Posted by: almalakawi | 11 Julai 2009

Cara mengetahui kadar simpanan (nisab) yang mewajibkan zakat.

Oleh kerana mata wang yang ada sekarang ganti bagi emas maka para fuqahak menghukumkan wajib mengeluarkan zakatnya.

Disini saya hendak tunjukkan cara mengira nisab yang mewajibkan zakat dan zakat yang wajib dikeluarkan dari seluruh wang didalam milik kita.

Cara mengetahui kadar simpanan (nisab)

Caranya mudah sahaja

Pertama anda perlu mengetahui harga emas semasa didarabkan dengan 85 gram emas maka jawapannya itu lah nisabnya.

           Harga emas semasa x 85g emas = nisab

Contoh  RM 76 x 85g = RM 6460

Apabila simpanan anda sampai nisab belum lagi mewajibkan zakat, maka anda hendaklah tungu sehinga setahun hijrah, sekiranya simpanan anda tidak berkurangan daripada nisab, maka wajiblah anda mengeluarkan zakatnya, iaitu mengeluarkan zakat keseluruhan simpanan sama ada yang ada di bank, di dalam kocek atau di dalam almari anda.

Cara mengira kadar zakat simpanan:

Hitung keseluruhan wang anda dan juga nilai emas yang bukan pakaian bahagi dengan 40 kemudian ambil sebahagian itulah zakat.

            Simpanan ÷ 40 = zakat

Contoh  RM 10735.30 ÷ 40 = RM 268.3825.

Sekiranya simpanan anda berkurangan dari nisab maka anda perlu tungu sampai nisab dan dari tarikh sampai nisab itu anda mulaka pengiraan setahun hijrah.

Berkurangannya nisab boleh terjadi dengan sebab naiknya harga emas semasa atau anda telah menguna wang simpanan itu.

Contoh nisab pada permulan RM 6460 kerana harga emas RM 76 setelah beberapa bulan harga emas naik keparas RM 81 maka kadar nisab naik ke paras RM 6885 sedang kan wang simpanan masih tetap RM 6460, dengan itu anda perlu menanti nisab anda sampai keparas RM 6885 dan memulakan nisab dari tarikh itu.

Advertisement

Respon

  1. […] Cara mengetahui kadar simpanan (nisab) yang mewajibkan zakat. […]

  2. salam ustaz,
    isteri saya baru sahaja redraw atau mengeluarkan wang dari simpanan kwsp dalam acount 2 berjumlah rm100.000.00..iniadalah wang simpanan selama berkerja dari muda hingga lah ke usia 50 tahun..
    soalan saya adakan wang ini wajib di zakatkan ..adakah kena bayar serta merta selepas wang itu di keluarkan dan bagaimanakah kiraanya..
    wassalam

    • Wajib bayar segera dan wajib dibayar dari mula cukup nisab, yakni dibayar zakat tahun sebelum dikeluarkan yang telah sampai nisab seperti wang simpanannya telah sampai nisab sepuluh tahun dahulu maka wajib dikeluar zakat tiap tiap tahun bermula dari tahun cukup nisab kerana wang simpanan KWSP seperti wang yang dihutangkan. والله اعلم

  3. assalamualaikum ustaz

    sy ingin bertanya,sy telah membuat pinjaman peribadi untu membuat simpanan.adakah sy perlu mengeluarkan zakat?sekian,terima kasih

    • Wajib mengeluarkan zakatnya apabila cukup nisab dan haul (tahun) والله اعلم

  4. assalamualaikum Ustaz,
    Saya musykil ttg persoalan Zakat pendapatan. Bagaimana sebenarnya menetukan layak atau tidak kita membayar zakat pendapatan? Ini kerana jika berdasarkan borang yg perlu diisi, tanggungan hutang tidak diambil kira, jadi sekiranya perbelanjaan bulanan kita mmg melebihi daripada yang dinyatakan dalam borang (kerana mengikut perkiraan dalam borang tersebut), adakah memang kita wajib membayar zakat tersebut?

    Saya telah bertanya di kaunter zakat di tempat saya tetapi kurang berpuashati dengan jawapan kakitangan tersebut (mungkin kerana dia staf yang kurang arif dalam bab ini).
    Boleh Uztaz jelaskan?
    Terima kasih.

    • Saya sudah menjawab soalan ini.
      saya katakan Haram di atas pemerentah mengambil zakat pendapatan dan telah saya nyataka sebabnya anda boleh cari jawapan ini di komen.

  5. Assalamuaalikum Ustaz…Saya ada kemusykilan dimana emas yang dipakai adalah kebanyakan emas saduran seperti Zhulian..Pertanyaan saya adalah, adakah emas saduran ini wajib di bayar zakat?

    • 1. Emas yang dipakai tidak wajid di zakat sekiranya tidak melebihi kadar pemakayan kebiasan orang rama.
      2. Zulian bukan emas.i

  6. saya tertarik dg soalan ienamuda on 24 Mei 2010 yg mana kiranya kita membuat pinjaman peribadi untuk menyimpan…kadar zakat dikira setelah ditolak jumlah hutang atau bagaimana.Contoh pinjaman 100k…selepas setahun menjadi 110k..kadar zakat simpanan dikira sebagai 10k atau 110K..apakah madsud cukup nisab pada 10k yg menjadi pendapatan atau pada kadar 110k termasuk jumlah 100k yg dihutang….

    Terima kasih mudah2 Allah membalas kebaikan ustaz

  7. assalamualaikum ustaz, saya ada kemusykilan di sini.

    saya merupakan anak yatim yg kematian ayah ketika berusia 17 thn 2004 dan merupakan anak kedua, sulung berusia 19 thn dan semua msh belajar.. ibu pada masa itu tidak bekerja dan mempunyai ramai lagi adik yg masih kecil dan yg paling kecil berusia 3 thn pada waktu itu.

    kami susah disebabkan ibu yg tidak bekerja dan saya terpaksa meminjam dgn PTPTN. dan pada tahun ini, kami baru mendapat tahu bhw ayah ada meninggalkan sejumlah wang simpanan kpd kami. dan menurut sesetengah org, kami perlu menjelaskan zakat terlebih dahulu tetapi, sy merasakan, tidak bolehkan wang yg patut dikenakan zakat itu digunakan utk menjelaskn ptptn saya? wajibkah berzakat, sedangkan adik bongsu sy msh lg belum akil baligh, dan dia juga dikira anak yatim?

    • Yang dikatakan anak yatim mereka yang belum baligh.
      Sekiranya habuan daripada harta pesaka itu sampai nisab maka wajib zakat yakni stelah dibahagi harta pesaka itu mana habuan yang sampai nisab maka wajib zakat.
      harus ambil zakat daripada habuan ibu atas jalan berhutang, dan baleh ambil zakat adaik beradi atas jalan miskin dan berhutang adapun zakat habuan sendiri mesti diberikepada asnap yang lain yakni tidak boleh ambil zakat diri sendiri.
      jika aruah ayah belum keluar zakat semasa hidupnya pada wang simpanannya yang sampai nisab dan haulwajib dikeluarkan zakatnya dahulu kemudian dibahagi pesaka.

  8. salam,saya ingin bertanya bilakah tarikh atau bulan yang sesuai dalam setahun untuk bayar zakat wang simpanan?atau adakah bila2 pon boleh?dan bagaimana cara untuk membayar,samaada harus ke puz atau bagaimana ,terima kasih

    • Zakat wajib dibayar apabila cukup setahun simpanan yang cukup nisab dan wajib segera. Dan boleh ditangoh sehinga datang penerima zakat. Jika binasa senasa penangohan wajib diganti.

  9. Salam: apa yang saya belajar disekolah dulu adalah lebihan dari jumlah Nisab yang wajib zakat.. contoh: nisab sekarang adalah RM14,273 (anggap 1g emas adalah: RM173.22 x 85g ).. jika simpanan adalah RM18,000, maka RM18,000 – RM14,723 = RM3,277 – jadi jumlah wajib dikenakan zakat hanyalah RM3,277.. jadi RM3,277 dibahagi 40 (@ 2.5 %)= RM81.93 saja zakat yang wajib dibayar.. –
    Atau formulanya setelah cukup haul {(Jumlah simpanan – Nisab) x 2.5 %}, betulkan kalau saya silap…

  10. salam: apa yang saya belajar disekolah dulu adalah lebihan dari jumlah Nisab yang wajib zakat.. contoh: nisab sekarang adalah RM14,273 (anggap 1g emas adalah: RM173.22 x 85g ).. jika simpanan adalah RM18,000, maka RM18,000 – RM14,723 = RM3,277 – jadi jumlah wajib dikenakan zakat hanyalah RM3,277.. jadi RM3,277 dibahagi 40 (@ 2.5 %)= RM81.93 saja zakat yang wajib dibayar.. – Atau formulanya setelah cukup haul {(Jumlah simpanan – Nisab) x 2.5 %}, betulkan kalau saya silap…

    • Yg betul 18000 ÷40


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: