Posted by: almalakawi | 2 Jun 2009

Syarat wajib memperkenan jemputan perkahwinan.

Apabila sesaorang itu diundag kemajlis perkahwinan, menjadi kewajipan di atas yang dijemput memperkenankan jemputan itu. Maka syarat memperkenan jemputan adalah seperti berikut:

1. Orang yang dijemput tidak tertentu orang kaya kerana kayanya, bahkan yang dijemput orang kaya dan miskin.

2. Islam orang yang menjemput dan yang dijemput. Tida wajib bagi orang islam memperkenan jemputannya kafir zimi tetapi sunat jua, tidak wajib kafir zimi memperkenan jemputan kahwin.

3. Jika dibuat walimah beberapa hari wajib diperkenan jemputan pada hari yang pertama, sunat pada hari kedua dan makruh pada hari yang ketiga.

4. Jika dibuat walimah tiga waktu dalam satu hari mereka yang dijemput pada waktu yang pertama sahaja wajib memperkenannya.

5. Jangan ada di majlis kenduri pekerjaan yang mungkar melainkan orang yang dapat menghalang pekerjan mungkar itu, pada ketika itu wajib baginya memperkenan jemputan dan menegah kemungkaran.

Sekiranya sesuatu majlis perkahwinan itu tidak mengikut syarat yang disebut maka tidak wajib yangg dijemput memperkenankan jemputan itu. Adapun kenduri yang lain daripada majlis perkahwinan tidak wajib diperkenan tetapi hanya sunat sahaja.


Responses

  1. Dalam hukum memperkenan jemputan kenduri ada dua perkataan Ulama dalam mazhab Shafei.
    Wajib dan sunat.
    yang mengatakan wajb maka dapat pahala wajib dengan syarat2 yang diizinkan oleh Syara’.
    dan yang mengatakan sunat dapat pahala sunat, sekelian rujukan kitab as Shafeiyyah. wallahu aalam,

  2. asslammualaikum,
    sy ingin memohon pendapat,
    Apakah hukumnya jika tetamu yang tidak diundang dalam majlis perkahwinan itu turut hadir dalam majlis perkahwinan itu?

    • Haram diatas orang yang tidak dijemput menghadiri majlis perkahwinnan.
      Sekiranya dia menyangka bahawa tuan majlis membenarkan kedatangannya dan dia minta izin dari tuan majlis dan diizinkan maka harus.

    • Orang tu dinamakan tufailiyun(kebudak-budakan) hukumnya seperti yang dijawab oleh ustaz hensoooooom tu


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: