Posted by: almalakawi | 26 Jun 2009

Boleh kah kita berniat dua ibadat dalam satu masa?.

Klik disini untuk melihat dalam bahasa arab yang saya ambil dari kitab إضاح القواعد

Disini saya hendak terangkan jenis-jenis niat yang boleh disekutukan dan yang tidak boleh disekutukan.

Mensekutukan niat

  • Bahagian pertama

Mensekutukan niat ibadat dengan yang lain.

1. Ini terkadang membatalkan ibadat itu seperti menyembelih kurban kerana Allah dan kerana yang lainnya, maka menghimpunkan pada menyembelih dengan yang lain Allah menyebabkan haram memakan daging binatang itu.

2. Terkadang tidak batal, padanya ada beberapa masalah

Setengah masalahnya seperti seorang yang berniat wuduk atau mandi serta niat bersejuk pada masalah ini ada satu pendapat yang menyatakan tidak sah, tetapi pendapat yang asah (yang terlebih sahih) sah wuduk atau mandi itu, kerana bersejuk terhasil ia samaada kita niat atau tidak, maka tidak boleh dinamakan kasad bersejuk pada ketika niat wuduk atau mandi itu sebagai menyekutukan niat, dan meningalkan iklas, bahkan itu lah kasad ibadat atas apa yang berlaku, kerana tak dapat tidak hasil sejuk apabila kita mandi atau mengambil wuduk

Serupa dengan mandi dan wuduk, pusa yang diniat sertanya berubat atau berpantang maka sah atas kaul yang asah dan batal atas lawannya.

Begitu juga niat sembahyang kerana nak melepaskan diri dari tuan hutang.

  • Bahagian yang kedua:

Berniat menyertakan ibadat fardu dengan ibadat sunat pada nya ada empat pecahan:

  1. Sah kedua ibadat itu dan hasil pahala keduanya
  2. Hasil ibadat fardu sahaja
  3. Hanya yang hasil ibadat sunat sahaja.
  4. Batal keduanya.

Termasuk dalam pecehan yang pertama seorang yang bertakbir masuk kedalam sembahyang diniatkan sembahyang fardu dan sembahyang sunat tahiyatul-masjid maka sah keduanya dan hasil pahala keduanya.

Sembahyang sunat yang boleh diniat dengan yang lain ialah, sembahyang sunat tawaf, sunat ihram, sunat g’aplah, sunat istikarah, dan sunat hajat,

Termasuk dalam pecahan ini niat qiran, haji fardu serta umrah sunat, atau sebaliknya yakni niat umrah fardu serta haji sunat dan yang seumpamanya.

Pecehan ke dua seorang yang berniat fardu dan sunat pada haji fardu, maka yang terjadi haji fardu sahaja, kerana seorang yang ada haji fardu apabila dia berniat haji sunat sahaja sudah tentu yang terjadi haji fardu.

Pecehan yang ke tiga seorang yang memberi lima dirham kepada asnap yang lapan dengan niat zakat serta sedekah sunat maka tiada terjadi zakatnya dan yang terjadi adalah sedekah sunat dengan tiada perselisihan pendapat antara ulama.

Pecehan yang ke empat seorang masbuk (orang yang lambat masuk dalam sembahyang) bertakbir sedang imamnya di dalam rukuk, dan dia hanya bertakbir sekali sahaja dengan niat takbiratu-ihram dan takbir turun ke rukuk, pada masalah ini tidak terjadi sembahyangnya samasekali kerana mensekutukan niat pada takbir yakni takbirnya itu dijadikan takbiratul ihram dan takbir rukuk serentak.

  • Bahagian ketiga

Meniat serta ibadat fardu akan fardu yang lain

Berkata Ibnu Subki tidak memada yang demikian itu melainkan haji dan umrah. Yakni kita boleh buat haji qiran dengan menggabungkan haji dan umrah dalam satu niat

Berkata Sayuti pada ini bahagiann boleh dimasukkan masalah seorang yang niat mandi wajib menyertakan wuduk didalamnya, maka hasil keduanya atas kaul yang asah.

Kemudian berkata sayuti selain dari ini apabila disertakan didalam satu niat dua fardu maka tidak sah melainkan niat ihram haji dan umrah. Seorang yang bertayamum dengan niat mengharuskan dua fardu maka yang sah hanya satu fardu sahaja.

Bahagian ke empat

Berniat serta ibadat sunat akan ibadat sunat yang lain

Berkata Kupal tidak sah keduanya. Sebenarnya apa yang dikata oleh Kufal ini batal kerana harus mencantumkan niat mandi jumat dan mandi hari raya dan hasil pahala keduanya.

Berkata Sayuti harus mencantumkan khutbah hari raya dan khutbah sembahyang gerhana dalam satu niat, ini ada tersebut didalam Asal Raudah dan pengarang memberi sebab bahawa adalah keduanya sunat, tetapi tidak boleh mencantumkan khutbah jumat dan khutbah gerhana.

Sayugia/sepatutnya sah di himpun puasa hari Arafah dengan puasa hari isnin didalam satu niat,begitu juga dengan puasa-puasa yang lain.

Tidak sah mencantumkan sembahyang sunat hari raya dan sembahyang gerhana kerana ada sunat-sunat yang tidak boleh masuk kedalam sunat-sunat yang lain.

Ini disebabkan ada ibadat sunat yang dimasudkan dirinya itu dan ada ibadat sunat yang tidak dimaksudkan dirinya dan ianya cukup dengan menumpang pada yang lain.

Sunat-sunat yang dimasudkan dirinya seperti sembahyang sunat mengiringi sembahyang fardu, dhuha, sunat gerhana,

Sunat yang tidak di masudkan dirinya sepert telah tersebut diatas pada kata (sembahyang sunat yang boleh diniat dengan yang lain)  dan puasa isnindan khamis, puasa enam hari syawal dan lainya.

Bahagian kelima

Meniat dua pekara yang berbeza dalam satu niat pada hal keduanya bukan ibadat

Seperti berkata seorang kepada isterinya engkau haram diatas aku dan dia meniatkan talak dan zihar, maka pendapat yang asah (lebih sahih) bahawa suami boleh memilih salahsatu antara dua pekara itu maka yang mana dia pilih itulah yang terjadi


Responses

  1. Assalamualaikum ustaz saya ingin mengajukan soalan,
    1) apa hukumnya seseorang yang bukan beragama islam masuk kedalam masjid atau surau.
    2) apa hukumnya seseorang kafir belajar mengaji al-quran (tujuannya hendak kenal islam, sblm masuk islam..)

    (saya ada terbaca sebuah artikel, zaman sahabat Umar, adik perempuan Umar menyuruh abangnya pergi mandi (bersihkan badan(saya tidak pasti adakah ia merujuk mandi wajib untuk Umar masuk islam atau sekadar mandi biasa untuk menghilangkan kekotoran )tetapi pada artikel tersebut mengatakan bagi menghilangkan najis, kemudian adik perempuan Umar memberikan Surah Taha kepada Umar untuk dibaca) adakah boleh seseorang kafir membaca / pegang al-quran)? boleh ustaz tolong jelaskan terima kasih

    • 1. Harus mereka masuk kedalam masjid atau surau dan kita umat islam tidak boleh menghalangnya jika dia masuk tidak bertujuan hendak menghinakan masjid dan umat islam.
      2. harus dia belajar al-quran dan kita digalakkan mengajarnya jika kita harapkan keislamannya.
      Hadis terkadang ada yang mansuh. dan disini berkemungkinanan ijtihad sahabat. والله اعلم

  2. Assalamualaikum ustaz,
    apa hukumnya seorang wanita islam, menjadi punca perceraian bagi satu pasangan suami isteri yang kafir. Agar memudahkan lagi proses si lelaki kafir itu masuk agama ke dalam islam.

    2. Boleh atau tidak si lelaki kafir itu berniat hendak masuk islam semata2 utk berkahwin dengan si wanita islam.

    3. Bolehkah wanita islam ini (yang ilmu agamanya masih lagi kurang) menerima lelaki kafir ini sebagai pasangan hidupnya. apa hukum-hukumnya.

    • Itu tidak menjadi kesalahan
      2. Kita tidak tahu apa yang didalam hati sesaorang itu maka kita hukum mengikut zahirnya. Pada zahirnya apabila dia mengucap dua kalimah syahadah dengan tujuan memelok agama islam maka kita menerima keislamannya.
      3. Syarat bagi suami yang dinikahi hendaklah dia itu islam apabila dia hendak menghawini perempuan islam. Apabila dia telah memelok agama islam maka tidak menjadi kesalahan perempuan itu menerima lamarannya.

  3. Terima ksih ustaz

  4. Assalamu’alaikum Ustaz…

    Pada bahagian kedua, pecahan yang pertama ustaz ada sebut tentang sunat g’aplah. Boleh ustaz jelaskan lebih lanjut tentang sunat g’aplah?


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: