Posted by: almalakawi | 25 Jun 2009

Hukum memberi salam, menjawabnya dan yang bergantung dengannya.

pengenalan

Salam ialah mengucap السلام عليكم.

Dalil firman Allah تعالى :

ياأيها الذين آمنوا لا تدخلوا بيوتا غير بيوتكم حتى تستأنسوا وتسلموا على أهلها ذلكم خير لكم لعلكم تذكرون

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu).

فإذا دخلتم بيوتا فسلموا على أنفسكم تحية من عند الله مباركة طيبة كذلك يبين الله لكم الآيات لعلكم تعقلون

Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat (yang menjelaskan hukum-hukumNya), supaya kamu memahaminya.

Hadis Nabi صلى الله عليه السلم  

عن ابن عمر رضي الله عنهم أن رجلا سأل رسول الله صلى الله عليه السلم اى الاسلام خير؟ قال تطعم الطعام وتقرأ السلام على من عرفت ومن لم تعرفز

Diriwayatkan dari Ibnu Umar رضي الله عنهم bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah صلى الله عليه السلم  “  apakah islam yang baik?” bersabda Rasulullah صلى الله عليه السلم “memberi makan akan makanan dan memberi salam kepada orang yang kamu kenal dan orang yang kamu tidak kenal.

 

Rukun salam:

  1. Orang yang memberi salam.
  2. Orang yang diberi salam kepadanya
  3. Lafaz yang digunakan bagi memberi salam dan menjawabnya.

Syarat orang yang memberi salam

Islam dan mumayyiz.

Ertinya apabila memberi salam oleh seorang islam sekalipun kanak-kanak yang mumayyiz wajib menjawab salam.

Syarat  orang yang menerima salam:

Islam, mumayyiz dan baligh.

Ertinya harus memberi salam kepada kanak-kanak mumayyiz.

Dan wajib orang yang baligh menjawab salam kanak-kanak mumayyiz.

Syarat bagi ucapan salam

  1. Mestilah berlafaz pada memberi salam dan menjawabnya.
  2. Mengeluarkan suara serta memperdengarkan salam ketika memberi salam dan menjawabnya.
  3. Hendaklah berhubung antara memberi salam dan menjawabnya.

Ucapan memberi salam

1. Ucapan memberi salam yang afdhal ialah السلام عيكم ورحمة الله وبركاته . dengan lafaz ramai (kamu) dalam bahasa arab (كم)  sekalipun orang yang diberi salam seorang sahaja.

2. السلام عليكم (kesejahteraan itu di atas kamu)

3. السلام عليك (kesejahteraan itu di atas engkau)

4.  سلام عليك (sejahtera di atas engkau)

Ucapan menjawab salam

  1. Ucapan menjawab salam yang afdhal وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته dengan lafaz ramai, sekalipun orang yang memberi salam hanya seorang.
  2. وعليكم السلام
  3. وعليك السلام
  4. عليكم السلام
  5. السلام عليكم ini sama dengan lafaz memberi salam
  6. سلام عليكم

Hukum memberi salam dan menjawabnya.

Hukum asal memberi salam adalah sunat dan menjawabnya adalah wajib.

Bahagian orang yang memberi salam dan yang menjawabnya, serta hukum memberi dan menjawab salam antara mereka itu.

Ucapan salam antara dua lelaki

  1. memberi salam ialah sunat aini sekiranya orang yang memberi salam seorang dan menjawabnya adalah fardu ain sekiranya yang diberi salam seorang.
  2. memberi salam ialah sunat aini sekiranya orang yang memberi salam seorang dan menjawabnya adalah fardu kifayah sekiranya orang yang diberi salam lebih dari satu orang.
  3. memberi salam ialah sunat kifayah sekiranya yang memberi salam lebih dari seorang, menjawabnya adalah fardu ain sekiranya yang menerima salam seorang.

Ucapan salam antara dua orang perempuan

Hukumnya sama seperti salam antara dua orang lelaki.

Ucapan salam antara lelaki dan perempuan

  1. Sekiranya yang memberi salam atau menjawab salam itu isteri, hambanya atau orang yang haram berkahwin dengannya hukumnya sama seperti salam antara lelaki sesama lelaki.
  2. Makruh atas lelaki memberi salam terhadap perempuan muda yang boleh dikahwini sedangkan perempuan itu haram menjawabnya.
  3. Haram perempuan muda yang boleh dikahwini memberisalam, sementara lelaki yang diberi salam makruh menjawabnya.
  4. Harus seorang lelaki memberi salam kepada sekumpulan perempuan dan wajib diatas salah seorang dari mereka itu menjawabnya sekiranya tidak timbul fitnah.
  5. Sunat sekumpulan perempuan memulakan salam dan wajib atas lelaki menjawabnya jika tidak timbul fitnah.
  6. apabila sekumpulan lelaki memberi salam terhadap seorang perempuan wajib dia menjawab sekiranya tidak takut fitnah, begitu juga sebaliknya.
  7. harus sekumpulan lelaki memberi salam terhadap sekumpulam wanita dan wajib mereka itu menjawabnya jika tidak takut fitnah begitu juga sebaliknya.

Ucapan salam antara kanak-kanak dan orang dewasa

  1. Pendapat yang sahih menyatakan bahawa sunat kanak-kanak memberi salam terhadap orang dewasa manakala mereka itu wajib menjawabnya
  2. Harus bagi orang dewasa memberi salam kepada kanak-kanak dan sunat mereka itu menjawabnya.

Ucapan salam antara orang yang mendengar dan orang yang pekak

  1. Apabila hendak memberi salam kepada orang yang pekak hendaklah seorang itu menghimpunkan antara berlafas dan memberi isyarat maka wajib orang yang pekak itu menjawabnya.
  2. Sekiranya orangyang pekak memberi salam wajib lah seorang itu menjawab dengan menghimpunkan berlafas dan isyarat.

Ucapan salam antara orangyang boleh bertutur dengan orang yang bisu

  1. Sekiranya orang yang boleh bertutur memberi salam kepada orang yang bisu dan membuat isyarat orang yang bisu pada menjawab salam nescaya gugur fardu dari orang yang bisu.
  2. Apabila orang yang bisu memberi salam dengan isyarat kepada orang yang boleh bertutur maka wajib diatas orang yang boleh bertutur menjawabnya.

Memberi salam atau menjawab salam orang fasik, orang yang buat bida’h dan orang yang melakukan dosa yang besar.

Tidak disunatkan memberi salam kepada mereka dan begitu juga tidak wajib menjawab salam mereka itu bahkan seeloknya jangan memberi salam dan menjawab salam mereka itu.

Salam antara muslim dan kafir.

Haram memberi salam kepada orang kafir dan harus menjawabnya dengan lafas وعليكم  sahaja, jika ada yang memberi salam kafir zimmi.

Harus menulis surat yang dihantar kepada orang kafir dengan lafasوسلام على من اتبع الهدى pada awal tulisan.

Memberi salam kepada orang islam yang bercampur gaul dengan orang kafir

Disunatkan memberi salam kepada mereka dengan kasad memberi salam kepada orang islam.

Mengirim salam kepada mereka yang tiada bersama kita

Disunatkan mengirim salam kepada orang yang tidak bersama kita samaada dengan menghantar surat atau mengirim salam melalui orang lain dan wajib orang yang itu menyampaikannya.

Wajb orangyang menerima salam yang dikirimkan menjawabnya dengan bersegera sekiranya salam yang dikirim mencukupi syarat, kecuali pada surat, tidak disyaratkan berlafas.

Waktu-waktu yang tidak disunatkan memberi salam, dan tidak wajib menjawabnya, iaitu pada ketika:

  1. sedang kadaq hajat (buang air besar atau kecil)
  2. sedang jimak.
  3. sedang istinja.
  4. sedang minum.
  5. sedang makan.
  6. sedang tidur.
  7. sedang mengantuk.
  8. sedang sujud.
  9. sedang sembahyang.

10. azan.

11. ikamat.

12. di dalam bilik air.

Dan lain-lain yakni pada tiap-tiap orang yang sedang sibuk dengan urusannya yang tidak layak memberi salam kepadanya atau orang yang sedang beribadat.

Adab memberi salam

Hendaklah yang memulakan memberi salam:

Kanak-kanak kepada orang dewasa.

Orang sedikit terhakap orang yang banyak.

Orang yang dating terhadap orang yang duduk

Orang yang berkenderaan terhadap orang yang berjalan kaki. والله اعلم

About these ads

Respon

  1. aslkm terima kasih untuk ilmu2 yang telah dikongsikan moga tuhan menambah lagi nikmat dan rahmatnya pd kita semua.

  2. salah x klo seseorang itu.. hantar sms ker ato emel ayat per tame dengan ucapan salam” sahaje contoh…:
    1. salam… kat mner…?
    2. aslam aper kabar…??

  3. [...] Berjabat tangan atau Musafaha dengan perempuan Kepada yang bertanya, kemungkinan maksud anda dengan kata bersalaman ialah berjabat tangan, sekiranya anda menhendakinya memberi salam sila klik disini untuk melihat hukumnya. [...]

  4. ustaz..apa hukum beri n jawab salam dalam sms ataupun dalam ketika bercakap di telefon pada lelaki ajnabi

    • Jawab salam dengan SMS pada lelaki ajnabi adalah sama dengan menjawab salam melalui surat iaitu harus, kerana tidak takut adanya fitnah, itupun sekiranya pekara yang di SMS itu harus, adapun jika pekara yang di SMS Haram seperti ajak berjumpa antara lelaki dan perempuan maka jawab salam adalah makruh.
      Perempuan menjawab salam lelaki ajnabi dengan telefon adalah haram kerana boleh membawa kepada fitnah, ini disebabkan suara perempuan boleh membangkitkan keinginan lelaki kepada perempuan itu.

  5. ok, baru saya faham..syukran

  6. [...] Hukum berjabat tangan dengan perempuan halal nikah Posted on November 15, 2009 by albakriah Kepada yang bertanya, kemungkinan maksud anda dengan kata bersalaman ialah berjabat tangan, sekiranya anda menhendakinya memberi salam sila klik disini untuk melihat hukumnya. [...]

  7. syukurun dengan penjelasan yang diberi.Moga kita dipelihara dalam kerahmatan Allah

  8. Assalamualaikum wrm wbt Ustaz ……

    Mohon penjelasan Ustaz tentang hukum seseorang yang menerima sms dari seseorang yang lain, tetapi tidak mengendahkannya (tidak reply), walaupun jelas pada sms yang diterima itu bahawa pihak yang mengirimkan sms berkenaan termat mengharapkan respon dari pihak yang mendapat sms tersebut. Ditambah pula, sms berkenaan turut dimulakan dengan salam dan disulami dengan kalimah-kalimah yang sopan, menarik dan teratur susunan ayat-ayatnya. Manakala tujuan kiriman sms tersebut pula jelas dengan niat yang baik (sebagai contoh, jemputan ke mesyuarat, kenduri dan sebagainya).

    Jadi, apakah kedudukan atau hukum sipenerima sms yang bersikap demikian?

    Lebih menambahkan lagi persoalan Ustaz ialah sipengirim sms itu pula terasa hati dengan tindakan sipenerima sms berkenaan.

    Mohon penjelasan ya Ustaz …..

    Terima kasih banyak-banyak Ustaz.

    • Jangan mencari kesalahan sahabat, yang lebih baik cari kesalahan sendiri dahulu. Cuba tanya diri kita mengapa sahabat kita itu tak mahu jawab SMS yang dihantar.
      Munkin kita ada melakukan kesilapan yang kita tidak sedar. Menjawab SMS tidak wajib dan tidak wajib jawab salam dalam SMS ikerana hurupnya bukan hurup arab jadi sebutan tidak sama dengan hurup arab. Saya cadangkan saudara pergi bertemu dengan sahabat saudara itu dan bertanya kan khabarnya serta minta maaf jika ada kesalahan yang dilakukan secara tidak sengaja. والله اعلم

  9. slm us…sya nk tny la…contohnya dlm sesi taaruf, bila sorng bgn nk perkenalkan dr dia bg slm, pastu bgn lg sorng bg slm gk.bgn org lain g bg slm gk…pa hkm nya ya

    • harus tidak menjadi kesalahan.

  10. assalamualaikum ustaz,
    ana ingn brtanya apakah hukumnya wanita yg bkrja di sektor bank,dan jika bank itu bank islam pula bagaimana?

    • Berkerja di bank ada unsur riba adalah haram tak kira yang berkerja itu lelaki atu perempuan.
      berkerja di bank yang tiada unsur riba dan tiada bercampur dengan yang haram adalah harus bagi lelaki dan perempuan yang tiada orang yang memberi nafkah dengan syarat tidak bercampur dengan lelaki yang halal nikah dan syarat tidak bertabaruj (berhias bukan kerana suami). adapun perempuan yang ada suami yang menafkah atau ibu bapa yang menafkah tidak digalakkan berkerja, jika dia berkerja syaratnya dia mendapat izin suami dan ditambah syarat yang diatas.

  11. Ustaz…
    bagaimana jika ucapan salam itu melalui media elektronik seperti laman web…
    Adakah wajib sebagai yang menerima & menjawab salam itu ?
    Adakah perlu dilafaz & didengari oleh orang yang memberi salam?

  12. salam ustaz..
    ‘Mengirim salam kepada mereka yang tiada bersama kita’
    kalau si pengirim mengirim salam tampa berlafaz
    السلام عليكم (kirim salam saja) adakah tidak wajib dijawab. kalau berlafaz…wajib dijawab.betul ke macam tu. tq
    wassalam

    • Betul

  13. Assalamualaikm ustaz..

    Sy ingin penjelasan bagaimana untuk memberi salam ketika msuk rumah kita sendiri yang kosong tidak berpenghuni.. Dan juga bagaimana ingin memberi salam kepada penghuni2 kubur.. Adakah salamnya berlainan/sama atau bagaimana?


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 109 other followers

%d bloggers like this: