Posted by: almalakawi | 22 Mei 2009

Hukum perempuan bertanding tilawah al-quran

Soalan: apakah hukum perempuan menyertai pertandingan tilawah al-quran

Jawapan: Haram perempuan menyertai pertandingan tilawah al-quran kerana menimbulkan fitnah. Di dalam kitab Mugni (المغني) ada menyebutkan bahawa membaca al-quran di hadapan lelaki bukan mahram sama hukumnya dengan perempuan yang azan dihadapan lelaki bukan mahram.

Tidak haram jika perempuan membaca al-quran di hadapan mahramnya atau dihadapan perempuan islam yang lain.


Respon

  1. terima kasih atas penjelasan..

    ustaz, apakah boleh pemerintah muslim menyediakan dana utk membina rumah ibadat non muslim jika diminta mereka ?

    • Haram orang islam membantu bukan islam membena rumah ibadat mereka sama ada orang islam itu orang perseorangan, kumpulan atau kerajaan. والله اعلم

  2. astaghfirullah, saya semakin keliru. Saya berdebat hebat di sebuah laman forum dan saya takut saya mempertahankan sesuatu yg batil.

    persoalan saya utk ustaz,

    saya memahami jizyah adalah cukai kepala yang tetap ke atas zimmi dalam daulah islamiyyah.. Tetapi di malaysia cukai pendapatan adalah berubah-ubah mengikut pendapatan si pembayarnya…dan dikenakan kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa dan agama .Jika kedapatan peruntukan untuk membina masjid bagi muslim dari perbendaharaan kerajaan adakah ia tidak mungkin untuk turut diberikan juga kepada penganut lain yang menuntutnya….apa pula jawapan kita jika ditanya mereka…’inikah keadilan’ yang ada dalam agama saudara ??..

    saya mengetahui tentang keharaman ‘membina’ berhala……tetapi saya juga menyedari tentang peringatan Allah untuk berlaku adil kepada sesiapa saja.Maka disinilah boleh berlaku pertembungan hujah dikalangan ulama yang menuntut mereka untuk berbahas tentangnya. pada saya, dengan mengambil dalil dari satu sudut saja kita orang biasa tidaklah boleh mudah dan ‘pop’ menjatuhkan hukum terhadapnya .

    pada saya juga, banyak kedapatan permasalahan2 baru yang tidak berlaku ketika di zaman Rasulullah maupun ulama terdahulu yang memerlukan pengkajian dan serta ijtihad ulama kini terhadapnya

    katakan….10 tahun yang lampau penganut agama budha seramai 50,000 orang dengan jumlah tokongnya 20. Tapi kini penganutnya telah bertambah kepada 150 000 orang dan tokong yang ada tidak mencukupi bagi menampung keperluan penganutnya. Mereka datang memohon untuk ditambah tokong mereka kepada pemerintah muslim yang berkuasa di tempat mereka…..apakah tindakan yang patut diambil oleh raja tersebut …..

    apa pula yang akan raja jawab sekiranya ditanya mereka ‘ apakah maksud kebebasan mengamalkan agama kepada penganut lain seperti yang dinyatakan dalam ajaran agama saudara, sedangkan kebuntuhan kami terhadap rumah ibadat telah dinafikan saudara.

    inilah persoalan yang melingkar dibenak saya…saya mohon sangat bantuan ustaz utk mendapat pencerahan dan sanggup menerima apa saja kebenaran.

    • *Sebuah negara islam ialah negara yang menjaga kuliyat yang enam bagi rakyat yang beragama islam sila klik disini: https://almalakawi.wordpress.com/2009/11/25/wajib-memelihara-enam-perkara-dinamakan-kuliyat-yang-enam/, dan menjaga nyawa dan harta bukan islam (kafir zimi) bukan menjaga agama mereka itu.
      *Negara islam membenarkan bukan islam mengamalkan agama mereka bukan membantu mereka pada agama mereka.
      *Jizyzh yang diambil untuk menjaga nyawa dan harta mereka bukan agama mereka.
      *Oleh kerana orang bukan islam membayar jizyah maka mereka tidak wajib berperang untuk mempertahankan negara, nyawa dan harta mereka bahkan kewajipa itu ialah keatas umat islam.
      *Sepatutnya orang bukan islam akan jadi berkurangan didalam negara islam bukan bertambah ramai, ini kerana mereka akan tertarik menganut agama islam apabila melihat kebaikan islam dan keistemawan yang diberikan kepada umat islam.
      *Tentang adil apaka takrifnya/pengenalannya/maknanya? Adil ialah meletakkan suatu kena pada tempatnya bukan makna adil itu ialah sama rata.
      Sekiranya makna adil sama rata adakah boleh dikatakan tidak adil apabila orang islam yang tidak sembahyang dan disuruh taubat masih berdegil dihukum bunuh sedangkan orang bukan islam yang tidak sembahyang tidak diambil tindakan.
      Orang bukan islam yang akad zimah dengan negara islam hanya dibenarka menduduki negara umat islam dengan makna lain mereka menumpang dinegara islam. Orang yang menumpang tidak boleh melebihi orang yang ditumpang. Bandingannya seorang tetamu tidak boleh buat sesuka hati didalam rumah yang dikunjungi. Adakah patut kita mengatakan tuan rumah tidak adail pada tetamunya apabila dia tidak membenarkan tetamu kedapur, mengambil barang didalam rumah dan sebagainya. والله اعلم

  3. maaf, tersilap tulis nama ‘senjata’. mintak ditukarkan kpd ummuhanah

  4. salam ,shukron atas jawapan ustaz.
    cumanya persoalan saya lagi, adakah ianya terpakai kepada situasi hari ni kerana Malaysia bukanlah daulah islamiyyah dlm ertikata yg sebenar, zimmi pula tidaklah membayar jizyah sebaliknya cukai pendapatan dan cukai-cukai yg lainnya.

    kalau mengikut keterangan Ustaz di atas, haramlah kerajaan pas Kelantan yg telah menyediakan tanah utk pembinaan kuil Hindu di Jalan Hamzah.

    • Hukum Allah tidak mengecualikan lambang. apa sahaja lambang mesti mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah. والله اعلم

  5. saya setuju dengan pendapat ustaz..

    berani pada menyatakan benar..
    teruskan ustaz..

  6. terima kasih ustaz….semoga Allah mengganjarkan ustaz dgn pahala.

  7. ustaz, ana pakai purdah tapi ana kadang2 pakai kadang tak pakai

    soalan ke 2

    kawan ana suka mengata ana buat apa pakai purdah kalau niat tak betul,ana berasa sgt marah,apakah pandangan ustaz

    • 1. Menutup aurat tidak boleh sekali tutup dan sekali tak tutup tetapi hendaklah sentiasa tutup.
      2. Menutup aurat adalah wajib, menjaga hati juga satu kewajiban dengan itu dua-dua kewajiban itu mesti ditunaikan.
      tidak pula tak boleh jaga hati terlepas hukum yang lain dengan lain perkataan tidak pula dengan tidak boleh jaga hati tidak boleh menutup aurat. والله اعلم

  8. Assalamua’laikum ustaz,
    Soalan: apakah hukum perempuan yang tidak suci (berhaid) menghafaz al-quran.

    • Harus dia mengulang dengan niat menghafal. jangan diniatkan Quran.

  9. sebenarnya dalam masalh qariah nie sebenarnya wujud khilaf antara ulama . jadi perkara ini bukannya munkr


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: