Posted by: almalakawi | 19 Jun 2009

Susunan mujtahid di dalam Mazhab Syafie

Ijtihad ialah bersungguh-sungguh mengumpulkan serta menyelidik nas (keterangan) agama dari al-Quran dan hadis bagi memahami maksud syarak dan menetapkannya.

Mujtahid mutlak

Mujtahid mutlak ialah orang yang sanggup dan layak menumpukan fikiran pada nas-nas dan kaedah-kaedah (dasar-dasar) agama serta menyelidiki jalan-jalannya dengan teliti bagi memahamkan maksud firman Allah dan hadis nabi serta menetapkan keputusan-keputusan hukum mengikut alasan-alasan yang didapati.

Dalil-dalil syari’e mujtahid mutlak ialah:

             I.      Al-Quran

          II.      Sunah

       III.      Ijmak

      IV.      Qias

Ini adalah sumber hukum Mazhab Syafie.

Mujtahid mutlak yang diakui sehingga hari ini bagi ikutan umat islam empat orang sahaja:

i. Imam Safyie namanya Muhammad bin Idris.

ii. Imam Hanafi namanya Nukman bin Sabit.

iii. Imam Malik namanya Malik bin Anas

iv. Imam Hambali namanya Ahmad bin   Hambal.

Selain dari empat imam ini tidak ada lagi ulamak yang meriwayatkan mazhab mereka itu.

Mujtahid mazhab

Mujtahid mazhab ialah mereka yang mengeluarkan hukum mengikut kaedah-kaedah mujtahid mutlak.

Mereka yang sampai martabad ini di dalam Mazhab Syafie seperti:

1. Imam Haramain

2. Imam Ghazali

3. Syeikh Syairazi

Mujtahid fatwa

Mujtahid fatwa ialah mereka yang menentukan mana yang lebih rajih (kuat dari segi dalil) antara perkataan-perkataan mujtahid mazhab dan menyatakan yang mana lebih kuat nisbah dalil antara dua perkataan imamnya.

Mereka yang sampai martabad ini di dalam Mazhab Syafie seperti:

1. Imam Nawawi

2. Imam Rafie.

Mujtahid tarjih

Mujtahid tarjih ialah mereka yang pandai menyatakan yang mana lebih kuat nisbah dalil antara dua perkataan imamnya dan menyatakan yang mana lebih kuat nisbah dalil pada beberapa perkataan mujtahid mazhab  dan mujtahid fatwa.

Mereka yang sampai mertabad ini di dalam Mazhab Syafie seperti:

1. Syeikh Ibnu Hajar

2. Syeikh Ramli

3. Syeikh Zakariah Al-Ansari


Responses

  1. terima kasih dan tahniah

  2. Salam,

    La ni, ramai pulak profesional nak jadi mujtahid. Nak letak tingkat mana tu? Ust Maszlee Malik, Hafis Pirdaus, Rasul Dahri dan lain-lain pun jadi mujtahid.

  3. Dipanggil mujtahid ahli neraka. ijmak ulama mengatakan mereka ini Ahli neraka.

    • Saya terbaca dalam satu atikel Mujtahid dizaman ini Adalah Syeikh Yusuf Al-Qadhawi. Benarkah Ustaz.

  4. ust nak tanya sikit,

    ibnu hajar yg di maksudkan ialah haithami?

    kalau ya, bagaimana pula dengan asqolani? dimana kedudukannya?

    • Beliau adalah sultan dalam ilmu hadis dan lebih terkenal dalam ilmu hadis

  5. Assalamu’alaikum

    • وعليكم السلام Ahmad apa khabar. Habib Soleh apa kahabar

  6. assalamualaikum..ana ingin bertanyakan tentang kitab mazhab syafie..kalau boleh ana tahu selepas mazhab syafie,siapakah yang memegang kitabnya?ana ingin tahu rentetan kitab-kitabnya yang selepas ketiadaan nya,siapa penggantinya?

    kerjasama anta,ana harapkan..
    syukran jazilan..


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: