Posted by: almalakawi | 22 Mei 2009

Ayam yang telah disembelih semasa hidup diselam kedalam air panas

Soalan: Adakah halal memakan ayam yang disembelih dengan cukup syarat sembelih kemudian semasa ayam itu masih hidup dimasukkan kedalam air panas seperti yang sering berlaku di kedai memproses ayam.

Jawapan: Halal serta makroh makan ayam yang disembelih yang telah putus urat halkum dan merih kemudian diperlakukan dengan sesuatu yang boleh menyegerakan mati seperti diselam kedalam air panas dihentak dengan sesuatu dan barang sebagainya kerana tidak dinamakan menyertai pada memati,

Yang di kehendaki dengan kata haram memakan binatang yang matinya menyertai antara sembelih dan suatu yang lain ialah semasa sembelih sedang diperlakukan ada seorang yang lain  melakukan suatu yang menyegerakan mati dalam masa yang sama dengan kata lain kedua perbuatan itu dilakukan serentak.


Responses

  1. APAKAH HUKUMNYA USTAZ KITA MENYERTAI PERNIAGAAN MLM?

    • Minta maaf saya tak faham soalan ini

  2. MLM atau multi level marketing, biarpun halal produknya, namun sistemnya bukan daripada sistem Islam. Bilamana kita berniaga menggunakan sistem bukan daripada Islam, apa maksudnya? Ada hadis, man tasyabbaha biqaumin fahuwa minhum. Terjemahnya: Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, dia termasuk dalam kaum tersebut. Kenapa saya katakan MLM bukan daripada Islam? Sebab sistem itu mengajar orang berniaga untuk berniat dan fokuskan keuntungan sahaja, sedangkan dalam Islam berniaga sepatutnya niatkan kerana Tuhan. Soal untung itu walaupun perlu tapi bukan matlamat. Berniaga patutnya jadi wadah untuk mendapat cinta dan takut Allah.

  3. asalamualaikum ust…
    adakah sah sembelihan yang menggunakan pisau yang mengandungi darah sembelihan sebelumnya?
    syukran ust…

    • halal makan sembelihan binatang itu, syarat sembelih dengan suatu yang tajam tidak mengapa terkena najis.والله اعلم

  4. assalamualaikum ust…
    boleh tak sembelihan yang dilakukan oleh wanita sedangkan pada masa yang sama terdapat orang lelaki..?
    boleh tak ustaz nyatakan syarat-syarat sah sembelihan..?
    syukran ustaz

    • halah makan binatang yang disembelih oleh wanita.
      tentang syarat sembelih, nampaknya saya kena buat satu artikal.

  5. Assalamualaikum Ustaz…

    saya ada sedikit kemuskilan, tentang tajuk bagi penyembelihan secara islam…begini..bagaimanakah caranya bagi seorang yang bermusafir khususnya yang bermusafir ke luar negara (negara2 bukan islam) agar yakin & percaya yang (daging ) makanan yang disediakan atau yang dibeli disembelih mengikut cara islam…Sbb, kebabyakkan kami hanya akan makan sayur2 & buah2an serta gandum sahaja sbb kurang yakin dgn makanan daging yang disediakan.
    2. Adakah betul jika hati & tekak rasa lain macam seolah2 menunjukkan makanan tersebut ada yg mewaskan?

    Atau ustaz boleh tolong bagi tip2 bagi kami yang sering melakukan travel ke luar .

    • اليقين لايزال بالشك duduk dibawah qadah ini الاصل بقاء ما كان على ما كان (Asal suatu ialah kekal atas keadaannya yang ia ada)
      maka daging asalnya haram dan jadi halal bila ia disembelih menurut syarak. Apabila berlaku syak maka kita hendaklah guna asal iaitu daging itu asalnya haram.
      Apabila kita makan di kedai yang dimiliki oleh orang islam maka harus kita makan daging dikedai itu kerana orang islam kebiasannya tidak khianat. والله اعلم

  6. (Asal suatu ialah kekal atas keadaannya yang ia ada) mohon diperjelaskan lagi ustaz? maksudnya bertawakal sahaja (boleh makan atau? )

  7. Assalamualaikum ustaz adakah perlu diniatkan kepada setiap binatang ternakkan yang hendak disembelih (jika binatang yang hendak disembelih itu dalam kuantiti yang banyak & dalam satu masa)?

    • tidak disyaratkan niat pada sembelih.

  8. Assalamualaikum ustaz…
    Baru2 ini berlaku kes yang mana binatang yang disembelih itu, setelah darahnya habis keluar didapati bahawa urat merihnya tidak habis terputus…sekitar dalam 1 atau 2 mm lagi..adakah binatang sembelihan itu di kira halal dimakan?

    • Syarat sembelih bagi binatang yang dikuasa sembelih ialah memotong sekelian halkom atau mereh. Jika tertingal sedikit dari salah satu urat keduanya maka haram memakannya. والله اعلم

      • Assalamulaikum ustaz…
        jika dalam keadaan darahnya masih mengalir & tukang sembelih memutuskan urat mereh yang tinggal sedikit tu adakah ianya menjadi halal? maaf ustaz minta tolong jelaskan…sebab binatang sembelihan itu mmg sudah dimakan..andai kata ianya menjadi haram…bagaimana cara untuk menyucikannya?

      • sekiranya tukang sembelih menyempurnakan sembelih dan binatang itu masih ada hayat mustakirah (alamatnya terpancar darah dan gerak yang kuat) maka halal binatang itu, sekiranya sudah tingal hayat mazbuh (sudah tidak ada darah yang memancut dan gerak yang kuat) maka haram dimakan binatang itu.
        Untuk mensuci kan diri dari makanan yang haram ialah bertaubat.


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: