Posted by: almalakawi | 8 Mei 2009

Yang difatwa dengan kaul Qadim

Tiap masalah fekah ada dua pendapat disisi Imam Syafie:

 Qadim, hukum yang difatwa oleh Imam Syafie di Bagdad.

Jadid, hukum yang difatwa oleh Imam Syafie di Mesir

 kaul jadid adalah yag sahih kerana Imam Syafie meningalkan pendapatnya yang qadim.

Yang difatwa dengan kaul Qadim

Wajib beramal dengan kaul jadid dan meninggalkan kaul qadim melainkan pada beberapa perkara.

 Para fukahak Syafieyah mengecualikan beberapa perkara yang ada didalam kaul qadim menggantikan tempat kaul jadid. Pada beberapa masalah ini mereka berfatwa dengan kaul qadim.

Telah menyebut ulamak Syafieyah yang terkemudian sebahagian perkara yang di fatwa dengan kaul qadim

sunat taswib pada azan subuh, mengikut kaul jadid tidak disunatkan

tidak syarat menjauhkan pencedok dari najis pada air yang banyak, kaul jadid mensyaratkan.

wajib zakat perniagan, kaul jadid tidak wajib.

harus istinjak dengan batu sekiranya najis yang keluar melampaui tempat keluar, mengikut kaul jadid tidak harus

tidak batal wuduk menyentuh perempuan mahram. Mengikut kaul jadid batal.

mengikut kaul qadim air yang mengalir tidak jadi najis melainkan berubah.

kaul jadid bependapat afdhal melewatkan isyak, adapun qadim menyegerakannya.

habis waktu magrib sehinga kelihatan mega yang merah, mengikut kaul jadid waktu magrib hanya sekadar bersuci,memakai pakaian menutup aurat. lima rakat sembahayang, azan dan ikamat

harus niat mengikut imam ditengah2 sembahyang, mengikut kaul jadid tak harus

haram makan kulit bangkai binatang yang boleh dimakan setelah disamak, kaul jadid halal.

wajib had mewati mahram yang dimilik (hamba sendiri), jadid tidak wajib had

memotong kuku mayat makruh mengikut kaul qadim

harus tahalul dengan sebab sakit dan seumpamanya.

tidak syarat sampai haul pada zakat rikas.

Mengikut kaul qadim orang yang telah mati dan ada meninggalkan puasa sama ada sengaja meninggalkannya dengan tiada sebab yang membolehkan meninggalkan puasa atau atau ada sebab dan dia ada masa mengqada’ puasa itu tetapi dia tidak mengqada’nya hendaklah walinya (keluarganya yang makan pesaka) memilih antara memberi makanan kepada orang miskin atau berpuasa ganti si mati. Mengikut kaul jadid tiada pilihan, iaitu wali hanya boleh mengeluarkan makanan diberikan kepada fakir miskin.


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: