Posted by: almalakawi | 2 April 2009

Menafkah kedua ibu bapa

Tidak berjaya kaum yang melantik perempuan sebagai wakil rakyat

Pekara yang wajib diketahui oleh peniaga dan pembeli

Riba

Yang difatwa dengan kaul Qadim

Nasakh النسخ

القواعد الفقهية

Kelebihan Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang tiada tolok banding

Menafkah kedua ibu bapa

Soal Jawab

———————————————————————————————-

Kewajipan anak terhadap dua ibu bapa

Sudah menjadi lumrah kita akan berterima kasih kepada orang yang berjasa kepada kita, tidak terkecuali kepada dua ibu bapa kita.

Ibu bapa adalah orang yang menjadi perantara kehidupan kita di dunia ini yang mana dengannya kita dapat megecap nikmat iman dan dengannya dapat mengenal Allah.

Nikmat yang palig besar adalah nikmat kita dijadikan di dunia ini dan nikmat iman, oleh itu sebagai hamba Allah sepatutnya kita menjunjung titah perintah Allah تعالى yang menghendaki kita berbuat baik kepada dua ibu bapa kita.

 Firman Allah تعالى:

 وَقَضَى رَبُّكَ أَلاَّ تَعْبُدُوا إِلاَّ إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.

Betapa hodohnya perangai seorang anak yang sanggup menghantar orang tuanya kerumah penjagaan orang-orang tua dan betapa tidak bertangung jawab sebuah kerajaan tidak mengambil tindakan keatas anak yang tidak sanggup membela kedua orang tua nya. Sebagai pemerintah sepatutnya menyediakan peruntukan undang-undang yang mewajibkan anak-anak menanggung nafkah kedua orang tuanya serta mengambil tindakan keatas mereka yang mengabaikan orag tuanya.

Pernah seorang mencerita kepada saya seorang ibu telah menukar hakmiliknya berupa rumah dan tanah kepada anaknya dengan harapan anaknya itu dapat menjaganya tapi apa yang terjadi anak tadi telah menghalau ibu itu dari rumah. Apabila ibu membuat pengaduan kepada pihak yang berkenan, mereka tidak dapat mengambil tindakan oleh kerana tidak ada peruntukan undang-undag yang membolihkan ibu menarik balik pemberiannya.

Di dalam fekah islam telah menyatakan bahawa ibu bapa boleh mengambil kembali harta yang telah diberi kepada anaknya selagi belum bertukar milik. Dengan ini saya berharap kepada mana-mana pemerintah hendaklah mengadakan peruntukan undang-undang yang mewajibkan anak-anak yang berkemampuan menyara hidup kedua ibu bapanya dan juga menetapka bahawa pemberian ibu bapa dan terkeatas (datuk, moyang, dan terkeatas) boleh diambil semula.


Responses

  1. saranan yang baik tu ustaz…setuju sangat2

    Ustaz..adakah memang yang sebenar2nya hak penjagaan ibu bapa ini jatuh kepada anak lelaki (khususnya anak lelaki yang sulung)?
    manakala Anak perempuan perlu patut kepada suami & keluarga suami jika dia sudah berkahwin.


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: