Posted by: almalakawi | 12 Jun 2009

Cara menyerah barang yang telah dijual

 Menyerah barang yang telah dijual kepada pembeli ialah mengikut keadaan barang itu:

  1. barang yang tidak boleh dipindah seperti rumah, tanah, pohon kayu dan sebagainya
  2. barang yang boleh dipindah seperti binatang, kereta, kain dan sebagainya.
  • Menyerah barang yang tidak boleh dipindah hendaklah dengan lafaz yang menunjukkan penyerahan, serta mengkosongkan barang itu daripada harta penjual, maka penjual hendaklah mengeluarkan barangannya yang ada didalam rumah atau tanah yang hendak diserah dan menyerahkannya dengan lafaz “aku serah rumah atau tanah ini kepada engkau” dan hendaklah penjual menyerahkan anak kunci rumah kepada pembeli. Tidak mengapa jika ada tingal sedikit barang-barang penjual seperti tikar dan beberapa pasu bunga.
  • Jika semasa penyerahan, masih terdapat harta penjual di suatu sudut rumah maka penyerahan itu hanya berlaku pada tempat yang tiada harta penjual, kemudian apabila penjual mengeluarkan hartanya dari rumah itu maka rumah itu dikira telah diserah keseluruhannya.
  • Menyerah benda yang boleh dipindah seperti lembu dengan menarik lembu itu keluar dari kawasan milik penjual ke suatu tempat yang tidak dikhaskan untuk penjual seperti jalan raya atau ke tanah pembeli.
  • Penyerahan dikira terjadi dengan memindahkan barang yang telah diserah ke suatu sudut yang dimiliki oleh penjual dengan izin dari penjual.
  • Jika pembeli membeli rumah serta barang- barang yang ada di dalam rumah itu maka disyaratkan pada menerima barang-barang itu dengan dipindahkannya.
  • Cara menyerahkan barang yang ringan ialah dengan menghulurkannya kehadapan pembeli atau mencampakkannya ke tempat yang boleh dicapai oleh pembeli.
  • Contoh barang yang ringan seperti kasut, baju, buku, dan sebagainya.
  • Syarat menerima barang yang tiada di majlis akad ialah:
  1. Penjual mengizinka pembeli menerimanya.
  2. Berlalu satu tempoh masa yang pembeli bole pergi untuk menerima barang itu menurut adat kebiasan.
  3. Berlalu satu tempoh masa yang barang itu boleh dipindahkan menurut adat kebiasan.
  • Pembeli boleh mengambil barang yang dibeli tanpa izin daripada penjual jika penjual tiada hak menahan barang itu.
  • Penjual tidak berhak menahan barang yang dijual sedangkan harganya bertangoh atau harganya tunai dan pembeli telah menyerah harga itu.
  • Penjual berhak menahan barang yang dijual dengan cara tunai tetapi pembeli tidak menyerahkan harganya. Walau bagaimanapun harus bagi pembeli menerimanya dengan izin daripada penjual.
  • Apabila barangan yang telah dijual tidak diserah atau tidak mengikut syarat serah dan berlaku kerosakan pada barang itu seperti tebakar dan lainnya maka barang itu di bawah tangung jawab penjual.
  • Barangan yang telah diserah adalah dibawah tangung jawab pembeli.

 


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: