Posted by: almalakawi | 10 Jun 2009

Tayamum ganti pada tempat yang tidak boleh terkena air

Seorang yang takut memakai air pada sebahagian daripada anggota wuduknya samaada anggota tayamum atau lainnya maka wajib dia membasuh anggotanya yang sihat dan dia bertayamum ganti tempat yang tidak boleh terkena air. Waktu bertayamum bagi mereka yang berhadas kecil adalah pada ketika hendak membasuh bahagian yang sihat daripada anggota yang sakit; pada waktu itu dia diberi pilih antara mendahulukan tayamum atau membasuh anggota yang sihat. Wajib tertib pada anggota yang dibasuh sebelum sampai anggota yang tidak boleh terkena air.  Seperti seorang yang luka pada kaki wajib dia membasuh muka kemudian membasuh tangan seterusnya menyapu kepala dan apabila hendak membasuh tempat yang boleh kena air pada kaki dia boleh memilih antara mendahulukan tayamum atau membasuh kaki. Dan seperti soarang yang luka pada tangan, maka wajib dia membasuh mukanya dahulu kemudian dia boleh memilih antara membasuh tangan ganti tempat luka atau dia tayamum pada muka dan tangan kemudian membasuh tangan seterusnya menyapu kepala dan disudahi dengan membasuh kaki.

Seorang yang berjunub / berhadas besar apabila dia hendak bertayamum ganti tempat yang tidak boleh terkena air dia dibenarkan memilih antara mendahulukan tayamum atau mandi; tetapi mendahulukan tayamum terlebih utama kerana apabila dia mandi debu bekas tayamum hilang dibawa air.

Jika ada pada luka pembalut atau pada tempat patah ada P.O.P / simen dan sebagainya yang tidak boleh ditangalkan kerana takut mudarat maka wajib membasuh anggota yang boleh terkena air seperti tertib di atas kemudian disapu diatas pembalut dan sebagainya dengan air selepas itu hendaklah seorang itu bertayamum ganti pada tempat yang tidak sampai air di bawah pembalut dan sebagainya.

Wajib diqadaq sembahyang jika pembalut berada pada anggota tayamum samaada diletak pembalut pada ketika suci atau tidak.

Wajib qadaq sembahyang jika diletakkan pembalut pada angota yang ada najis, atau pada ketika berhadas.


Responses

  1. Salam.

    1. ….Dan seperti soarang yang luka pada tangan, maka wajib dia membasuh mukanya dahulu kemudian dia boleh memilih antara membasuh tangan ganti tempat luka atau dia tayamum pada muka dan tangan kemudian membasuh tangan seterusnya menyapu kepala dan disudahi dengan membasuh kaki….

    Bagaimana maksud membasuh tangan ganti tempat luka – sedangkan luka tu di tangan yang berbalut – kalau tayammum , adakah diatas pembalut?

    2. ….bertayamum ganti pada tempat yang tidak sampai air di bawah pembalut dan…..

    adakah maknanya jika pergelangan tangan yang berbalut …. kita bertayammum seperti biasa walau diatas pembalut itu?

    Jawapan ustaz sama dengan panduan JAKIM untuk orang sakit di wad mengambil uduk/tayamum tapi huraiannya tidak mudah di fahami oleh banyak orang.

    Terimakasih

    • 1. Maaf ada sedikit kesilapan, yang betul “membasuh tangan pada lain tempat luka”.
      2. Ya.

  2. Salam,

    Terimakasih atas panduan ustaz – ya saya faham.


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: