hidup dan mampu menjadi wali.

    • Sah nikah dengan wali hakim atau tahkim dengan syarat semasa akad nikah dijalankan wali berada didalam lingkungan lebih daripada dua marhalah.

      • Maksudnya di sini, jika wali yang sah masih hidup, mengikut syariat Islam, boleh sahaja wali yang sah itu menikahkan anaknya. Tak perlu ke Siam lagi. Tapi biasa orang ke Siam kerana memudahkan prosedur perkahwinan.

        Satu lagi mengikut syariat Islam, izin isteri pertama tidak perlu. Hanya sebaiknya memaklumkan sahaja. Soal isteri izin atau tak izin tidak menjadi persoalan kerana Allah sudah mengizinkan. Jika isteri tak izin, seolah itu mengatasi kehendak Allah.

  70. salam…

    1)jika kita ingin m’buat qiamulai s’cara b’jemaah…
    bolehkah imam m’baca al-fatihah dgn kuat…
    dan ketika m’nunaikn solat sunat tasbih…
    bolehkah tasbih itu di baca dgn kuat juga?

    2)setengah jemaah wanita m’makai krim p’lindung matahari..losyen…sebelum b’niat miqat…adakah itu t’masuk juga dalam p’kara yg dilarang dalam b’ihram?

    syukran ya ustaz….

  71. ustaz..
    apa pandangan ustaz tentang satu kelompok umat islam yang digelar oleh musuhnya sebagai Ahbash?

    adakah benar bahawa mereka mengkafirkan ramai umat islam?

    ada yg mengatakan Syeikh Abdullah al-harary sesat dan ada yg kata beliau adalah Muhaddis?

    terima kasih

    • Saya ada membaca kitab karangan Syeikh Abdullah al-harary tidak terdapat perkara yang sesat.
      Saya ada beberapa kali bertemu dengan anak muridnya (bukan seorang) dan ada bertuka-tukar pendapat dengan mereka.
      Mereka tidak mengkafirkan umat islam mereka memberi peringatan bahawa sesiapa menjisimkan Allah maka mereka itu sest dan jadi murtad, begitu juga sesiapa yang mengatakan Allah ada angota adalah mereka yang menjisimkan Allah kerana angota bukan sifat tetapi juzuk dari zat. والله اعلم

      • شكرا جزيلا يا أستاذ

  72. assalamualaikum,ade seorang budak lelaki yang berumur 15thn,dia berketurunan india,sy tgk dia berminat dengan agama islam,dia penah bertanye kepada saya,bolehkah dia beri salam atau kirim salam kepada orang islam?sebab dia pernah bertanye kepada ustazah dia,dan ustazah dia kate boleh,dan saya pernah dengar ada yang kata tak boleh?pe hukumnye,dan macam mana saya nak terangkan kepada budak india itu supaya dia tak terasa?terima kasih…wassalam…

  73. Assalamualaikum ustaz. Nak tanya satu soalan, adakah diboleh menukar binatang yang di nazar seperti tukar biri-biri kepada kambing atau sebaliknya?

    • Wajib menyembelih binatang yang telah ditentukan tidak boleh digantikan dengan lain. Maksud menentu ialah menyatakan dalam nazar kambing ini atau sebut biri-biri atau lainnya.

  74. salam..ustaz,boleh tak bagi penerangan secara panjang lebar tentang hukum melakukan majlis kahwin secara berhutang.. ini kerana ramai masyarakat sekarang yang melakukan kenduri secara besar-besaran dan demi bermegah-megah..semoga al-fadil ustaz dapat menerangkan secara jelas dan terperinci..
    salam hormat dari saya..
    salam

  75. assalamualaikum ustaz,

    saya ada satu soalan,

    Ust, ape hukum bermain alat muzik seperti guitar, drum dan sebagainya?

    adakah qaul yang membenarkannya?

    saya berpegang kepada haramnya bermain alat2 itu, tetapi saya dapati ramai kawan2 saya dari bidang Perubatan, ramai yang meminati bermain alat2 ini..
    Untuk saya kata pada mereka itu hukum bermain semua2 barang itu haram agak berat untuk saya beritahu mereka..

    dan sekiranya saya beritahu mereka, mungkin saya akan dicop macam2 dan untuk saya bergaul dgn mereka agak sukar.

    tetapi kalau saya buat mcm biasa shj, mudah bagi saya untuk dakwah mereka perlahan2, cakap ttg solat, tasawwuf dan sebagainya, krn Jalan Sufi itu adalah jln terbaik untuk berdakwah..

    harap ustaz dapat bantu masalah saya dgn hujah2 dan dr kata para Ulamak tentang perkara ini..

    saya sertakan link beberapa ulamak pada Mahabba Awards, yang mengajak para artis untuk menyanyi tentang perkara2 berkaitan dgn Junjungan Besar Saiyyidina Muhammad..

    http://www.youtube.com/results?search_query=%D8%AC%D9%88%D8%A7%D8%A6%D8%B2+%D8%A7%D9%84%D9%85%D8%AD%D8%A8%D8%A9&search_type=&aq=0&oq=%D8%AC%D9%88%D8%A7%D8%A6%D8%B2+%D8%A7%D9%84%D9%85

    sekian,
    trimas

    • Alat muzik yang diharamkan dalam Islam ialah yang bertali dan bertiup. Sekian.

  76. salam us, apakah hukum bersanding??

    • Hukumnya harus dengan syarat-syarat yang ketat
      hendaklah tempat persandingan tidak boleh dimasuki oleh bukan mahram.
      pengantin perempuan tidak boleh dilihat oleh orang yang bukan mahram.
      biasanya perkara perkara ini tidak dapat dijaga jika perkara ini tidak dapat dijaga maka haram membuat persandingan. والله اعلم

    • Jika bersanding itu dengan niat mengikut seperti orang Hindu maka sahlah jadi haram, kerana hadis: man tasyabaha biqaumin fahuwa min hum. Iaitu maksudnya barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum itu maka dia tergolong dalam kaum itu. Tetapi jika bersanding itu bukan nak mengikut kaum hindu, sekadar mahu memperkenalkan pengantin, maka itu jadi harus. Dengan syarat tiada pembaziran dari segi bermewah-mewah dengan pakaian dsb.

  77. Salam, Ramai orang bercerita ttg Tarikat & Sufi. Saya nak minta ustaz jelaskan apa itu tarikat dan kaitannya dgn islam. Sbb apa, ada ustaz kata Tarikat dan Sufi ni bukanlah dtgnya dari ajaran islam. tapi hindu buddha dan falsafah yunani. Minta ustaz jelaskan

    • Nak tahu lanjut tentang tarikat atau sufi, maka dengan membaca kitab ihya ulumuddin atau ringkasannya iaitu sairus salikin maka anda akan mengetahui sedikit sebanyak tentang tarikat atau sufi. Sekarang sudah ada terjemahan kitab tersebut di pasaran.

  78. salam…emmm saya nak tanya doa solat gerhana bulan ader tak???

    • خسف الشمس فقام النبي صلى الله عليه وسلم فصلى وقال :إذا رأيتم شيئا من ذلك فافزعوا االى ذكر الله ودعائه واستغفار
      Semasa gerhana matahari maka bangkit Nabi صلى الله عليه وسلم maka dia sembahyang dan bersabda apabila melihat kamu akan gerhana maka hendaklah bersegera kamu kepada mengingat Allah dan berdoa, dan istigfar.
      tidak ada doa khusus bagi solat gerhana maka doa lah apa sahaja doa. والله اعلم

  79. us, adakah percikan air yang kecil2 daripada basuhan wuduk itu turut dinamakan air musta’mal?

    • Percikan air wuduk adalah mustakmal sekiranya air yang terpercik itu dari basuhan yang wajib, sama ada sedikit atau banyak.
      Air mustakmal ialah air yang telah diguna pada basuhan yang wajib dan gugur dari angota wuduk atau angota orang yang mandi wajib atau air yang diguna untuk menyuci najis dan tidak berubah sifatnya.

  80. salam..
    saya ada dua soalan harap sudi untuk ust jawab,

    1. kertas2 yang mengandungi nama الله dan ayat2 quran kenapa tidak boleh dibunag dan mesti dibakar?
    sekiranya bakar itu membawa kepada pencemaran alam begaimana ustaz?
    dan sekiranya lafzuljalalah yg ditulis itu adalah ‘allah’ bukan ‘الله’ adakah tidak boleh dibuang juga..

    harap jawapan terperincin dari ustaz
    2. Berkaitan peristiwa hijrah, kaum Ansar menawarkan isteri mereka untuk diberikan kepada muhajirin… adakah ini menunjukkan kerendahan nilai perempuan dan penghinaan bg perempuan?

    sekian
    terima kasih

    • 1. Ada 3 kaedah bagaimana menghapuskan kertas-kertas yang mengandungi ayat quran yang sudah lama atau sudah tidak terpakai lagi.

      1. Dengan membakarnya
      2. Dengan menanamnya
      3. Dengan menghapuskan tulisan itu melalui rendaman air

      Yang terbaik, dipilih dikalangan ulamak adalah membakar dan kemudian abunya ditanam atau dimasukkan ke dalam laut /sungai.

      2. Tawaran kaum ansar itu tidaklah boleh disangka buruk atau difitnah sebagai penghinaan terhadap kaum wanita. Kerana apa yang dilakukan mereka harus dilihat daripada sudut positif bagaimana kekuatan iman mereka sehingga sanggup berkorban malah sanggup berkorban isteri untuk orang lain (di waktu itu). Iman yang kuat, lahirlah buah kasih sayang yang cukup murni sehingga mereka merasa senang dengan kesenangan kawan dan merasa susah dengan kesusahan kawan. Mereka sangat mahu mendahului saudara mereka dalam banyak perkara dan tidak mementingkan diri sendiri.

  81. salam..
    saya ada soalan harap ustaz dapat bantu,

    sekiranya saya beri’tiqad bahawa para anbiya, syuhada, dan auliya, itu masih hidup di dalam qubur, adakah betul aqidah saya ini?

    apakah i’tiqad yang lebih benar drpd yg saya berpegang ini?

    sekian
    trima kaseh

    • وَلا تَقُولُواْ لِمَن يُقۡتَلُ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ أَمۡوَٲتُۢ‌ۚ بَلۡ أَحۡيَآءٌ۬ وَلَـٰكِن لا تَشۡعُرُونَ
      Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu: Orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.
      anbiya dan auliya seperti itu juga. والله اعلم

      • Ada hadis mengatakan: “Nabi itu hidup di dalam kubur sedang mereka bersolat.” (Riwayat Ad-Dailami dalam Musnad Firdaus)

        Hadis lain: “Sesungguhnya Alah subahanahu wa ta’ala mengharamkan atas bumi untuk memakan (menghancurkan) jasad-jasad para Nabi” (Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad)

  82. بسم الله الرحمن الرحيم
    ﻪﺘﺎﮐﺭﺑﻮ ﷲﺍﺔﻣﺣﺭﻮﻡﮑﻴﻟﻋﻢﻼﺳﻟﺍ

    Tuan,
    Saya ingin tumpang bertanya, apakah hukum menyapu khuf/muza di gunakan pada umpama kasut kulit seperti yang dipakai oleh askar.

    ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍﻭ

    • Harus menyapu diatas kasut kulit sekiranya mencukupi syarat syarat menyapu diatasnya. والله اعلم

  83. Assalamulaikum ust..!

    Apakah pandangan ustaz berkenaan dengan kalimah Allah yang di pohon oleh puak kristian ganti nama tuhan mereka..???

    • Haram pemerentah islam membenarkan pengunaan kalimah الله. Ini boleh merosakkan kesucian islam, dan mengelirukan umat islam.
      Apa tujuan mereka hendak menguna kalimah الله pada hal sebelum ini mereka tidak mengunakannya, sudah tentu mereka ada aginda disebaliknya.
      Dalam sebuah negara yang pemerentahnya umat islam tidak sepatutnya kita memberi ruang agama lain menyatakan fahaman, akidah dan lain yang berhubung dengan agama mereka kepada umat islam dan tidak dibenarkan menyebar agama mereka.
      Saya rasa dukacita dengan sikap sesetengah pihak dari kalangan umat islam yang menyokong pengunaan kalimah ini. Adakah mereka tidak mengetahui hukum hukum yang ada didalam kitab kitab atau tahu tapi kerana hendak mengambil hati bukan islam atas tujuan yang tertentu sangup mengadai kesucian agama. والله اعلم

      • Terima kasih Ustaz,

  84. Adakah air basuhan wuduk yang ada pada tangan yg digunakan untuk menggosok anggota wuduk dikira mustakmal juga?

    • selagi air itu tidak bercerai dari angota wuduk maka ia tidak dinamakan air mustakmal.

      • maaflh ustaz saya kurang jelas ttg soalan dan jawapan ini. sy musykillah ustaz. ada sedara sy yg rajin ngaji dimasjid berkata. Air pd tgn yg menggosok muka ketika berwuduk, jika terangkat dari anggota muka, maka air pd tgn itu adalah air mustakmal. Minta ustaz jelaskan.

      • Bener perkataan itu. Air mustakmal ialah air yang telah dipakai pada membasuh angota wuduk atau air yang diguna untuk membasuh najis, yakni air yang telah bercerai dari tempat basuhan maka air yang pada tangan setelah diangakat tangan dari muka pada basuhan pertama jadi mustakmal

  85. assalam…
    nak tye pasal khalimah allah diguna oleh org kafir…ape hukum nye

  86. maaf tye soalan yg dah jawab

  87. Asalamualaikum Us.nak tanya apa hukum makan binatang yang memakan bangkai atau ulat yang hasil daripada Anjing dan babi
    2.Berapa kali kah dikenakan kifarah bagi orang yang membatalkan puasanya dengan menjimak isteri.contoh Dalam sebulan Ramadan menjimak isteri nya sebanyak 5 kali adakah kifarahnya itu diganda atau tidak

    • 1. Binatang yang halal dimakan memakan najis, iitu persoalanny.
      J. Halal serta makruh sekiranya berubah rasa daginnya. sekiranya tidak berubah tidak makruh.
      Ulat yang terhasil dari bangkai anjing dan babi adalah suci semasa hidupnya tetapi mutanajis. adapun setelam mati maka adalah ia najis mutawasitah tidak najis mugalazah.
      2. Digandakan kafarah jimak yang membatalkan puasa seperti dia jimaka lima hari dan sekelian jimaknya membatalkan puasa maka wajib lima kafarah. Adapun jimak setelah batal puasa tidak wajib kafarah contoh seorang yang puasa ramadan membatalkan puasanya dengan makan atau lainya kemudian dia jimak maka tidak wajib kafarah, atau dia jimak kali kedua setelah jimak kali yang pertama yang mana jimak yang pertama membatalkan puasa maka wajib satu kafarah sahaja.

  88. salam…
    saya ada soalan..
    saya pernah terbaca istilah ini:

    barangsiapa tidak mengkafirkan orang musyrik, maka dia kafir

    -jadi adakah saya mesti mengkafirkan orang yg mengkafirkan para sahabat nabi, mengkafirkan orang yg menjisimkan dan mentasybihkan Allah?

    harap ustaz dapat menjawab kemusykilan saya ini, saya pening :)

    wassalam

    • Maksud perkataan ini ialah kita mengi’tikad mereka itu tidak beriman bukan maknanya kita wajib melafaskan kamu kafir pada mereka itu. والله اعلم

      • ustaz, saya hendak mentakkid apa yg saya pegang ini adakah benar atau tidak:

        -kita tidak mengkafirkan orang lain yang ahli syahadah hatta syiah sekalipun

        -kita tidak menghukum dia kafir, tetapi berpegang bahawa siapa yang kata ‘tuhan atas arasy’ ‘tuhan ada tangan hakikat’ ‘tuhan ada kaki hakikat’ maka kafir yg berkata begitu, tanpa menghukum pada sapa2?

        adakah benar sekiranya saya pegang begini atau ustaz ada pandangan lain yg lebih bbik untuk diperpegangi oleh umum…

        sekin,
        trimas

  89. بسم الله الرحمن الرحيم
    ﻪﺘﺎﮐﺭﺑﻮ ﷲﺍﺔﻣﺣﺭﻮﻡﮑﻴﻟﻋﻢﻼﺳﻟﺍ

    Minta penjelasan tuan ,

    1. Bagaimana hukum jual beli makanan seperti tempahan kuih /kek dan catering. Menurut kefahaman saya ini tidak termasuk dalam bab jual salam.

    2. Bagaimana dengan hukum pajakan kebun getah dan kelapa sawit. Adakah sah? kerana menurut pemahaman saya pohon yang berbuah sepanjang tahun tiada harus dijual.

    Sekian.

    ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍﻭ

    • 1. Betul kata saudara itu tetapi harus tempah serta akad dilakukan pada ketika menerima kuih yang ditempah dengan makna jual beli itu adalah jual beli barang yang hadir bukan jual beli salam.
      2. Tidak sah pajakan itu. Jalan penyelesayan untuk masalah ialah seorang itu hendak lah menyewa kebun itu dan tuan kebun membenarkan penyewa mengambil hasil ini dinamakan hebah. والله اعلم

      • Jwb kpd Soalan 2:

        Sah jual buah pada pokok jika nyata masaknya atau yang sudah boleh dipetik. YAng tidak sah ialah bila masih berbunga atau berputik. Jadi pajakan seperti ini tidak terpakai, termasuk unsur gharar (penipuan) dan tidak jelas. Selain daripada cadangan us al-malakawi di atas, maka boleh juga jika masih mahu kepada usahakan pokok2 itu dengan membuat satu perjanjian mudharabah dengan tuan pokok. Maka tuan pokok seperti pemodal dan kita adalah pengusaha. Maka bila terjual buah2 nanti, keuntungan hasilnya dibahagi mengikut perjanjian. Wallahua’lam.

      • Kepada saudara Editor, syarat harta/modal pada akad mudharabah adalah emas dan perak ini yang disepakati empat mazhab yang berselisih adakh boleh dijadikan modal pulus(mata wang lain dari emas perak) dan emas perak yang tidak di cop . adapun mata benda selain emas dan perak tidak ada mazhab yang membenarkan dijadikan modal. والله اعلم

      • Ustaz, ya benar, jumhur ulamak mengatakan tidak harus mudharabah pada barangan. Tapi ada pendapat qil, yang membolehkan. Contoh pendapat Auzaie yg mengharuskan mudharabah dengan barang yang dinilai harga. Namun sebaiknya ambil kata jumhur tersebut. Wallahua’lam.

  90. Ini berkenaan Solat ASAR dan Zohor , Solat Isyak dan Maghrib. Solat yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang menjamak nya pada
    “BUKAN DIWAKTU PERJALANAN., BUKAN DIKALA PERANG, HUJAN atau dikala TAKUT”
    contoh SAHIH MUSLIM m/s 37 jilid II ada beberapa hadis contoh hadis 666, 667 dan 670.
    Salah satu hadis yang nak aku tulis ialah hadis 666 jilid II . M/s 37
    666. Dari Ibnu Abas ‘Abbas r.a . katanya ” Rasulullah saw pernah menjama shalat Zhuhur dan Asar, Maghrib dan Isyak tidak ketika takut dan tidak pula dalam PERJALANAN”
    Ringkasan jawapan nabi ialah UNTUK TIDAK MENYULITKAN UMMAH.

    Jadi apa pandangan ulama. Bagi ringkasan supaya mudah buat rujukan.

    • Telah menjawab jumhur ulama bahawa jamak ini kerana sakit dan telah menguat perkataan ini olae Imam Nawawi.
      Sebahagian ulama menjawab bahawa jamak ini adalah jamak suri iaitu Rasulullah صلى الله عليه وسلم melewatkan sembahyang zuhur, apabila selesai salam, masuk waktu asar dan terus sembahyang asar, pendapat ini tidak dipersetujui oleh Imam Nawawi katanya ini ahtimal lemah lagi batal kerana menyalahi zahir hadis. Kata setengah, Rasulullah صلى الله عليه وسلم sembahyang zuhur ketika mendung dan apabila mendung hilang nyata telah masuk waktu asar maka Raslullah صلى الله عليه وسلم sembahyang asar, pendapat ini juga tidak dipersetujui oleh Imam Nawawi katanya ahtimal ini batal kerana ahtimal ini tidak sesuai untuk sembahyang magrib dan isyak.

  91. Salam Us.lendir yang keluar pada dubur bagi yang berpenyakit buasir adakah di hukum najis

  92. Seorang ustaz di tempat ana menawarkan dirinya mengajar ilmu feqah mazhab syafi’i pada ana dan kawan2. Bagaimanapun ustaz tersebut meminta kami memilih sendiri kitab2 pondok yang kami minat. Dengan itu kami mohon jasa baik ustaz memberi cadangan/saranan kitab2 feqah melayu-jawi yang digunakan di pondok dari peringkat asas, menengah dan tebal yang patut dipelajari secara berperingkat2. Terima kasih atas perhatian ustaz.

    • Saya cadangkan kitab مطلع البدرين ومجمع البحرين (Matla’ul Badrain wa majma’ al-bahrain) kerana kitab ini lengkap. والله اعلم

      • Matlaul Badrin adalah kitab pertengahan. Nak lengkap atau tinggi lagi maka boleh guna sabilal muhtadin atau Bughyatul tullab. Yang ringkas2 atau asas ialah safinatun najah atau ziadul mutaalim.

      • Terima kasih atas jawapan ustaz. Ana musykil dengan Editor yang memberi jawapan, apakah beliau memberi jawapan dengan izin ustaz kerana identitinya melalui pautan laman webnya tidak jelas?

  93. Apakah boleh saya membaca kitab ihya ulumuddin terjemahan tanpa belajar berguru? Untuk pengetahuan ustaz, saya sedang masih belajar kitab sirus salikin pada hujung minggu dgn seorang ustaz dan saya dapati kandungan 2 kitab ini lebih kurang sama. TQ.

    • Saya cadangkan saudara tunjuk kitab itu kepada guru saudara. Sekiranya kitab itu betul menapati terjemahan ihya ulumuddin saudara boleh lah membacanya kerana kitab sirus salikin terjemahan dari ringkasan ihya ulumuddin.

  94. Mohon maaf ustaz. Ana dapati dalam ruangan ustaz ini ada “EDITOR” yang menjawab soalan2 kami. Apakah Editor ini menjawab dengan izin ustaz sebab ana tak kenal siapakah Editor ini lepas ana klik pada link berkaitan. Oleh kerana kami bertanyakan soalan agama dalam blog Syeikh Al-Malakawi yang kami ketahui latar belakang pendidikannya, jawapan dari pihak lain kadang kala menyebabkan timbul kekeliruan antara jawapan yang boleh dipercayai dan komen orang lain. Maaf.

  95. Assalamualaikum us,
    Us saya keliru tentang niat mandi wajib.

    ade orang kate kene tambah sebab mandi seperti sahaja aku mandi wajib kerana ingin bersolat fardu keatas ku kerana Allah Taala,

    dan ada yang kata tak perluadakah cukup hanya niat mandi wajib sahaja seperti sahaja aku mandi wajib fardu ke atas ku kerana Allah Taala.

    Jadi us, yang mana perlu saya ikut. sebelum2 ni saya ade berniat tanpa nyatakan sebab. adakah amalan saya ketika itu tidak sah? harap us dapat membantu

    • Keduanya sah, dengan itu mandi wajib yang anda lakukan sebelum ini sah. والله اعلم

      • Yang biasa di dalam kitab, bukan niat mandi wajib sebab kemudian, tapi dielokkan niat itu dengan niat sebab terdahulu. Contoh “sahaja aku mandi wajib kerana hadas haid.” Atau “sahaja aku mandi wajib kerana hadas junub.” Sekian.

  96. السلام عليكم ورحمة الله وبركا ته
    ustaz yang dihormati,
    soalan saya :

    masalah aurat anak susuan. saya nak tahu dengan jelas berdasarkan dalil nakli.
    batas-batas pergaulan dengan adik beradik susuan, adik beradik ibu susuan.

    bolehkah kahwin dengan adik / kakak susuan?

    • يُحرّم من الرضاع ما يُحرّم من النسب متفق عليه

      • boleh tak ustaz tolong huraikan maksud ayat alquran tersebut tentang anak susuan. saya masih samar dalam hal ini.

      • Hadis ini ertinya Haram nikah dengan sebab susuan adalah barang yang haram nikah dengan sebab nasab, hadis ini telah diriwayat oleh Bukhari dan Muslim.
        Para ulama istimbat hukum dari hadis ini apabila sesaorang itu ada pertalian dengan sebab susuan maka hukumnya sama dengan mereka yang ada pertalian dengan sebab nasab. dengan itu batas batas pergaulan dengan sebab susuan sama batas batas pergaulan dengan sebaba nasab. yang dikehendaki batas batas pergaulan ialah tentang aurat, tentang batal wuduk atau tidak, dan sebagainya.
        Lain kali jangan minta nas lebih baik minta penerangan, kerana kita bukan dari ahli dalil. والله اعلم

  97. salam..

    ustaz saya ade dengar sorang ni cakap:

    الروح لا تفرق الجسد الا عند الموت. ومن اعتقد أن الروح تفارق الجسد كل ما نام الانسان فهذه ردة.

    adakah benar kalam ini ustaz?
    dye kata sapa i’tiqod ruh berpisah pada jasad semasa tidur maka itu adalah riddah…

    harap dapat jawab kemusykilan saya.
    sekian
    trimas

    • Tidak murtad mereka yang berkata keluar roh dari jasad ketika tidur, ini kerana roh dengan makna akal keluar ia semasa tidor dan melihat ia akan sesuatu ini dinamakan mimpi. والله اعلم

  98. Assalamua’alaikum us,

    saya ade satu soalan tentang perkataan “kalau”,

    ade orang kata, kite tak boleh guna perkataan “kalau” kerana ia menunjukkan maksud yang kite melawan takdir Ilahi dan tidak redo akan qada’ dan qadar Allah. betul kah begitu us?

    • Jika kita guna perkataan “kalau” ini pada perkara yang telah lepas kerana menyesal terjadinya perkara itu maka haram, contoh berlaku kemalangan dengan sebab sesuatu maka kita kata jika aku tak buat begian nescaya aku tidak ditimpa musibah. adapun perkataan kalau yang digunakan untuk merancang sesuatu atau lainnya maka tidak menjadi kesalahan, contoh kalau kamu nak berjaya hendaklah kamu melakukan begian begian. والله اعلم

  99. Salam ustaz,

    Saya ada seorang kawan yang mempunyai sikap panas baran dan amat sensitif, kemarahan yang tiba tiba . Macam mana nk mengurangkan kemarahan saudara saya ini, kerana beliau ini cukup baik bila sikap panas baran dia tiada.
    Dan byk kawan2nya ilang pasal x tahan dgn sikap panas baranya.

    • Suruh banyakkan berselawat, semuga Allah hilangkan panas barannya. والله اعلم

  100. Salam.
    Ustaz, sy nak tanya.
    Di tempat saya belajar ni,
    saya dgr ada juga pelajar non-Muslim yg turut sama melakukan solat jumaat. Mungkin mereka ingin belajar atau berminat dengan Islam.
    Wallahu’alam.

    1.) Adakah putus saf sekiranya pelajar non-, Muslim itu turut sama smbhyg berjemaah bersama kami.

    2.) Ustaz, mengapakah kanak2 perlu smbhyg di saf yg lebih belakang. Maaf kerana bertanya, adakah disebabkan adab atau terdapat hadis2, atau adakah ianya boleh menyebabkan saf putus?

    3.) Benarkah ada hadis yg mengatakan bahawa saf yg terputus itu, orang yg selebihnya tidak sah sembahyangnya. Jika ada, mohon uztaz nyatakan.

    Jzkk.

  101. 1Ustaz, adakah orang yg meninggalkan solat bertahun2 lamanya perlu mengqada’ semula solat nya selepas dia bertaubat?
    2.Bagaimana kita nak mengelakkan bisikan syaitan yg mahu menyesatkan kita seperti bisikan pertanyaan Zat 2 Allah

  102. Bolehkah wang insurans arwah digunakan untuk membuat kenduri tahlil ke atas arwah?

  103. Assalamualaikum us.

    Saya ada 2 soalan :

    Pertama :

    Bolehkah digabungkan solat sunat taubat dan solat sunat hajat?

    Kedua :

    Saya ada satu soalan tentang kerja kontrakter. Seorang kontrakter telah mendapat kebenaran melaksanakan satu kontrak@projek, tetapi pegawai yang memegang surat kontrak tersebut tidak mahu melepaskan kelulusan bajet untuk kontrak itu melainkan diberi wang tambahan atas alasan untuk mempercepatkan kelulusan tersebut dilakukan. jika tidak dibayar, pegawai itu melambat-lambatkan proses mengeluarkan surat tersebut. Kontrakter itu merasakan terpaksa membayar wang itu kerana takut jika projek lambat disiapkan dalam tempoh yang diberi sekaligus didenda kerana melebihi tempoh yang diberikan.

    Bolehkah ustaz beri pendapat tentang perkara ini.

    terima kasih

  104. salam…

    ustaz, tolong jawab kemusykilan saya ini.

    adakah btol sekiranya saya kata, allah berkata bila2 shj yg dia mahu dan tidak berkata2 bila2 shj yg dia mahu.Allah tidak berkata tetapi dia bersifat dengan sifat kalam yg azali abadi.

    sekiranya allah berkata bila2 yg dia mahu dan tidak berkata bila2 dia mahu adakah ini bermakna bahawa kalam Allah ini ada permulaan dan akhir, secara tidak langsung menafikan kata2 bsaya td(allah berkata bila2 yg dia hendak dan sebaliknya)?

    • Ini adalah prosa sajak tentang kalam Tuhan yang ditulis oleh guru saya, YM Abuya Syeikh Ashaari At-Tamimi:

      Di antara sifat Tuhan yang wajib lagi mulia kalam namanya
      Ertinya Tuhan berkata-kata dengan bahasa yang tersendiri
      Bahasanya tidak sama dengan bahasa mahluk-Nya
      Bahasa mahluk Tuhan yang ciptakan

      Ia sudah sedia ada di azali
      Tidak diukur mengikut masa dan zaman
      Seperti mana zat-Nya adalah Qadim lagi azali
      Bahasa-Nya juga Qadim lagi azali

      Bahasa Allah Tuhan kita tersendiri
      Tak dapat difikirkan, tidak dapat dikhayalkan
      Tak sama dengan bahasa makhluk ciptaan Tuhan

      Tuhan bercakap tidak berlafaz
      Tidak berhuruf, tidak bersuara
      Tutur-Nya tidak ada yang dahulu
      Dan tidak ada yang kemudian
      Maha suci Tuhan bahasa-Nya
      Tidak dapat digambarkan

      Al-Quran adalah bahasa Malaikat
      Bahasa Rasul terjemahan bahasa Tuhan
      Kita hanya dapat faham maksud
      Bahasa Tuhan dan bahasa Al-Quran

      Bahasa Tuhan tak macam bahasa Quran
      Maha suci Tuhan bahasa-Nya demikian
      Jika kita tak dapat fikirkan dan khayalkan
      Sudah betulah itu mengikut pegangan
      Jangan diubah lagi keyakinan itu
      Mengikut sangkaan

      • bkn ke ashari tu sesat ke?

        mcm mana plak ni…

      • Terdetik saya utk menjawab soalan dan keterangan saudara berdua mengikut mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu mazhab Imam Asyaari dan Imam Maturidi. Berkenaan dgn Allah bercakap dgn bahasa sendiri adalah ditegah sama sekali mensandarkan begitu kpdNya. Ini krn perkataan bahasa dari sudut hantaran bahasa ialah bermaksud percakapan yg dituturkan oleh ssuatu bangsa maka ditegah sama sekali disandarkan perkataan bahasa kpd Allah dimana ianya menyerupakanNya dgn unsur2 sifat kemakhlukan sekalipun dgn bahasaNya tersendiri. Sebagaimana melarang Ulama salaf dan khalaf mensandarkan kpd Allah Taala jisim walaupun jisim yg layak dgnNya.

        Tersebut dlm kitab2 usuludin yg muktabar bhw kalam nafsi Allah Taala (berkata-kata yg ada pd zatNya) adalah maha suci drp huruf- suara, dahulu-kemudian(spt kita berkata2 yg ada dlm diri kita iaitu berkata2 dlm hati yg ada awal dan seterusnya, contohnya: aku hendak pergi ke kedai ialah kalam yg pertama dan Aku hendak beli daging ialah kalam kedua@kemudian), maha suci drp senyap (tidak berkata2 krn membawa kpd zatNya boleh terima binasa), salah bahasa, mempunyai tata bahasa dll krn kesemua ini adalah sifat2 bagi kalam yg baharu. Kalam Allah (berkata2 yg ada pd zatNya) itu qadim. Dan Ssuatu zat yg qadim tidak boleh disifatkan dgn segala sifat yg baharu. (lihat Syarah Hudhudi m/s 73-74)

        Justeru itu, tidak boleh dikatakan Allah Taala mula berkata2 ketika mana Dia nak berkata2 kemudian itu boleh senyap bilamasa yg Dia mahu, kemudian berkata pula. Kalam (berkata2) Allah sediakala, tidak ada permulaan dan tidak ada senyap bahkan sentiasa dan selama2nya. Dia berkata2 dgn tidak berhuruf bersuara dan tidak ada juzuk2, berbilang. Jika didengari maka boleh difahami walaupun tidak semcm kalam sekalian makhluk. Maha suci Allah Taala bersifat kalamNya seumpama sifat2 kalam mahklukNya. Nabi Musa mendengar kalam nafsi (berkata2) yg ada pd zat Allah dgn dibuka hijab kpdnya, dimana kalam Allah itu sedia kala, tdak berhuruf suara, tidak ada dahulu kemudian dsbgainya.

        Saudara tidak memahami dgn betul sifat kalam bg Allah sebagaimana yg dikehendaki oleh ulama tauhid Ahli Sunnah. Kalam@pun kalam nafsi Allah Taala ialah berkata2 yg ada pada zatNya bukannya dimaksudkan oleh mrk dgn sifat yg mampu berkata sekalipun tidak berkata2. Ketidakfaham kalam nafsi inilah yg menyebabkan tergelincir dari landasan mazhab Ahli Sunnah lantas, termasuk dlm mazhab yg sesat iaitu mazhab Haswiyah spt kata Imam Sanusi dlm Syarah Aqidah Wustha beliau m/s 178: “ Apa yg dijawab oleh golongan Haswiyah (mudah-mudahan Allah menjauhi mrk dari rahmatNya) bhw Allah Taala berkata2 pada satu ketika dan senyap pd ketika yg lain dgn sekira2 Dia mengkehendaki. Maka bila Dia senyap nescaya tidak hilang kalamNya, akan tetapi Dia hanya senyap dan sembunyikan kalamNya, (kata Imam Sanusi : maha suci Allah dari perkataan mrk itu) , maka jawapan mrk adalah kejahatan yg tidak diredhai bhw dikatakan oleh seorg yg mukmin dan yg beraqal…”

        Disini saya menerangkan secara ringkas maksud kalam nafsi di sisi Ulama Ahli sunnah. Termaktub dlm kitab Taudhihul Aqa-id krg Imam AlJaziri m/s 119: “ Adapun disisi Ulama Asyairah, mrk itu menyatakan bhw kalam terbahagi kpd dua, pertama: kalam berlafaz. Keduanya: kalam nafsi. Maka kalam berlafaz itu ialah demikian Quran yg diturunkan kpd Saidina Mohd saw, juga kitab2 yg lain, yg diturunkan kpd Rasul2 salawat ke atas mrk….
        Kemudian Beliau menerangkan kalam kedua iaitu kalam nafsi dgn katanya: “ Adapun kalam nafsi maka ianya disisi Ulama Asyairah ialah suatu sifat yg sediakala yg ada dan berdiri pd zatNya Taala, yg tidak berhuruf-bersuara, yg mana ditunjuki ke atasnya oleh kalam berlafaz (yakni lafaz Quran memberi maksud kpd apa2 saja kata2 Allah yg tidak berhuruf-suara itu serta jgn iktikad bhw Allah berckp dgn berhuruf suara mcm Quran yg kita baca)…kemudian imam AlJaziri mengutarakan dalil dari segi bahasa: “ Sebagaimana syariat mensabitkan (dua kalam ini) maka begitu jua dari sudut bahasa bhw kalam sepertimana dimaksudkan kpd kalam berlafaz, begitu juga ianya dimaksudkan kpd kalam nafsi, Allah Taala berfirman :
        ويقولون في أنفسهم لولا يعذبنا الله بما نقول
        Maksudnya : Mrk itu(org kafir) berkata dlm diri2 mrk(berckp dlm hati) : jika Allah mengazabkan kita disebabkan apa yg kita kata…
        وأسروا قولكم أو اجهروا به..
        Maksudnya: Sembunyilah oleh kamu perkataan kamu (dlm hati) ataupun kamu nyatakan dan zahirkan perkataan itu…
        Berkata Saidina Omar r.a.d pd hari baiah perlantikan Saidina Abu Bakar: “Aku mengelokan dan menetapkan dlm diriku (berkata2 dlm hati) perkataan…”

        Berkata Imam Haramain dlm kitab Irsyad m/s 108-109: “Terlebih utama bhw kami menyatakan (definisi) kalam itu ialah kata2 yg berdiri/ada pada diri القول القائم بالنفس)) dan jika kami mengkehendaki huraian lanjut maka ianya kata2 yg berdiri/ada pada diri yg mana ditunjuki (diterjemahkan/difahami) dgnnya oleh segala ibarat percakapan/penulisan dan perkara yg diistilah ke atasnya drp isyarat2. Ssungguhnya puak Muktazilah mengingkari kata2 yg berdiri/ada pada diri القول القائم بالنفس)) serta mrk menyangka tanpa dalil yg kukuh bhw kalam ialah suara2 yg terputus2 dan huruf2 yg tersusun dimana menyamai dgn ibarat percakapan yg ditujukan kpd segala huruf&suara. Terkadang Ibn Jubbaie (anak kpd ketua Muktazilah iaitu Ajjubaie) mensabitkan kalam nafsi dan menamakannya dgn segala lintasan serta beliau menyangka tanpa dalil yg kukuh bhw demikian lintasan boleh didengari dan dicapai oleh deria pendengaran (perkataan ini karut, tidak boleh dipakai).”

        Qadhi Syeikh Kamaludin Ahmad Bin Sunanuddin dlm kitab Isyaratul Maram yg menerangkan kitab2 aqidah bg Imam Hanafi m/s 101-102: “ (Sifat Kalam Allah) iaitu sifat yg azali yg berdiri/ada pada zatNya Taala dan ianya ialah apa yg Allah Taala sebut/bercakap (ما ذكره الله تعالى) semenjak azali/sediakala tanpa huruf-suara sebagaimana yg tersebut dlm kitab Irsyad bg Imam Arrustughfani…”

        Huraian:
        Dikehendaki dgn kalam nafsi ialah berkata2 yg ada pd diri, maka bagi manusia ialah berkata2 yg ada pada zatnya dan ianya hakikat kalam kita yg sebenar, dimana bercakap dgn mulut itu adalah terjemahan kpd apa yg di dlm hati kita. Manakala Allah Taala yg tidak berjisim zatNya maka dimaksud kalam nafsi bagiNya ialah berkata2 (berckp) yg ada pd zatNya sejak azali berkata2, selama2nya Dia berkata2, tidak berhuruf suara dan sebagainya drp segala sifat kalam yg baharu. Tidak boleh aqal kita hendak mencapai hakikat sifatNya (kalam) sebagaimana tidak boleh mencapai hakikat zatNya yg maha agung. Kesemua kitab2 yg diturunkan oleh Allah dgn bahasa masing-masing samada dlm bahasa arab, syiriani, ibrani dan qibti adalah menterjemahkan apa2 yg Dia bercakap sejak azali , bukannya Allah berkata2 dgn bahasa tersebut.

        Sebagai menutup perbicaraan tntg kalam Allah ini, cuba kita mengamati kenyataan yg terdapat dlm kitab Hasyiah Syarqawi bg kitab Hudhudi m/s 73 ketika menerangkan mustahil bg Allah senyap/diam:

        “ (Diam) iaitu krn Allah Taala semenjak azali berkata2 dan sentiasa berkata2. Ini krn jika diandaikan harus bhw Dia senyap/diam nescaya harus KalamNya Taala bersifat dgn ketiadaan dan demikian itu mewajibkan/memestikan baharuNya Allah (krn kalam/berkata2 itu berdiri pd zatNya) disebabkan senyap/diam itu membawa kpd ketiadaan kalam (berkata2). Maka jika senyap sblum adanya kalam/berkata2 nescaya lazimlah ketiadaan itu mendahului sblum drp kalam/berkata2 (yakni mula2nya tiada bercakap, kemudian ada permulaan bercakap) dan demikian itu menafikan/menidakkan qidam/sediakalaNya ataupun mensabitkan baharu zat Allah. Jika senyap itu pula slps kalam/berkata2 maka mengiringi ketiadaan (yakni senyap) ke atas kalam/berkata2. Demikian itu menafikan kekal abadiNya Allah Taala….

        Kemudian Imam Syarqawi menerangan lagi : “ Dgn Huraian tersebut maka diketahui bhwsanya ayat Quran: كلم الله موسى تكليما maksudnya : Allah bercakap kpd Musa dgn sebenar2nya Dia berkata2, tidaklah maknanya bhw Allah mula berkata2 slps drp Dia senyap tidak berkata2 dan tidak juga bermaksud bhw slps saja Dia berkata2 kpd Musa, terputus/terhentilah percakapanNya serta diam. Bahkan makna ayat ini ialah bhw Allah menyingkapkan hijab penghadang ke atas Musa alaihissalam dgn kurniaanNya dan Dia menjadikan kekuatan pendengaran sehinggakan Musa dapat mendengar berkata2 / kalam Allah yg qadim sediakala dgn sekalian anggota tubuh badannya, drp segala pihak. Kemudian Allah kembali menghijab penghadang ke atas Musa maka kembalilah Musa sebagaimana keadaan dia sblm mendengar kalam (berkata2) Allah itu…”

        WALLAHU’AKLAM……

    • Sifat kalam ertinya berkata2.
      inilah kebanyakan terjemahan bahasa bukan yang dikehendaki oleh ulama Tauhid Ashairah.
      kalam>>>> kata nama.
      berkata kata >>>>> kata kerja.
      mana boleh kata nama diterjemahkan dengan kata kerja melainkan semata-mata terjemahan sahaja.
      sifat kalam nama sifat yang ada dizat itu sebab dinamakan sifat maani, berkata-kata itu iaitu perbuatan yang dinamakan amru iktibari,
      baca kitab Faridah faraeid: kalam ertinya berkata-kata, iaitu sifat yang maujud ( kata Maujud itu menapikan kalam dengan erti berkata-kata kerana berkata2 itu tidak maujud) lagi pula yang sedia ( berkata2 tidak sedia dinamakan kalam masdari) yang ada dizat Allah taala ( sifat zat tu) yang menunjuk ia ( tanjizi qadim) akan yang wajib ( tanjizi hadis) >>>>>>>>

      kalam terbahagi 4:
      kalam ismi.
      kalam Nafsi.
      Kalam masdari.
      kalam lafzi.

      kalam Ismi dan kalam Nafsi keduanya qadim.
      kalam Masdari dan kalam lafzi baharu.

      Faham betul2 kalam terjemahan dengan kalam yang dikehendaki oleh Ulama Tauhid.

      • sy kurg faham la….

        Allah bersifat dengan sifat pekata, dan dengan sifat itulah Allah berkata2, dan kata2 allah itu ditujukan kepada berbagai2 khitab? btol kah kalam ini?

        seperti sy kata:

        Allah bersifat dgn sifat qudrat, dn dengan sifat itu Allah mencipta berbagai2 benda

        - sekiranya tuhan berkata2 dgn kalam azali, maka adakah ayat2 di dalam kitab suci semuanya itu dr kalam yg qadim? (saya faham yg kitab2 tu sume makhluk, yg qadim adalah sifat kalam yg berdiri atas zat) tp yg qadim ni kurang faham?
        adakah Allah itu sentiasa sejak qadim itu berkata2, ye atau tidak??

      • Terjemaah kalam nafsi dengan “berkata2” adalah tepat mengikut ulama mutakalim (tauhid) ahli sunnah mazhb Asyari dan Maturidi dlm kitab mrk. Ini krn ulama2 melayu Fathani, Aceh dan Indonesia, ulama nusantara kita didlm kitab2 mereka spt Al-allamah syeikh Wan Daud b. Abdullah pngarang kitab Musalli, Al-allamah syeikh Wan Ahmad Zain Fathani dlm kitab Faridahtul Faraid spt yg di utarakan oleh ust Masadi, Tuan Minal. Abd. Samad Al-pelembangi, Al-Sumbawa dlm kitab sirajul huda dan lain-lain banyaknya, menterjemahkan sedemikian, terjemah tsbt adalah menyatakan diri sifat maani iaitu kalam yg bermaksud berkata2. Ianya terjemahan yg bertepatan dgn istilah ulama tauhid dan bertepatan dgn sudut bahasa.

        Bahkan segala sifat ma’ani ( qudrat, iradat,ilmu, hayat, sama’, basar dan kalam) adalah diterjemahkan dengan masdar(kata terbitan kerja, spt pukulan iaitu masdar/kata terbitan, adalah terbitan drp telah memukul, sedang@selagi akan memukul) Ini adalah mengikut apa yg dinyatakan oleh ulama mutakalim.Tidak syak lagi ulama nusantara kita yg lampau, terlebih alim dan muhaqqiq dlm bidang keilmuan. Sebagai mengetahui tempat ambilan mereka itu ialah cuba perhatikan dl kitab ‘Taudhihul Aqaaid’ krg Abdurrahman Al-Jaziri m/s 117 pada perbahasan sifat kalam, ketika beliau membangkang golongan muktazilah:-

        وأورد عليهم أن اللغة العربية تأتي ذلك لأنّ متكلما مشتق من التكلم فيلزم أنّ يكون التكلم قائم بذات الله تعالى الموصوفة بمتكلم اذ لا يصح أنّ يشتق لذات وصف من مصدر والمعنى المصدري قائم بغير هذه الذات فلا يصح أن يقال محمد ضارب مع كون الضرب الذي هو حركة اليد المخصوصة مثلا صفة لغيره……

        Ertinya: “ maka dibangkang golongan muktazilah bhw bahasa arab datang menyatakan demikian itu. Ini krn (dari sudut bahasa Arab) bhw sesorang yg bercakap( متكلما) diambil drp ‘Takalum’( التكلم : berkata-kata iaitu masdar@kata terbitan), maka melazimi (membawa kpd) bhw adalah ‘Takallum’ tersebut berdiri (berada@sifat yg ada) dgn Zat Allah Taala yg mana Dia disifatkan dgn ‘ Suatu Zat yg Berkata-kata’ . Ini adalah krn tidak sah (tidak patut) bhw diambil satu sifat untk zat drp masdar(kata terbitan) sedangkan makna masdar (kata terbitan) itu berdiri(berada/sifat yg ada) pada selain drp zat tersebut( zat yg bersifat dgn satu sifat drp masdar). Maka tidak sah (pada contoh) bhw dikatakan : Mohd yg memukul sedangkan memukul @pukulan yg mana ianya adalah pergerakan tangan yg tertentu, contohnya adalah satu sifat bagi zat yg lain drp Mohd itu…..”(sebagaimana golongan muktazilah menyatakan bhw Allah Taala berkata-kata dgn makna sifat berkata-kata itu adalah ada pada zat yg lain maka itulah dinamakan Allah berkata-kata).

        Huraian:
        Cuba fahami betul2 pada kata pengarang di atas iaitu:-
        فيلزم أنّ يكون التكلم قائم بذات الله تعالى الموصوفة بمتكلم اذ لا يصح أنّ يشتق لذات وصف من مصدر والمعنى المصدري قائم بغير هذه الذات
        Ertinya: “ maka melazimi (membawa kpd) bhw adalah ‘Takallum’ /berkata2 tersebut berdiri (berada@sifat yg ada) dgn Zat Allah Taala yg mana Dia disifatkan dgn ‘ Suatu Zat yg Berkata-kata’ . Ini adalah krn tidak sah (tidak patut) bhw diambil satu sifat untk zat drp masdar(kata terbitan) sedangkan makna masdar (kata terbitan) itu berdiri(berada/sifat yg ada) pada selain drp zat tersebut( zat yg bersifat dgn satu sifat drp masdar).

        # Cuba kita perhatikan bhw pengarang menyatakan ‘Takallum’/berkata2 itu ialah masdar (kata kerja) yg berdiri pada zat Allah, dimana makna masdari inilah yg berdiri pada zat Allah. Justeru masdar tersebut iaitu yg merupakan kalam nafsi yg berdiri/ada pada zatNya.

        Untuk menambah kefahaman kita bhw kalam nafsi atau masdar (kata kerja) ini adalah merupakan berkata2 yg ada pd ZatNya, cuba perhatikan dgn betul2 teks Ulama Ahli Sunnah.

        Dlm Syarah Mahali bgi matan jam’u jawami’ , lihat hasyiah Bannani: juzuk 1, m/s 47-48 , menerangkan tentang khitabullah (tuju percakapan Allah), dimana khitab inilah kalam nafsi Allah (berkata2) sejak azali itu, ketika beliau menghuraikan definisi hukum syara’ ialah khitabullah almuta’aliqu bifi’li mukallafin (tuju percakapan Allah yg bersangkut-paut dgn perbuatan mukallaf yakni berkenaan dgn suruhan dan larangan):-
        - (خطاب الله) أي كلامه النفسي الأزلي المسمى في الأزل خطابا حقيقة على الأصح كما سيأتي. (حاشية البناني موكا 47-48)

        Ertinya: “ (Khitabullah/ Allah tuju percakapanNya) iaitu kalamNya Nafsi yg azali yg dinamakan sejak azali khitab yg hakiki di atas pendapat yg sahih.”

        Huraian:
        Disini pengarang menyatakan bhw khitabullah itu ialah kalam nafsi Allah. Cuma berlaku perbezaan pendapat adakah boleh dinamakan khitab yg hakiki sejak azali lagi ketika tiada mukallaf yg disuruh dan dilarang , sedangkan suruhan dan larangan telah pun berlaku dan Allah berkata2 dgn demikian itu?? Pendapat yg sahih ialah dinamakan ‘khitab yg hakiki’ ketika Allah berkata2 sejak azali dgn suruhan (Amrun) dan larangan (Nahyun) sebelum ada mukallaf lagi. Kerana inilah mrk mengatakan bhw kesemua ta’luq kalam, termasuk amrun (suruh) dan nahyun (larangan) adalah ta’luq tanjizi qadim.

        Manakala Ulama yg mendefinisi bhw “ Khitab” yg hakiki itu mestilah ada mukallaf yg disuruh dan dilarang maka ketika azali dimana Allah dah bekata2 dgn suruhan dan larangan itu dinamakan suluhi Qadim iaitu khitab yg tidak hakiki krn tidak masuk dlm definisi tersebut. Maka ketika sudah ada mukallaf , lantaran itu barulah dinamakan khitab yg hakiki krn termasuk dlm definisinya serta dinamakan tanjizi hadis (baru/lulus dinamakan khitab yg hakiki). Bukan bermaksud Allah baru bercakap dgn suruhan dan larangan tersebut, cuba lihat keterangan ini dalam Hasyiah Sarqawi atas Hudhudi m/s 21, pada takrif hukum syara’ iaitu khitabullah Almuta’aliqu bil af ‘ali mukallafin.

        Beralih kita kpd perbahasan sifat kalam, iaitu pengarang menyatakan bhw khitabullah ialah kalam nafsi Allah. Maka apakah sebenarnya ‘khitab’ di sini yg merupakan kalam nafsi Allah?? Cuba perhatikan huraian lanjut oleh Hasyiah Sarbini, lihat Hasyiah Bannani atas syarah Mahali tersebut, jilid 1, m/s 47 :

        يؤخذ من العضد وحاشيته للسعد أن الخطاب هنا هو نفس قول الله افعل أعني القول النفسي بمعنى المصدري…
        Ertinya: “Difahami drp perkataan ‘Adhud (salah seorg ulama Ahli Sunnah) dan Hasyiahnya bagi Saad, bhw ‘KHITAB’ di sini ialah diri/hakikat percakapan Allah (seperti if’al: bererti buatlah/kerjakanlah. Contoh dgn if’al ini adalah krn mendefinisikan hukum syara yg bersangkut-paut dgn suruhan dan larangan). Aku maksudkan dgnnya iaitu percakapan /berkata2 (القول النفسي) yg ada pada diri/zat Allah yg bermakna ‘MASDAR’(kata kerja iaitu berkata2).”

        Huraian:
        Khitab/kalam nafsi Allah yg dimaksudkan sebelum ini ialah percakapanNya (قول الله افعل أعني القول النفسي) yg ada pada zatNya yg bermakna masdar/kata kerja.
        Tidakkah jelas bahawa masdar inilah yg diterjemahkan dgn berkata2 yg merupakan kalam nafsi Allah yg mana dimaksudkan dgn sifat kalam yg maujud sediakala yg berdiri/ada pada zatNya Taala?? Cuba perhatikan dgn secara insaf dan betul2 memahami huraian ulama2 Asyairah dan Maturidiyah.

        Justeru itu, apabila sudah memahami bhw kalam dgn makna masdar/kata kerja iatu berkata2 dan kalam nafsi itu adalah sama dan merupakan sifat yg ada pada Zat Allah spt yg diterangkan dlm kitab Tudhihul Aqaid dan juga dlm kitab-kitab seterusnya yg dinyatakan disini, maka keduanya adalah sama dan bukannya perkara yg berlainan . Begitu juga dgn kalam ismi yg merupakan kalam nafsi itu sendiri.

        Oleh itu, pembahagian kalam kpd: Kalam ism, Kalam masdar dan kalam nafsi berlainan dan tidak sama serta menyatakan kalam ism dan kalam nafsi adalah qadim, manakala kalam masdar adalah baharu, maka pembahagian ini adalah salah dan ianya pendapat yg tergelincir drp huraian Kitab2 muktabar Ahli Sunnah Wal Jamaah iatu Mazhab Ulama Asyairah dan Ulama Maturidiyah. Begitu juga kalam nafsi dan kalam nafsaani adalah sama dari segi istilah mutakallimin dan istilah bahasa arab. Disini, tidak mencukupi ruang utuk menghuraikannya, insyaAllah..tunggulah siap karangan kitab kami yg membicarakan tntg sifat kalam secara terperinci, demi menjaga aqidah kita drp tergelincir drp landasan Ahli Sunnah. Memadailah dgn kata Hasyiah Addusuki
        m/s 113 ketika menyatakan bisu ialah sifat yg mustahil, lawan bagi kalam nafsi:

        فاعلم ان المراد بالبكم هنا البكم النفساني لأنه هو المضاد لكلامه تعالى النفساني الذي هو صفة أزلية قائمة بذاته.
        Ertinya; “Ketahuilah bhw dimaksudkan dgn ‘bisu’ di sini ialah bisu yg nafsaani (yg ada pd zat) krn ianya yg menjadi lawan bg kalam Allah yg nafsaani yg mana ianya adalah sifat yg azali yg ada pada zatNya.”
        Lihat!! pengarang menyatakan kalam nafsaani adalah sifat yg sedia ada pd zatNya menunjukan bhw Nafsaani dan Nafsi adalah sama krn bisu (bakam dlm bahasa arab) adalah lawan bg sifat kalam nafsi maka tiba2 pengarang menyatakan di sini dgn ibarat percakapan yg lain, ianya lawan bagi kalam nafsaani yg merupakan sifat yg azali yg ada pd zatNya. Sudah maklum diketahui bhw sifat yg qadim sediakala yg ada pd ZatNya ialah kalam nafsi.

        Bahkan sudah dijelaskan bhw kalam di sisi Ulama Asyairah hanya terbahagi kpd dua bahagian: kalam lafaz iaitu quran dan kalam nafsi iaitu berkata2 yg ada pada zat/diri sesuatu.

        Sebagaimana dlm kitab Taudhihul Aqa-id krg Imam AlJaziri m/s 119: bhw kalam hanya terbahagi kpd dua perkara, berbunyi: “ Adapun disisi Ulama Asyairah, mrk itu menyatakan bhw kalam terbahagi kpd dua, pertama: kalam berlafaz. Keduanya: kalam nafsi. Maka kalam berlafaz itu ialah demikian Quran yg diturunkan kpd Saidina Mohd saw, juga kitab2 yg lain, yg diturunkan kpd Rasul2 salawat ke atas mrk….
        Kemudian Beliau menerangkan kalam kedua iaitu kalam nafsi dgn katanya: “ Adapun kalam nafsi maka ianya disisi Ulama Asyairah ialah suatu sifat yg sediakala yg ada dan berdiri pd zatNya Taala, yg tidak berhuruf-bersuara, yg mana ditunjuki ke atasnya oleh kalam berlafaz (yakni lafaz Quran memberi maksud kpd apa2 saja kata2 Allah yg tidak berhuruf-suara itu serta jgn iktikad bhw Allah berckp dgn berhuruf suara mcm Quran yg kita baca)…kemudian imam AlJaziri mengutarakan dalil dari segi bahasa: “ Sebagaimana syariat mensabitkan (dua kalam ini) maka begitu jua dari sudut bahasa bhw kalam sepertimana dimaksudkan kpd kalam berlafaz, begitu juga ianya dimaksudkan kpd kalam nafsi, Allah Taala berfirman :
        ويقولون في أنفسهم لولا يعذبنا الله بما نقول
        Maksudnya : Mrk itu(org kafir) berkata dlm diri2 mrk(berckp dlm hati) : jika Allah mengazabkan kita disebabkan apa yg kita kata…
        وأسروا قولكم أو اجهروا به..
        Maksudnya: Sembunyilah oleh kamu perkataan kamu (dlm hati) ataupun kamu nyatakan dan zahirkan perkataan itu…
        Berkata Saidina Omar r.a.d pd hari baiah perlantikan Saidina Abu Bakar: “Aku mengelokan dan menetapkan dlm diriku (berkata2 dlm hati) perkataan…”

        #Cuba perhatikan contoh firman Allah dan kata2 Saidina Omar, yg pengarang utarakan utk kalam nafsi. Ianya memberi maksud kpd kalam nafsi itu ialah berkata2 yg ada pd diri.
        Begitu juga perhatikan semula secara insaf, perkataan Imam Haramain dan Qadhi Syeikh Kamaludin Ahmad yg kami lampirkan sebelumnya tntg definisi kalam nafsi.

        Pembahagian kalam hanya kpd dua bahagian inilah sebagaimana yg terdpt dlm kitab Syarah Zabidi atas Ihya Imam Ghazali pada bab sifat kalam Allah Taala, sila rujuk dlm kitab tersbt. Jangan berpegang dgn pembahagian kalam yg menyimpang drp pembahagian kalam yg dinyatakan oleh Ulama Ahli Sunnah.

        Berkata2 dlm diri adalah sifat yg wujudi yg ada di zat, sama ada zat yg qadim atau yg baru (bercakap dlm diri/hati). Tersebut dlm Hasyiah Sarbini atas Mahalli syaraah matan jamu jawami’ jilid 1 m/s 79:
        ثم أن الكلام النفسي على ما قال السعد والعضد والسيد والخيالي وعبد الحكيم هو المعنى نجده في أنفسنا عند اخبارنا عن قيام زيد…

        Ertinya: “ Kemudian ssungguhnya ‘Kalam Nafsi’ di atas apa yg Saad, ‘Adhud, Sayyid dan Khayali dan Abd Hakim (ulama2 ahli sunnah) kata ianya makna yg kami dapati dlm diri kami ketika kami menceritakan (berkata2 dgn mulut) berdirinya SiZaid (yakni berlafaz kata2 bhw Zaid telah/sedang berdiri).”

        Huraian:
        Berkenaan dgn suatu makna yg ada dlm diri/dlm hati di atas, maka makna tsbt adalah suatu sifat yg wujudi yg trdpt pd diri kita. Krn inilah Imam Asyaari berkata: “AlKalamu huwal makna nnafsi ”: Kalam Allah adalah suatu makna yg ada pd diri/zat , bermaksud Kalam Allah ialah Kalam Nafsi (berkata2) yg wujudi ada sediakala pada ZatNya.

        Tersebut dlm syarah ihya karangan Zabidi jilid 2,m/s 145:-
        ثم انهم استدلوا على ثبوت الكلام النفسي بأن قالوا لا شك في وجود المعنى القائم بنا نجده من أنفسنا عند التعبير والاشارة والكتابة….

        Ertinya: “ Kemudian, Mrk itu (ulama Ahli Sunnah) berdalil di atas mensabitkan ‘Kalam Nafsi’ dgn bhw mrk menyatakan: tidak syak-ragu pada wujudnya (adanya) ‘Makna’ yg ada pada kita(percakapan yg ada dlm diri), yg kita dapati pada diri kita ketika melakukan ibarat percakapan (berkata2 dgn mulut), isyarat2 dan penulisan.”

        Selepas memberi contoh kalam nafsi itu ialah ‘berkata2 yg ada pd diri dgn firman Allah yg bermaksud: “Mrk (puak2 kuffar) berkata dlm diri mrk (berkata2 dlm hati mrk): jika Allah mengazabkan kami di atas apa yg kami katakan,” Imam Zabidi menghuraikan perkataan Imam Ghazali tntg kalam nafsi dgn katanya (Syarah Ihya, pada perbahasan sifat kalam):-
        فهذا منه تصريح أن الكلام النفسي هو الحقيقة وأن المعنى القائم بالنفس هو الكلام حقيقة والحروف والأصوات دلالات عليه…
        Ertinya: “Perkataan Imam Ghazali ini jelas menyatakan bhw Kalam Nafsi ialah kalam yg hakiki dan bhw ‘Makna’ yg ada pada diri ialah kalam hakiki. Huruf dan suara menunjuk(menterjemahkan) ke atasnya…”

        Tersebut juga dlm Syarah Imam Sanusi atas matan ummu barahin (Hasyiah Dusuki, m/s 114) tntg kalam nafsi/berkata2 yg ada dlm diri/hati manusia, berbunyi:-
        …وكلامنا النفسي (قال الدسوقي: المراد به الكلام الذي يجريه الانسان على قلبه) أعراض حادثة يوجد فيه التقديم والتأخير….
        Ertinya: “Kalam Nafsi kita (kata Addusuki: dimaksudkan dgn kalam nafsi disini ialah kalam(berckp) yg diperlakukan oleh seseorg manusia dlm hatinya) adalah ‘akradhun’ yg baharu, yg ada dahulu dan kemudian(yakni kita berckp dlm hati perkataan pertama yg dikatakan dahulu, slps itu berckp perkataan kedua yg dikatakan kemudian/perkataan seterusnya)….”
        Bagaimana mungkin kita kata bhw kalam nafsi (berkata-kata dlm diri) adalah amru ‘iktibari sedangkan ianya adalah ‘akradhun’ iaitu sifat yg wujudi. Sifat wujudi inilah yg ada pd diri kita dan ianya kalam yg hakiki. Ini krn kalam bertutur dgn mulut itu menterjemahkan apa yg dikata dlm diri/hati kita yg merupakan sifat yg wujudi yg terdpt di zat kita. Manakala kalam nafsi pada zat Allah ialah suatu sifat iaitu berkata2 dlm dirinya yg tidak menyerupai dgn segala2 sifat-kelakuan kalam makhlukNya. Quran pula, menunjukkan kpd maksud percakapan Allah yg sejak azali, sentiasa selama2nya berkata2 dan tidak berhuruf-suara,.

        Peringatan; tidak boleh sama sekali diqiaskan sifat kalam dgn sifat qudrat krn sifat kalam hanya menyamai utk diqiaskan dgn sifat ilmu. Ini krn ta’luq sifat kalam adalah menyamai dgn sifat ilmu. Adapun sifat qudrat adalah sama dgn sifat iradat krn keduanya berta’luq dgn mumkinat (perkara baru yg harus).

        Janganlah kita taksub kepada sesuatu pendapat atau huraian yg jauh menyimpang daripada ulama-ulama kita yg muktabar serta tiada sandarannya. Juga, menyalahi huraian sifat kalam yg terdpt dlm kitab2 ulama melayu spt faridah faraid krgn Al-allamah Syeikh Wan Ahmad Zain Fathani dan kitab2 krgn Al-allamah syeikh Wan Daud b. Wan Abdullah pngarang kitab Musalli, Al-allammah Tuan Minal. Abd. Samad Al-pelembangi, Al-Sumbawa dlm kitab sirajul huda dan lain-lain banyaknya, dimana kitab2 trsbt bersandarkan kpd kitab2 ulama muktabar Asyairah dan Maturidiyah. Penyair arab bermadah, bermaksud… “Amboiii…alangkah sahnya (tahqiqnya) keilmuan mereka2 yg silam…..”
        Wallahu,alam…..

      • Saya baru membaca tulisan ustaz Din Langgar, tapi tak dan nak peratikan secara keseluruhannya dengan baik yakni nanti saya perhatikan balik. Dengan merujuk sekelian kitab yang disebutkan dalam tulisannya,
        Seperti mana perselisihan antara imam Ahmad, abu hatim arrazi dan karabisi dengan imam Bukhari mengenai kalam ini yang menyebabkan peetembungan antara mereka . Wallahuaalam.

    • saudara kata, kitab2 langit itu adalah terjemah dr kalam yg azali,
      maka allah berkata2 dan dari kata2 nya itu ada murod dan kehendak2 yg berbeza2?

      gtu ke?

      • kenapa kita takut nak letak nama sebenar, sehingga mendatangkan gelaran2 yang menjadi sesuatu itu samar dan ditolak oleh muhaddithin bila gelaran yang digunakan membawa kepada Shaz orang yang yang berkata2.

        Masaalah ini Boleh Rujuk Dalam Kitab Durrut Thamin.

        fahami :
        kalam Qadim.
        kalam Nafsi.
        Kalam Masdari.
        kalam Lafzi.
        Wallahuaalam.

        kena tallaqqi pengajian tauhid ni, dengan hanya membaca mumkin ada sedikit kecelaruan dalam berfikir.

        wallahuaalam.

  105. Assalamualaikum Ustaz. mohon penjelasan ustaz serta dalil2 hukum perempuan yg bersukan contohnya menyertai sukan permainan atau lumba lari ( contoh acara lari 100 meter atau sukaneka , bola jaring, bola tampar dan sebagainya) yg boleh dikatakan semua sekolah di Malaysia ini menjalankan program sukan seperti ini. Sy harap ustaz dpt memberi penjelasan ini agar dpt sy sampaikan pihak atasan,kepada rakan- rakan serta dapat mengambil tindakan yg sewajarnya (mengikut syariat Islam) dalam hal ini. Mudah-mudahan dengan penjelasan ustaz nanti dpt sy memberi penjelasan yg jelas dan mantap kepada mereka.

    • Firman تعالى الله di dalam surah Al ahzab ayat 33

      وقرن في بيوتكن ولا تبرجن تبرج الجاهلية الأولى
      Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu;

      Berkata Al-Qurtubi:

      معنى هذه الآية الأمر بلزوم البيت, وإن كان الخطاب لنساء النبي صلى الله عليه
      وسلم فقد دخل غيرهن فيه بالمعنى. فأمر الله تعالى نساء النبي صلى الله
      عليه وسلم بملازمة بيوتهن, وخاطبهن بذلك تشريفا لهن, ونهاهن عن التبرج.
      Makna ayat ini menyuruh kaum perempuan sentiasa berada di rumah, walaupun ayat ini dituju kepada isteri-isteri nabi adalah sekalian perempuan termasuk di dalam makna ayat ini.

      Maka Allah menyuruh mereka itu tingal di rumah kerana hendak memuliakan mereka itu. Allah juga melarang mereka tabarruj yakni berhias bukan kerana suami,

      Berkata Ibnu Katheer

      قوله تعالى: “وقرن في بيوتكن “أي الزمن بيوتكن فلا تخرجن لغير حاجة
      Firman Allah “وقرن في بيوتكن ” ertinya hendaklah mereka itu sentiasa berada di rumah maka mereka itu tidak dibenarkan keluar kecuali perkara yang penting.

      Telah bercerita Sa’lab dan lainnya:

      أن عائشة رضي الله عنها كانت إذا قرأت هذه الآية تبكي حتى تبل خمارها.
      Sesunguhnya Aisyah menangis apabila dibacakan ayat ini kepadanya sehinga basah tudung kepalanya.

      Telah berkata orang yang meriwayatkan cerita ini:

      فوالله ما خرجت من باب حجرتها حتى أخرجت جنازتها. رضوان الله عليها.
      Demi Allah tidak keluar Aisyah dari pintu biliknya sehinga dikeluarkan mayatnya.

      Berkata Ibnu A’tiyyah:

      بكاء عائشة رضي الله عنها إنما كان بسبب سفرها أيام الجمل, وحينئذ قال لها عمار:
      إن الله قد أمرك أن تقري في بيتك.
      Aisyah menangis kerana musafirnya pada hari perang jamal, yang mana telah berkata Ammar kepadanya “sesungguhnya Allah telah memerintahkan kamu tinggal tetap di rumah.

      Adakah boleh orang yang dilarang keluar dari rumah memperagakan diri di hagapan orang ramai untuk bersukan. والله اعلم

  106. Ustaz tolong jelaskan hukum ttg permpuan yg belum baligh dan baligh menari dpn suami, dpn mahram dan bukan mahram.

    • Haram di atas perempuan baligh menari dihadapan bukan mahram.
      Harus bagi perempuan baligh menari dihadapan suami dan mahram.
      Yang bukan mahram melihat tarian kanak-kanak yang dah sampai had diinginkan adalah haram, dan wajib atas wali mengajar adab kanak-kanak yang dah sampai had diinginkan, supaya tidak menari dihadapan bukan mahram.
      adapun kanak-kanak yang belum sampai had sahwat/diinginkan tidak mengapa menari dihadapan bukan mahram. والله اعلم

  107. Assalamualaikum ustaz, Nak tanya satu soalan. Apakah wajar dan bagaimanakah hukumnya bagi sesebuah masjid menganjurkan kuliah ilmu sebelum khutbah jumaat. Ini kerana, saya difahamkan terdapat satu hadis dari junjungan kita yg melarangnya atas alasamn menganggu jamaah yg sdg berzikir.

    • Sekiranya kuliah itu fardu ain atau fardu kifayah maka harus dilakukan.

      • Jadi benarkah ada hadis yg melarang kuliah sblm jumaat tu. klau ada, minta tlg jasa baik ustaz melampirkannya. Dan jika diharuskan, atas apa hujjah yg mengharuskannya jika ada hadis yg melarangnya. Terima kasih pada ustaz atas kelapangan masa ustaz. Moga Allah membalasnya dgn ganjaran yg besar, InsyaAllah.

      • Pada masa sekarang manusia sibuk dengan perkerjan masing sehinga tidak ada masa hendak menuntut ilmu, mereka ke masjid hanya pada hari jumat, sebagai orang yang alim wajib menyampaikan hukum halal haram dan sebagainya pada jemaahnya dan banyak hadis mencela orang alim yang tidak menyampaikan ilmunya.
        adapun hadis:
        نَهَى النبي صلي الله عليه والسلم عَنِ التَّحَلُّقِ قَبْلَ الصَّلاةِ يَوْمَ الْجُمُعَةِ
        Telah menegah nabi صلي الله عليه والسلم daripada buat halakah/Lingkungan sebelum sembahyang pada hari jumat, maka sebabnya adalah sahabat apabila masuk kedalam masjid pada hari jumat dan bertemu diantara mereka, merekapun buat halakah kerana adat tidak buat halakah mereka melainkan pada hari jumat maka keluar nabi untuk berkutbah sedang mereka masih di dalam halakah halakah yang bercerai.

  108. salam ustaz,

    1.ini petikan dari kitab mustadrak sohihain, kitab fitan wal mulaahim, ان البحر هو جهنم:

    terdapat kata ini:
    وَقَدْ قَدَّمْتُ الرِّوَايَةَ الصَّحِيحَةَ أَنَّ جَهَنَّمَ تَحْتَ الْأَرْضِ السَّابِعَةِ .
    adakah wajib kami i’tiqad bahawa neraka jahannam itu di bawah lapisan bumi ketujuh?

    2. dan terdapat dlm kitab firq bainal firaq imam albahgdadi sebut bahawa telah ijma’ bahawasanya bumi itu tidak bergerak.

    maka adakah wajib juga kami beriman bumi itu tidak bergerak dan sains itu yg sebenarnya salah?

    3. apakah pula yg dikatakan aqal dan naqal itu tidak bercanggah?

    harap ustaz dapat bantu saya yg bingung ini..
    terima kaih..
    barakallah

    • Berkata Ibnu Kasir di dalam kitab البداية
      معنى كون البحر جهنم :” أن البحر يسجر يوم القيامة و يكون من جملة جهنم ”
      makna laut itu adalah jahanam, iaitu laut akan dijadikan kayu api pada hari qamat, maka adalah ia dari jumlah jahanam.
      Berkata sebahagian ulama “maknanya hendaklah dipakai makna zahir, dan sesunguhnya Allah kuasa atas tiap tiap suatu.
      solan saya akan jawab ان شاء الله

  109. ﻪﺘﺎﮐﺭﺑﻮ ﷲﺍﺔﻣﺣﺭﻮﻡﮑﻴﻟﻋﻢﻼﺳﻟﺍ
    بسم الله الرحمن الرحيم

    Terima kasih atas jawapan ustaz bagi soalan saya yang telah lalu.
    Maaf kerana ada lagi kemusykilan yang saya belum jumpa dlm kitab jawi.
    Mohon ustaz dapat berikan jawapan atas kemusykilan saya seperti berikut.

    1. Adakah harus solat jamak dan qasar bagi orang yang bekerja mencari nafkah hidup seperti pemandu bas dan lori. (setiap hari).Jika harus , bermaksud harus juga meninggalkan Jumaat jika keluar ia sebelum fajar hari Jumaat.

    2. Bagaimanakah hukum memakai emas putih bagi lelaki. (Saya tidak pasti adakah emas putih ini emas dalam erti sebenarnya)

    Sekian.

    ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍﻭ

    • 1. harus pemandu bas atau lori sembahyang jamak kasar sekiranya perjalanannya mencukupi syarat jamak kasar, dan harus mereka itu meningalkan jumat apabila keluar sebelum terbit fajar hari jumat.
      2. kata setengah orang emas putih itu platinum sekiranya begiyu harus memakainya dan kata setengah orang emas putih adalah campuran emas dengan logam lain jika begitu maka haram memakainya. والله اعلم

      • jwpan utk soalan 2:

        Hal emas ini kena ditanya kepada tukang emas atau yang pakar tentang emas. Hasil kajian menunjukkan emas putih adalah jenis logam yang sama dengan emas kuning, berbeza sedikit emas putih ini terdapat campuran logam berwarna putih. Justeru, tetaplah ianya emas dan dihukumkan seperti emas jua. Wallahua’lam.

  110. Assalamu’aalaikum us, saya ade mendengar bahawa jika meninggal dunia seseorang Islam, wajib kita qodo dan bayarkan fidyah puasa dan fidyah sembahyang bagi si mati.

    soalannya, saya tidak tahu bagaimanakah nak melaksanakan fidyah2 ini jika tidak diketahui bilangan hari puasa dan solat yang ditinggalkan oleh si mati.

    • Kaul muktamad mazhab Syafie wajib qada atau bayar fidyah bagi orang mati yang meningalkan puasa.
      Adapun sembahyang tidak diqada atau dibayar fidyah, Kata setengah ulama hendaklah diqada atau dibayar fidyah dan telah memilih Syeh Subki akan perkataan ini dan dia memperbuat bagi kerabatnya.
      Cara yang paling mudah dikira dari umur balig hinga mati dibayarkan fidyah setiap satu sembahyang atau sehari puasa secupak atau cuba ingat bilakah si mati mula melakukan sembahyang maka hendaklah dikira dari balig hinga dia mula sembahyang. والله اعلم

  111. Assalamu’aalaikum us,

    Us saya nak ucap terima kasih banyak2 pada us kerana banyak menjawab masalah dan soalan2 saya, maafkan saya us kerana banyak bertanya. Ini kerana saya kurang pengetahuan tentang hukum hakam.

    Blog us banyak beri pengetahuan pada saya. jawapan2 yang us berikan pun banyak menjelaskan saya. terima kasih banyak2 us. hanya Allah yang boleh blas jasa us.

    Minta us doakan saya menjadi seorang yang beragama yang mencintai Islam. Semoga Allah memberkati us dunia dan akhirat.

  112. salam ust,

    adakah benar bahawa makhluk pertama yang dicipta adalah nur muhammad? ada yg mengatakan ini adalah tidak benar dan sekiranya ada hadis menunjukkan dalilnya, hanya dhoif sahaja

    padahal hal2 i’tiqad ini tidak diterima akan hadis dhoif.

    dan ada pula yg mengatakan makhluk pertama yang dicpta adalah air.

    harap ust dapat menjawab persoalan saye…

  113. Saya ada satu kemusykilan ustaz. Ianya berkenaan satu hadis dimana Rasulullah s.a.w dan para sahabat balik daripada berjihad dalam satu peperangan dan baginda bersabda jihad yg terlebih besar adalah jihad melawan hawa nafsu.
    Soalan pertama saya, Adakah jihad selain dari melawan hawa nafsu sdh menjadi keutamaan kedua?
    Soalan kedua, Adakah benar seperti yg didakwa oleh Assyahid Hassan Al-Banna bahawa ianya bukanlah hadis sebenarnya tetapi merupakan kata2 sahabat sahaja?
    Terima kasih pada ustaz atas keperihatinan ustaz dlm menjawab segala kemusykilan.

    • رجعنا من الجهاد الأصغر إلى الجهاد الأكبر
      Kembali kami dari jihad yang kecil kepada jihad yang besar. Hadis ini dikeluarkan oleh Sayuti di dalam kitab الجامع الصغير Al-Jamiul Sagir daripada hadis jabir dan mengisyarat Sayuti dengan daif hadis ini.
      Telah bertanya sahabat apa jihad akbar baginda menjawab melawan hawa nafsu maka ia adalah sebesar besar jihad kerana jihad berperang melawan kufar fardu kifayah sedangkan jihad melawan hawa nafsu fardu ain dan sekiranya seorang itu tidak dapat melawan hawa nafsunya sudah tentu dia tidak boleh pergi berperang melawan kufar.
      Walaupun hadis ini daif tetapi maknanya sah kerana ada nas dari al-Quran.
      وجاهدوا في الله حقَّ جهاده} [الحج: 87}
      أي جاهدوا أنفسكم في طاعة الله وردها عن الهوى

      • Selain dari itu ada makna tersirat yang perlu difahami daripada kata-kata Rasulullah tersebut iaitu: Apabila kamu pulang dari perang, kamu baru sahaja balik, dan menang, maka kamu harus jaga hati kamu. Biasanya balik perang dan menang, maka akan timbul pada diri sombong, riyak, bangga diri, ujub dan berbagai macam rasa hebat diri sehingga boleh menjadi kita syirik dengan Tuhan. Maka inilah perang yang lebih besar, melawan nafsu jahat itu yang sangat mahu mengajak pada kejahatan diri. Mahu kita mensyirikkan Tuhan. Mahu merasa kehebatan diri. BAgi Rasulullah perang lahir itu walaupun dah teruk, tapi yang melawan perasaan ini lagi teruk. Lagi hebat. Jangan sampai kalah kita dalam melawan nafsu kita.

      • Terima kasih pada Ustaz dan tuan editor atas jawapan itu. Moga Allah sahaja yg dpt memberi manafaat yg hakiki pd ustaz. Jazakallah….

      • Cuma saya keliru sikit dgn jawapan ustaz. Adakah benar berjihad melawan kufar itu hanya setakat fardhu kifayah sahaja. Dan bagaimana pula dengan kaum munafikin yg tidak mau menjalankan undang2 islam? Adakah melawan mereka ini bukan satu jihad? dan bagaimana pula hukum fardhunya jihad tersebut. Harap ustaz dpt memberi penjelasan lanjut kerana ramai yg menafsirkan jihad tersebut wajib bagi seseorang muslim seperti kata nabi. jika nampak kemungkaran hendaklah kamu tegahnya dengan perbuatan dan seterusnya. T.Kasih

    • Jihad:
      Melawan Munafik:
      Munafik ada dua pecahan:
      1> Munafik Iktikadi.
      2> Munafik Amali.

      Munafik Iktikadi kekal Dalam neraka jika mati dalam demikian hal tanpa taubat.
      Munafik Amali iaitu yang biasa di bacakan hadis ” Alamat Munafik itu tiga…………………..”

      Jihad dengan Munafik Iktikad itu ada kaifiatnya yang boleh didapat dalam kitab almaghazi.
      Jihad dengan Munafik Amali itu ada caranya…….
      Rujuk Tafsir Ibnu kathir. Jld 1

      Sayyid Ramadhan alButi dala Fikhus Sirah:
      Jihad 2 bahagi:
      1> Jihad menegakan negara islam.
      2> Jihad menegakan masyarakat islam.

      Rujuk Kitab Fekh sirah. jld 1

      Jihad Wajib Ain jika Musuh memerangi negara kita.
      Jihad Fardhu Kifayah jika negara islam lain diserang oleh musuh dan negara itu memerlukan bantuan.

      Rujuk Kitab Ahkam Jihad.

      • T.Kasih ustaz.

  114. 1. Ketika jenazah diangkat atas keranda sebelum melangkah untuk dibawa kemasjid utk disembahyangkan ada waris ucapkan terima kasih dan memberitahu hadirin yg hadir sekiranya si mati ini ada berhutang dan sebagainya adakah ada dalam ajaran Islam. Jika ada apakah hukumnya. Jika tiada apakah hukumnya.

    2. Apakah amalan langkah tiga langkah, berhenti setiap langkah lalu membaca fatihah bagi setiap langkah ketika mengusung jenazah untuk dibawa kemasjid terdapat dlm ajaran Islam.Jika ada apa hukumnya. Jika tiada apa hukumnya.

    Saya mohon penjelasan Ustaz tentang 2 perkara tersebut.

  115. salam ust,

    ade sorang kawan saye ni, dye ingkar رؤية الله pada hari akhirat nnt, dye kata ayat الى ربها ناظرة tu ade takwil dgn makna lain, *saya pun x igt… Dan dia kata ada di dalam kitab tafsir

    adakah btol kata ini?

    • Mazhab ahli Sunnah antaranya Abu hasan Asaary dan Abu mansur alMaturidiyah dan lainnya. mengatakan tuhan boleh dilihat diakhirat dengan dalil alquran dan sunnah.
      adapun mereka yang mengatakan Allah tidak Boleh dilihat pada hari kiamat iaitu mazhab Muktazilah begitu juga ketiadaan sampai doa orang hidup kepada simati juga fahaman mazhab Muktazilah yang menjadi ikutan Wahabiyul di malaysia.

      • adakah muktazilah ini kufur?
        adakah sahabat sy itu telah kufur ust??

        hrp dapat menmjawab…

        ada seorang kawan saya dye tny saya, selama ini, saya percaya tuhan itu di atas langit, jadi adakah saya telah kufur dan solat sy dulu tidak sah??
        -saya jawab x sah dn kamu kene mengucap balik, betol ke tindakan saya ini ust??

        harap dpt bantu

    • Imam Nawawi, Orang yang mengatakan Tuhan diatas Arash tanpa menyamakan tuhan dengan makhluk hukumnya haram…. Duruth Thamin.

      Muktazilah Ijmak ahli Sunah tidak Kafir tetapi akidahnya fasik………… faridah faraeid dua muka surat lagi nak habis.

  116. us, boleh saya minta panduan us tentang bagaimana mendidik anak2 yang nakal. ada tak doa2 atau cara Nabi SAW mendidik anak2 kecil ini.

    Us, boleh tak kita memukul dan memarahi anak kecil berumur 4-6 tahun kerana tidak mengikut arahan ibubapa seperti membaca buku, makan berterabur dan lain2.

    • Cuba lihat dalam kitab Siyarus salikin bagi Syeikh Abdus Samad alpelembani dalam juzuki yang ketiga muka surat 22 cetakan almaarif sendirian berhad. tk wslm.

  117. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
    هل تعرفون الشيخ عبد الله الهرري الحبشي؟

    Do you know Al-Sheikh Abdullah Al Harari?

    بارك الله بكم

  118. salam…nak tanye camne laki2x lau pakaianye ketat?
    sehingga menampakkan susuk badan yg keterlaluan…

  119. Salam. Benarkah Ungkapan’ Tuntutlah ilmu walau sampai kenegeri cina’, ‘Tuntutlah ilmu dari buaian hingga keliang lahad’ bukan dari hadis nabi?
    Benarkah nabi pernah minum berdiri dan dakwaan minum berdiri itu adalah makruh adalah salah?

    • Tuntutlah Ilmu sekalipun diCaina:
      hadis ini didapati dalam kitab Jamik As Shaghir bagi Imam AsSuyuti ms 44: Hadis Dhaif> rujukan Kitab Mizan 421, lisan Mizan jld 1 no hadis 2611; jld 6 hadis 1090, banyak rujukan kesemuanya dari Anas bin Malik.

  120. ustaz saya mengajar(agama) dari semenjak zuhur hingga pukul 6-30 ptg.Jadual pembelajaran pula sgt ketat.Tak de rehat.Kalau saya berhenti solat Asar sekurang-kurangnya satu maddah akan tertinggal pd tiap-tiap hari.Selepas pukul 6-30 saya kena ambil anak yang di bawah jagaan pengasuh dan isteri yang pulan dari kerja.Kena ambili cepat tu ustaz sebab dah nak ke malam.bimbang isteri tunggu sorang-sorang kat tempat kerja.Boleh tak kalau solat Asar saya jama’ taqdimkan ke waktu zuhur utk mengelakkan kekelamkabutan ini?

    • Jamak dalam mazhab Syafie hanya pada ketika musafir yang jauh perjalanan atau hujan dengan itu tidak harus jamak seperti masalah saudara. Saya rasa saudara sempat menunaikan sembahyang asar dalam waktunya memandangkan masa sembahyang tak berapa lama. والله اعلم

  121. ustaz, adakah sah seseorang yg bersolat dgn kain yg ada lubang kecil akibat tersangkut kawat berduri yg tidak menampakkan kulit auratnya sepintas lalu,tetapi boleh nampak jika diteliti betul-betul.

    • Tidak sah sembahyang dengan kain yang berlubang yang kecil yang berbetulan pada aurat di dalam sembahyang sekiranya dilepaskan jarum, jarum itu akan lalu dengan tidak perlu ditekan. adapun lubang yang kecil yang dilalukan jarum dengan tekanan maka sah sembahyang dengannya. dikehendaki dengan jarum jarum tangan untuk jahit pakayan.
      والله اعلم

  122. assalamualaikum ustaz….ana ada soalan nak d ajukan kpd ustaz…apakah kesan kedatangan islam di mekah,,perubahan kepada masyarakat dan tamadun arab secara amnya..

  123. ustaz,ap hukumnya memakan daging tupai dan belangkas.Saya keliru kerana ramai org bersalah-salahan pendapat dalam soal ini

    • Di dalam kitab sabilal muhtadin disebut tentang haramnya di dalam laut dan juga hidup di darat seperti belangkas. Juga disebut dalam kitab itu tentang haramnya memakan tupai, wallahua’lam.

  124. salam ustaz. saya nak bertanya, berapakah jumlah keseluruhan hadith dalam sohih bukhari dan juge sohih bukhari, bersama rujukannya. juge jumlah yg tiada tikrar dan muallaq.
    Juge, apakah pendapat ustaz ttg Prof Dr Muhibbin yang mengatakan terdapat hadis palsu dan lemah dalam Sahih Bukhari???

  125. salam ustaz. saya nak bertanya, berapakah jumlah keseluruhan hadith dalam sohih bukhari dan juga muslim. juga, jumlah hadith yang tiada tikrar dan yang muallaq, bersama rujukannya.
    satu lagi, berkenaan pendapat Prof Dr Muhibbin yang mengatakan terdapat hadis palsu dan lemah dalam Sahih Bukhari, apa pendapat ustaz?

  126. assalamua’laikum ustaz,

    saya ada satu kemusykilan yang ingin saya ajukan kepada ustaz. bagaimana seseorang hamba itu boleh mengetahui bahawa Allah itu menyayanginya atau memurkainya? adakah sebarang tanda yang jelas yang boleh dilihat pada diri hamba itu?

    • Tanda hamba yang Allah kasih ialah hamba itu akan suka buat kebajikan dan menjauhkan kemungkaran sementara hamba yang Allah murkai dia tidak mahu berbuat kebajikan dan suka berbuat masiat. والله اعلم

      • Guruku ada memberitahu tanda seorang hamba itu mendapat pandangan dan kasih sayang Tuhan ialah mereka itu biarpun sudah solat, puasa dan mengerjakan suruhan Tuhan, tapi sering diuji dengan sakit, cacian manusia atau kemiskinan.

  127. saya nak kenunaikan zakat kwsp.
    bolehkan saya berikan semua jumlah zakat itu kepada 2 orang adik saya yg sedang belajar dipondok atas asnaf fi sabilillah atau sy memberi 1/3 melalui pejabat agama dan 2/3 lagi kpd 2 orang adik sy itu.
    Mohon penjelasan ustaz.

    • Menurut yang muktamad mazhab Syafie zakat hendaklah diberikan tiga orang pada setiap asnaf kecuali amil maka amil diberikan seorang sahaja jadi keseluruhan 21 orang.
      Ada pendapat yang menyatakan boleh diberikan kepada seorang sahaja, dan para ulama mengharuskan bertaklid/mengikut dengan pendapat ini. والله اعلم

      • 1. Mohon Ustaz jelaskan golongan yg termasuk dalam makna fisabilillah.
        2..Adakah pelajar pondok termasuk dalam asnaf fisabilillah?

      • Boleh juga atas asnaf miskin bagi pelajar itu kerana disibukkan dengan belajar dan tiada masa untuk mencari nafkah menanggung penghidupannya.

      • Adakah maksud Ustaz diberi kepada seorang sahaja dari setiap asnaf? jadi perlu diberi kepada 7 orang.
        atau maksud ustaz hanya seorang sahaja dari asnaf yang 8, maksudnya 1 orang sj.

      • Diberi kepada seorang sahaja daripada keseluruhan asnaf.

    • Pelajar pondok hanya boleh makan zakat atas nama fi sabilillah sahaja, miskin tak masuk jika ditanggung oleh sesaorang. adapun yang miskin yakni tiada bantuan dari mana mana pihak dia boleh dua asnaf.

  128. salam.. ustaz,
    saya pelajar University Yarmouk, tahun 1, Bahasa Arab.

    saya ada soalan tentang bab ‘maksum’ para nabi,

    terdapat beberapa pendapat ulamak berdasarkan bacaan saya,
    1) mustahil berlaku pada para nabi dan rasul dosa besar, dosa kecil, perkara makruh, dan khilaful awla sekalipun. kerana sekiranya berlaku perkara2 ini pada para nabi dan rasul nescaya kita disuruh ikut… الخ

    2) Syeikh Abdullah al-Harary kata dalam kitab syarah aqidah tohawiyyah pula:
    harus sahaja bagi para nabi jatuh kepada dosa kecil yg tiada khissah padanya
    (يجوز وقع عليهم الصغائر ما فيها خسة)
    dan dalam masa yg sama, beliau mengradd kata yang pertama(1) tadi dengan katanya:
    وأما ما احتج به المخالفون مستدلين بقولهم بأنه لو كان يجوز منهم ذنب لكان مأمورين باتباعهم في ذلك، ولا يأمر الله بالاتباع في معصية. فالجواب عنه أنهم ينبهون فورا فيتوبون منها قبل أن يقتدي بهم أحد، فزال المحطور بذلك وتعلق بذلك بعض متأخري الاأشاعرة فبالغوا في ذلك حتى قالوا : لا يجوز أن يقع عليهم المكروه أيضا، وليس هذا الا غلوا، والغلو منهي عنه. اه..
    kata ini mengradd kata (1) tadi. dan pendapat pertama itulah yg diperpegang oleh kitab2 jawi dan juga Mufti Jordan pada syarah Jauharah Tauhid.. dan Mufti Jordan dan beberapa lagi ulamak sunni di Jordan ini yg cukup tidak bersetuju dgn Ahbash Harariyyin..

    harap ust dapat jawab kemusykilan saya, klu saya tny Salafi yg cukup byk di Jordan ni lg berat jawapan dorang.. huhu

    jawapan ustaz saya amat hargai,
    syukran

    • Makluman saya mereka yang mengatakan berlaku dosa kecil atas Nabi dan rasul itu fahaman mazhab Muktazilah, wallahuaalam.

    • cuba tengok cetakan yang pertama mumkin ada gugur kalimah sebelum lafaz يجوز dan sebelum lafaz وقع sebab macam ada sesuatu yang tak kena daripada sudut tarkib kalam. wallahuaalam.

  129. Soalan tentang asnaf zakat fisabilillah.
    Mohon ustaz jelaskan:
    1. Maksud asnaf fisabilillah.
    2. Adakah pelajar pondok boleh dikategorikan sebagai fisabilillah?

    • Asnaf Fi sabilillah:
      ada mereka yang menafsirkan dia dengan al Ghuzah ( tentera ) yang tidak ada bagi mereka itu habuan yang ditentukan dalam dewan gaji maka diberikan kepadanya satu bahagian daripada harta zakat sekalipun mereka kaya atas tujuan membantu mereka bagi persedian peperangan seperti mana tafsiran Fukaha mengikut firman Allah taala (وفى سبيل الله) bila kita lihat perkataan Ibnu Athir dalam nihayat sabilillah iaitu tiap amalan yang ikhlas yang boleh menyampai dengan dia kepada taqarrub kepada Allah taala dengan ragaman taat dan qurabat atas bahawa sanya sabilillah tiada dinaskan dalam pada jihad semata2 dan tiada zahir padanya seperti mana tiada kesunyian atas mereka yang mengamati usul fekhdan tiadak kuasa atas seoarang pun yang boleh mandatangkan dengan nas quran dan sunnah bahawa sabilillah iaitu nafkaf atas mujahiddin tidak selain mereka itu selama2nya selain daripada athar maukufah atas salaf yang bukan setenagh daripada dalil dan tidak pula qatie, dan sesungguhnya kalimah amm wajib oleh mengekalkan dia atas umumnya sehingga datang ayat yang mentakhsiskan dia. dan kerana ketiadaan mukhasis maka umum pada setiap barang yang boleh mendekatkan diri kepada Allah dan yang mengkuatkan agamanya dan syariatnya. seperti membina madrasah, pelajar ugama yang belajar kerana Allah bukan kerana sijil dan selainnya yang zahir ikhlas. wallahuaalam. intaha Mauezatul Mukminin. ms55

  130. salam ust,
    mohon izin untuk bertanya,

    dalam kalangan para ulamak, ada antara mereka yang membuat zikir2 dan wirid tertentu yg tidak warid dari hadis…
    persoalannya, mana yang lebih afdhal untuk diamal, zikir yg warid dari nabi seperti ma’thurat dan ratibulhaddad atau zikir2 yang lain?

    mohon penjelasan
    terima kasih

  131. salam ust,
    mohon izin untuk bertanya,

    dalam kalangan para ulamak, ada antara mereka yang membuat zikir2 dan wirid tertentu yg tidak warid dari hadis…
    persoalannya, mana satukah yang lebih afdhal untuk diamal, samada zikir yg warid dari nabi, seperti ma’thurat dan ratibulhaddad atau zikir2 yang lain?

    mohon penjelasan
    terima kasih

    • Diam kita dengan apa yang diajar oleh Nabi itu adalah yang sangat dituntut boleh rujuk zikir2 ini dalam kitab Al Azkar bagi Imam Nawawi.
      adapun zikir ratib Haddad boleh diamalkan dengan sebab semuanya datang daripada Nabi saw cuma cara dia menyusunnya menjadi kecelaruan atas orang awam untuk mengetahuinya sebab tu mesti ikut sanadnya yang betul biasanya amalan seperti ini banyak ganguannya dan bagi mereka yang sudah selesai mengamalkan azkar nabawiyah seperti dalam azkar an nawawi,
      dalam hikam melayu: bagi ahli tharik ini tiga adab:
      1 Adab Syariat.
      2. Adab khidmat.
      3. Adab al Hak.
      cuba huraikan tiga adab ini.
      kalau boleh baru beramal dengan zikr selain diajar Nabi saw.
      wallahu aalam.

  132. Assalamualaikum..
    Ustaz, saya ingin bertanya tentang cara2 mengerjakan solat istikarah.pada waktu bila kita harus berdoa meminta petunjuk tentang pilihan yg seharusnya di pilih. jika solat hajat, mengikut amalan dan pengetahuan saya, doa ketika sujud yg terakhir.

    2) Saya juga ingin mengetahui cara2 mengerjakan solat sujud taubat yg sebenar2nya agar diterima Allah swt, di ampunkan dosa dan agar tidak berlaku aib perkara berbangkit terhadap dosa yg pernah dilakukan ketika di dunia mahupun di akhirat.

    3) Bagaimanakah utk mendapatkan doa yg makbul dan diterima Allah. saya sgt byk perkara yg di inginkan dalam hidup, impian yg belum terlaksana dan sbgnya. Adakah Allah akan memberi segala yg saya mahukan walaupn saya ini insan yg lemah lg berdosa. namun jika tidak pada Allah pada siapa lagi harus saya pohon

  133. Baru2 ini kita dikejutkan dgn perkahwinan orang dewasa dgn kanak2. Persoalan saya. Apa pandangan ulama islam berkaitan perkara ini. Kekeliruan timbul apabila ianya dikaitkan dgn sunnah nabi junjungan kita. Wallahua’lam.

    • Harus orang dewasa menikahi kanak-kanak dan itu lah yang telah dilakukan oleh nabi terhadap sadatina A’isyah. والله اعلم

      • T.Kasih, Jazakallah…

  134. 1 ) Apa hukumnya bila pelakon-pelakon mengunakan nama Allah subhanahuwataala tetapi hanya lakonan,contohnya dia mendoakan ibunya tetapi itu haqnya belakon bukan ibu betul tapi dia mengunakan nama allah.

    2 ) Pelakon-pelakon berlakun di atas kubur ,berdoa , menangis sedangkan mereka hanya berlakon. berlakon berdoa. menangis terhadap si mati kononya ibu mereka atau bapa mereka.

    3 ) Apa hukumnya menikahkan seseorang dengan mengunakan ayat nikah betul sedangkan mereka hanya berlakon, siap mengunakan ayat-ayat al quran lagi.
    (tranungkite)

  135. بسم الله الرحمن الرحيم
    ﻪﺘﺎﮐﺭﺑﻮ ﷲﺍﺔﻣﺣﺭﻮﻡﮑﻴﻟﻋﻢﻼﺳﻟﺍ

    Minta penjelasan tuan tentang seseorang yg memberikan zakat kpd seorang yg lain yg bukan dari negri itu seperti kita berikan zakat kepada tuan guru / penuntut ilmu yg datang ke tempat kita dari negara luar seperti Pattani misalnya. Kerana menurut pemahaman saya tidak harus dipindahkan zakat ke negeri yg lain selain Mekah dan MAdinah.

    ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍﻭ

    • apabila zakat dikeluarkan di tempat wajib zakat maka sah zakat itu sama ada diberikan kepada orang tempatan atau orang luar. والله اعلم

  136. salam
    minta jawapan dan keterangan ust,

    apa hukum menyambut harijadi seseorang samda masihi atau hijri?

    sesetengah orang mengatakan ini meniru budaya kristian, maka ianya haram…

    bagaimana pula dgn meniru budaya kafir. budaya yg bagaimana yg dikira haram? adakah dengan pakaian atau adat atau yg lain??

    terima kasih

    • Dalam Islam ada tuntutan menyambut hari kejadian, seperti menyembelih korban itu termasuk maraikan hari kelahiran sebab itu kita lihat falsafah atau tujuan antaranya mensyukuri nikmat kita masih dihidupkan. maknanya teknikal menyambut hari kelahiran yang tidak mengikut cara islam bukan tiada program menyambut kelahiran, wallahuaalam. wahbah azZuhaili dalam kitab fekh islami wa adillatuhu.
      bab korban.

  137. Ustaz, boleh tak ustaz terangkan dari hal doa,yg berbunyi “Allaahumma laa taj’alna fitnatal lil qaumizh zholimiin”.
    Bagaimana caranya seseorang itu dapat menjadi fitnah bagi org yg zalim.

    • فَقَالُواْ عَلَى ٱللَّهِ تَوَكَّلۡنَا رَبَّنَا لا تَجۡعَلۡنَا فِتۡنَةً۬ لِّلۡقَوۡمِ ٱلظَّـٰلِمِين
      Lalu mereka (kaum Nabi Musa) berkata: “Kepada Allahlah kami bertawakkal! Ya Tuhan kami; janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang’zalim surah Yunus ayat 85
      Maksud ayat ini ya Tuhan kami jangan lah Engkau menolong mereka kerana itu akan menjadikan fitnah bagi kami dalam beragama.

  138. Salam, Nak tanya sikit ustaz. Apa itu fiqh almualawiyat?

  139. salam,
    ust,

    riya ni dosa ke?
    ade org kate x dosa, hanya setakat amalan yg kita buat tu x dpt pahala

    trimas

    • Saya nak tanya riya tu haram ke tidak?
      Kalau tak haram tidak berdosa, kalau haram berdosa.
      cuba jawab soalan saya.

  140. Salam, Jom heboh di kelantan. Alasan, dakwah dan ekonomi. Soalan. Relevan kah?

    • Tak Relevan

      • Tapi jika tidak silap saya segalanya terkawal mengikut tuntutan syariat dakwanya. Dari penyanyinya (lelaki shj) hinggalah kepada kawalan penontonnya. Minta penjelasan ustaz apa yg menyebabkan ianya tidak relevan. T.kasih

  141. sambutan maulid al-Rasul berbeza sambutannya di Malaysia. Boleh komen sambutan tersebut. ada kawan-kawan saya yang menuduh majlis seumpama di Indonesia itu adalah bidaah. Boleh bagi rujukan dan sumber yg dapat saya menyangkal tuduhan mereka.

  142. salam.
    ape hukum pkai rantai @ gelang yg bukan emas dan perak bg lelaki?
    umpama buat biji tasbih jadi rantai ke…

    • Haram atas lelaki memakai rantai atau gelang kerana menyerupai lelaki والله اعلم

  143. Ustaz saya nak dapatkan penjelasan dan pandangan mengenai masalah yang akan saya kemukakan ini, saya harap ustaz boleh bagi pendapat dalam mazhab syafie dan pendapat mazhab yang tiga lagi…

    Persoalan;

    Adakah kaum lelaki yang pergih ke suatu pulau pada pagi jumaat untuk sesuatu program (nanti dibawah akan dijelaskan tentang tujuan program tersebut), termasuk golongan yang diharuskan oleh syara’ untuk meninggalkan solat jumaat?

    Maklumat;

    a)Jarak perjalanan dari tempat tiggal atau tempat bertolak ke Pulau tersebut ialah 33.13 km, iaitu Jarak dari tempat bertolak ke Jeti untuk naik bot ialah 18.19km dan jarak dari Jeti dengan tapak aktiviti di pulau tersebut melalui jalan laut, ialah 14.94 km. Jumlah keseluruhan perjalanan 33.13 km.

    b) Perjalanan dari tempat bertolak di mulakan pada pagi jumaat, kira-kira 8 pagi. Berada di pulau tersebut 3 hari, 2 malam. dan tiba di pulau tersebut sebelum masuk waktu zohor (sebelum gelincir matahari).

    c)Di pulau sana tidak ada orang yang bermaustatin (memang tidak didirikan solat jumaat)

    d) Di perhentian jeti tempat naik bot tadi , terdapat satu masjid berhampirannya, dan jarak masjid tersebut dengan tapak aktiviti pulau tersebut ialah 15.30 km. Manakala jarak antara masjid di pulau yang berhampiran dengan tapak aktiviti di pulau tersebut ialah 17.89 km. jarak ini melebihi 1 farsakh.Tidak kedengaran azan.

    e)Tujuan program ad
    alah melihat keindahan laut,alam sekitar, belajar ilmu mengenai laut, namun begitu sepanjang program ini jika diperhalusi dan diperhatikan secara keseluruhanya terdapat juga perkara-perkara yang tidak dapat dijaga seperti pergaulan, seperti pada malam persembahan,lelaki perempuan bersorak-sorak bersama,terdapat juga persembahan wanita yang menyanyi, semasa aktiviti dalam air, lelaki wanita dilepaskan bersama,wanita yang memakai seluar dan apabila turun aktiviti air, apabila naik ke darat, nampak bentuk tubuh badan mereka, terdapat juga antara peserta dan jurulatih yang tidak menjaga aurat, semasa naik kayak, jurulatih memestikan peserta naik secara berpasangan antara lelaki dan perempuan (ini berdasarkan pengalamanku).

    satu soklan lagi ialah, dalam maklumat yang terakhir ini, mengenai tujuan program ini, adakah boleh kita katakan bahawa program ini asalnya adalah harus, tapi bercampur dengan perkara yang haram.Adakah kita boleh katakan begitu?

    jika sekiranya jawapan ustaz dalam masalah ini ialah tidak harus meninggalkan solah jumaat dan wajib mengerjakannya, pada pandangan ustaz apakah cara yang terbaik untuk mengatasi perkara ini?

    terima kasih ustaz, untuk pengetahuan ustaz saya kenal ustaz iaitu pernah tengok ustaz masa mengajar kat pondok pasir tumboh, sbb saya selalu pergih sana, bila ada cuti.

    • Kaum lelaki itu wajib jumaat. Sekiranya mereka bertolak sebelum subuh tidak wajib jumaat. Maksud saya keluar dari kampung mereka sebelum subuh. والله اعلم

      • terima kasih ustaz, tapi pihak atasan telah mewajibkan (memestikan) kami pergih program tersebut dan setakat ini, disana , mereka (pihak atasan) menyuruh solat zohor. Jadi pada situasi ini dan pada pandangan ustaz, macam mana kami nak hadapi perkara ini. harap sangat dapat beri penjelasan dengan keadaan kami.

      • Seperti yang saya kata kan tidak wajib jumaat bagi mereka yang keluar sebelum subuh hari jumaat, yang sebaiknya kaum lelaki pergi pada hari khamis. والله اعلم

  144. assalamualaikum ustz…. ana ada satu soalan soalannya..ada seorang perempuan dan seorang leleki tersesat dalam hutan..mereka bercadang nak bernikah..jadi siapa diantara mereka yang jadi wali?macam mana pula kalau perempuan itu sudah bernikah?

    • Rukun nikah ada lima
      1 suami
      2. isteri
      3 wali
      4 dua saksi
      5 ijab dan qabul.
      kurang satu rukun tidak sah nikah.
      setengah syarat perempuan yang hendak dinikahi hendaklah deia tidak bersuami. والله اعلم

  145. Mengenai aurat lelaki di dalam atau di luar solat adakah sama? Seperti suasana hari ini ramai lelaki yang memakai baju lengan pendek semasa bermu’amalah dengan perempuan bukan mahram. Untuk mengelakkan berdosa, ada tak qaul di dalam mazhab syafi’e yang boleh saya bertaqlid dan beramal dengannya.

    • Menurut Imam Rafie harus perempuan yang bukan mahram melihat tubuh lelaki selain pusat hinga lutut jika tidak takut fitnah dan tidak ada shwat. pendapat ini adalah daif (lemah)

      • Alhamdulillah..Terima kasih Ustaz…atas jawapan yg diberikan kerana telah menghuraikan kekusutan di dalam kepala ana..Sudah lam ana mencari tapi sekarang baru terjawap..Boleh Ustaz sediakan judul kitab dan babnya sebagai rujukan ana..Sekali lagi ana minta izin daripada ustaz untuk jadikan blog ini sebagai rujukan ana..Alhamdulillah..

  146. Salam ustaz,Apa pandangan ustaz apabila “Al-Quran” dijadikan sebagai hantaran dalam majlis perkahwinan??

    • Harus menjadikan Al-Quran sebagai hantaran dan emas kahwin kerana ia boleh dijual beli. والله اعلم

  147. السلام عليكم…

    Ustaz, saya ada beberapa soalan:
    1. Hukum menjawab salam adalah wajib. Bagaimanayang dikatakan dengan bentuk salam yang wajib dijawab itu. Zaman sekarang, orang banyak menggunakan perkataan ‘Salam’ untuk memberi salam sedangkan dalam kitab Al-Azkar, ada disebut yang terlebih afdhal dalam memberi salam ialah dengan lafaz “Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh”. Boleh ustaz jelaskan?
    2. Najis mukhaffafah ialah najis bayi lelaki yang belum berumur 2 tahun yang tidak makan selain susu. Adakah yang dimaksudkan dengan susu itu, susu ibu semata, atau termasuk juga susu tepung kerana sekarang kebanyakan ibu memberi bayi mereka minum susu tepung. Minta penjelasan ustaz.

    • 1. Wajib menjawab apabila cukup syarat sila lihat
      http://almalakawi.wordpress.com/2009/06/25/hukum-memberi-salam-menjawabnya-dan-yang-bergantung-dengannya/#comment-1065
      2. Semua jenis susu dan sekalipun susu yang najis. tetapi memberi kanak-kanak susu yang najis adalah haram, termasuk susu tepung yang tidak dicampur dengan yang lain, adapun susu tepung yang dicampur dengan yang lain maka air kencing itu jadi najis mutawasitah.

      • Syukran Ya Ustaz.

      • Semua jenis susu?? maksud ustaz termasuk susu lembu ya…

        Setahu saya :najis mukffafah itu ialah najis bayi lelaki yg hanya meminum susu ibunya atau ibu susuannya sahaja dan umur bayi itu belum lebih 2 tahun… kalau dah minum susu lembu atau kambing ke maka jadi mutawasitah..

        Tolong perbetulkan fahaman saya ni kalau silap.. terima kasih Ustaz..

      • Sila lihat kitab-kitab fekah disana ada menyebut semua jenis susu, dan sila lihat kitab majmuk. والله اعلم

  148. Assalammualaikum ustaz… ana ingin bertanyakan sesuatu soalan kpd ustaz, dan soalan ini pernah ditanya oleh seseorang kepada ana suatu masa dahulu.
    1-kita berpegang dengan kalimah syahadah, didlm kalimah syahadah ada menyebut nama rasullullah tetapi mengapa tidak disebut nama adam sedangkan islam itu wujud sejak zaman nabi adam lagi.
    2-kenapa setiap perbuatan kita mulakan dengan bismillahirrahmanirrahim dan dan bukan alhamdulillah, dan diakhiri dengan alhamdulillah bukan bismillahirrahmanirrahim.
    3-mengapa solat itu dimulai dengan berdiri tegak dahulu , bukannya dimulai dengan rukuk atau sujud dahulu.
    ustaz boleh menghantar email jawapan kepada ana dengan alamat email ini aznik85@hotmail.com assalammualaikum

  149. salam ust,

    sekiranya nama kawan saya itu abdurrahman, boleh ke saya panggil dye dgn nama rahman tanpa ‘al’ litta’rif?

    sy kurang faham, nama Allah yang mana satu yg haram disebut pada makhluk, dan nama mana yg boleh?

    umpama saya sebut kepada seorang yg kreatif, “kamu pencipta yg hebat” أنت مبدع
    boleh atau tidak?

    trimas ust…

    • Harus memangil nama sahabat saudara dengan rahman,
      Sila lihat di dalam Kitab Fathul Muin dan Syarahnya Ia’natu tolibin, jilid ke 2, bab haji pada muhimatun tdhiah selepasnyan, disana ada menyebutkan nama yang haram dan nama yang harus.

  150. Assalamualaikum, Ustaz.

    Saya ada dengar seseorang berkata kepada saya bahawa sewaktu di akhir hayat Imam Al-Ghazalii Rahimahullah, beliau ada berkata bahawa ada banyak membuat silap dalam kitabnya, Ihya’ ‘Ulumuddin. Saya juga dimaklumkan oleh seseorang bahaya tidak boleh membaca dan merujuk kitab tersebut (Ihya’ ‘Ulumuddin) kerana kenyataan yang tadi. Apa pendapat Ustaz tentang perkara ini? adakah benar apa yang telah disampaikan kepada saya? atau perkara ini sengaja ditumbulkan oleh pihak2 tertentu?
    Mohon penjelasan Ustaz. Jazakallahu khairan kathira…

    • Sila minta bukti dari yang berkata.

      • Ok, Ustaz… Syukran…

      • Kitab ihya’ ulumuddin sudah banyak digunapakai oleh ulamak2 selepas Imam Ghazali dan jadi rujukan oleh kebanyak kita di Asia Tenggara ini dalam hal-hal tasauf. Malah Imam Ghazali itu ialah mujaddid ke-5, maka tidak mungkin silap dalam mengarang kitab, bagi seorang ulamak hebat seperti beliau.

  151. Assalamualaikum, Ustaz.

    Saya ingin bertanya:
    1. Apakah yang dimaksudkan dengan hayat mustaqirrah?
    2. Apakah maksud sunat aini? Adakah ia membawa maksud wajib atau sunat?

    Mohon penjelasan Ustaz. Jazakallah..

    • 1. Hayat mustakirah ialah hidup yang tetap yakni sekiranya disembelih binatang itu ada gerak yang kuat atau terpancar darah.
      2. Sunat aini ialah sunat yang tertentu pada sesaorang dengan erti kata yang lain tidak lepas makruh apadila orang lain yang mengerjakannya, bersalahan sunat kifayah, maka lepas makruh atas mereka yang tidak melakukan apabila ada orang lain melakukannya. sekiranya tiada seorang pun yang melakukan maka semua orang menanggung makruh.

      • Bila kita makan beramai2 baca bismillah masa tu sunat kifa iy, sudah memada seorang membacanya tak perlu orang lain membacanya.
        kalau kita makan nasi seorang diri masa tu sunat aini baca bismilah.

  152. assalamualaikum ust,

    sy nak tny,
    sy ade dgr ust mengajar, dye kata trak sah solat org yg baca fatiihah dengan cara berbisik(maknanya suaranya seperti sedang berbisik)
    hujahnya kerana menukarkan huruf2 kepada huruf hamas.

    minta penjelasan ust,
    terima kasih

    • Sunat baca perlahan (berbisik) pada sembahyang waktu siang.

      • dalam Sahih Bukhari: Bab 95, 96, 97, 98 , 99 100.hingga 125 disana boleh didapatikan jawapannya.

  153. Saya ada satu persoalan mengenai jual beli mata wang asing melalui internet yang dinamakan FOREX.Berikut adalah maklumat mengenai FOREX

    : Forex(Foreing Exchange)ialah pertukaran
    mata wang asing
    :Melibatkan lebih kurang 4500 bank diseluruh
    dunia.
    :semua transaksi jual beli dan pertukaran mata
    wang dilakukan secara online didalam internet.

    Seseorang membeli mata wang asing tersebut melalui internet pada harga yang rendah,kemudian menjual kembali mata wang asing tersebut dengan harga yang tinggi.

    Apakah hukum jual beli tersebut dari sudut syariat ISLAM?

    • Tidak sah jual beli itu, dan ada unsur riba.

      • Pertukaran wang asing yang dikenali juga dengan panggilan Forex exchang, tiada kesalahannya dalam islam sekiranya dianya dilakukan dengan mengikut cara jual beli dalam islam.
        perniagaan ini melibatkan jual emas dengan emas atau jual perak dengan perak.
        maka kita rujuk kitab fekah apa syarat yag membolehkan kita jual emas dengan >>>>>>>>>.
        Kalau kita jual ribawy sejenis apa syaratnya>>>>.
        kalau kita jual ribawy berlainan jenis apa syaratnya>>>>>>>.
        kalau kita jual ribawy berlainan Nau’ apa syaratnya>>>>.

        jual emas 10 (9.99) dengan emas ( 916) apa syaratnya>>>>>.
        kalau Suatu nilai emas( ringgit) dengan emas atau sebaliknya>>>>.
        kalau jual Nilai Emas ( ringgit ) dengan Nilai emas ( Dollar) >>>>>.
        Kalau Jual Ribawy ( beras) dengan Emas ( ribawy) >>>>>>.
        Jual Ribawy Perak dengan Emas dan seterusnya apa Syaratnya>>>>.

        baik sekarang bagai mana forex tuan>>>>>>>.
        adatak menepati perniagaan ribawy yang diizinkan>>>>>>.

        Kalau menempati syaratnya maka boleh le dan sah dalam islam tetapi sebalik ya maka tak sah.

        Tapi apa yang saya faham perniagaan forex tuan sebenarnya bukan forex tetapi tredar>>>>>
        ini merbahaya kerana bimbang dalam perniagaan trader ini ada camporang barang yang diharamkan wallahuaalam.

  154. Assalamualaikum, Ustaz.

    Saya ingin bertanya:
    Saya bekerja dan menyewa rumah di Penang sudah lebih 5 tahun…dan saya telah berkahwin lebih kurang setahun dan tidak tinggal bersama isteri yang berkerja di ipoh dan menyewa rumah disana( dia yang bayar sewa rumah tu)kadang2 dan boleh dikatakan hujung minggu saya akan balik kesana
    Persoalanya: Bolehkah saya melakukan solat secara jamak semasa saya berada disana lebih kurang 2 hari sahaja…jarak penang ke ipoh lebih 90km…

    • Harus saudara jamak qasar dirumah isteri saudara kerana safar saudara belum putus dan saudara ada syarat jamak qasar .والله اعلم

  155. salam ust,
    apa hukum kita cium kaki ibu bapa, @ orang soleh atau sape2 saje ust?
    ade org kata ada hadis ttg harus cium kaki, betol ke?

    • Makruh, yang disunatkan mengucup tangan mereka itu.

  156. Salam ustz,kami nk bangunkan pondok di port dickson dan kami nak pelawa ustaz atau sahabat, mengajar kami disini…

    • Kami dah ada tapak di Kelantan, dan sudah menjadi ajinda kami hendak membena pusat pengajian cara pondok diseluruh negara, tapi sebelum itu kami sedang menumpukan perhatian di sini.
      sila rujuk disinihttp://khairuummah77.wordpress.com/

  157. Assalamualaikum:
    Saya nak tahu kalau saya ada buat pelaburan dan cukup haul untuk bayar zakat.adakah boleh saya ke pejabat zakat dan membayar zakat atas AKAD zakat pendapatan…

    • Tidak ada zakat pendapatan. والله اعلم

  158. “BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI”

    Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, Akan
    Tetapi apabila beliau sampai ke bumi , bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa,mendengar sumpah bumi.

    Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan Malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan yang hampa.

    Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Kata Allah: ” Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu.

    Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah. Lalu Allah berfirman :”Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia. Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang dibenci oleh umat manusia.

    Lalu Allah berfirman lagi: “tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku
    Yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

    TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN?

    1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
    2. Tanah Bukit Tursina
    3. Tanah Iraq
    4. Tanah Aden
    5. Tanah Al-Kautsar
    6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
    7. Tanah Paris
    8. Tanah Khurasan
    9. Tanah(Babylon)
    10. Tanah India
    11. Tanah syurga
    12. Tanah Tha’if

    Kata Ibnu Abbas :

    1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah berada otak manusia, dan disitulah tempatnya akal.

    2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.

    3. Dahinya dari tanah Iraq, kerana disitu tempat sujud kepada Allah.

    4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.

    5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.

    6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

    7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia.

    8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.

    9. Perutnya dari tanah Babylon.Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

    10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.

    11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.

    12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya.

    13. Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.

    Bagaimanakah prosesnya :

    1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar, air masin, air hanyir, angin, api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam “sifat”.

    2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman “Jabarut” kemudian diletakkan didalam “Alam Malakut”.

    3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan “tubuh Adam” adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah, wangi-wangian dari sifat Nur Sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan “Barul Uluhiyah”.

    4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air “Kudral-Izzah-Nya” iaitu sifat “Jalal dan Jammal”. Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.

    5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia pula merasa malas dan enggan, malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

    Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan: yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia.

    Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang di kepala dan dua buah liang dibawah badan letaknya. Tujuh buah letaknya di kepala : dua liang mata, dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut. Yang dua macam di bawah : sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

    Dijadikan pula lima buah pancaindera :

    1. Mata alat penglihatan
    2. Hidung alat penciuman
    3. Telinga alat pendengaran
    4. Mulut alat perasa manis, masin dan sebagainya.
    5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa
    halus, kasar dan sebagainya.

    Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam : Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam. Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia.

    Setelah itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri dan ke kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih merupakan tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia.

    Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat
    Allah.

    Lalu Allah berkata: “Yarkhamukallah” yang ertinya: “semoga engkau diberi rahmat Allah”. Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan “Yarkhamukallah”.

    Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya kebawah masih menjadi tanah keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar).
    Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud :”Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa”.(Al-Israk:II
    ) Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam.

    Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah merupakan jenis makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada
    seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

    Renungan : Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Pencipta
    sekian alam dan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya,
    kerana pada Allah-lah kita akan dikembalikan.”

    Wallahu ‘alam

    “cerita ni ada kebenaranyya atau ada riwayatnya Ustaz?”

  159. بسم الله الرحمن الرحيم
    ﻪﺘﺎﮐﺭﺑﻮ ﷲﺍﺔﻣﺣﺭﻮﻡﮑﻴﻟﻋﻢﻼﺳﻟﺍ
    Mohon penjelasan drpd tuan tentang masalah anak kecil yang menyentuh seorang yang sedang solat.Bagaimanakah hal yang menjadikan solat seorang itu batal dengan hal yang demikian itu.
    Haruskah saya qiaskan seperti ini :
    1. Anak kecil yg menyentuh seorg sedang solat ,lalu ditepis oleh yang sedang solat dgn segera – tidak batal solat (qias kpd masalah najis kering yg jatuh )
    2. Anak kecil yg memeluk seorng sedang solat -batal solat kearan menanggung najis (qias kpd masalah najis yg basah)

    Diharap tuan dapat memberikan nama kitab jawi yagn ada membincangkan masalah ini.
    Sekian.
    Jaza kallahu khairan kathira.
    ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍﻭ

    • Kanak kanak lelaki yang belum berktan ada menanggung najis pada kulupnya, atau kanak kanak yang memakai lampin yang ada najis maka apabila dia memegang orang yang sedang sembahyang atau duduk diatas pehanya atau peluk dan barang sebagainya yakni tiap tiap perkara yang dikira menangung maka batal sembahyang orang yang tersebut, jika dia tidak sempat menolaknya sebelum kadar takakninah, adapun jika dia sempat menolaknya sebelum kadar tamakninah maka tidak batal sembahyangnya. adapun menyentuh tidak binamakan menanggung. sila rujuk kitab sabilal, bugyah, dan lainnya, والله اعلم

  160. Salam Ustaz….

    Saya ingin bertanyakan satu soalan….

    Baru-baru ini semasa saya sedang mengalami alahan yang teruk akibat mengandung. Kemudian saya ada berniat nazar akan menyembelih seekor kambing dan dibuat kenduri kesyukuran apabila saya sembuh dari alahan tersebut.Niat nazar tersebut saya ucapkan ” Ya Allah, aku bernazar menyembelih seekor kambing jika Engkau sembuhkan penyakit yang sedang ku alami ini”. Soalan saya, adakan daging kambing tersebut boleh dimakan oleh saya dan seisi rumah saya yakni suami dan anak-anak? Dan apakah hukum jika saya makan daging tersebut kerana teringin memakan(mengidam) akan daging tersebut?
    Tolong lah ustaz jawab kemusykilan ini.

    • Puan tidak harus (haram) memakan daging binatang di nazarkan itu begitu juga orang di bawah tanggungan puan haram memakannya adapun suami puan harus memakannya jika dia termasuk dalam fakir miskin. sekiranya dia tidak termasuk di dalam fakir miskin maka dia tidak boleh memakannya.
      Wajib bersedekah keseluruhan daging, tanduk, tulang kulit dan sebagainya daripada binatang yang dinazarkan. والله اعلم

  161. Assalamualaikum Ustaz.
    Berkenaan lafaz doa “Allaahumma antaz zhohiru falaisa fauqaka syai-un wa antal baathinu falaisa duunaka syai-un”
    Soalan saya:
    1)Apa erti Allah itu zahir tidak ada sesuatu di atasnya.Adakah perkataan di atas itu menunjukkan kepada pihak atau bagaimana.
    2)Apa pula erti Allah itu batin dan tidak ada sesuatu di bawahnya.

    • Tidak menunjuk doa itu Allah bertempat kerana bertempat itu mustahil bagi Allah sekiranya Allah bertempat maka sudah tentu dia sama dengan makhaluk, bila kita kata dia sama dengan makhaluk maka ternafi sifat mukalafah denga yang baharu.

  162. Salam,

    Ustaz, saya kebelakangan ini seringkali berfikir soal kematian. setiap hari saya terfikir mengenai ini.adakah ini salah satu petanda bahawa masa saya sudah hampir?

    Saya juga sering memandang ke arah kedua belah kaki ketika berbaring,mahupun ketika mahu tidur. Saya ada mendengar bahawa salah satu tanda kematian,kaki seseorang dalam keadaan tetap dan seolah2 mununduk ke bumi ketika sedang tidur.

    Saya di fahamakan,ada di nyatakan 100 hari tanda kematian seorang muslim,samada disedari atau tidak. Adakah ianya hadis yang sahih.

    Saya pohon ustaz berikan senarai tanda2 itu,berdasarkan ilmu yang ustaz miliki.
    Juga,sebagai manusia,saya amat hina dan melakukan byk dosa di bumi Allah.
    Berilah saya bimbingan apa yang harus saya lakukan untuk saya tebus segala dosa,selagi saya masih bernafas di bumi Allah ini.

    • Saya tak tahu adakah anda akan mati.
      Teringat akan mati itu bagus kerana disuruh nabi yang demikian itu supaya berbanyakkan ibadat dan menjauhkan maksiat.
      Tanda kaki terturun (bongkok) kehadapan bukan tanda orang nak mati tapi tanda orang dah mati. والله اعلم

      • Salam,
        1)Ustaz,apakah hukumnya meminum dari gelas yg mempunyai tulisan carlsberg,memakai baju yg bertulis demikian atau sebagainya (yakni arak),dengan tiada niat utk mempromosi atau membanggakan perkara itu,sekadar memakainya shj.

        2)Adakah sah solat jika memakai baju yg bertulis seperti yg diatas atau lain2 perkara haram.

        3)Adakah sah melakukan mandi junub beserta mandi wajib?Dan bagaimanakah mandi untuk wanita yg keguguran?Adakah sama seperti nifas?

        TQ

    • 1. Harus minum dalam gelas itu jika tidak timbul fitnah yakni jika tidak salah sangka orang trhadap kita. adapun jika membawa orang lain salah sangka kepada kita maka haram seperti minum di dalam gelas itu di hadapan orang rami. memakai pakayan yang ada lambang arak adalah haram jika dipakai dihadapan orang ramai. sekiranya dirumah tidak mengapa.
      2. Sah sembahyang dengan memakai pakayan yang ada lambang arak.
      3. Mandi junub disertakan denga mandi wajib yang lain adalah sah seperti seorang perempuan berjunub kemudian sebelum sempat mandi dia beranak dan seterusnya dia datang nifas setelah habis nifasnya maka harus dia mandi tiga perkara itu dengan sekali mandi.

  163. assalamu alaikum ustaz,harap sehat wal afiat..nak tanya sikit, lps sembahyang, tiba tiba kita baru perasan terbawa bangkai semut…sahkah sembahyang itu..?
    2.seorang hafiz dapat imbuhan /elaun hafiz dari kerajaan negeri,sumbernya bukan zakat tapi peruntukan kerajaan negeri..halalkah wang itu?
    3. gaji gaji pegawai kerajaan semuanya dari sumber wang kerajaan yang sumbernya dari perniagaan negara,cukai cukai haram dsb…persoalannya halalkah wang tersebut..kita pulak ramai kawan dan saudaramara yg kerja kerajaan,cikgu dsb..makan minum dari wang mereka mcm mana ye,ustaz…t.kasih atas jawapan ustaz nanti…jazakumullahu khairan

    • 1. Wajib ulang sembahyang itu kerana menanggung najis.
      2. Halal wang itu.
      3. Halal gaji itu.

  164. bagaimanakah kejadian haiwan? Boleh ustaz tlg huraikan…

  165. salam, saya mempunyai suami yang panas baran dan kuat nafsu sex. bagaimana cara sebagai seorang isteri untuk mengatasinya….

    • Bersabar dan taat sekiranya dia ada mencederakan puan adukan kepada qadi.
      tentang kuat sex puan hendaklah membenarkan suami puan berkahwin satu lagi sekiranya puan tak sangup melayannya dengan syarat dia mampu.

  166. ustaz, saya nak tanya 1 soalan. kita buat umrah baru2 nie. tawaf, siae, dan tahlul dah siap buat. apabila sampai di hotel, tiba2, ada haid. so, apa hukumnya? saya tidak pasti bila datang. dan apa hukum nya dan apa mesti saya lakukan?

  167. saya nok tanya ust..mak saya berkahwin..so saya dapat ayah tirilah kan..jadi.isteri saya dengan ayah tiri saya ni..cammana aurat nya…

    • apa jawapannya ust?

    • Aurat orang asing kerana dia bukan mertua bagi isteri saudara

  168. salam ustaz

    Benarkah seorang wali(abang) yang mewakil walikan pada orang lain dalam pekahwinan adik perempuannya tidak boleh berada dalam upacara angkat nikah yang dijalankan kecuali abangnya sendiri yang menjadi juru nikah??

    • Yang dimaksudkan didalam kitab ialah tidak boleh jadi saksi bukan tidak boleh hadir. Ini bermakna saksi hanya dua orang iaitu seorang, orang lain dan seorang lagi, wali itu. Adapun jika saksi ramai dan wali ada di situ tidak menjadi kesalahan. والله اعلم

  169. salam ust,
    saya nk tanya, apakah hukumnya jika seseorang itu bernikah 2 kali?
    maksudnye nikah yang pertama dengan wali hakim(thailand lbh dr 2 marhalah) ats sebab utk mengelak maksiat dan nikah yang kedua dengan wali mujbir?
    minta penjelasan

    • Harus perkara itu bahkan nikah yang kedua itu lebih afdal kerana mendapat restu keluarga isteri

      • ust, boleh tak syarah tentang wali2 nikah ni, wali mujbir? saye x paham..

  170. Assalamualaikum Ustaz,
    Saya nak tanya, apakah hukum kita mengambil manafaat di atas tanah waqaf? sebagai contoh kita menanam sayur di tanah waqaf masjid.boleh ke ustaz.ke kene mintak izin dengan tok siak masjid?macamana tu ustaz..

    • Haram mengambil menfaat diatas tanah wakaf masjid, sekiranya tanah itu untuk bena masjid atau untuk penambahan masjid. adapun tanah wakaf masjid untuk mendapat kehasilan masjid boleh diguna dengan membayar sewa. والله اعلم

  171. assalamulaikum ustaz, lagi satu saya nak tanya tentang adakah semua makmum kene ulang solat sebab imam menanggung najis? kalu imam dak tau ado najis pada tapok kaki, lepas sembahyang baru tau. guano tu ustaz? mintak jelas sikit

    • wajib ulang imam dan semua makmum kerana najis itu najis yang boleh dilihat sekalipun najis itu di dalam kain, yang tak wajib ulang sekiranya najis yang tidak zahir seperti najis hukmi, dan tidak wajib ulang imam berhadas. والله اعلم

      • Biarpun ada perbahasan seperti najis zahir dan najis samar, namun ada pendapat seperti Imam Nawawi dalam tahqiq yang mengatakan tidak wajib mengulangi solat bagi makmum baik imam itu membawa najis zahir ataupun samar. Itulah seperti yang dinyatakan dalam kitab fathul muin. Wallahua’lam.

  172. Assalamualaikum ustaz. Saya ada satu persoalan berkaitan penceraian…Sewaktu bertengkar si suami ada mengatakan kepada isterinya, “kalau susah sangat, kita bercerai jela.Ari tu pun awak ada minta”. Tetapi si suami tiada niat untuk menceraikannya. Sekadar untuk memberi peringatan kepada si isteri. Adakah jatuh talak itu. Si isteri pula dalam keadaan haid. Mohon jawapan dari ustaz. Terima kasih…

    • Assalamualaikum.Apa jawapannya ustaz…

    • Jatuh talaknya jika didapati sifat yang dita’likkan iaitu susah sangat.
      makna taklik ialah mengantungkan terjadi talak dengan berlaku sesuatu. Disini yang digantungkan ialah susah sangatalat, yang mengantungkannya ialah kalau.
      dengan itu isteri atau hakim hendaklah mendapat penjelasan dari suami, apa yang dikehendaki dengan susah sangat itu maka apabila didapati perkara yang dijelaskan itu susah sangat jatuh talak. والله اعلم

  173. بسم الله الرحمن الرحيم
    ﻪﺘﺎﮐﺭﺑﻮ ﷲﺍﺔﻣﺣﺭﻮﻡﮑﻴﻟﻋﻢﻼﺳﻟﺍ

    Mohon penjelasan tuan berhubung 2 masalah dibawah:

    1. Seorang imam membaca surah sajadah pd subuh pagi Jumaat telah tertinggal satu ayatnya, apabila sampai pada ayat sejadah dia pun terus sujud maka wajibkah ma’mum yang yakin imam tersebut tersalah dalam bacaannya mengikut pada sujudnya itu atau perlukah mufaraqah atau tunggu didalam qiamnya.

    2. Seorang membaca surah sajadah pada subuh Jumaat merasa syak samaada bacaan surah nya betul atau tidak . Sunatkah dia meneruskan dgn sujud sejadah apabila sampai kpd ayatnya.

    ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍﻭ

    • 1. wajib makmum mengikut kerana jika imam membaca ayat sejada dengan tidak membaca keseluruha ayat dan dia sujud, wajib makmum mengikut sujud.
      Tidak disyaratkan imam membaca keseluruhan ayat baru dia boleh sujud sejadah.
      Kesilapan imim jika tidak sengaja tidak membatalkan sembahyang.

  174. salam

    saya nak tanya ustaz, dalam penterjemahan alquran, adakah mempunyai maksud yang tersirat dan tersuratnya. sebagai contoh surah albakarah maksudnya sapi betina.. minta penjelasan ustaz ape maksud tersurat dan tersirat tentang sapi betina dalam ayat alquran itu…

    terima kasih ustaz…

    • Tesirat dan tersurat ialah istilah orang melayu istilah tafsir, kalam tepbahagi pada hakiki, majazi, mantuk, mafhum, dan sebagainya.

  175. salam,
    ust,
    klu tahi cicak, kita terus ambil dan buang pkai kain basah tanpa melalukan air mengalir x pe ke? sbb saya nampak ramai buat begitu

    • Wajib mejiruskan air, syarat basuh hendaklah air datang/dituang atas najis dan air itu boleh mengalir. والله اعلم

  176. maknanya, klu pkai spray, kite sembur air sikit takpe la kn?

    kt surau kt rumah saya tahi cicak tu dibuang begitu sahaja, tanpa ada air mengalir, sembahyang org di surau itu sah tak ust?

    • wajib basuh, tidak sah sembahyang jika tidak umum bala sah sembahyang jika umum bala dengan syarat tidak di sengaja kan pijak di atasnya dan terpijak dalam keadan kering kaki, sekiranya kaki basah tidak sah والله اعلم

  177. assalamualaikum,

    saya ada satu soalan, adakah apabila seorang itu syirik kepada Allah taala dan dia mati, adakah harus bahawa Allah mengampunkan orang itu dan dia masuk ke dalam syurga?
    terima kasih

    • Dosa syirik tidak di ampun dan kekel di dalam neraka, والله اعلم

  178. Salam wbt,

    Soalan 1.

    Minta penjelasan bab Fana` seperti yg di tulis di dalam kitab siarussalikin…..

    a) Adakah fana` ini berlain-lainan halnya mengikut martabat seseorang hamba? huraikan ?

    Soalan 2.

    a) Adakah perbahasan yg terkandung di dalam kitab Siarussalikin jilid 3 , iaitu berkenaan tingkatan Nafsu yg 7 itu , ada atau pernah dilalui oleh Baginda Nabi s.a.w , sohabatnya atau tabi`-tabi`in ..

    b) Nyatakan dalil yg demikian itu.

    Syukran …

    • 1.a. Fana ialah mertabat yang mana seorang hamba hanya ingat akan tuhannya dan dia tidak ingat yang lain hata dirinya. sementara baqa dia dapat membeza perkara tersebut. memang ada bezanya.
      2.a. Rasul-rasul dan para nabi adalah istemawa mereka tidak melalui makam atau mertabat yang tujuh ini bahkan mereka itu terus kemertabat yang paling sempurna.
      2.b. minta tanguh

  179. بسم الله الرحمن الرحيم
    ﻪﺘﺎﮐﺭﺑﻮ ﷲﺍﺔﻣﺣﺭﻮﻡﮑﻴﻟﻋﻢﻼﺳﻟﺍ

    1. Minta keterangan tuan tentang hukum memisahkan anak kecil dari tempat tidur ibubapanya, adakah hanya untuk anak lelaki yg sampai umurnya 10 tahun.
    2. Haruskah seorang yang sejahtera membukakan auratnya dihadapan seorang yg tidak sempurna aqalnya .

    ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍﻭ

    • بسم الله الرحمن الرحيم
      ﻪﺘﺎﮐﺭﺑﻮ ﷲﺍﺔﻣﺣﺭﻮﻡﮑﻴﻟﻋﻢﻼﺳﻟﺍ

      Minta maaf tuan, jika tidak keberatan minta tuan terangkan pertanyaan saya ini.
      ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍﻭ

      • 1. wajib mengasingkan keduaduanya.
        2. haram membuka aurat dihadapan orang gila

  180. Terima kasih ustaz..

    Tolong datangkan dalil perjalanan 7 tingkatan nafsu itu , adakah pernah dilalui oleh salaf assoleh.. jika ada boleh berikan dalil dan rujukannya..

    fi amaniLlah

    • dalilnya mudah je.
      1. egkau tak pernah baca quran?
      2. engkau tak Pernah baca hadis?

      rajinkan baca quran dan hadis. ok maka didapatkan dalilnya.

      • w`slm,

        Apa jenis jawapan da Al-Fadilatus Syiekh bagi, saya tanya bukti /dalil yang soheh, perkara yang di sebutkan dalam kitab yang Tuan Syiekh Baca di Masjid Puchong Perdana tu… adakah ianya pernah dilalui oleh Para sohabat atau tabi`in atau tabi` tabiin

        1) Kalau ada tolong sebutkan siapa dia orangnya? dan mana dalinya..

        P/s : Iza kunta Naqilan Faddalil…..

      • Contohnya :

        1) Maqam Fana`<,—— yg nie ada ke sahabat Nabi S.A.W Lalui?? kalau ada siapa namanya?

        2) Ada tak dalam Hadis atau Al-Quran yg menyatakan Nabi s.a.w Melaui Maqam Fana` atau baqa` ni? kalau ada sebutkanlah dalil-2nya.

        Sekian.. Terimaka Kasih atas Jawapan Syiekh..

        P/s: Saya nak lihat kebenaran bukan nak menyalahkan sesiapa .

  181. sala nak tanya ustaz..
    bagaimanakah seorg wanita yg kedatangan haid nak
    dapatkan pahala solat. sedangkan wanita itu tidak boleh solat??

    sy harap ustaz dapat balas..terima kasih

    yg mengharap
    hamba daif

    • Seorang perempuan yang menjaga solatnya dengan baik pada ketika suci, dan dia meningalkan sembahyang pada ketika haidh kerana menjunjung perentah Allah maka dia tetap dapat pahala sembahyang pada ketika dia haidh.,والله اعلم

    • Tidak solat kerana haid itu adalah menjunjung perintah Allah. Maka dengan menjunjung perintah Allah itu kita mendapat pahala.

  182. salam ustaz,
    saya nak tanya berkaitan dgn tanah wakaf,
    boleh kah tanah wakaf org islam yang dipertanggungjawab pd majlis agama islam negeri
    digunakan oleh org bukan islam. sebagai sewaan..

    • Harus, serta sah akad sewaan, jika orang yang mewakaf tidak membuat syarat hanya orang islam sahaja yang boleh menyewanya.

  183. Assalamualaikum ustaz,
    saya nak bertanya tentang mazhab..boleh ke ade sesetengah org berpendapat kita boleh ikut mazhab yg kita suka? sebagai contoh pd masalah berjabat salam dengan wanita ade mazhab yang kata boleh berdasarkan ayat (au laamastumun nisa)..mintak penjelasan ustaz tentang masalah ini krn saya confius..setau saya xboleh salam dgn wanita.

    • Tak ada mazhab yang mengaharuskan bersalam (berjabat tangan) dengan perempuan. ayat itu untuk batal wuduk bukan mengharuskan menyentuh perempuan.

  184. assalamualaikum ya ustaz
    ana ingin mengetahui tentang pendapat ulamak berkenaan dengan akad jual beli dengan kanak-kanak yang belum mumaiyyiz…

    • Mazhab syafie, akad jual beli hanya sah dengan orang yang telah baligh

      • Dalam kifayatul akhyar, ada keterangan mengharuskan jualbeli pada kanak-kanak dengan alasan umumul balwa (kerosakan yang sudah banyak berlaku).

      • Saya jawab mengikut qaul muktamad dan masuk dalam jawapan itu kanak-kanak yang belum mumaiyyiz. sekiranya saudara nak jawab menurut qaul daif jawapan saudara tidak termasuk apa yang ditanya, kerana menurut qaul daif sah jual beli kanak-kanak yang sudah mumaiyyiz. والله اعلم

  185. assalamualaikum ustaz,
    saya nak tanya tentang melihat aurat wanita bkn muhrim di kaca tv?adakah sama mcm diluar tv?

  186. assalamualaikum ustaz,
    saya nak mntk ustaz jelaskan hukum berkaitan dgn
    zakat pendapatan?
    ulamak-ulamak skrg berpendapat kene keluarkan zakat pndapatan..seperti zakat selangor dan beberapa negeri yang lain.macamane hukum dia ustaz?bagaimana pula negeri2 yang x keluarkan zakat pendapatan?
    harap dpt jelaskan
    terima kasih

  187. Assalamualaikum,

    Minta ustaz huraikan bagaimana beruduk/bertayamum untuk sembahyang apabila anggota uduk/tayammum seperti pergelangan tangan berbalut dan bersemen kerana rawatan patah tulang dan apabila muka berbalut/bertampal palster kerana luka. Sukacita kiranya diberi hadis rujukan berkaitan. Terimakasih. Muga rahmat Allah atas tuan.

  188. ﻪﺘﺎﮐﺭﺑﻮ ﷲﺍﺔﻣﺣﺭﻮﻡﮑﻴﻟﻋﻢﻼﺳﻟﺍ
    بسم الله الرحمن الرحيم

    Mohon penjelasan tuan tentang masalah bisul yg pecah ketika diluar sembahyang. Setelah dibersihkan dan ditampal dgn kapas lalu dibawa sembahyang.Sesudah sembahyang didapati ada darah pada penampal(kapas) berkenaan. Adakah sah sembayang seorang itu ?
    Jika tidak sah, bagaimanakah kaedah yang sebetulnya kerana darah bisul yang lambat berhenti.
    sekian terima kasih
    ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍﻭ

    • Sah sembahyang kerana dimaafkan darah itu sekalipun banyak.

  189. salam ustaz..sy ingin bertanya…adakah boleh saya beli sesuatu barang melalui online? apa hukumnya

    • jual beli secara online perlu kepada perbahasan yang panjang, kerana padanya melibatkan jualan benda yang tidak dilihat, dengan itu kita hendaklah mesifatkannya maka barang mana yang patut masuk dalam jual salam/tempah setelah itu perbahasan tentang khiar/memilih jadi jual atau tidak semasa majlis akad, perbahasan dimanakah majlis akad, perbahasan adakah boleh dikias jual ini kepada jual melalui surat, perbahasan bank sebagai wakil membayar harga barang yang dijual dan banyak lagi yang perlu dibincangkan, dengan itu saya memerlukan masa yang panjang untuk menghuraikan itupun jika saya boleh dapat maklumat cara jualan, cara bank membayar dan banyak lagi, والله اعلم

    • contoh ust..saya beli baju melalui online..saya bayar guna maybank2u..lepas tu saya sms bgtau syarikat tersebut..saya telah bayar..bila syarikat tersebut pos baju kat alamaat saya..diorg atar sms.,,bgtau..kami jual hrga baju dengan harga sekian sekian….kira akad jual beli melalui sms..apa pendpat ust?

  190. ﻪﺘﺎﮐﺭﺑﻮ ﷲﺍﺔﻣﺣﺭﻮﻡﮑﻴﻟﻋﻢﻼﺳﻟﺍ
    بسم الله الرحمن الرحيم

    Mohon penjelasan tuan : Seorang ingin bermusafir ada dua jalan , satu jalan yg pendek manakala satu lagi jalan yg panjang sekira-kira 2 marhalah.
    Haruskah seorang itu ikut jalan yg panjang kerana hendak qasar dan Jamak.والله اعلم

    Sekian
    ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍﻭ
    والله اعلم

    • tidak harus qasar sekiranya dia melalui jalan yang panjang hanya semata-mata untuk qasar sembahyang, harus dia qasar jika ada tujuan lain seperti menziarahi keluarga.

  191. salam..ana ada 2 pertanyaan..

    soalan 1:mengapa kita diwajibkan menyapu kaki ketika berwuduk?apakah dalil-dalilnya..

    soalan 2:menapa tidak dibolehkan menggunakan air mustaqmal ketika berwuduk?apakah dalil-dalilnya…

    • 1. basuh kaki bukan sapu, dalil إذا قمتم إلى الصلاة فاغسلوا وجهكم وأيديكم إلى المرافق وامسحوا برءوسكم وأرجلكم إلى الكعبين
      2. واختلف الشافعية في علة كون الماء المستعمل – القليل- غير طهور. فقال النووي – رحمه الله- لأنه ليس بماء مطلق وقال الرافعي – رحمه الله – هو مطلق وعلة المنع التعبد.

  192. salam..
    saya ada 2 pertanyaan berkaitan surah al-fatihah:

    1. apakah perbezaan antara yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih di dalam surah al-fatihah?

    2. apakah hukum membaca bismillah di awal bacaan al-fatihah?

    • الرحمن amat penyanyang/pemurah didalam dunia dengan makna siapa sahaja termasuk orang kafir mendapat rezki dari kemurahan Allah, الرحيم amat mengasihani di akhirat kelak ini tertentu bagi orang mukmin.
      2. wajib membaca bismillah kerana ia satu ayat dari fatihah.

    • Sebenarnya, tiada beza penyayang dan pengasih..ia hanya lafaz kuat-menguatkan. Erti Ar-Rahman itu maksudnya maha pemurah. DAn Ar-Rahim itu maha penyayang.

      • mcm mane boleh takde beza sedangkan perbezaan binaan kalimah arab membawa kpd perbezaan makna ya amat ketara…
        ish3

  193. ustaz ,ana banyak melihat wanita yg memakai baju lengan pendek tetapi memakai sarung lengan ,apa hukum dia ustaz,

    dan soalan ke 2
    apakah hukum org menghina purdah

    • Berhias bukan kerana suami (bertabaruj) adalah haram.

  194. ustaz apakah doa untuk melupakan seseorang yg kita benci

  195. aslm,apakah saham atau insuran yg trbaik utk d ambil?

    • والله اعلم saya tidak tahu.

  196. salam ust,

    “nabi wajib bersifat siddiq”
    wajib di sini wajib aqal ‘aridhi, betul ke ust?

    sebab aqal terima klu nabi tidak siddiq

  197. Salam ustaz,adaah benar adanya jamak tammam??contoh seorang doktor yang terpaksa melakukan pembedahan yang panjang,sehingga terlepas waktu asar,jadi beliau melakukan jamak dengan solat zohor lalu solat asar di dalam waktu zohor…

    • Tidak boleh jamak tetapi harus doktor itu meningl sembahyang, kerana pembedahan, bahkan wajib dia meneruskan pembedahan kerana menyelamatkan nyawa dan dia dibolehkan meningalkan sembahyang dengan tidak berdosa.
      Orang yang mengatakan boleh jamak memayahkan doktor mensempurnakan perkerjaannya, kerana jika doktor itu terpaksa membuat pembedahan yang panjang sehinga menghabisi tiga waktu sembahyang maka doktor itu berdosa kerana meningalkan sembahyang sebagai contoh dia mulakan pembedahan sebelum zuhur sehinga masuk waktu isyak maka doktor itu tidak ada ruang untuk menjamakkan sembahyangnya antara zuhur dan asar , sedangkan kita mengetahui tidak boleh dijamak tiga sembahyang dalam satu waktu. sebab itu mazhab Syafie mengharuskan meningalkan sembahyang kerana menyelamatkan nyawa.

  198. ustaz!!!!

    sy nak tanya bekenaan pekerjaan sebagai peguam pada masa kini mengikut syara’……

    • Peguam adalah masuk dalam bab wakalah/wakil

  199. Salam ustaz,dari sumber manakah datangnya kisah wasiat nabi s.a.w kepada Saidina Ali k.a.w??maksud saya kitab mana??sumber hadis ini..sekian terima kasih

    • Saya minta maaf saya tidak tahu. والله اعلم

  200. ustaz saya nak tanya…..

    bagaimana pandangan syara’ bagi sesorang yang bekerja sebagai peguam pada masa kini sedangkan sistem kehakiman bukan berdasarkn sistem kehakiman islam,saya mahukan penjelasan ustaz….

    Apakah hukumnya,adakah harus?
    ana mohon penjelasan.

  201. Salam ustaz,

    Saya punya ibu yang telah uzur, menghidap penyakit parkinson, tak bisa mengurus diri serta punya ingatan yang sangat lemah.
    Ada waktu fikirannya seperti keanak-anakan, namun adakalanya dia berfikiran normal seperti biasa.
    Selain tidak mampu mengingati perihal penting, ibu juga perlu memakan ubat pada selang waktu tertentu untuk penyakitnya.

    Persoalannya, adakah ibu masih wajib melaksanakan ibadah puasa di bulan ramadhan?
    Bagaimana dengan solatnya?
    Adakah hukum solat masih wajib ke atasnya?

    Sekian saja, terima kasih.

    • Semasa dia dias tidak ingat apap dia tidak wajib sembahyang dan puasa, semasa ingatan pulih dia wajib keduanya, tetapi pada masalah puasa dia boleh meningalkan puasa dan dikeluarkan fidyah puasa dan dia tidak wajib qada’. sekalipun dia sehat selepas itu. والله اعلم

  202. ASSALAMUAILAIKUM USTAZ,SAYA NAK TANYA .SAYA MANDI WAJIB TETAPI TIDAK meneran sedikit dubur supaya dapat sampai air padanya.SAYA HANYA MEMBASUH BAHAGIAN ITU SAHAJA. SAYA TIDAK TAHU SEBAB BELAJAR DENGAN USTAZ MASA SEKOLAH DULU, DAN USTAZAH DIA HANYA BAGI TAHU MERATAKAN AIR KESELURUH TUBUH BADAN. JADINYA SAH ATAU TIDAK SOLAT SAYA YANG TELAH SAYA LAKUKAN SEBELUM INI.SAYA TIDAK TAHU SEBENARNYA.

    • Sekiranya anda zan/sangka air telah rata pada sekelian tubuh maka sah mandi anda dan sah sembehyang anda.
      menyampai kan air pada sekelian angota mandi hanya dituntut atas jalan zan bukan yakin. والله اعلم

      • Apa yang anda perlu lakukan ialah dengan mencangkung dan melalukan air pada dubur anda. Kepayahan dalam meneran itu adalah dimaafkan.

      • Perkara ini ada dalam kitab Matlaul Badrin.
        Namun jika berlaku kepayahan dalam meneran itu adalah dimaafkan. Apa yang anda perlu lakukan ialah dengan mencangkung dan melalukan air pada dubur anda.

  203. terima kasih ustaz diatas jawapan yang diberikan.

    soalan 2 pula, saya nak tanya dalam kitab apa yang menerangkan mesyuarat lelaki dan perempuan wajib bertabir atau harus bertabir.sahaja.

    • Wajib ada hijab apabila bermuswarat dengan perempuan yang halal nikah, sama ada hijab itu tabir atau lainnya, Kitab khusus saya tak tahu. Boleh lihat kitab fekah tentang melihat perempuan dalam bab meminang, atau menutup aurat dalam sembahyang.

  204. Assalamu’alaikum, Ustaz…

    Apakah yang dimaksudkan dengan ‘izzah? Adakah ia sama dengan ‘ego’? Saya ada dengar bahawa kita mesti kena ada rasa ‘izzah dalam diri kita. Boleh Ustaz jelaskan? Syukran.

    • 1. وَلِلَّهِ ٱلۡعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِۦ وَلِلۡمُؤۡمِنِينَ وَلَـٰكِنَّ ٱلۡمُنَـٰفِقِينَ لَا يَعۡلَمُونَ
      Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
      2. وَإِذَا قِيلَ لَهُ ٱتَّقِ ٱللَّهَ أَخَذَتۡهُ ٱلۡعِزَّةُ بِٱلۡإِثۡمِ‌ۚ فَحَسۡبُهُ ۥ جَهَنَّمُ‌ۚ وَلَبِئۡسَ ٱلۡمِهَادُ
      Dan apabila dikatakan kepadanya: “Bertakwalah engkau kepada Allah”, timbullah kesombongannya dengan (meneruskan) dosa (yang dilakukannya itu). Oleh itu padanlah dia (menerima balasan azab) Neraka Jahanam dan demi sesungguhnya, (Neraka Jahanam itu) adalah seburuk-buruk tempat tinggal.
      pada ayat 8 surah Al-Munafiqoon maknanya kemulian dan kekuatan, sementara pada ayat 206 surah Al-Baqara maknanya sombong. والله اعلم

  205. salam ust,
    surah ala’rof ayat 40 ada menyebut:
    إِنَّ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ وَكَذَلِكَ نَجْزِي الْمُجْرِمِينَ لَهُمْ مِنْ جَهَنَّمَ مِهَادٌ وَمِنْ فَوْقِهِمْ غَوَاشٍ وَكَذَلِكَ نَجْزِي الظَّالِمِينَ

    1. adakah keadaan masuk unta dalam lobang jarum itu mustahil aqli atau tidak? sekiranya mustahil aqli, minta syarah dr ust. sebab sy nampak2 mcm harus aqal je

    • Masuk unta kedalam lubang jarum di dalam ayat ini mustahil adat, bukan mustahil akal. dengan itu harus pada akal unta masuk kedalam lubang jarum. والله اعلم

      • maknanya org yg kufur masuk neraka dlm ayat di atas ni, harus aqal dan mustahil syara’ la masuk syurga?

        sy hendakkan kepastian ust,
        trimas

      • Harus pada akal orang kafir masuk surga, tetapi Allah telah janji, memasukkan orang kafir kedalam neraka dan Allah tidak memungkiri janji.

  206. salam ukhuwah fillah ustaz..sy nk tanya ustaz boleh???.. haram kah ayat al-quran di tulis dlm bahasa rumi??? ada tak nas2 atau dalil yg melarangnya.. kawan ckap haram sbb nanti maknanya lari.. mohon penjelasan ye ustaz..syukran jazilan..

    • salam.ustaz mintak tolong terangkan sanad tentang doa nurun nubuwwah.kerana saya ada terbaca sebuah buku” amalan kemurahan rezki “tentang doa ini di mana ia diturunkan dari jibril kepada nabi muhammad saw banyak di tulis khasiat dlam doa ini.mohon kepastian dan kupasan ustaz.terima kasih.

      • Saya minta maaf saya tiada sanad doa ini.

    • Pendapat yang muktamad haram ditulis ayat Al-Quran dalam bentuk rumi kerana hurupnya tidak sama ini menyebabkan sebutannya akan lari dan tidak tepat, dalam kata lain tulisan itu mahkrajnya tidak sama. والله اعلم

  207. maaf ya ustaz leh tak bagi nm kitab yg mgharamknnya? sbb br tau hal ni.. kebanyakkn buku2 agama dah jgk pakai tulisan rumi knapa x diharam kan ya???… mohon pertolongan ustaz..

  208. ﻪﺘﺎﮐﺭﺑﻮ ﷲﺍﺔﻣﺣﺭﻮﻡﮑﻴﻟﻋﻢﻼﺳﻟﺍ
    بسم الله الرحمن الرحيم

    Saya pernah mendengar tentang :
    1. Batal wuduk dengan menyentuh budak lelaki (Amrad ;- kalau tak salah )
    2. Batal wuduk dengan makan daging unta.
    Tetapi saya tidak pasti ini pendapat siapa dan bagaimana kedudukannya.
    Jika tidak menyusahkan minta tuan berikan nama kitab jawi yang ada membahaskannya.

    3. Bagaimana dikatakan “wakil tidak sah membeli barang yg diwakilkan kepadanya untuk dijual”
    Adakah mutlak ? Haruskah jika tuan punya barang izin untuk membelinya?

    ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍﻭ

    • 1. Tidak batal wudu menyentuh amrad dan makan daging unta. sila lihat kitab hadis
      2. saya tak faham soalan ketiga

      • ﻪﺘﺎﮐﺭﺑﻮ ﷲﺍﺔﻣﺣﺭﻮﻡﮑﻴﻟﻋﻢﻼﺳﻟﺍ
        بسم الله الرحمن الرحيم

        Minta maaf tuan.
        mengikut kefahaman saya dalam bab wakalah , apabila seorang itu telah aqad menjadi wakil untuk menjualkan sesuatu barang, maka dia (yang menjadi wakil itu) tidak boleh membeli barang yang dijualkannya itu untuk dirinya sendiri. Adakah betul pemahaman saya ini?Jika betul bagaimankah siwakil itu hendak membali barang itu untuk dirinya ?

        ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍﻭ

      • Betul kerana tidak boleh sesaorang itu menguasai dua tepi akad yakni dia penjual dan dia pembeli melainkan datuk yang menguasai ijab dan kabul bagi dua orang cucu. sekiranya wakil hendak membelinya maka dia hendaklah dipecat daripada jadi wakil dan kemudian tuan punya barang menjual barang itu kepadanya. والله اعلم

  209. soalan:
    apakah maksud ‘boleh berpuasa nifsu kedua bulan syaaban jika kita sambung puasa drp nifsu yang pertama spt 15 syaaban ‘
    - adakah mesti 15 syaaban atau kita dah puasa mana2 drp nifsu yang pertama spt 2/3/… syabaan kemudian kita berbuka hinggalah kita sambung semula pada 16/17 syabaan…mohon penjelasan….syukran

    • Apabila tidak berpuasa pada 15 syaban maka tidak boleh berpuasa nispu kedua sekalipun anda ada berpuasa satu dua hari di dalam bulan syaban. yang diharamkan berpuasa yang tidak ada sebab maka harus berpuasa qada sebabnya hendak mengqada. والله اعلم

  210. asalamualaikum ust,apakah hukumnya berkerja di bank.bagi lelaki atau pun prmpuan,sama ada islamic atau pun bank biasa.skian trima ksh.

    • Haram berkerja di bank yang ada unsur riba atau bank yang mana perniagaannya tidak berlandaskan islam atau bank yang pelaborannya ditempat yang haram. والله اعلم

  211. ustaz,
    sekiranya suami mewati adik ipar,adakah nikah itu terfasakh?
    syukran

    • Nikah tidak terfasakh apabila suami berzina dengan adik ipar kerana air mani itu tidak dihormati. والله اعلم

  212. ustaz,
    adakah dibenarkan minyak wangi yg ada campuran alkohol boleh dipakai dan dibawa untuk solat?

    • Sekiranya alkohol itu diperolihi dari prosis penapayan maka najis dan tidak sah dibawa sembahyang, sekiranya diperolihi alkohol itu tidak melalui prosis penapayan (tiruan) maka ianya tidak najis kerana bukan arak. واللله اعلم

      • Alkohol yang dibuat untuk minyak wangi adalah daripada proses sintesis atau tindakbalas kimia dan bukannya alkohol yang sama terjadi daripada proses membuat arak. Jadinya alkohol jenis itu bukan najis. Namun, sebagai langkah berhati2 elok memakai minyak wangi yang tanpa alkohol.

  213. assalamualaikum,sy bkrja d kdai makan,suatu hari sy trjmpa duit yg trjatuh d ats bangku sjumlah rm300rts.sblum itu sy mmg cam org yg duduk d situ.dn sy bniat ingin pulangkn smula pd org itu tp smpai skrg org itu tdk dtg d kdai.ia sprti org luar dn bukan org yg biasa sngah d kdai.apakah harus sy lakukn…skian tima ksh..

    • simpan sehingga bertemu dengan tuannya, kerana anda cam tuan punya minta tolong dengan Allah supaya dapat jumpa dengan tuannya. والله اعلم

  214. terima kasih ustaz

  215. ﻪﺘﺎﮐﺭﺑﻮ ﷲﺍﺔﻣﺣﺭﻮﻡﮑﻴﻟﻋﻢﻼﺳﻟﺍ
    بسم الله الرحمن الرحيم

    Seorang wanita yang sedang mengandung seringkali muntah pada petang hari.(selepas waktu asar)
    Sahkah puasanya sekiranya dia sedang berpuasa?
    ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍﻭ

    • Muntah tidak membatalkan puasa jika tidak sengaja. والله اعلم

      • Yang dikatakan membatalkan puasa itu adalah muntah yang disengajakan.

  216. ﻪﺘﺎﮐﺭﺑﻮ ﷲﺍﺔﻣﺣﺭﻮﻡﮑﻴﻟﻋﻢﻼﺳﻟﺍ
    بسم الله الرحمن الرحيم

    Selamat menyambut Ramadhan kpd Tuan.
    Saya minta sedikit penjelasan bagi masalah dibawah :
    Adakah batal solat dan wudhuk kerana ;Tidurketika qiam atau Tidur ketika sujud atau ketika duduk tahyat.

    ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍﻭ

    • Tidur pada duduk yang tidak tetap papan pungung membatalkan wudu, sebaliknya tidur yang tetap papan pungung pada tempat duduk tidak membatalkan wudu. maka berdiri dan sujud tidak boleh boleh tetap papan pungung walaupun dalam apa keadan seperti meletakkan bantal pada diding dan bersandar padanya dengan meletakkan papan pungung pada bantal.
      semantara duduk tahyat dengan cara meletakkan papan pungung pada tempat duduk dengan betul-betul berdempek kedua papan pungung pada tempat duduk tidak membatalkan wudu dan sembahyang, difaham dari kata tetap papan pungung di tempat duduk maka duduk tawaruk dan duduk iftiras tidak tetap papan pungung.

  217. السلام عليكم
    Ustaz, Jika ingin membaca qunut nazilah di dalam solat fardu yg tiga dan empat rakaat, pada rakaat yg ke berapa seelok-eloknya dibacakan qunut nazilah itu.Adakah pada rakaat yg kedua atau terakhir?Yang ke dua apabila pemimpin doa membacakan doa tolak bala kebiasaannya orang ramai menterbalikkan tapak tangan.Adakah ada nasnya dan apa hokum berbuat demikian?Sekian terimakasih.

    • Baca qunut pada rakat akhir, jika sembahyang empat rakaat baca pada rakaat ke empat dan jika sembahyang tiga rakaat baca pada rakaat yang ke tiga.

  218. assalamualaikum ustaz

    boleh ustaz bagi pandangan mengenai jemaah tabligh..saya berminat untuk mengikuti jemaah tabligh. elok atau tidak jika saya ingin mengikutinya. tq

    • Setiap jemaah yang tujuan untuk menegakkan agama Allah adalah baik. Cuma saya nak tekankan disini jangan terlalu taksub pada satu satu jemaah sehinga ada ustaz yang tak masuk jemaah yang kita telah pilih mengajar kita tak nak ikut, satu lagi cari ustas yang berpegang dengan aliran ahli sunah wal jamaah iaitu yang berpegang dengan mazhab serta akidah Asyairah dan maturidiah jangan berpegang dengan tauhid tiga serangkai. والله اعلم

  219. salam, ustaz. boleh atau tidak kita buat solat terawih 4 rakaat satu salam.

    • Walaupun empat rakaat dikira satu terawih tetapi tidak boleh dibuat empat rakaat dengan satu salam. والله اعلم

  220. بسم الله الرحمن الرحيم
    ﻪﺘﺎﮐﺭﺑﻮ ﷲﺍﺔﻣﺣﺭﻮﻡﮑﻴﻟﻋﻢﻼﺳﻟﺍ

    Minta penjelasan tuan , Saya pernah membaca antara perkara yang membatalkan puasa ialah sendu. Adakah sama dengan sedu (seperti tersedu).
    ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍﻭ

    • Tersedu tidak membatalkan puasa.
      Sila beri nama kitab yang ada menyebut sendu membatalkan puasa mungkin kitab dikarang ulama fatani, atau banjar nanti saya beri jawapan

      • yang dikatakan batal puasa itu ialah tersedu atau sendawa dengan berlebihan sehingga keluar muntah. Wallahua’lam.

      • Saya dah cari tapi tak jumpa pula… nanti saya cari lagi

  221. assalamualaikum ust.

    sy ada soalan.
    1. sekiranya saya ikut imam yg bermazhab lain dr saya, kemudian sy nampak masa solat kepala dia bergerak2 sikit. dan kadang2 klu imam tu solat duduk, dye gerak2 kaki dye lebih 3 kali. boleh kah saya ikut imam itu?

    2. ada ke sujud selepas solat hajat? terdapat hadis di dalam kitab attarghib wa tarhib, imam munziri, dalam bab solat hajat. harap ust tolong rujuk dan syarahkan kepada saya

    terima kasih ust,
    جزاك الله خير

    • 1. Tidak sah mengikut imam yang pada i’tikad makmum batal sembahyang imamnya.
      2. Hadisnya berbunyi (اثنتا عشرة ركعة تصليهن من ليل أو نهار، وتتشهد بين كل ركعتين، فإذا تشهدت في آخر صلاتك فأثن على الله عز وجل، وصل على النبي صلى الله عليه وسلم، واقرأ وأنت ساجد فاتحة الكتاب سبع مرات، وآية الكرسي سبع مرات، وقل: لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير عشر مرات، ثم قل: اللهم إني إسألك بمعاقد العز من عرشك، ومنتهى الرحمة من كتابك، واسمك الأعظم، وكلماتك التامة، ثم سل حاجتك، ثم ارفع رأسك، ثم سلم يمينا وشمالا ولا تعلموها السفهاء فإنهم يدعون بها فيستجاب.
      رواه الحاكم عن ابن مسعود رضي الله عنه.
      وقال أحمد بن حرب قد جربته فوجدته صحيحا, وقال ابراهيم بن علي الدبيلي قد جربته فوجدته حقا ,وقال الحاكم قال لنا زكريا قد جربته فوجدته حقا قال الحاكم قد جربته فوجدته حقا.
      hadis ini berlawanan dengan hadis yang sahih iaitu عن ابن عباس رضي الله عنهما أن النبي صلى الله عليه وسلم نهى عليا عن القراءة وهو راكع وساجد maka hadis ini tidak boleh diamal والله تعالى أعلم.

      • jadi apa hukum sujud itu?

        saya ada baca dalam kitab abwabul farj, sayyid muhammad alawi, tentang ini, tapi sy tak faham mane bahaa arab.

        boleh ust tolong syarahkan?

        terima kasih ust

      • Dari segi fekah Syafie sujud itu tidak sah, tetapi ada ulama membolehkan sujud itu. والله اعلم

  222. Salam, Nak tanya berkenaan kesahihan hadis ttg kelebihan sembahyang tarawikh mengikit turutan hari2 hinggalah ke hari ke 30. Ada pandangan mengatakannya hadis palsu. Terima kasih atas jawapan dan jika ianya telah pun ada soalannya dan jawapannya yg terdahulu saya mohon maaf.

    • Saya dah cari masih tak jumapa, dan saya tanya guru saya dia berkata hadis ini banyak pertikayan. والله اعلم

      • Terima Kasih.

  223. Assalamu’alaikum, Ustaz yang dihormati…

    Saya ada satu kemusykilan. Baru-baru ni saya ada terbaca tentang jika hari raya jatuh pada hari Jumaat, maka solat Jumaat tak wajib lagi jika telah menunaikan solat sunat Hari Raya. Betul ke ada pendapat ni ustaz? Atau ada dalam mazhab lain?

    Mohon ustaz jelaskan… Jazaakallah…

    • itu tidak benar. yang sebenar menurut mazhab Syafie “apabila mufakat hari raya pada hari jumat maka hadir ahli kampung yang jauh yang mendengar azan pada tempat jumaat, bersembahyang mereka itu akan sembahyang hari raya, jikalau kembali mereka kepada keluarga mereka nescaya meraka akan luput jumat adakah mereka boleh kembali kepada keluarga. dijawab ulama Syafie harus mereka itu kembali dan mereka itu boleh meningalkan jumat.
      difaham dari kalam ulama itu bahawa orang yang boleh meningalkan jumat pada hari itu ialah mereka yang duduk jauh yang mana jikalau kembali mereka selepas sembahyang nescaya mereka tidak sempat datang semula ketempat jumat.
      dengan itu sekarang di Malaysia kita lihat tidak ada tempat yang keadaan seperti itu. kalau adapun munkin dikawasan pendalaman seperti di Sabah dan Serawak. ditempat lain kemudahan banyak samaada mereka boleh kembali dengan kenderaan atau lainnya. والله اعلم

  224. Syukran Ya Ustaz… Ana dah faham..

  225. Assalamualaikum ustaz
    Berapakah bilangan solat terawih sekurang2nya dan berapa pula bilangan solat terawih semaksimanya?

    Ustaz, boleh atau tidak seseorang melakukan solat sunat yang lain setelah melakukan solat witir pada satu2 malam?

    Bagaimana jika seseorang yang solat terawih (makmum) terlupa membaca al-fatihah adakah sah solatnya?

    Jika seseorang itu perlu bermusafir (dalam bas / kapal) pada malam ramadhan, boleh atau tidak dia membuat solat dalam keadaan cara solat duduk/baring?

    • Satu tarawih empat Rakaat, sebanyak-banyaknya 20 rakaat.
      Sembahyang sunat yang lain boleh dilakukan setelah diperbuat witir, yang tidak boleh witir dua kali dalam satu malam. والله اعلم

      • bagaimanakah makna tidak boleh witir dalam satu malam itu?

        terima kasih ust atas juhad ust menjawab soalan

      • =) tak boleh lakukan solat witir lebih dari 1 kali lakukan solat witir dalam satu malam.

      • sekadar bantu apa yg saya faham maksud ustaz tu…jika salah tolong betulkan..

      • Betul

      • maknanya setelah saya buat witir 3 rakaat, saya tak boleh sempurnakan witir itu kepada 11 dengan tambahan lagi 8 rakaat?

      • Ya setelah ditutup witir dengan ganjil maka tidahk boleh lagi nak tambah.

  226. assalamualaikum ustat,selamat berpuasa,nama saya ami berharap ustat dapat membantu saya dalam hal ini,saya ejen salah sebuah syarikat takaful di malaysia,soalan saya 1. apakah hukum tindakan saya setelah salah seorang prospek berminat ingin kan prodak takaful ini dari saya tetapi masalahnya prospek ini sakit jantung tak terlalu serius hanya saspek maslah jantung sahaja dari keterangan daripada doktor yang merawat beliau….,beliau mengakui bahawasanya kos rawatan penyakit ini makan jumlah yang agak besar malah ketika pemohonan jika saya nyatakan prospek ini ada masalah kesihatan pasti tak lulus….kecuali semasa pemohonan saya tak nyatakan penyakit yang dihadapi prospek ini………. ,prospek ini merayu pada saya supaya beliau dapat miliki takaful ini,saya hanya insan biasa ,sikap saya ingin tolong beliau dan dengan cara ini dapat saya membantu beliau ,bahkan focus utama takaful syarikat kami ingin membantu orang ramai terhadap pelindungan yang diberikan dan dari premium RM bulanan peserta yang terkumpul , syarikat dapat menyalurkan bantuan ini kepada mereka yang bermasalah dari kesihatan , secara tak lansung pihak syarikat melaburkan wang ini dalam pelaburan untuk gandakan simpanan dan pulangan tapi sebelum miliki takaful kami peserta kene betul – betul sihat dan tiada masalah kesihatan….yang pastinya syarikat takaful dan insurans semakin kaya raya dan ejen ejen takaful hidup mewah….adakah cara saya ingin membantu prospek ini salah dan haram disisi agama atau sebaliknya .yang pasti saya ingin membantu beliau ataupun saya kene jujur dalam bidang takaful yang saya ceburi ini kerana ianya punca rezeki saya ….harap ustat dapat bantu saya apa tindakan yang harus saya lakukan.terima kasih ustat

    • Walaupun takaful itu tujuannya bantu membantu tetapi dia bersyarat maka wajib menurut syaratnya. والله اعلم

      • terima kasih ustat atas penjelasan,tapi ustat ada gak 2 custmer yang saya ambil ada maalah terhadap kesihatan ….apa perlu saya lakukan terhadap komisen yang diterima , terima kasih ustat

  227. assalamualaikum ustat,apa hukum bela anjing pada pandangan islam?

    • Hukum membela anjing dengan tujuan menjaga kebun atau buat berburu adalah harus, dan jika tiada tujuan seperti demikian maka haram. والله اعلم

  228. Assalamu’alaikum, Ustaz…

    Saya nak tanya berkenaan ilmu Tauhid.

    Apakah yang dimaksudkan dengan sifat Nafsiyah, sifat Salbiyah, sifat Ma’ani, dan sifat Ma’nawiyah?

  229. ﻪﺘﺎﮐﺭﺑﻮ ﷲﺍﺔﻣﺣﺭﻮﻡﮑﻴﻟﻋﻢﻼﺳﻟﺍ
    بسم الله الرحمن الرحيم

    1. Minta penjelasan tuan tentang apakah hukum buat qiamullai secara berjemaah dan secara jahar.

    2. Benarkah makruh melakukan solat sunat sebelum dan selepas solat dua hari raya, jika tiada keberatan minta tuan berikan nama kitab jawi yang ada membahaskan perkara ini.

    2. Benarkah pendapat Tuan Guru Nik Aziz tentang ada org kafir masuk dan bejumpa rasulullah di dalam masjid ?

    ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍﻭ

    • Harus berjamaah pada sembahyang sunat yang tidak disunatkan berjemaah, Maakroh menjaharkan sembahyang sunat yang tidak disunatkan jahar, kecuali imam yang bertujuan hendak mengajar makmum, seperti pada sembahyang tasbih, untuk mengajar makmum bilangan tasbih.
      2. Tidak ada sembahyang sunat sebelum dan sesudah sembahyang sunat dua hari raya dengan niat sembahyang sunat mengiringi sembahyang sunat hari raya. Adapun sembahyang sunat tahiyatul masjid apabila masuk ke masjid atau sembahyang sunat mutlaq, atau sembahyang sunat duha, yang dilakukan sebelum atau selepas sembahyang sunat hari raya maka itu adalah sunat tidak makruh dilakukan.

  230. Salam Ustaz…

    Saya ingin tanyakan beberpa soalan. Saya mempunyai seorg kawan. Beliau telah bergaduh dengan isterinya. Lalu beliau menyatakan kepada isterinya yang isterinya gila talak. Adakah jatuh talaknya jika dia menyatakan hal berkenaan.

    • Tidak jatuh talak, krana dia bukan menjatuhkan talak dia cuma menceritakan yang isterinya gila talak.

  231. 2. Dia juga menyatakan bahawa jika bukan kerana anak-anaknya dia tentu dah tak tinggal kat umah yang dia tinggalkan sekrg dan akan tinggalkan isterinya. Adakah dengan berkata demikian..talak akan jatuh.

    Mohon pertolongan ustaz…berkenaan pekara tersbut. Terima Kasih

    • Tak jatuh, sekiranya dia tidak niat untuk menjatuhkan talak pada perkataannya “akan tinggalkan isterinya” dan jatuh talakjika tiia niatkan talak pada perkataan itu, krana pekataan itu dinamakan lafas kinayah.

  232. salam ustat,saya mempunyai barang hutang yg tidak dijelaskan sekian lama….apa hukum jika masih ada dlm simpanan saya dan bagaimana jika saya gunakan sebagai perhiasan dlm rumah?terima kasih ustat

    • Sila bayar hutang anda itu dan barang itu jadi milik anda.

  233. salam ustat,saya mempunyai barang hutang yg tidak dijelaskan sekian lama….apa hukum jika masih ada dlm simpanan saya dan bagaimana jika saya gunakan sebagai perhiasan dlm rumah?saya tak tahu dengan siapa yang saya perlu jelaskan hutang tersebut kerana barang ini saya beli ngan penjaja yg menjual dirumah lama saya… terima kasih ustat

  234. salam ustat,saya ingin menebus segala dosa saya yang lalu kerana semasa remaja saya suka mencuri ,adakah cara lain supaya dosa saya ini diampunkan Allah?terima kasih ustat

    • Bertaubat dengan mengikut syarat-syarat taubat antaranya
      pulangkan barang yang telah kita ambil kepada tuannya.

  235. salam ustat..saya ingin dapatkan nasihat dan amalan rasuallah atau para sahabat baginda .bagaimana menyelesaikan masalah hutang ?saya hidup dalam keadaan tertekan setelah kerap kali dihubungi pelbagai agensi kutip hutang …bantu saya ustat ,apa harus saya lakukan atau semua ini ujian allah tapi sampai bila?walaupun pendapatan saya sekeluarga melebihi RM 5,000 sebulan ,itupn ujung bulan sentiasa dalam kesempitan …saya hidup tak terlalu mewah,rumah kami pun tak de kelengkapan ,bahkan makan sentiasa masak kat rumah….hidup saya sentiasa dan setiap bulan dalam kesempitan..maaf kan saya jika saya keterlaluan

    • Banyakkan baca Doa ini
      اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

  236. Assalamualaikum us,

    Saya ingin bertanya,

    1- Betulkah mencukur janggut itu hukumnya haram?

    2- Tempoh hari saya solat berjemaah, dalam keadaan berdiri, seorang jemaah sebelah saya telah menarik saya ke sisinya sehingga saya bergerak ke sebelahnya (mungkin untuk merapatkan sof, saya tidak pasti), persoalannya, terbatalkah solat saya? adakah diperbolehkan kita berbuat permbuatan menarik demikian?

    • Menurut mazhab Syafie yang dipilih oleh Imam Nawawi bercukur jangut adalah makroh.
      Sunat dia berbuat begitu dengan perlahan kerana merapatkan saf, atau dia ketungalan sembahyang di belakang maka dia menarik makmum yang di hadapan ke sisinya supaya tidak ketungalan dlam saf

  237. terima kasih ustat atas nasihat ini

  238. Assalamu’alaikum, Ustaz.

    Apa hukum jual binatang untuk dijadikan ubat kepada penyakit seperti HIV? Sedangkan dari penyakit ini, kita lihat punca utamanya adalah terhasil dari zina.

    • Harus lagi sah menjual binatang yang mempunyi syarat mabi’ (benda yang dijual) untuk dibuat ubat umpama HIV.
      Harus dan sah jual ubat bagi penyakit yang berpunca dari maksiat.

  239. Mohon bertanya ya Ustaz, Betulkah tidak disunatkan sujud tilawah pada waktu tahrim (selepas fardhu Subuh dan selepas Fardhu “asar)?

    Betulkah antara syarat sujud tilawah ialah ‘sunat bagi orang yang mendengar bacaan tersebut turut sujud JIKA SEKIRANYA orang yang membaca ayat tersebut sujud?

    Kalau tidak keberatan, tolong nyatakan nama kitab (Jawi) untuk membolehkan ana merujuk.
    jazakalllhu khaira.

    • Sunat sujut tilawah atau syukur pada waktu tahrim, kerana sebab bagi sujud terdahulu,
      Sunat sujud tilawah bagi orang yang mendengar walaupun orang yang membaca tidak sujud.
      Terlebih dituntut sujud apabila orang yang membaca sujud.

  240. ﻪﺘﺎﮐﺭﺑﻮ ﷲﺍﺔﻣﺣﺭﻮﻡﮑﻴﻟﻋﻢﻼﺳﻟﺍ
    بسم الله الرحمن الرحيم

    Adakah wajib niat “zikir” apabila membaca doa utk ibubapa diantara fatihah dan amin.

    Adakah wajib niat zikir juga ketika membaca doa apabila imam selesai membac surah At-Tin.

    Sekian terima kasih
    ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍﻭ

    • Tiada perlu niat zikir kerana bacaan tersebut. Malah tidak perlu niat zikir apabila membaca Alhamdulillah sewaktu bersin dalam sembahyang.

  241. mengenai puasa dan dendanya
    1- puasa yang tidakdapat diganti dan bagaimana dendanya dan cara menebusnya
    2- puasayang tertinggal kerana bersama (suami@isteri). dendanya dan cara menebusnya..
    3-bagaimana status orang yang layak menerima bayaran denda
    4- bagaimana cara membayarnya? adakah perlu diakad atau tidak.

  242. assalamualaikum ya ustaz

    mohon diberi huraian mengenai puasa dan dendanya

    1- puasa yang tidakdapat diganti dan bagaimana dendanya dan cara menebusnya
    2- puasayang tertinggal kerana bersama (suami@isteri). dendanya dan cara menebusnya..
    3-bagaimana status orang yang layak menerima bayaran denda
    4- bagaimana cara membayarnya? adakah perlu diakad atau tidak.

  243. Assalamualaikum ustaz…saya terbaca di sebuah blog berkenaan dengan Doa Akasyah..Apa yang dimaksudkan dengan Doa akasyah itu ustaz? & benarkah fadilatnya seperti yang dinyatakan pada blog ni:

    http://arangkadir.blogspot.com/2010/08/fadhilat-doa-akasyah.html

    Harap ustaz boleh membantu..Terima kasih.

  244. Saya banyak terjumpa selawat yang pelbagai…
    antara yang terbaru saya dengar ialah salawat siddiqiyyah…betulkah ada selawat2 yang pelbagai ustaz?

  245. ustaz apa yang dimaksudkan dengan dhihaar? Adakah syarat2 yang sesuatu itu dikenakan dhihaar? adakah tidak ada cara untuk menebus dhihaar?

  246. assalamualaikum ustaz boleh tolong jelaskan makna bagi ayat ini:

    Allah s.w.t telah menyembunyikan redha-nya dalam taat. (saya kurang faham apa yang dimaksudkan dengan Allah menyembunyikan redhanya dalam taat?)
    Allah s.w.t telah menyembunyikan murka-nya di dalam maksiat.
    Allah s.w.t telah menyembunyikan nama-nya yang maha agung di dalam al-quran.
    Allah s.w.t telah menyembunyikan lailatul qadar di dalam bulan ramadhan.
    Allah s.w.t telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
    Allah s.w.t telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam
    semua hari.

  247. Assalamu’alaikum, Ustaz.

    Nak tanya berkenaan zakat. Bolehkah seorang ayah memberi sejumlah wang kepada anaknya (yang maseh belum bekerja) untuk membayar zakat dengan tujuan untuk mengajar anaknya itu membayar zakat?

    • Tidak sah zakat yang dikeluarkan itu. Si ayah wajib mengambil semula dari si anak zakat itu dan beri kepada mereka yang berhak sekiranya si anak bukan mustahik zakat yang lain daripada fakir miskin, adapun jika si anak mustahik zakat lain dari fakir miskin seperti si anak ada berhutang, atau lainnya maka sah zakat itu.
      Mengajar anak dengan cara yang salah hukumnya haram seperti mengajar anak membayar zakat dengan memberi zakat kepadanya sedangkan dia bukan mustahik zakat, kesalahannya ialah tidak betul tempat memberi. Sepatutnya si ayah berikan zakat kepada anaknya supaya si anak mengagihkan zakat itu kepada mustahik, jadi lah si anak itu wakil si ayah.

  248. Assalamualaikum ustaz…

    Semoga Allah lindungi perjalanan (musafir) ustaz…ameen

    Ustaz..di antara perkara2 yang dibawa semasa seseorang itu mati ialah:
    Doa dari anak yang soleh/solehah.
    Ilmu yang manfaat yang digunakan
    Sedekah…Persoalan saya.. Bagaimana nasib bagi seseorang individu itu yang ditakdirkan ianya tidak mempunyai anak atau sepanjang hayatnya mmg tidak ada jodoh dan tidak ada anak yang boleh mendoakan dia setelah ianya meninggal dunia.
    Boleh ustaz bantu saya? Terima kasih

  249. Assalamualikum ustaz…

    menurut buku Fiqh ad-dalil dalam tajuk beri’tikaf…
    ada menyebut yang beri’tikaf ini syarat2nya ketat, namun ia tidak menerangkan terperinci apa yang dimaksudkan dgn beri’tikaf yang sebenar2nya (adakah dgn berhenti sebentar di dalam masjid & melakukan amalan2 baca al-quran sahaja itu dikira berl’ktikaf) & apakah perkara2 yang dimaksudkan dengan beri’tikaf dimasjid…boleh ustaz tolong jelaskan?
    apa faedah dan bilakah masa yang seseuai seseorang itu melakukan i’tikaf?

  250. Assalamualaikum ustaz…
    saya mempunyai seorg kenalan…dahulu sewaktu study dia pernah bekerja sambilan di sebuah hotel, di sana dia diarahkan untuk membawa minuman arak kepada pelanggan yang bukan muslim…dia tahu kerja itu haram…tapi dahulu dia tiada pilihan & memang keadaan terdesak…
    1) bagaimanakah caranya dia hendak menebus segala kesalahannya yang terdahulu.
    2) Duit itu telah menjadi darah daging…bagaimanakah cara yang terbaik untuk dia menebus kesalahannya?

    • Banyak kan bertaubat dan menyesal dengan apa yang telah dilakukan, semuga kita dan dia diampunkan oleh Allah.

  251. salam ya ustaz

    mohon penjelasan

    1- siapa yang layak menerima fidyah atau kaffarah seseorang.
    2- adakah perlu niat atau akad pada masa membayarnya?

  252. Mohon Penjelasan: Seorang ustaz yang saya lihat ceramahnya di youtube dengan panjang lebar menjelaskan bahawa daging babi hanya haram dimakan dan bukannya najis kerana tidak ada nas yang mengatakannya najis dan jika tersentuh dengannya atau mana-mana bahagian babi tidak perlu disamak kerana tidak ada nas yang menjelaskan tentang kaedah menyamak. Mohon Ustaz jelaskan. Wallahu ‘alam.

  253. salam ust,
    baru2 ni di tempat saya belajar ni, ada sepasang pengantin bernikah,
    bapak perempuan itu mewakilkan kkepoada seorang ustaz melayu di sini sebagai wali melalui telefon, dan ustaz melayu itu yg menikahkan dia

    1, adakah boleh melalui telefon?
    sekiranya boleh bagaimanakah lafaznya? adakah dengan memada dengan bapanya kate, ‘wakilkan je la dekat sape2′ ataupun mesti bapanya yg cakap sendiri kepada ustaz mwlayu itu?

    • Boleh wakil melalui tel. lafasnya saya wakilkan awak untuk menikahkan anak saya …….(sebut nama) kepada si pulan.
      harus bapa wakilkan kepada sesaorang untuk diwakilkan akad nikah kepada ustaz itu.

  254. assalamualaikum ustaz…
    boleh tolong terangkan tentang qada’ muaalaq dan qada’ mubram?

    • Berkata al fadhil tuan guru Harun Din pasal qada’ muaalaq dan qada’ mubram ini..

      1) Qada’ Muaalaq ialah ketentuan Allah yg boleh berubah dgn kita berusaha,melalui doa kepadanya dan berbuat baik.

      2) Qada’ Mubram ialah ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati.

      wallahua’lam

      • ooo..itu yang dikatakan doa senjata mukmin…maksudnya insyaallah kita boleh mengubah qada Allah dgn berusaha & berdoa yea ustaz…terima kasih yea ustaz atas penjelasan tu

  255. Askm Ustaz. Saya nak tanya sikit berkenaan Sifat 20, iaitu sifat Ilmu. Saya sekarang sedang mengaji kitab Hidayatus Subyan di surau. Saya kurang faham pada mukasurat 4, baris 10 daripada bawah, kitab Hidayatus Subyan tersebut, iaitu berbunyi seperti berikut :

    “.. atas sifat yang ada sekaliannya itu dengan dia akan sebagai mengetahui yang tiada menerima lawan pada satu jalan juapun”.

    Saya harap sangat-sangat agar Ustaz dapat syarah-kan ayat ini, supaya terungkai ketidakfahaman saya ini.. Terima kasih yang teramat banyak..

    Email saya : zulkefliramli@yahoo.com
    HP saya : 019-9464043

    • atas/huruf jar hendak tempat taluk, taklukkan pada mengetahui, takdir kalam begini, mengatahui atas sifat yang ada sekeliannya, sifatyang ada ialah wajib mustahil dan harus.
      akan sebagai mengetahui yang tiada lawan maknanya ialah mengatahui Allah tiada tolok banding. والله اعلم maaf lambat jawab kerana ana bermusafir.

  256. salam…ustaz
    soalan saya…kalau kita batalkan solat fardhu dgn sengaja…berdosakan.
    kalau kita batalkan puasa qada’ dgn sengaja bagaimana pulak..ustaz. wassalam

  257. salam ustaz..
    kalau saya puasa qada’.. kemudian saya batalkan puasa tu dgn sengaja.. apa kah hukumnya? (haram..berdosa ke)?
    wassalam

    • haram membatalkan ibadat yang wajib seperti nazar, qada dan fardu tunai.
      contoh puasa atau sembahyang atau iktikaf yang dinazarkan dan lainnya.

      • iktikaf yang di nazrkan?
        maknanya klu saya nazar iktikaf, ada had masa ka ust?

        trimas atas usaha ust

      • Sekurang-kurang masa iktikaf satu lahzah, sekiranya sesaorang itu bernazar iktikaf dan tidak menyebutkan masa maka dia hendaklah iktikaf selazah supaya lepas dari nazarnya, tetapi yang afdal dia hendaklah beriktikaf sehari/24 jam, kerana keluar dari khilaf ulama yang mewajibkan sehari pada iktikaf yang dinazar dengan tidak menyebut masa, dan kerana tidak datang warid dari nabi, serta tidak dilakukan oleh sahabat beriktikaf kurang dari sehari.
        Sekiranya disebutkan dalam nazarnya bilangan hari maka dia wajib mengikutnya.

  258. Saya ada terbaca jawapan ustaz ttg haram memakan belanja orang kafir…
    bagaimana ttg ayat وَطَعَامُ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَـٰبَ حِلٌّ۬ لَّكُمۡ
    wallahua’lam.

    • Ayat ini dalil bagi harus makan sembelihan orang kafir ahli kitab.

  259. Assalamualaikum ustaz..
    banyak yang saya jumpa tentang bercinta kerana Allah, (maaf saya inginkan kepastian..)
    Ada sebuah artikel yang saya jumpa berkenaan cinta Allah. Persoalan saya:

    1) di dalam artikel tersebut menceritakan yang si lelaki tersebut telah memutuskan hubungan di antara lelaki & perempuan yang sudah merancang ingin berkahwin, semata2 si lelaki ingin mencari cinta Allah..(alasan yang diberi oleh lelaki kpd si perempuan).Persoalannya kini, bukan kah memutuskan hubungan siraturahim itu dimurkai Allah & bukankah sunnah rasullulah menyuruh umatnya berkahwin? agar salah satunya ia dapat menundukkan nafsu..bagaimanakah yang sebenar2nya yang dikatakan bercinta kerana Allah? Benarkah si lelaki ini sebenar2nya mencari cinta Allah atau? =) Boleh ustaz tolong jelaskan?

    2) Adakah perlu seseorang itu mengabdikan diri kepada Allah seperti cerita Rabiatul Adawiyah?
    Sedangkan Islam menyuruh kepada bersederhana.

    Boleh ustaz tolong jelaskan?

  260. assalamualaikum ustat,sayanak kepastian ,tempoh hari saya ada berkata perkataan cerai pada isteri tetapi semasa itu isteri saya berminat bertanya kan hal rumah tangga yang sisuami yang panas baran,selalu memukul isteri dan sisuami yang lemah lembut,sopan ,pendiam…kami berbincang mengenainya…saya ada berkata pada beliau suami yang panas baran ni jika kahwin lain ,dia akan menceraikan isterinya berbanding suami yang soleh,pendiam ,sisuami ini tidak menceraikan isteri pertama walaupun si suami kahwin lain,….saya ada berkata pada isteri saya dengan tiada niat dan tidak disengajakan “AWAK NAK KALAU DIA ( suami panas baran )ceraikan awak dan dia kahwin lain…ADAKAH JATUH TALAK SAYA?tapi sya ada merujuk dan terbaca dalam atikal di internet dari ustat lain….TALAK TIDAK SAH JIKA 1. TAK JELAS dan DIJADIKAN SEBAGAI CONTOH…betul ke jawapan saya.terima kasih ustat

    • Tidak jatuh talak kerana lafas itu ialah lafas hikayat, bukan lafas memperjadikan talak.
      lafas hikayat ialah lafas menceritakan talak orang lain atu lafas yang diguna untuk membuat contoh dan lainnya.

      • alhamduallah ustat,terjawab hendaknya persoalan ini yang menjadi kebinggungan saya …terima kasih ustat dan saya akan sentiasa berhati-hati setiap apa yang diperkatakankepada isteri

  261. salam ustaz…
    apakah hukum kalau kita makan buah2 ke..sayur2 ke yang bajanya daripada najis2 tahi binatang sama ada najis anjing dan babi

    • Harus serta makruh jika buah atau sayur berubah rasanya, tidak makruh jika tidak berubah dan wajib basuh sayur itu menurut ketegeri najis.

      • jazakallahu khairan kasira ya ustaz…

  262. salam ustaz…
    adakah mengangkat tangan takbir intiqalat itu membolehkan batal solat…bagaimana tu

    • tempat membatalkan sembahyang apabila mengangkat tangan apabila takbir intikalad ialah pada tempat yang tidak dituntut mengangakat tangan dan ditambah satu pergerakkan yang tidak dituntut yang lain seperti bangkit dari sujud ke rakaat yang kedua dan digerakkan kepala maka disitu ada tiga pergerakkan.

      • syukran ya ustaz…

  263. salam ust,

    sekiranya saya solat sunat duduk(atas lantai @ kerusi), adakah memada rukuk dan sujud dengan menunduk kepala sahaja?

    trimas

    • Sekurang-kurang sujuid bagi sembahyang duduk, membongkokkan badan sehinga dahi membetuli kepala lutut pada ketika duduk iftiras.

  264. ibubapa semasa hidup telah memberi hadiah sebuah rumah kepada anak perempuannya dan dalam gran itu sudah tercatat nama sebagai pemilik terhadap rumah yang telah dihadiahkan , soalannya adakah selepas meninggal ibubapa rumah itu menjadi harta tarikah yang perlu dibagi2 ?

    • Pemberian semasa hidup tidak jadi harta tarikah.

  265. kirim salam ana…kepada tuan guru/ustaz2 ana jugak…tuan guru haji hasyim,ustaz mad,ustaz bakar..
    wassalam..

  266. assalamualaikum ustat,saya diberitahu oleh seseorang,kakalu pegang yasin yang ada tulisan terjemaah bahasa melayu atau lain2 bahasa tak perlu ambil air sembahyang.betul ke ustat?terima kasih ustat

  267. assalamualaikum ustat,boleh tak saya qada puasa disertakan niat puasa 6…boleh terima ke?terima kasih ustat

  268. Askm Ustaz. Terima kasih di atas jawapan berkenaan sifat Ilmu temph hari. Alhamdulillah, sangat membantu. Ustaz, saya ingin bertanya berkenaan dengan Takluk Sama’. Takluk Sama’ ialah mendengar akan tiap-tiap yang Wajib dan Harus. Sifat Sama’ tidak bertakluk pada tiap-tiap yang Mustahil. Bagi tiap-tiap yang Wajib dan Mustahil, Alhamdulillah, saya sudah faham. Cuma saya kurang faham berkenaan dengan Takluk Sama’ pada tiap-tiap yang Harus. Yang saya sudah faham ialah, sifat Sama’ tu, bertakluk ia pada mendengar akan Mumkin-Maujud-Ba’dal-’Adam, Mumkin-Ma’adum-Ba’dal-Wujud, dan Mumkin-Sayujad (maaf kalau salah eja). Apa yang saya kurang faham ialah berkenaan dengan Mumkin-’Alimalloo-Huannahu-Lamyujad. Jadi, soalan saya ialah, adakah sifat Sama’ tu bertakluk atau tidak bertakluk pada Mumkin-’Alimalloo-Huannahu-Lamyujad? (Maaf kalau soalan saya panjang panjang / meleret-leret) . Diharap Ustaz dapat membantu saya merungkaikan ketidakfahaman saya ini. Terima kasih yang teramat banyak..

    Email saya : zulkefliramli@yahoo.com
    HP saya : 019-9464043

    • Saudara telah tersilap, yg betulnya sifat sama’ dan basar bertakluq(berlaziman/brsangkutan) kpd segala perkara yang maujudat (sekalian ssuatu yang ada) sprti zatNya dan sifat2Nya yg wujudiyyah dan segala zat yang baharu dan sifat2nya yg wujudiyyah..berkenaan dgn Mumkin-’Alimalloo-Huannahu-Lamyujad itu adalah bukannya maujud maka tidak bertakluq sifat sama’ dan basar. wallahu ‘aklam

      • Alhamdulillah.. Terima kasih Ustaz Din.. Sangat-sangat membantu.. Cuma saya nak tanya lagi.. Soalannya ialah.. Maknanya, apabila sifat Sama’ dan Basar tu bertakluk ia pada barang yang maujudat, maka ini membawa erti sifat Sama’ dan Basar tu tidak bertakluk ia pada sifat-sifat Salbiah.. Ye ke Ustaz..? Terima kasih yang teramat banyak..

  269. salam ustaz…

    boleh ke kita sembahyang jemaah dalam satu masjid/surau ada dua jemaah (satu jemaah tak habis lagi solat,kita dirikan jemaah yang lain)

    wassalam..

  270. salam. ustaz saya ingin tahu apakah hukum jika si suami suka membuat orientasi seks semacam mengikat isteri atau menutup mulut isteri.

    • jika si isteri tidak reda maka haram.

  271. salam ustaz…

    Kalau dalam satu masjid/surau boleh ke buat dua jemaah.

    wassalam

    • Haram buat dua jamaah dalam satu surau atu masjid kerana menyakiti hati imam sekiranya sembahyang jemaah pertama masih berlangsong.

      • salam ustaz…
        adakah batal sembahyang tu…(jemaah yang kemudian)

        terima kasih ustaz

      • Tidak batal

  272. ﻪﺘﺎﮐﺭﺑﻮ ﷲﺍﺔﻣﺣﺭﻮﻡﮑﻴﻟﻋﻢﻼﺳﻟﺍ
    بسم الله الرحمن الرحيم

    Mohon penjelasn tuan tentang 2 perkara :

    1. Sekiranya seorang musafir and sampai pada tempat yang dituju pada waktu zohor, maka adakah waktu 3 hari yang diharuskan untuk jama’ dan qasar itu bermula dari subuh hari esoknya ?

    2. Bagaimanakah qadar masa yang dikatakan mendapat waktu membaca faithah bersama imam ? Jika seorang takbir pada ketika imam sedang membaca surah yang panjang (melebihi ayat fatihah) tetapi kerana makmum membaca lambat, adakah wajib atas makmum untuk rukuk serta imam apabila imam tersebut rukuk?

    Sekian.
    ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍﻭ

    • 1. Dikira dari magrib hari yang dia sampai.
      2. Bacaan Fatihah orang yang pertenghan.
      3. Sekiranya qadar masa baki membaca surah itu telus membaca fatihah bagi orang yang pertengahan bacaannya maka dia wajib menghabiskan bacaan fatihahnya dan dia dimaaf tiga rukun yang panjang.

  273. assalamualaikum…
    ustaz saya mohon penjelasan ustaz tentang cukur kepala bayi yang baru lahir,adakah ia wajib?dan jika kita tidak mencukur adakah ia akan mudaratkan kepda bayi…ada saya pernah dengar apabila seorang bayi telah lahir dia diikuti oleh seekor syaitan yang duduk di ubun-ubun bayi dan setiap hari syaitan itu akn menghasut bayi agar tidak taat kpd ibubapa dan Allah dan pelbagai perkara tdk baik lg…jd kta perlu mencukur habis supaya syaitan itu pergi.adakah ia benar ustaz?

    • Sunat mencukur bayi yang baharu lahir. perkara itu dilakukan pada hari ketujuh iaitu hari buat aqikah.
      yang selebih saya tidak tahu kerana tiada ada dalam maklumat saya. والله اعلم

  274. Asslamua’laikum wbt,,

    smg ustz sntisa dsyangi n dcintai Allah =)

    ustaz… seserog lelaki itu boleh menikah empat kan?? persoaln ana,, adakah seseorg itu boleh bertunang sehingga empat untuk memilih calon yg terbaik,, jika xmnyusahkn ustaz, ana inginkn dalilnya juga :) syukran ustaz

    • Apabila nikah boleh empat maka bertunang sudah tentu boleh empat. seorang itu boleh bernikah dalam satu masa/serentak empat orang isteri maka sebelum bernikah serentak sudah tentu kena meminang dulu.

      • salam ustaz..

        macammana pula kalau dia bertunang 4 orang,
        tapi yang dia nak pilih seorang saja,yang 3 lagi diputuskan.

        wassalam

      • Mennyakiti hati orang islam adalah haram.

  275. assalamualaikum ustat…ketika solat seseorang yang mengerakkan anggota badan yang bukan rukun sembahyang lebih dari 3 kali mengakibatkan solat tidak sah,soalan saya ustat

    1. jika mata saya berkelip lebih dari 3 kali semasa solat ,terbatal ke solat saya?

    2. ketika saya solat jamak zuhur dan asar ,datang seorang pemuda cuit dari belakang untuk berjemaah bersama saya,ketika itu saya sudah masuk rakaat yg kedua ,bagaimana solat saya dan harus ke saya memberhentikan solat ini atau meneruskanya ,sah tak solat pemuda itu?walaupun niatpemuda itu untuk solat zuhur sahaja?

    terima kasih ustat

    • 1. mata angota yang kecil pergerakkan nya tidak dikira membatalkan sembahyang, yang dikira membatalkan sembahyang pergerakkan angota yang besar.
      2. Sah orang yang sembahyang tamam atau tidak musafir mengikut orang yang sembahyang jamak, dan qasar.
      haram memberhentikan ibadat fardu.

      • terima kasih ustat

  276. Jawapan Drp Ustaz Din (Alhamdulillah, sangat membantu):
    Saudara telah tersilap, yg betulnya sifat sama’ dan basar bertakluq(berlaziman/brsangkutan) kpd segala perkara yang maujudat (sekalian ssuatu yang ada) sprti zatNya dan sifat2Nya yg wujudiyyah dan segala zat yang baharu dan sifat2nya yg wujudiyyah..berkenaan dgn Mumkin-’Alimalloo-Huannahu-Lamyujad itu adalah bukannya maujud maka tidak bertakluq sifat sama’ dan basar. wallahu ‘aklam

    Soala baru saya :
    Alhamdulillah.. Terima kasih Ustaz Din.. Sangat-sangat membantu.. Cuma saya nak tanya lagi.. Soalannya ialah.. Maknanya, apabila sifat Sama’ dan Basar tu bertakluk ia pada barang yang maujudat, maka ini membawa erti sifat Sama’ dan Basar tu tidak bertakluk ia pada sifat-sifat Salbiah.. Ye ke Ustaz..? Terima kasih yang teramat banyak..

  277. Ops, saya tertinggal sikit lagi soalan, Ustaz Din.. Terlupa nak tanya tadi iaitu (kalau salah, minta tolong betul kan ya..):

    - Sifat Sama’ & Basar tiada takluk pada yang Mustahil, kerana tiada maujud : Alhamdulillah, sudah faham..

    - Sifat Sama’ & Basar tiada tertakluk pada Mumkin-’Alimalloo-Huannahu-Lamyujad, kerana tiada maujud : Alhamdulillah, sudah faham..

    - Sifat Sama’ & Basar bertakluk ia pada Mumkin-Maujud-Ba’dal-’Adam, kerana ia maujud : Alhamdulillah, sudah faham..

    - Sifat Sama’ & Basar tertakluk ia pada sifat Ma’ani, kerana ia maujud : Alhamdulillah, sudah faham..

    Soalan saya ialah :

    - Macamana dengan Sifat Salbiah?
    - Macamana dengan Mumkin-Ma’adum-Ba’dal-Wujud?
    - Macamana dengan Mumkin-Sayujad?

    Saya sangat-sangat memohon jawapan daripada Ustaz, bsgi merungkaikan ketidakfahaman saya ini. Terima kasih yang teramat banyak..

  278. salam ustaz…

    ustaz..tolong terangkan pasal anak luar nikah yang boleh di BIN kan dgn bapa (penzina),setelah bernikah.(lahir selepas 6 bulan),
    saya tak faham2 la.

    wassalam

    • Kerana sekurang kurang mengandung 6 bulan dua lahzah jadi apabila budak lahir setelah 6 dua lahzah bulan selepas nikah maka anak itu berkumunkinan anak yang terhasil daripada nikah bukan dari anak zina.
      macam mana jika anak itu telah diketahui ujud sebelum nikah?
      jawab, kandungan itu tidak pasti berkemunkinan ketumbuhan maka ada syak maka pakai اليكين لا يزال بالشك

  279. assalamualaikum ustat,Kenduri Arwah, Yasinan dan Tahlilan telah diharamkan oleh Imam Syafie,,adakah amalan ini berdosa disisi Allah?

    terima kasih ustat

    • Iman Syafie tidak mengharamkannya.

  280. Salam, ustaz saya nak tanya bab qadha puasa.
    Boleh ke saya puasa qadha pada masa yang sama
    saya niatkan untuk arwah bapa saya. Terima kasih.

    • Ibadat terbahagi dua
      1. maksudah iaitu yang dikasadkan diri ibadat itu.
      2. gari maksudah iaitu tidak diqasadkan diri ibadat itu bahkan asalkan ada ibadat yang serupa dengannya dikira ibadat itu dapat pahala.
      maka qada puasa masuk dalam kata maksudah dengan itu dia tidak boleh tumpang dalam yang lain. jadinya tidak boleh niat dua ibadat maksudah keduanya dalam satu masa. adapun ibadat grai maksudah boleh tumpang dalam ibadat lain seperti sembahyang tahyatul masjid boleh diniatkan dalam sembahyang fardu.

  281. salam ustaz, mohon penjelasan mengenai :-
    1- hukum wanita yang haid masuk dan duduk di dalam masjid seperti akad nikah, mendengar kuliah agama dan sebagainya (sekalipun wanita tersebut telah memakai tuala wanita)

    • Harah perempuan haidh duduk didalam masjid, harus dia lalu didalam masjid jika tidak takut titik darah dan haram dia lalu dalam masjid jika takut titik darah.

      • salam ya ustaz, saya masih ada kemusykilan tentang haid yg saya tanyakan tempohari. ada atau tidak pendapat ulama’ yg mengatakan harus duduk di dalam masjid bagi wanita yg haid? memandangkan keadaan sekarang yg telah terdapat kemudahan ‘tuala wanita’ yg boleh mengelakkan drpd darah menitik, maka ada pihak yang mengatakan boleh duduk di dalam masjid bg wanita haid dan bebas melakukan sebarang aktiviti di dalamnya.

      • diri haid yang mengharam duduk di dalam masjid adapun diri menitik darah dilarang lalu dalam masjid.

  282. Assalamualaikum us,
    us, saya ingin bertanya, kenapakah ada golongan yang anti hadis?

    • sebab dia nak jadi kafir ler tu

    • Mereka berangapan orang yang meriwayat akan hadis tidak boleh dipercaya.
      bersalahan dengan al-quran diriwayat dari rasulullah sendiri pada angapan mereka dan Allah berjanji memeliharanya, والله اعلم

  283. Assalamualaikum us,
    ada kawan sy beritahu yang puasa 6 bulan syawal tu boleh diqada’ kan di luar bulan syawal, betul kah begitu?

  284. Assalamualaikum ustaz,
    boleh tolong terangkan hukum perempuan yang berhadas(berhaid)membaca dan menghafaz Al-Quran.

    • Harah perempuan sedan berhaid dan berhadas besar membaca al-Quran,
      Harus perempuan sedang berhaidh menghafal al-qurang dengan niat menghafal tidak harus/haram dengan niat al-quran.
      haram perempuan berhadas besar menghafal quran dengan niat menghafal kerana masa hadas pendek sila lihat dalam kitab إعانة الطالبين.

  285. salam ustaz…

    Apakah sebab kita di sunatkan berpuasa isnin dan khamis..
    ada yg kata isnin semperna hari kelahiran nabi?

    wassalam..

    • Antara sebabnya ialah maksud hadis berikut: Rasulullah bersabda, dibentangkan amalan-amalan di hadapan Allah pada hari Isnin dan Khamis. Maka aku menyukai dibentang amalanku (di hadapan Allah) pada ketika aku berpuasa” (Riwayat Imam Tirmizi).

  286. ustaz……ada atau tidak istilah pertunangan secara taqdim….sbb ada yg bertanya pd saya…saya tak pernah dengar.

  287. Assalamualaikum Ustaz, ada kemuskilan yang dibawa oeh seorang sahabat tentang masalah berniaga pada 1 Syawal yang dikatakan oleh gurunya adalah haram hukumnya. saya mohon pencerahan dari Ustaz

    Wassalam

    • Tidak haram berniaga pada 1 syawal kerana tidak ada ulama yang berkata begitu.

  288. salam ustaz..

    sah ke atau tak kalau ambil wuduk tidak tertip
    contohnya (muka, lepas tu kaki)

    wassalam

    • Tidak sah kerana tertib itu rukun.

  289. Assalamu’alaikum Ustaz..

    Boleh tak Ustaz tolong check bagi pihak saya, akan makna Daur dan Tasalsul ni.. Saya takut saya salah eja la..

    تَوَقُّفُ شَيْءٍ عَلَى شَيْءٍ يَتَوَكَفُ عَلَيْهِ إِمَّا بِمَرْتَبَتَيْنِ أَوْ مَرَاتِبٍ

    تَرْتِبُ أُمُورِ غَيْرُ مُتَنَاهِيَةٍ

    Kalau betul, boleh tak saya nak simpan dalam saya punya memori..?

    Terima kasih banyak-banyak Ustaz..

    Email saya : zulkefliramli@yahoo.com
    HP saya : 019-9464043

  290. assalamualaikum ustat,amalan kita berpandu kan dari mazhab syafie ,bahkan terdapat beberapa mazhab diluar sana yang mengikut amalan seseorang ,apa hukum jika kita atau seseorang itu mencampur adukkan mazhab sebagai amalan harian .terima kasih ustat

    1.dalam amalan solat menggerak – gerkkan jari telunjuk semasa tahyat awal dan akhir adalah sunah rasullah dan tahyat akhir selepas bagi salam tak perlu kesat muka…boleh ustat dapat ulas sedikt ungkapan saya ini,terima kasih ustat

  291. Assalamu’alaikum Ustaz.. Semoga sihat salalu..
    Saya nak tanya sikit..
    Dalam ilmu faqah, adakah ada konsep makmum-ma’thurah dan makmum-ghoiru-ma’thurah..? (Maaf kalau salah eja)
    Kalau ada, boleh tak Ustaz tolong terangkan apakah itu makmum-ma’thurah dan makmum-ghoiru-ma’thurah..
    Terima kasih banyak-banyak Ustaz..

    • Makmum yang (محصورين) mahsurin/boleh dihitung atau makmum-ghoiru-ma’thurah/ yang tidak boleh dihitung munkin ini soalannya.
      ini masalah pada imam memanjangkan bacaannya adakah harus atau tidak. jika makmum yang mahsur harus memanjangkan bacaannya dengan reda sekeliannya.
      imam pada makmum-ghoiru-mahsurin makruh memanjangkan bacaannya.

  292. Assalamu’alaikum Ustaz,
    Anak saudara saya berhutang dengan Along dan tidak dapat menjelaskan hutangnya dan diberi amaran keras. Boleh tak saya membayar wang zakat kepadanya?
    Terima kasih…Ustaz.

    • Jangan bantu orang yang melakukan riba. sila buat pengaduan pada polis tentang ugutan itu.

  293. Salam ustaz..bolehkas ustaz nyatakan hadis sahih yg berkaitan dgn kelebihan atau tuntutan melakulan sujud tilawah pada subuh jumaat yg pada nya bacaan selepas surah fatihah adalah bacaan surah as Sajaddah pd rakaat pertama dan surah al insan pd rakaat kedua. maasalam

    • روا ابن عمر رضي الله عنهما قال كان رسول الله صلى الله عليه و سلم يقرأ علينا السورة فيها السجدة فيسجد ونسجد حتى ما يجد أحدنا موضع جبهته روا البخاري

  294. Salam ustaz..
    1. bolehkas ustaz nyatakan hadis sahih yg berkaitan dgn kelebihan atau tuntutan melakulan sujud tilawah pada subuh jumaat yg pada nya bacaan selepas surah fatihah adalah bacaan surah as Sajaddah pd rakaat pertama dan surah al insan pd rakaat kedua.

    2. Dan manakah yang lebih afdal ia dilakukan menurut hadis.. secara berjemaah atau berseorangan..??

    3. Bolehkah ia lakukan di rumah. .??

    maasalam

  295. salam ust…
    betul ke di alam ini terdapat 22 000 alam lain selain alam manusia,alam jin dan alam bunian?

    boleh kah kita berubat dengan cara perubatan batin dimana ustaz tersebut menggunakan bahasa yang tidak difahami oleh kita.kemudian dia memaklumkan mengguna sistem komputer yang hanya dia saja nmpak sedangkan kita tidak..kemudian memasukkan cip kedalam kepala contohnya untuk mudah menghafaz al-quran dan sebagainya..adakah ini dibolehkan dan apakah perbezaan di antara cip tadi dengan susuk?..harap ustaz jelaskan. syukran.

  296. Assalamu’alaikum, Ustaz…

    Apa hukum kita mengucapkan selamat hari raya kepada orang kafir sempena perayaan mereka?

    • Haram kerana reda dengan maksiat kufur mereka itu sekiranya perayan itu perayan agama.

      • Maksud hadis: barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dalam golongan mereka.

  297. Assalamu’alaikum, Ustaz…

    1. Apa hukum seorang Islam menjual tanah (seperti tanah kebun) kepada orang kafir?

    2. Bagaimana mengamalkan نصّ الحزب dan apakah kelebihannya?

    • Haram kita jual tanah kepada orang kafir seperti mana disebut alam banyak kitab fekah seperti yang berlaku di palastin hari ini yang berpunca daripada perangai orang palastin yang menjual tanahnya dengan harga yang tinggi kepada orang yahudi satu ketika dahulu.

  298. Tak paham apa itu nas al hajbi, atau hijib bahar atau lainnya

  299. بسم الله الرحمن الرحيم
    ﻪﺘﺎﮐﺭﺑﻮ ﷲﺍﺔﻣﺣﺭﻮﻡﮑﻴﻟﻋﻢﻼﺳﻟﺍ
    Minta penerangan tuan tentang dua masalah :

    1. Haruskah khatib minum ketika membaca khutbah Jumaat ?Tidak membatalkan khutbah?

    2. Seorang keluar musafir dan sebelum sampai ke mukimnya kenderaannya mengalami masalah. Adakah harus baginya untuk jamak dan qasar melebihi 3 hari jika masa yang diperlukan untuk membaiki kenderaan itu melebihi 3 hari ?
    ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍﻭ

  300. SOALAN PERTAMA 1
    ASSALAM USTAZ,BENARKAH SAYA MENDENGAR YANG DAGING KORBAN BOLEH DIBERIKAN KEPADA ORANG KAFIR..
    SOALAN 2
    MAKLUMLAH KEBELAKANGAN INI SAYA SERING TERDENGAR RAMAI HAMBA ALLAH MENYOAL KAN KEMUNCULAN DAJJAL DIMUKABUMI INI DALAM BEBERAPA LAMAN WEB,ADA YANG MENGATAKAN DAJJAL ITU TELAH MUNCUL,DAN APAKAH BENARYANG DAJJAL MEMPUNYAI 30 KESELURUHANNYA?..SAYA KELIRU KERANA BEGITU BANYAK PIHAK YANG MEMBICARAKAN NYA TAPI TIDAK TAHU KEBENARANNYA,JUSTERU ITU SAYA RASA USTAZ WAJIB UNTUK MENERANGKAN MENGENAI NYA AGAR UMAT ISLAM FAHAM DGN LEBIH DETAIL…SALAM..

  301. بسم الله الرحمن الرحيم
    ﻪﺘﺎﮐﺭﺑﻮ ﷲﺍﺔﻣﺣﺭﻮﻡﮑﻴﻟﻋﻢﻼﺳﻟﺍ
    Mohon tuan terangkan dua persoalan :

    1. Haruskah orang yang melakukan DAM memakan dari hasil korbannya ?

    2. Adakah sama hukum koban nazar yang dibuat pada hari raya haji dengan seorang yang bernazar kerana sesuatu hajat seperti lulus peperiksaan ?

    ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍﻭ

  302. salam ustaz..
    kalau kita mandi wajib,terangkat sekali ke wuduk..
    kalau semasa mandi wajib tu (belum habis mandi lagi)
    kita terkentut ke.. pegang kemaluan ke…adakah batal wuduk tu…

    wassalam

    • wuddhuk itu sudah memadai dengan mandi wajib tapi dengan syarat semasa mandi tidak melakukan perkara2 yg membatalkan wudhuk.

  303. salam ustaz..

    Betul ke haram bagi orang yang wukuf di arafah tu berpuasa…

    wassalam

    • Berlaku sedikt kekecohan semasa kerja haji wida Nabi saw, apabila ada yang mengatakan Nabi berpuasa da ada yang mengatakan tidak, apabila Nabi saw mengetahukan pekara demikian maka Nabi saw meminum segelas Air dari atas untanya untuk memberitahu yang dia tidak berpuasa pada hafi arafah tersebut. Wallhuaalam

  304. Assalamualaikum ustaz.
    Saya ingin bertanya 1 soalan.
    Apakah hukumnya jika seorangtuan tanah telah mewakafkan tanahnya kepada seseorang atau satu agensi, kemudian di ambil balik.
    Sekain, terima kasih.

    • Hukum asalnya tak boleh.
      Tapi mumkin masa wakaf di lafazkan ada wakaf muabbad dan wakaf muakkatan.
      Wakah muabbad iatu wakaf yang selama lamanya.
      Wakaf muakkatan iaitu wakaf berwaktu, selepas habis waktu yang ditentukan maka tuan tanah boleh ambik balik tanahnya.
      Ada juga wakaf muayyan dan ghairul muayyan.
      Wakaf muayyan iaitu semasa lafaz wakaf dilepaskan tuan tanah menentukan nama wakaf tu seperti dikatanya, saya wakafkan tanah ini untuk buat pusat pengajian pondok, tetapi sebaliknya maka boleh tarik balik.
      Wakaf gharul muayyan, seperti katanya saya wakafkan tanah ini untuk apa apa kerja islam…….
      Dan seterusnya .he he he

  305. Assalamualaikum,saya ada satu kemusyikilan. harap ustaz dapat tolong saya

    : ssewaktu menghadapi spm dahulu,saya ade berniat secara tak langsung(berfikir) bahawa wang hadiah yang saya terima sekiranya saya berjaya mendapat kejayaan dlm spm, saya hendak hadiahkan sesuatu kepada ibu bapa saya dengan menggunakan wang yang saya terima.

    n apabila result spm keluar dan saya berjaya mendapat keputusan yg agak cemerlang tetapi wang hadiah yang saya terima hasil drp kejayaan saya itu tidak mencukupi untuk membeli apa yang saya hajatkan itu untuk ibu bapa saya

    jadi persoalan saya

    1.adakah niat saya dikira sbgai nazar?

    2.jika ya ,adakah saya perlu menambah wang saya sendiri untuk membeli sesuatu yang saya niatkan untuk ibu bapa saya?

    3.atau jika ya niat saya dikire sbg nazar.. boleh x saya hadiahkan sahaja duit yang saya terima kepada ibu bapa sy tanpe membelikan sesuatu yg sy rancg pade mulanya.

    terima kasih

  306. Salam….
    Uztaz saya nak bertanya…kenapa kita di hidupkan dan kemudian di matikan…terima kaseh…

  307. saya bernazar hendak membuat kenduri akikah makan kambing jikalau anak saya selamat dilahirkan..apa hukumnya apa bila saudara mara (keturunan)saya pun makan kambing tersebut.

  308. Assalamualaikum Ustaz,

    Apakah hukum memakai pakaian yg terkena darah sendiri pergi bersolat..??????

    Sekian terima kasih..

  309. assalamualaikum…

    saya nak bertanya masalah susuan,
    saya ada adik beradik susuan, apakah anak dia dikira sebagai anak saudara susuan juga? adakah dikira termasuk dalam katogeri mahrram juga?

    • ya…..

  310. salam ustaz..

    Pertanyaan saya…ada tak hadis nabi yang menyatakan tentang keringnya air tasik (galilee),yang menandakan nabi isa akan turun.والله اعلم

    WASSALAM

  311. Assalamualaikum Ustaz.
    Saya ingin meminta bantuan daripada Ustaz untuk membantu saya menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi oleh suami saya. Baru-baru ini suami saya ada mengalami masalah tekanan perasaan yang mana dia memberitahu saya bahawa fikirannya sering diganggu bisikan hati yang menyuruh dia menceraikan saya. Untuk pengetahuan Ustaz, rumahtangga kami telah berusia lima tahun dan dikurniakan dengan 2 anak. Kehidupan keluarga kami amat bahagia sebelum ini tanpa sebarang masalah. Dorongan cerai itu tidak pernah dilafazkan dengan perkataan. Ianya hanya bermain di dalam hati. Lintasan hati yang mengganggu itu datang tidak kira masa dan menyebabkan jiwa suami saya menjadi tertekan dan sering menangis. Suami saya kini amat phobia dengan perkataan cerai. Dia juga memberitahu saya bahawa dia takut untuk berbual dengan saya kerana khuatir bisikan itu muncul dalam fikirannya dan segala perkataan yang keluar akan dikaitkan dengan cerai. Suami saya menjadi semakin murung dan kurang bercakap. Saya percaya gangguan dan dorongan itu datang daripada syaitan laknatullah.Pelbagai cara telah dilakukan untuk mengatasi masalah jiwa suami saya ini antaranya perbanyakkan zikir dan membaca Al-Quran. Sehinggalah pada petang tadi, jiwa suami saya menjadi sangat tertekan sehinggakan dia berdoa dengan lafaz ” Ya Allah berilah kekuatan kepadaku untuk melupakannya”. Beritahu suami saya lagi ketika doa itu dilafazkan dengan tidak semena-mena terlintas di dalam hatinya ungkapan “lupakan isteriku”. Sedangkan ketika itu dia berdoa memohon bantuan Allah membantunya melupakan segala bisikan dan dorongan syaitan itu. Keadaan menjadi bertambah parah kerana dia menjadi semakin tertekan dengan ayat yang telah dilafazkan tadi. Ini adalah kerana dia khuatir telah jatuh talak ke atas saya. Saya berharap Ustaz dapat membantu saya dan suami mengatasi masalah kami ini. Sekian, terima kasih.

    • Tidak jatuh talak

  312. Tiada nas larang non-Muslim jadi peguam syarie ? Minta komen ustaz.

  313. Apakah hukumnya apabila mengundi perempuan sebagai wakil dlm sesebuah Parlimen atau Dun & hukum terlibat dalam usaha memenangkan wakil itu?

  314. Apa hukumnya menyertakan nama kita selaku muslim di sesebuah bena ( kain pemidang) yg tertera ucapan selamat bagi meraikan perayaan sesuatu agama selain dari Islam?

  315. Apa pandangan ustaz kpd isu terbaru dimana seorang Adun menari senamrobik bersama2 ahli jamaah sebuah masjid didalam kawasan masjid. Apa hukumnya senamrobik itu yang tidak langsung membataskan antara muslimin dan muslimatnya. terima kasih

  316. Salam Ustaz. Saya ingin bertanya mengenai pembayaran zakat.
    Baru- baru ini saya ada menjual sejumlah saham milik saya dan memperolehi sejumlah wang. Saya diberitahu supaya membayar zakat dari jumlah wang tersebut. Saya bercadang untuk memberi wang zakat tersebut kepada kawan suami saya yang sememangnya layak untuk menerima zakat. Soalannya boleh ke saya mewakilkan suami saya untuk memberi zakat kepada kawannya itu? Apakah niat yang perlu saya lafaz kan untuk mewakil kan suami saya dan apa kah niat yang perlu suami saya lafazkan ketika memberi zakat kepada kawannya itu?
    Harap ustaz membantu. Terima Kasih.

  317. salam ustaz…

    soalannya…
    kita tak boleh (haram) berubat dengan bomoh yang kafir seperti india,china..
    tetapi kalau berubat dengan DOKTOR yang kafir bagaimana pulak?

    • Haram berubat dengan mereka kerana mereka melakukan perkara kurafat, adapun doktor bukan islam mengubati dengan kepakaran mereka.

  318. Salam Ustd,

    Saya mohon minta izin copy paste data dlm web tuan

  319. ustaz.minta penjelasan tentang perkara yg saya hadapi ini.moga tuhan memberkati ustaz.
    saya telah menikah dgn isteri saya sekarang ini ketika dia sedang mengandung 6bulan dengan anak saya sendiri hasil perbuatan yg terkutuk itu.(moga2 Allah mengampuni dosa kami berdua)kami telah insaf dan sama2 memohan kepad Allah moga Allah memaafkan kesalahan kami yang lepas.dan sampai sekarang Alhamdulilah Allah telah mengurniakan kami anak seramai 5 orang semuanya perampuan.insayaallah pada bulan 3 ini anak saya yg sulung itu akan menikah.solaannya bolehkah saya nikahkan anak sulung saya itu.
    kata pendapat lain ustaz,haram menikahi seorang perampuan yang sedang hamil.saya sudah ada 5 org anak. apa saya perlu melafazkan nikah lagi pada isteri saya ni.saya minta penjelasan dari ustaz.
    dari muaz yg byk dosa.

    • Nikah anda adalah sah kerana isteri kamu tidak ada perkara yang menegah dari bernikah dengan anda. perempuan yang mengandung dari hasil berzinz tidak tertegah bernikah maka anda harus menikahnya pada ketika itu. sementara anaak sulung anda itu sekiranya dia lahir setelah enam bulan dari pernikahan anda maka anda boleh menjadi wali menikahkannya jika dia lahir sebelum enam bulan maka anda tidak boleh menjadi wali untuk menikahkannya. Sepatutnya soalan anda tidak menyatakan anda yang melakukannya, sebaiknya anda buat contoh sipulan kah atau ada orang yang melakukan kerana dosa zina sepatutnya disembunyikan tidak boleh didedah.

  320. Salam Ust,

    Saya ingin bertanya apakah hukum dan pandangan Islam tentang perkara berikut :

    Umur Sy telah masuk 54th, sejak umur begini sy berasa amat bertenaga mengerjakan tahajud yg heran nya apabila selesai bersetubuh dgn isteri sy,jika seminggu 2 kali berjunub maka 2x lah sy solat sunat. Selesai sje bersetubuh sy akan terus mandi walau pun sejuk mana sekalipun lepas mandi sy ambil air sembayang dan terus solat tahajud,sunat taubat,sunat tasbih dan witir dan menbaca ayat-ayat quran yg mana patut. Sy amat hairan dan amat bertuah kerana di beri tenaga olih Allah mengerjakan sunut2 ini lebih-lebih lagi di waktu yg sunyi.Sy amat bersyukur kehadrat Allah ,yg sy ingin bertanya kenapa dulu waktu muda-muda tenaga begini tak pernah sy perolehi.Sy harap Ust bolih berikan pandangan serta tunjuk ajar bagimana dam mcm mana yg terbaik.

    Wslm

    Shahbudin

  321. askum ustaz…
    sy bertanya bg pihak kwn sy (lelaki).apakah hukum seseorang itu menanam bebola besi didlm kemaluannya utk tujuan kepuasan seksual??apakah beza menindik dgn menanam bola besi tersebut dr segi hukum agama?
    terima kasih…

    • Haram kerana menyakitkan diri

  322. Assalamualaikum…
    Ustaz, saya terbaca satu artikel dari blog di internet berkaitan faktor-faktor stres menurut perspektif Islam. Berikut petikannya:
    Kelemahan hati

    Kelemahan hati yang menyebabkan longgarnya hubungan manusia dengan Allah s.w.t yang menyebabkan kehidupannya menjadi sempit seolah-olah tidak ada jalan keluar daripada masalah. Hati yang baik mempunyai unsur yang sangat halus(latifah) ketuhanan (rabbaniah) dan kerohanian (ruhaniah)

    Firman Allah s.w.t : Toha :124

    “Dan sesiapa Yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka Sesungguhnya adalah baginya kehidupan Yang sempit, dan Kami akan himpunkan Dia pada hari kiamat Dalam keadaan buta”.

    Kelemahan roh

    Roh menghidupkan jasad atau badan, maka kekuatan roh itu dinilai dari sudut mengenali Allah s.w.t, semakin ia kenal Allah semakin kuat dan mantap roh tersebut, jika tidak maka roh itu akan lemah mudah diganggu dan diresapi oleh iblis dan syaitan.

    Kelemahan nafsu

    Mengikut imam al-Ghazali nafsu adalah satu unsur yang halus yang mana ia adalah hakikat manusia, ia mempunyai bermacam-macam sifat dan keadaan. Apabila keinginan negatif dan keburukan menguasai hati, itulah yang dikatakan nafsu Lawwamah atau Ammarah bis su’. Apabila ketenangan, ketenteraman dan kejernihan menyelubungi hati, itulah yang dikatakan nafsu Mutmainnah.

    Firman Allah s.w.t : al-Fajr :27-30

    27. (setelah menerangkan akibat orang-orang Yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan Bahawa orang-orang Yang beriman dan beramal soleh akan disambut Dengan kata-kata): “Wahai orang Yang mempunyai jiwa Yang sentiasa tenang tetap Dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -

    28. “Kembalilah kepada Tuhanmu Dengan keadaan Engkau berpuas hati (dengan Segala nikmat Yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -

    29. “Serta masuklah Engkau Dalam kumpulan hamba-hambaKu Yang berbahagia -

    30. “Dan masuklah ke Dalam SyurgaKu! ”

    Kelemahan akal

    Menurut imam al-Ghazali, akal ialah sesuatu yang dapat menerima ilmu dan wadah pengetahuan, kelemahan akal berpunca daripada kejahilan atau sedikit ilmu seseorang. Para ilmuan mengandaikan ilmu itu adalah makanan bagi akal, tanpa ilmu akal akan mati, akal yang mati tidak akan berfungsi dengan baik.

    Boleh tak ustaz jelaskan perbezaan antara kelemahan hati, nafsu dan kelemahan jiwa. dan apakah ciri-ciri manusia yang tergolong dalam setiap kelemahan hati, kelemah jiwa, kelemahan nafsu dan kelemahan akal. mungkin ada cadangan untuk saya membaca mana-mana artikel atau buku berkaitan?
    terima kasih, ustaz!

  323. terima kasih ustaz.semoga ilmu ustaz bermanafaat bagi saya dan keluarga saya.

  324. askum ustaz..sy hndk tnya…jika pasangan kita bertanya kpd kita samada kita endak berkahwin dengannya, dan kita menjawab ya dgn ikhlas,adakh secra automatiknya kita menjadi tunangannya?? dan adakah yang majlis pertunangan biasa diadakan itu hnya lah adat?? cnth nya teman llki tanya ” awk btl2 nak kawin dgn saya @ x??” dan teman wanita menjawab “ya, sy sudi”..dan mereka ini bercinta mengikut tatasusila..

    • Tidak, meminang perempuan mesti melalui walinya.

  325. Assalamualaikum..

    Ustaz Saye Ingin Bertanya Satu Soalan. Apakah hukumnye jika syarikat tempat kita bekerja ade urusan kerjasama dengan kilang arak (cth:pengeluar peti ais. machine)apakah di kira haram hasil yang kita makan dari pekerjaan itu. kita hanya menguruskan urusan documentation.

    • لعن بائع الخمر و شاربها و مشتريها وحاملها والمحمولة إليه الحديث
      Maksud hadis: Allah melaknat mereka yang ada terlibat dalam pengurusan arak. والله اعلم

  326. Assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanya adakah boleh perempuan thailand beragama Buddha bertukar ke agama islam?
    apakah prosedurnya?

    • Sila rujuk ke majlis agama

  327. ﻪﺘﺎﮐﺭﺑﻮ ﷲﺍﺔﻣﺣﺭﻮﻡﮑﻴﻟﻋﻢﻼﺳﻟﺍ
    Mohon tuan terangkan dua persoalan :

    1. Haruskah orang yang melakukan DAM memakan dari hasil korbannya ?

    2. Adakah sama hukum binatang yang disembelih kerana bernazar kerana sesuatu hajat seperti lulus peperiksaan ?

    3. Apakah hukum khatib meminum air ketika membac khutbah jumaat?

    ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍﻭ

  328. Salam Ustaz,

    Mohon jasa baik Ustaz untuk menyelesaikan masalah saya kerana isteri suka prasangka buruk,saya pernah buat silap ada buat hubungan dengan perempuan lain kira-kira 2 bulan melalui chatting internet , saya tak ada cerita perkara2 yg bawa pada seks, cuma hal2 kerja & makan minum seharian. Perkara ini berlaku kira2 6 tahun dulu sekarang tidak lagi sebab saya dah bertaubat & janji pada isteri, tapi isteri masih syak sehingga sekarang hinggakan saya tertengok perempuan dijalanan atau kat kedai makan balik rumah jadi gaduh besar 2/3 minggu. Tempat kerja saya ramai perempuan isteri selalu syak saya pergi menggatal bukan kerja,saya cukup jaga pergaulan saya tidak bercakap merapu kecuali hal kerja tapi sayangnya isteri masih tak mempercayai saya sehingga kadang2 saya terpaksa buat sumpah laknat dengan memegang Al-Qur’an menyatakan kalau saya ada perempuan lain mati dilanggar lori/bas dan sebagainya. Apakah hukum isteri saya mengenai sangkaan buruknya yang melampau & apakah yang perlu saya buat Ustaz, oh ya isteri jugak ada beberapa kali mintak cerai kerana tidak percaya pada saya…..Terima kasih Ustaz

  329. assalamualaikum ust.
    saya masih ragu jawaban dari pertanyaan apakah diperbolehkan ataw tidak wanita yang lagi haid ikut kajian di masjid? syukron ust

  330. salam ustaz:- pada masa sekarang bolah ka kita bayar fidyah dengan wang bagi nilai satu cupak haraganya berapa bagi kawasan georgetown
    terima kasih

    • Menurut Mazhab syafie fidyah hendaklah di bayar dengan beras.
      peringatan: satu bag sepuluh kilo beras bersaman dengan 13 cupak lebih sedikit.

  331. salam ustat,selamat hari raya….saya bermimpi ditepi pantai dan nampak laut yang luas sambil ada seseorang mengajak saya kesurga allah dan melihatnya..lalu saya pergi melihat suasana nya aman,bersih,putih..mimpi ini belaku samasa malam terakhir ramadhan waktu jam 5 pagi..apakah maksud mimpi saya ini ,

  332. Ass Ustad

    Saya mau bertanya

    1. apakah hukum nya jika kita mengucapkan Assalamualikum ( keselamatan atas kamu ) dan apalagi assalamuailaikum Warahhmatullah hi wabarokatuh ke orang Diluar Islam ??

    2. Apa hukum nya kita menjawab ucapaan assalamualaikum dari diluar Islam ?

    3. dan mohon ditunjukan Ayat atau Hadist yang menerangkan atas Hukum nya .

    Terimakasih Ustad

  333. Apa hukum najis bayi yang diberi susu tin tetapi belum lagi makan apa-apa makanan?

    • Najis itu masuk dalam najis mutawasita/pertenghan maka wajib basuh dan tidak boleh renjis kerana susu tepung yang ada sekarang telah bercampur dengan bahan lain tidak semata-mata susu.

  334. maksud saya, sebagai seorang ibu yang berwudhu dan ingin bersolat, adakah sentiasa harus menukar pakaian seharian untuk menunaikan solat??

    • Tidak perlu jika pakayan itu tidak terkena najis kanak-kanak itu.

  335. salam
    saya nk bertanya.apakah yang harus dilakukan sekiranya berzina dengan kekasih yang sebenarnya masih lagi isteri orang.perlukah saya menerangkan situasi tersebut kepada suaminya dan menikahi perempuan tersebut?

    • bertaubat dan jangan beritahu suami perempuan itu, dan jangan ceritakan kepada sesiapa.

  336. assalammualaikum pada kawan semua …
    Jangan guna “Bye” kerana “Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.” Jangan guna “A’kum” kerana “A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi. * Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.” Jangan guna “salam” kerana “salam” bermaksud “celakalah kamu” Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.” Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa
    saya barharap pendangan islam mengenai huraian ini daripd ustat?terima kasih

  337. salam
    saya nk bertanya.apakah…semasa hari jumaat saya telah melakukan solat jamak takhir…setelah selasai solat jemaah jumaat saya..boleh ke saya ubah tempat solat untuk solat jamak asar ditempat orang tak melintas semasa sya solat…
    soalan kedua…apa hukum kita melintas orang yang sedang bersolat..

    • 1. boleh aslkan jangan putus mualat.
      2.jika orang itu mengikut peraturan satrah maka hukumnya haram dan jika dia tidak mengikut hukum satrah maka tidak mengpa

  338. as-salam,
    saya nk tanya kepada sesiapa y bole menjawab,
    apakah hukum menyampaikan ilmu allah (ceramah agama) tetapi mengenakan bayaran yang tertentu seperti ustaz2 pada ZAMAN SEKARANG…
    terima kasih

  339. salam..
    ustaz, apa hukum bekerja di kilang membuat rokok? adakah gaji yang diterima itu halal?

    • Halal

  340. salam ustaz.. ana nak tanya berkenaan taharah.
    dulu ana bekerja dgn cina non muslim. bos ana kadang2 bawa bekal nasi dan lauk sendiri (mungkin juga ada bawak babi). kadang2 ana ternmpak kesan2 mknan seperti nasi (tumpah sedikit) di atas meja itu. dan kadang2 ana meletakkan buku seperti novel yg ana bawa ke tempat kerja.(letak di atas meja tesebut). tiba2 ana terfikir, adakah kulit buku itu perlu disertu? sebab ana letak di atas tempat yg ana syak mungkin pernah terkena najis..
    tapi kulit buku itu ana lihat tiada ‘ain najis yg melekat padanya.
    syukran ustaz.

    • tidak perlu kerana tidak yakin terkena najis

  341. assalamualaikum ustaz..apa hukumnya menggunakan duit hasil nombor ekor untuk kahwin??

    • Duit dari hasil haram adalah haram dibelanjakan dengan apa cara sekalipun.

  342. akm ustaz, saya nak bertanya mengenai faraidh. ibu mertua saya telah meninggal dua hampir 3 tahun. soalan saya:

    1) Apakah hukum melambat2kan pembahagian harta pusaka?

    2) Apakah kesan ke atas si mati jika warisnya melambatkan atau tidak membuat pembahagian harta pusaka.?

    3)Apakah hukum saya membaikpulih rumah mertua yang telah meninggal dunia sedangkan rumah itu tidak tahu menjadi hak milik siapa?

    4? sewaktu ibu mertua saya masih hidup dia menjual buah kelapa daripada pokok kelapa yang berada dihalam rumahnya. kini setelah dia meninggal dunia pembeli yang biasa membeli buah kelapa itu masih lagi berbuat demikian.Bagaimana dengan wang jualan buah kelapa itu? Adakah anak2nya boleh menggunakan wang tersebut sesuka hati mereka seperti membayar bil air atau elektrik rumah tinggalan beliau yang tidak tahu menjadi hak milik siapa?

    • J1. Sekiranya kesemua ahli waris sepakat melambatkannya dan sepakat kehasilan harta dikongsi bersama atu kehasilannya dibahagi mengikut habuan masing maka harus melambatkannya dengan syarat tidak ada dikalangan ahli waris itu kanak-kanak yang belum baligh dan yang gila. Jika ada kanak-kanak dan yang gila maka hendaklah dibahagikan keseluruhan pasaka atau dibahagi hanya bahagian kanak-kanak itu sahaj atau yang gija dan yang lain dilambatkan pembahagian dengan persetujuan bersama.
      J2. Si mati tidak ada kena mengena dengan hal ini kerana dia sudah tidak memiliki harta itu dan dia tidak ditaklif syara.
      j3. Anda dikira membuat tabaruk/kebajikan pada ahli waris
      j4. sekiranya sekilian mereka bersetuju maka harus diguna dengan tujuan tersebut dengan syarat tidak ada dikalangan ahli waris itu kanak dan yang gila jika ada maka wajib diberika bahagian kanak atau yang gila menurut habuan mereka.

  343. assalamualaikum ustaz. boleh tak kita beri zakat pada rakyat palestin, afrika atau di negara2 yang berperang dan mengalami kebuluran? saya was2 takut2 ada di kalangan mereka bukan beragama islam.

    • Rakyat Malaysia yang miskin mcam mana?

  344. nak tanya ustaz pasal doctor laki muslim dan lelaki bukan muslim sambut wanita bersalin..ape hukum yg sebenarnya..ikut situsai negara kita skg tidak darurat..doctor puan ramai,.harus ke,haram ke,..?

    • Haram, sekiranya ada doktor perempuan yang boleh menganti tempatnya.
      dan wajib pihak hospital menyediakan doktor wanita

      • bagi saya,,isu ni cukup besar,, walhal negeri kelantan sdri pn mungkin berlaku wanita bersalin oleh doctor laki,,mengapakah tidak dikeluarkan satu fatwa mengenai perkara ini,mohon pencerahan dari ustaz.

  345. assalamualaikum wrb.

    ustaz saya ingin bertanya sedikit tentang jika seseorang perempuan itu belum mandi wajib, tapi nak membaca surah yasin dan ayat2 al-quran hanya di internet sahaja tanpa menyentuh al-quran. apakah hukumnya ustaz?

    • Haram membaca al-Quran diatas orang yang berjunub, haidh, nifas dan yang sudah berhenti darah sedang tidak mandi lagi. jika dilalukan dalam hati tidak haram yakni dibaca dalam hati.

  346. assalamualaikum ustadz
    jika kita memegang sepeda motor orang yang non muslim dan memegang barang yang ada di warnet dan barang itu tampak kotor
    yang ingin saya tanyakan apakah saya najis atau tidak

    • Kamu tidak dikira terkena najis kerana syak benda yang dipegang ada najis.

  347. assalamualaikum ustaz

    soalan:saya kemalangan dua jari saya patah dan berbungkus kemuskilan saya adakah mandi junub saya sah sekiranya air mandi saya tidak terkena jari yang berbungkus itu minta penjelasan dari ustaz bagaimana cara nya supaya saya dapat melakukan ibadat tanpa was was terima kasih

    • Hendak lah tayamum ganti tempat yang tidak kena air itu.
      Begitujuga semasa mengambil wuduk.

  348. assalamualaikum ustaz

    soalan: adakah bolih isteri saya sembahyang disebelah saya,semasa saya sedang sembahyang(sembahyang yang berasingan) apakah hukum nya terima kasih.

    • Boleh

  349. assalamualaikum ustaz:
    soalan: saya mempunyai anak tiri adakah saya kena membayar zakat keatas anak tiri saya setiap tahun,sedang kan bapa kepada anak tiri saya tu masih hidup sekian terima kasih
    soalan ke 2: adakah ustaz membuku kan soal jawab agama ini dan sekira nya ada saya ingin membeli nya untuk membuat rujukan pada diri saya terima kasih

    • Saudara tidak wajib membayar zakatnya kerana dia bukan orang dibawah tanggungan saudara. Sekiranya ayahnya sudah tiada orang yang wajib membayar zakatnya ialah orang yang wajib memberi nafkahnya seperti datuk sebelah bapa. Saudara tidak termasuk orang yang wajib nafkahnya.

  350. assalamualaikum ustaz,soalan;bolehkah kenduri kesyukuran,tahlil,doa selamat dan sebagainya disekalikan kerana saya ada mendengar majlis ilmu baru-baru ini yang mengatakan ia harus diasingkan dan tidak boleh disekalikan.apa pandangan ustaz??

    • Boleh

  351. assalamualaikum ustaz.
    saya ingin bertanya pada ustaz masa bila kah saya bolih membuat solat qada yg telah saya tinggal kan pada masa yg lalu terima kasih

  352. assalamualaikum ustaz : saya ingin bertanya adakah ustaz membuku kan soal jawab ugama ini tak kira apa persoalan nya sekira nya ada saya ingin membeli nya dan cuba terang kan bagaimana hendak mendapat kan nya
    terima kasih

  353. Assalamualaikum..
    Maaf, kerana saya ingin bertanya tentang kemusykilan agama.
    Apakah hukum makan makanan kfc?
    Saya ingin kepastian untuk kemusykilan ini kerana selepas makan kfc, badan dan kepala saya jadi bisa-bisa.
    Adakah makanan kfc haram?.
    Terima kasih.

    • Tdak haram

  354. Assalamualikum ustaz:
    soalan saya: waktu bila kah bolih saya membuat sembhyang qada yang telah saya tinggal kan pada masa yang lepas dan waktu bila pula tak bolih dibuat.
    Terima kasih

    • Menqada sembahyang mesti disegerakan supaya terlepas diri dari tuntutan syara, dan tidak ada waktu haram bagi qada sembahyang

  355. ustaz, bolehkah kencing di lantai hanya dilap kainbanyak kali. bukannya siram di tempat itu, kemudian lap dengan kain????

    • Kawasan yang dilap itu mutanajis maka mesti hendaklah dijirus supaya suci.

  356. salam ustaz..saya keliru tentang hukum seorang perempuan yang bukan muhrim memberi salam kepada orang lelaki dan apakah hukum lelaki tersebut menjawab salam perempuan tersebut di khalayak ramai..dan adakan boleh seorang bilal dengan lantang bersuara di hadapan khalayak ramai yang menyatakan perempuan tersebut sudah berzina dan melakukan maksiat??saya minta keterangan ustaz kerana saya tidak berapa pasti..

  357. assalamualaikum ustaz,, apakah hukum kalau si suami mengambil balik hantaran yang diberi kepada pihak isterinya setelah isterinya hari kedua mninggal dunia hanya empat bulan berkahwin.Tolong ustaz beri penjelasan

    • Suami boleh ambil pesakaisteri sekadar satu per dua

  358. assalamua’laikum ustaz…ana nak bertaya boleh kh kita memberi zakat pada keluarga yang membelanjakan wang pada hiburan dan benda tidak berfaeah sehinggakan keluarga tersebut jatuh dalam kategori miskin…mohon jawapan dan penjelasan

  359. jika suami ingin menceraikn isteri tetapi jika isteri bw lelaki yg hendak peristeri kan nya dihadapn saksi iaitu kedua orang tuanya dan kedua adik adik perempuan..apa hukum nya

    • Soalan tidak difahami

  360. soalan saya berkenaan hutang. situasinya begini : A ada berhutang dengan B, dan B ini ada berhutang dengan C. apabila C meminta hutangnya dengan B, B menyuruh mengambil hutang itu dengan si A dengan alasan si A berhutang dengannya. namun jika si A tidak membayar hutang tersebut. adakah B ni dikira terlepas dari hutangnya dengan C dengan menyatakan si A akan membayar hutang tersebut.

    • Hiwalh hutang itu istilah pekah yang digunapakai pada masalah ini. Hiwalah diharuskan dengan syarat
      1. Kedua iaitu (C dan B) bersetuju bahawa hutang itu dipindah kepada A . Persetujuan itu mesti dalam akad.
      2. Hutan si A sama banyak dengan hutang si B
      3. Tidak perlu dapat persetujuan si A dalam akad dan kabul itu.
      Saya lihat pada masalah ini tidak menepati syarat.

  361. assalamualaikum. apakah hukum menggugurkan kandung 5 bulan ke atas apabila doktor mengesahkan bahawa tiada tempurung kepala pada janin, dan diberitahu bahawa bayi setelah dilahirkan akan mati….

    • Haram

  362. assalamualaikum..
    saya nak tanya jika seseorang didalam koma dan tidak sedar .haruskah kita potong kuku nya yang sudah panjang?terima kasih

    • Sunat dipotong

  363. assalamua’laikum ustaz, boleh jelaskan bagaimanakah cara mewakilkan zakat fitrah


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 110 other followers

%d bloggers like this: