Posted by: almalakawi | 29 Jun 2009

Istilah Mazhab Syafie di dalam kitab المنحاج (Minhaj)

Istilah-istilah dibawah ini adalah penting bagi mereka yang hendak memahami, beramal dan mengeluarkan hukum dari kitab-kitab yang terdapat di dalam Mazhab Syafie


قولان او أقوال


Dua atau beberapa perkataan Imam Syafie.


Ada diantara perkataan Imam Syafie yang dinamakan الأظهر dan ada  pula yang dinamakan المشهور.


الأظهر والمشهور


Ini adalah yang muktamad antara dua atau lebih perkataan Imam Syafie. Dinamakan الأظهر kerana lawannya kuat nisbah dalil tetapi yang azhar itu terlebih kuat. Manakala المشهور pula lawannya tidak berapa kuat nisbah dalil.


الوجهين او الأوجه


Ini perkatan Ashab (anak murid) Imam Syafie mengeluarkan wajah ini mengikut kaedah Imam Syafie atau dari nasnya maka yang muktamadnya dinamakan الأصح atau الصحيح.


الأصح أو الصحيح


Jika ada antara dua wajah atau beberapa wajah itu khilafnya kuat yakni lawan bagi muktamad kuat nisbah dalil maka yang muktamad dinamakan الأصح adapun jikalau khilafnya tidak kuat maka dinamakan الصحيح dan lawannya المرجوح maka yang marjuh tidak boleh diamal.


الطريقين او الطرق


Dua riwayat atau beberapa riwayat dari Ashab Imam Syafie yang diambil dari Imam Syafie yakni bersalahan mereka itu meriwayat perkataan Imam Syafie. Maka yang muktamad dinamakan المذهب


Peringatan


Lawan-lawan sekalian ini boleh diamal kecuali lawan bagi الصحيح yakni المرجوح maka tidak boleh diamalkan.


Lawan sekalian ini tidak boleh dibuat fatwah dan hujah.


قيل او وفى قول


Dua ini dhaif (ضيعف ) maka lawannya itulah yang muktamad.


 إن شاء الله kita sambung dengan istilah تحفه المحتاج


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: