Posted by: almalakawi | 7 Julai 2009

Qiyas القياس

 

رد الفرع إلي الأصل بعلة تجمعهما في الحكم

اومساوة فرع الأصل في علة حكم

او حمل معلوم علي معلوم لمساواته في علة حكمه عند الحامل

Pengenalannya:

Membandingkan pekara yang belum ada ketentuan syarak dengan pekara yang telah ada kentetuan syarak, bandingan hendaklah pada sebab hukum. Seperti membandingkan beras dengan gandum pada wajib zakat, sebab hukumnya (tempat serupa) adalah makanan yang mengenyangkan lagi pula boleh disimpan.

Dalil qiyas dijadikan sumber hukum:

فَاعْتَبِرُوا يَاأُولِي الأبْصَارِ

Maka insaflah dan ambilah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya.

الإعتبار (a’tibar) adalah disuruh pada setiap pekerjaan a’tibar ialah membanding sutu dengan suatu yang lain.

فجزاء مثل ما قتل من النعم يحكم به ذوا عدل منكم

Dan sesiapa di antara kamu yang membunuhnya dengan sengaja, maka dendanya (menggantinya) dengan binatang ternak yang sama dengan binatang buruan yang dibunuh itu, yang ditetapkan hukumnya oleh dua orang yang adil di antara kamu.

Tempat ambil dalil:

Orang yang sedang berihram dilarang membunuh binatang buruan. Apabila mereka melangar larangan diwajibka keatas mereka mengantikan binatang itu dengan binatang ternakkan yang seumpama dengan binatang perburuan itu, maka Allah mewajibkan membandingkan kedua binatang itu untuk digantikan. Orang yang dipertanggungjawabkan untuk mengukur adalaah dua orang yang adil. Dengan itu Allah menyuruh mengunakan qias yakni membandingkan antara dua haiwan itu.

 

عن النبي صلى الله عليه وسلم قال لمعاذ حين بعثه قاضيا إلى اليمن بم تحكم؟ قال بكتاب الله. قال فإن لم تجد؟ قال فبسنة رسول الله. قال فإن لم تجد؟ قال أجتهد رأيى قال الحمد لله الذى وفق رسول الله لما يحبه الله ورسوله

Diriwayat dari Nabi صلى الله عليه وسلم Baginda bertanya kepada Mua’z ketika baginda melantiknya untuk menjadi kadi di negeri yaman ” dengan apa kah kamu hendak menghukum” jawab Mua’z, “saya menghukum dengan kitab Allah, Rasulullah bertanya lagi “jika tidak didapati di dalam kitab Allah” berkata Mua’z “saya akan menghukum dengan sunah Rasulullah” bertanya Rasulullah lagi ” jika hukum itu tidak didapati di dalam sunah Rasulullah” Mua’z menjawab “saya bersunguh-sunguh mengunakan fikiranku” berkata Rasulullah “dia telah mufakat akan rasulullah pada suatu yang dikasihi oleh Allah dan Rasulullahnya”. Hadis ini diriwayat oleh Ahmad bin Hambal, Abu Daud, dan Tirmizi.

Tempat ambil dalil:

Rasulullah telah menyokong pendapat Mua”z bahawa dia akan berijtihad denga fikirannya pada ketika tiada nas, yakni hukum tidak ada di dalam Al-Quran dan hadis.

Ijtihad denga fikiran pada suatu hukum sudah pasti hendaklah kembali kepada asal hukum itu sendiri. Ini lah yang dinamakan qiyas.

Rukun qiyas  القياسada empat:

Asal yaitu suatu yang menjadi perbandingan atau pengukur seperti gandum.

Far’un (cabang) yakni yang dibanding atau yang diukur seperti beras.

Hukum asal, seperti wajib zakat pada gandum.

Sebab hukum asal, seperti sebab wajib zakat gandum ialah makanan mengenyangkan lagi boleh pula disimpan.

Keterangan: maka beras wajib zakat kerana sama seperti gandum, tempat persamaan adalah makanan yang mengenyangkan lagi pula boleh disimpan.

Qiyas terbahagi tiga:

1. Qiyas illah, ialah membandingkan cabang dengan asal kerana persaman illah (sebab) yang mewajibkan hukum, seperti mengqiyaskan pukul dengan menjerkah kedua ibu bapa kerana menjerkah dan pukul keduanya menyakiti hati kedua ibu bapa.

Firman Allah تعالى

ولا تقل لهما أف

Jangan kamu menjerkah kedua ibu bapa kamu.

2. Qiyas dalalah ialah qiyas yang tidak disebutkan sebab hanya disebut sifat bagi sebab, dengan makna keduanya bersamaan sifat, maka dihukumkan ada sifat bagi sebab dikira ada sebab tetapi tidak mewajibkan hukum itu. seperti diqiyaskan harta kanak dengan harta orang dewasa yang dihukumkan oleh Syafie dengan wajib zakat tetapi tidak mewajibkan hukum yang putus kerana Imam Abu Hanifah meghukumkan tida wajib zakat harta kanak-kanak. Sifat yang sama antara dua harta itu ialah kesuburan yakni bertambah.

3. Qiyas syibih ialah qiyas sutau pekara cabang yang ada dua asal atau lebih. Seperti menqiyaskan hamba yang dibinasa oleh seorang maka gantinya adakah hendak diqiyaskan antara orang yang merdeka kerana hamba juga anak adam, atau diqiyaskan dengan binatang kerana dia juga harta. Disini hamba diqiyaskan dengan binatang kerana dia lebih banyak menyerupai harta yang boleh dijual beli dan sebagainya.

Setakat ini untuk permulan bagi memperkenalkan  إن شاء الله  saya akan hurai dengan lebih panjang. والله اعلم


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: