Posted by: almalakawi | 10 Jun 2009

Tayamum

 

 

 cara bertayamum

cara bertayamum

Syarat tayamum

Syarat tayamum enam pekara.

Pertama: Uzur dengan sebab bermusafir atau sakit

Kedua: Bertayamum setelah masuk waktu dengan yakin. Tidak sah tayamum orang yang ragu-ragu masuk waktu walaupun semasa tayamum didalam waktu.

Ketiga: Setelah memastikan ketiadan air. Wajib atas orang yang menghendaki tayamum kerana ketiadan air mencari air berhampirannya dan pada taulan/kawan-kawannya maka jika tidak didapati dia hendaklah mencari pada pehak keliling dan dia hendaklah pergi pada tempat yang disangka ada air sekira-kira jarak yang sampai suara apabila berteriak jika berlaku sersuatu. Setelah mempastikan ketiadan air bolehlah dia tayamu.

Keempat: Uzur menguna air samaada takut membawa maut atau hilang menfaat angota. Termasuk dalam uzur iaitu orang yang ada air berhampirannya jika dia pergi mengambilnya takut binatang buas, musuh, hilang hartanya, atau takut bercerai dengan kawannya maka dia hendaklah bertayamum.

Kelima: Berhajat kepada air kerana dahaga binatang yang dihormati seperti minuman dirinya dan binatang ternakannya samaada hajat pada ketika itu atau lagi akan datang.

Keenam: Tanah yang suci, yang ada debu, yang tidak bercampur denga seumpama tepung, dan yang belum diguna buat tayamum. Yang dikehendaki dengan tanah iaitu segala bagai tanah yang mempunyai debu.

Fardu tayamum

Fardu tayamum iaitu lima perkara.

Pertama: Niat mengharuskan sembahyang, tawaf, menyentuh Mashaf, dan sebagainya. Seperti meniat seorang نويت التيمم لاستباحة فرض الصلاة Sahaja aku tayamum kerana mengharuskan sembahyang fardu atau نويت التيمم لاستباحة الصلاة sahaja aku tayamum kerana mengharuskan sembahyang maka orang yang bertayamum dengan niat yang pertama bolehlah dia sembahyang satu fardu dan beberapa sunat sementara orang yang bertayamum dengan niat yang kedua bolehlah dia bersembahyang sunat jua tidak sembahyang fardu.

Khutbah jumaat hukumnya seperti fardu maka pembaca khutbah hendaklah bertayamum dua kali dengan niat fardu yakni tayamum yang pertama untuk membaca khutbah; setelah selesai membaca khutbah hendaklah dia bertayamum sekali lagi untuk sembahyang Jumaat. Sembahyang jenazah hukumnya seperti sembahyang sunat dengan itu satu tayamum bolehlah dia  sembahyang satu fardu ,beberapa sunat, dan sembahyang mayat.

Kedua: Memindahkan tanah dari tapak tangan kepada anguta tayamum iaitu muka dan dua tangan. Wajib menyertakan niat pada permulan memindah tanah dari tapak tangan ke muka yakni pada ketika tapak tangan yang berdebu diletakkan kemuka sebelum menyapu dan dikekalkan niat hinga menyapu muka. Jika berhadas seorang setelah memindahkan tanah dan sebelum menyapu muka harus menyapu dengannya dengan membaharui niat yang lain.

Ketiga: Menyapu muka setelah menepuk debu tanah dengan dua tapak tangan pada kali pertama

Keempat: Menyapu dua tangan sehinga siku setelah menepuk debu tanah dengan dua tapak tangan pada kali  kedua

Kelima: Tertib / Teratur yakni mendahulukan menyapu muka sebelum menyapu tangan. 

Sunat-sunat tayamum

Setengah daripada sunat tayamum membaca بسم اللّه hinga akhir pada permulan meletakkan tapak tangan pada debu tanah, menyapu muka pihak atas kebawah, mendahulukan menyapu tangan kanan sebelum menyapu tangan kiri, mengurangkan debu pada dua tapak tangan dengan melagkan dua tepi tangan atau meniup debu yang terlekat pada tapak tangan, menyalati anak jari jika sudah sampai debu di antara anak jari maka jika belum sampai debu wajib menyelati, menangalkan cincin pada pukulan yang pertama tetapi wajib menangalkan cincin pada pukulan yang kedua, mengahadap kiblat, dan banyak lagi yang kamu perlu tuntut didalam kitab-kitab yang besar.

Pekara yang membatalkan tayamum:

Pekara yang membatalkan tayamum tiga pekara.

Pertama: Batal tayamum dengan pekara yang membatalkan wuduk; telah lalu sebutnya. Apabila berhadas kecil seorang yang bertayamum maka batal tayamumnya yang hadas kecil sahaja tidak batal tayamum untuk hadas besar.

Kedua: Batal tayamum seorang yang bertayamum kerana ketiadan air dengan dia mengetahui ada air walaupun sedekit sedangkan dia belum bersembahyang; seperti berkata seorang yang ada air yang cukup untuk wuduk seorang jua kepada perhimpunan orang bertayamum “aku haruskan air ini untuk wuduk” batal tayamum sekelian mereka itu. Serupa dengan mengetahui sangka ada air seperti melihat rombongan yang datang, awan yang tebal, dan sebagainya daripada pekara yang disangka ada air. Adapun seorang yang mengetahui ada air sedang dia bersembahyang padahal sembahyangnya tidak perlu diulang kerana dia bertayamum di tempat yang kebiasan tiada air maka tidak batal tayamumnya. Bersalahan orang yang sembahyngnya perlu diulang iaitu dia bertayamum pada tempat yang kebiasan ada air maka batal tayamumnya. Seorang yang bertayamum kerana sakit yang tidak boleh menguna air tidak batal tayamumnya apabila dia mengetahui ada air.

Ketiga: Murtad / Terkeluar dari islam.


Responses

  1. Cara tayamum mudah sahaja.
    1. tepuk tapak tangan pada debu tanah kemudian sapu tapak tangan yang berdebu itu pada muka serta dengan niat tayamum, jika tak pandai nak sapu sekali sampai rata, boleh disapu beberapa kali pada tempat tak kena debu pada muka, tetapi sebelum menyapu kali kedua atau ke tiga hendaklah mengambil debu yang lain kerana debu yang telah disapu dah jadi mustakmal. Cara ini (menyapu beberapa kali) adalah makru.
    2. tepuk debu untuk menyapu tangan dan boleh di buat cara yang sama.


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: