Posted by: almalakawi | 21 Julai 2009

Kenduri arwah hukumnya harus

Kenduri arwah hukumnya harus kerana tiada dalil melarang daripada berbuat demikian. Tidak semestinya suatu yang Rasulullah dan sahabat Nabi tidak lakukan kita tidak boleh melakukannya.

Sumber hukum ialah Al-Quran, Sunnah, Ijmak, dan Qias, tiada pada sumber hukum suatu yang dinamakan pekara ini tidak datang warid daripada salaf, sehinga Rasulullah meningalkan memperbuat sesuatu tidak dikira semata-mata haram.

Di dalam amalan kenduri arwah ada bersedekah makanan kepada tetamu yang hadir, membaca ayat Al-Quran, brzikir yang mana pahalanya diniatkan untuk simati, maka ini adalah sunat, kerana banyak dalil-dalil yang menyatakan amalan orang hidup boleh menolong orang yang telah mati.

Amalan orang hidup boleh menolong orang mati

Abu Daud dan Bayhaki ada meriwayatkan

كان النبي صلى الله عليه وسلم إذا فرغ  من دفن الميت وقف عليه فقال : استغفروا لأخيكم وسألوا له التثبيت فإنه الآن يسأ ل “.  رواه أبو داود

Adalah Nabi صلى الله عليه وسلم apabila selesai menanam mayat berhenti di atas kubur maka baginda berkata minta ampun sekalian kamu bagi saudara kamu dan do’akan baginya ketetapan, sesungguhnya dia sekarang ditanya.


عَنْ ‏ ‏عَائِشَةَ ‏ ‏رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا ‏ ‏أَنَّ ‏ ‏رَجُلا ‏ ‏قَالَ لِلنَّبِيِّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏إِنَّ ‏ ‏أُمِّي ‏ ‏افْتُلِتَتْ ‏ ‏نَفْسُهَا وَأَظُنُّهَا لَوْ تَكَلَّمَتْ تَصَدَّقَتْ فَهَلْ لَهَا أَجْرٌ إِنْ تَصَدَّقْتُ عَنْهَا قَالَ نَعَمْ

Dari Aisyah رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا bahawa sesungguhnya telah datang seorang lelaki pada nabi صلى الله عليه وسلم seraya berkata : Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah meninggal mendadak sebelum berwasiat, kukira bila dia sempat berbicara mestilah ia akan bersedekah, bolehkah aku bersedekah atas namanya?, Rasul صلى الله عليه وسلم menjawab : “Boleh” (Sahih Muslim)

Berkata Imam Nawawi rahimahullah didalam Syarah Muslim :

 وفي هذا الحديث أن الصدقة عن الميت تنفع الميت ويصله ثوابها وهو كذلك باجماع العلماء وكذا أجمعوا على وصول الدعاء

“Dan dalam hadis ini (hadis riwayat sahih muslim diatas) menjelaskan bahawa sedekah untuk mayat bermanfaat bagi mayat, dan pahalanya disampaikan pada mayat, demikian pula menurut Ijmak (sepakat) para ulama, dan demikian pula mereka bersepakat atas sampainya do’a”

Maka apabila keluarga si mati menyediakan makanan dengan maksud bersedekah maka hal itu sunat, apalagi bila diniatkan pahala sedekahnya untuk mayat, demikian kebanyakan orang yang kematian kerabat, mereka menjamu tetamu dengan sedekah makanan yang pahalanya untuk si mati, maka hal ini sunat.

Sementara orang ramai yang datang mensedekahkan pahala bacaan Al-Qurann, zikir, dan lainnya bagi si mati kan itu sunat.

عن القرطبي من حديث علي رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم  من مر على المقابر وقرأ قل هو الله أحد إحدى عشرة مرة ، ثم وهب أجره للأموات أعطي من الأجر بعدد الأموات

Qrtubi ada meriwayat hadis dari Sadina Ali, dia berkata telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم  “Barang siapa lalu di perkuburan dan membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali kemudian dia menghadiahkan pahala bacaannya kepada sekelian orang yang telah mati nescaya diberikan kepadanya pahala sebanyak mana bilangan orang yang telah mati”.

 قال أحمد بن حنبل  : إذا دخلتم المقابر فاقرءوا الفاتحة والمعوذتين ، وقل هو الله أحد واجعلوا ثواب ذلك لأهل المقابر فإنه يصل إليهم ،.

Imam Ahmad berkata apabila kamu berada di perkuburan hendaklah kamu membaca (قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَق) ((قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الناسِ dan ( قل هو الله أحد) dan kamu jadikan pahalanya bagi ahli demikian perkuburan maka sesunguhnya pahala itu sampai kepada mereka itu.

Berkata Imam Nawawi di dalam Syarah Muslim:

والمشهور في مذهبنا أن قراءة القرآن لا يصله ثوابها ، وقال جماعة من أصحابنا : يصله ثوابها ، وبه قال أحمد بن حنبل

Yang mashur pada Mazhab syafie bahawa bachan Al-Quran tidak sampai pahalanya tetapi berkata kebanyakan ulamak syafie “sampai pahala bachan Al-Quran, dan imam Ahmad bin Hambal berkata seperti itu (sampai pahala bachan Al-Quran).

Orang hidup boleh mengantikan puasa orang mati:

Bukhari dan Muslim ada meriwayat hadis:

قال النبي- صلى الله عليه وسلم: “من مات وعليه صيام صام عنه وليه”  يعني قريبه،

Bersabda nabi صلى الله عليه وسلم “sesiapa yang mati dan dia ada meningalkan puasa yang wajib atasnya, maka kaum kerabatnya berpuasa ganti bagi pihaknya”.

Kesudahan:

Mengatakan kenduri arwah amalan jahiliah adalah melampau pada menghukum, serta tidak bercermat pada demikian itu.

Setiap hukum yang hendak dikeluarkan biarlah mengikut kaidah (cara) yang betul bukan agak-agak.

Setiap mazhab ada sumber hukum tersendiri.

Pada amalan yang berbentuk fadilat kita dibolehkan beramal dengan hadis yang dhaif (lemah), begitu juga menurut Mazhab Syafie kita dibenarkan beramal kaul yang dhaif, tetapi pada menghukum atau mengeluar fatwa hendaklah dengan kaul yang muktamad.

Kaul marjuh tidak boleh di amalkan. Kaul marjuh di dalam Mazhab Syafie ialah lawan kaul sahih. والله اعلم .


Respon

  1. Alhadulillah…saya telah baca tulisan ustaz dan bagi saya tidaklah menjadi masaalah apabila ustaz mengatakn hukumnya harus..tetapi yang menjadi masaalah umat isalam di malaysia telah menjadikanya wajib!!!!mesti buat..dengan kiraan tertentu yang tidak bersumbarkan al-quran dan hadis mahupun qias..spt..hari ke tujuh..hari ke empat puluh dan hari ke seratus..apa yang perlu diperbetullkan ialah kefahaman masyarakat agar perkara yang harus mestilah di anggap harus dan bukanya wajib..seperkara lagi menjamu orang makan dirumah orang mati bukanlah sunnah yang di ajarkan nabi..hadis menunjukan bahawa Nabi S.A.W memnta sahabat lain menyediakan makanan untuk keluarga Jaafar yang syahid..apa yang berlaku di Malaysia bertentangan dengan sunnah Nabi.bukankah satu bebanan bagi keluarga si mati apabila terpaksa ( kerana mereka telah memegang fahaman bahawa tahlil tu wajib buat) menyediakan makanan kepada tetamu. Bukankah agama itu mudah? kenapa perlu menyusahkan diri dengan membuat perkara2 yang tak perlu dibuta dan tak pernah dibuat leoh Nabi..sahabat dan salafuss saleh yang terdahulu yang mengamalkan islam yang mudah?

    • Sila rujuk jawapan di Harus buat kenduri arwah dengan menentukan masa.
      atau sila klik pada perkataan almalakawi sebelah gambar.

  2. Bismillahirrahmanirrahim.Alhamdulillah yang telah memberi kekuatan dan kecekalan terhadap Ust Alias yang saya kasihi ,yang telah menerangkan begitu jelas terhadap orang yang berakal tentang hukum mengadakan kenduri arwah.Bagi Abo humaira yang saya kasihi adakah hukum wajib itu hanya bermain didalam akal anda sendiri ? atau memang benar masyarakat kita menyatakan hokum wajib? Benakah? Jika ada ,itu sudah menjadi tugas saudara memperbetulkan anggapan masyarakat itu yang menyatakan wajib.Yang saya dapat lihat disini seperti satu kemestian dalam masyarakat kita mengadakan kenduri arwah itu, yang pastinya kerana melahirkan rasa kasih sayang terhadap arwah itu sendiri .Kalaulah kita boleh menghabiskan beribu-ribu ringgit dengan benda-benda dunia apalah salahnya kita mengeluarkan sedikit dengan kemampuan kita untuk memberi sumbangan kepada yang hidup dan menghadiahkan pahalanya kepada si arwah.Wahai saudaraku bukalah minda dan fikir positif .Selalu sangka baik yang berkait dengan hati (niat).Jika niat sunat maka dapatlah sunat .Bukankan buat kebajikan tehadap makhluk itu sunat .contoh kita semua maklum seluruh dunia bersungguh-sungguh mengerjakan sembahyang terawih apabila ramadhan muncul bahkan orang yang tak sembahyang fardhu pun turut serta dalam kesungguhan itu .Boleh tak kita kata masyarakat itu semuanya menghukum wajib terhadap sembahyang terawih hanya kerana bersungguh-sungguhan mereka itu lagi-lagi pula orang yang tak sembahyang fardhu pun tbersungguh-sungguh urut serta .renungkanlah ya saudaraku .wallahualam maaf banyak-banyak ya saudaraku .Selamat menjalankan ibadat puasa..

    • Terima kasih diatas komen anda.

  3. salamun alaikum:
    bila nak bincang tahlil arwah kita pergi bincang masaalah sampai atau tak sampai pahala bacaan orang hidup pada simati, bila kita kata sampai beserta dalil ok le tu, lepas tu bincang cara untuk menyampaikan pahala bacaan itu perlu ada dalil yang sesuai dengan masaalah yang di datangkan. ok le: baiklah
    Imam at Tahawi dalam kitab aqidah salafiyahnya sampainya doa orang hidup kepada simati ni dengan dua cara:
    1. Mutasabbib.
    2. Hadiah.

    mutasabbib iaitu hadis yang mashur ” apabila mati anak adam terputuslah sekelian amalannya melainkan tiga perkara:
    1: ilmu yang bermanfaat.
    2: Sedakah jariyah.
    3: anak yang salih yang mendoakan bagi ibu bapanya:

    Sampainya amalan yang tiga itu tadi sebab bagi amalan orang yang mati semasa hidupnya.
    begitulah anak yang salih sebab usha simati, adapun anak yang salih bukan usha simati maka bagaimana cara dia menyampaikan pahala bacaanya kepada ayah dan bapanya yakni dengan cara hadiyah lah seperti firman Allah dalam surah alHasry ayat 10.
    وَالَّذِينَ جَاؤُوا مِن بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلّاً لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ (10)
    10. Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshor), mereka berdoa: “Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.”
    boleh pikir tengok le. kata imam ghazali memadalah dengan kata yang ringkas ini bagi orang yang diberi taufik bagi Allah taala.
    wallahu aalam

  4. assalamualaikum ,
    saya tertarik dng perbincangan ttg kenduri arwah ini , seolah tiada penghujungnya , cuma saya nak tanya kat ustaz yang menjawab soalan , siapa sebenarnya yang berhak menentuk hukum haram , halal , harus dan lain2. adakah Allah dan Rasul shj atau termasuk para ustaz??.

    apabila kita mengakui Allah dan Rasul itu shj yang berhak memberi hukum tersebut , kenapa lah kita masuk campur urusan mereka, adalah lebih baik dan selamat dunia akhirat kita dengar , patuh dan taat apa yang telah dicontohi oleh Nabi sebagai seorang rasul dalam semua masalah umat .

    • Tk tuan, Soalan yang menarik?
      Jawaban tuan mengambarkan tuan kurang membaca alquran dan Hadis Nabi saw, inshaalah rajnkan membaca mudah2an diberi taufik oleh Allah untuk memahami tugas hamba Allah sesama hambanya. sekian wslm

    • segala hukum telah ditetapkan, cuma para ustaz menyampaikannya kepada kita. kitab karangan para ulama pula untuk memperjelaskan lagi

      kita menentang pas melaksanakan hudud kerana menyangka hudud itu dirangka dan dicipta dalam mesyuarat dan bengkel anjuran pas

      kita marah kepada ustaz yang menyebut hukum tentang maksiat yang sedang kita lakukan, sama seperti kita marah kepada posmen yang menghantar surat saman

      jangan mempertikaikan dengan mudah kenyataan oleh orang yang mahir dalam bidang tersebut kecuali kita juga mempunyai pengetahuan yang setaraf dengannya. ibarat mempertikaikan sukatan ubat oleh doktor

  5. tahniah ustaz..

    terima kasih terhadap info yg menarik ini, semoga fahaman yg salah dapat diperbetulkan

  6. Apakah pandangan Ustaz dengan jawapan dan pandangan ini :-

    Hukum Kenduri Arwah
    Disiarkan pada Mar 09, 2009 dalam kategori Ibadah |
    Soalan: Apakah agama menyuruh kita mengadakan kenduri atau jamuan sempena kematian seseorang yang dinamakan dengan kenduri arwah. Sesetengah ‘ustaz’ akan mencerca sesiapa yang tidak mahu buat dan menganggap sesiapa yang tidak buat kenduri arwah macam tidak menghormati mazhab al-Syafi’i. Apakah ini benar?

    Jawapan: Sesuatu yang hendak dikaitkan dengan agama ini mestilah mempunyai dalil yang membuktikannya. Dalam masalah jamuan sempena kematian, sahabat Nabi bernama Jarir bin ‘Abdillah al-Bajali menyebut:

    كُنَّا نَرَى الِاجْتِمَاعَ إِلَى أَهْلِ الْمَيِّتِ وَصَنْعَةَ الطَّعَامِ مِنْ النِّيَاحَةِ

    Kami menganggap berhimpun kepada keluarga si mati dan menyediakan makanan termasuk dalam (hukum) al-Niyahah (meratapi mayat) (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah; sanadnya sahih)

    Berdasarkan kepada hadith, maka kenduri arwah bukan dari ajaran Islam, ia menyerupai perbuatan meratapi mayat yang dilarang oleh syarak. Maka, amalan itu adalah warisan jahiliyyah yang para sahabah elakkannya.

    Malang sekali sesetengah pihak menganggap ini merupakan pendapat mazhab al-Syafi’i. Jawapan kita dalam masalah ini;

    Pertama: pendapat siapa pun, mazhab apa pun jika berbeda dengan nas Allah dan rasulNya, maka apa yang ditegaskan oleh Allah dan rasul itu yang diperintahkan untuk kita pegang.

    Kedua: karangan para ulama mazhab al-Syafi’i juga menunjukkan mereka tidak pernah menyukai perbuatan ini. Tokoh besar mazhab al-Syafi’i, al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) umpamanya dalam Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab menyetujui tokoh-tokoh mazhab al-Syafi’i yang membantah jamuan atau kenduri sempena kematian. Katanya: “adapun menyediakan makanan oleh keluarga si mati dan menghimpunkan orang ramai kepadanya adalah tidak diriwayatkan daripada Nabi s.a.w sedikit pun. Ia adalah bid’ah yang tidak disukai” (Al-Nawawi, al-Majmu’ Syarh al-Mahazzab, 5/320, Beirut: Dar al-Fikr.)

    Demikian tokoh-tokoh semasa mazhab al-Imam al-Syafi’i, antaranya al-Syeikh Mustafa Khin, al-Syeikh Mustafa al-Bugha dan ‘Ali al-Syarbaji menulis dalam kitab mereka: “Daripada bid’ah apa yang dibuat oleh keluarga si mati adalah mengumpulkan orang ramai kepada makanan dengan munasabah yang dinamakan berlalunya empat puluh hari dan seumpamanya. Sekiranya perbelanjaan makanan tersebut dari harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih haram. Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim tersebut. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan memakannya”.

    Tambah mereka lagi: “Menyusahkan keluarga si mati dengan membuat makanan dan menghimpunkan orang ramai kepada makanan –seperti yang menjadi kebiasaan di zaman kini- adalah bid’ah yang bertentangan dengan sunnah dengan percanggahan yang amat sangat”. (Mustafa Khin, al-Syeikh Mustafa al-Bugha dan ‘Ali al-Syarbaji, Al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i, 1/263, Damsyik: Dar al-Qalam).

    Bahkan kitab-kitab jawi Nusantara juga bertegas dalam masalah ini. Antara apa yang disebut oleh Syeikh Daud al-Fatani dalam Bughyah al-Talab: “(dan makruh) lagi bid’ah bagi orang yang kematian membuat makanan menserukan segala manusia atas memakan dia sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang diadatkan kebanyakan manusia (dan demikian lagi) makruh lagi bid’ah bagi segala yang diserukan dia memperkenankan seruannya” (Daud al-Fatani, Bughyah al-Talab 2/34). Demikian juga kenyataan yang sama dibuat oleh al-Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dalam Sabil al-Muhtadin (m.s 87), al-Syeikh Idris al-Marbawi dalam Bahr al-Mazi (7/130).

    Kata Sayyid Sabiq dalam Fiqh al-Sunnah: Para imam (ilmuan besar) bersepakat tentang kemakruhan keluarga si mati menyediakan makanan untuk orang ramai lalu mereka berhimpun untuk jamuan tersebut. Demikian itu menambahkan kesusahan dan kesibukan keluarga si mati, juga menyerupai amalan masyarakat jahiliyyah. Ini berdasarkan hadis Jarir: “Kami menganggap berhimpun kepada keluarga si mati dan menyediakan makanan selepas pengebumian mayat termasuk dalam (hukum) al-Niyahah (meratapi mayat)”. Sebahagian ulama berpendapat perbuatan ini adalah haram”. (Fiqh al-Sunnah 1/508)

    Maka perbuatan mengadakan kenduri sempena kematian adalah bid’ah, menyanggahi sunnah Nabi s.a.w.

    ALLAH LEBIH MENGETAHUI

    • Apabila kita jumpa satu hadis atau ayat al Quran yang bercangah dengan perkataan ulama maka tidak boleh kita kata perkara yang difatwa oleh ulama itu adalah salah, tetapi kita hendaklah lihat dalil yang dibawa oleh ulama tersebut.
      Terkadang pada satu masalah ada dua dalil berlawanan maka kita hendaklah rujuk pada usul fekah sama ada kita himpun dua dalil tersebut atau salah satunya dimansuhkan dengan yang satu lagi.
      Lebih lanjut sila lihat artikal saya yang lain atau sila lihat https://almalakawi.wordpress.com/2009/04/28/nasakh-%d8%a7%d9%84%d9%86%d8%b3%d8%ae/ dan https://almalakawi.wordpress.com/2009/06/29/istilah-mazhab-syafie-di-dalam-kitab-%d8%a7%d9%84%d9%85%d9%86%d8%ad%d8%a7%d8%ac-minhaj/ dan https://almalakawi.wordpress.com/2009/07/25/harus-buat-kenduri-arwah-dengan-menentukan-masa/
      Fahamkan artikal ini semuga saudara dapat menfaat. والله اعلم

      • Saya telah membaca komen- komen dari peminat ilmu dan penjelasan ustaz.
        Saya yang jahil ini dapat menambah sedikit sebanyak ilmu juga manfaatnya.
        Cuma apa yag dapat saya katakan ulamak2 dahulu sangat beradab dalam perihal ilmu dan sangat halus ilmu mereka. Nak dibandingkan dengan ilmu kita dizaman ini
        amat jauh. Mereka juga orang yg tawadhuk nak dibandingkan dengan kita. Walaupun mereka bukan maksum tapi sedikit silapnya berbanding dengan kita yg banyak silapnya. Mereka lebih memahami yg mana bid’ah yg mana sunnah.bersamalah kita mengaji kitab2 ulamak yg muktabar secara berguru(sistem pondok). Biar ramai guru dan banyak kitab yg kita mengaji tidak mengapa. Moga tidaklah kita membaca dan hafal hanya beberapa hadis dan beberapa buah kitab kita terus kritik ulamak2 dahulu. sy adalh orang yg bersikap begitu suatu masa dahulu. baru belajar sedikit anggap diri sudah ulamak lalu mkritik ulamak2 dahulu yg diakui keilmuan mereka pd zaman mereka hingga sekarang oleh orang yg mendalam ilmunya. Hati- hatilah wahai saudaraku. Mudah- mudahan kita mendapat rahmat.

    • Assalamualaikum….

      Masalah tentang kenduri arwah ini telah lama diperdebatkan oleh masyrakat melayu kita. Bukanlah tujuan saya untuk mewujudkan perbalahan dalam laman ini, tetapi sebagai cambahan minda untuk semua.

      Ulama’-Ulama’ terdahulu merupakan insan yang banyak berkorban dalam hidup mereka demi memudahkan kita pada zaman ini. Bukanlah sesuatu yang diputuskan oleh ulama’ itu mengikut selera dan nafsu mereka. Setiap yang diputuskan oleh ulama’ terdahulu merupakan satu daripada hasil ilmu yang telah mereka perolehi.

      Siapalah kita untuk mempertikaikan pendapat ulama’-ulama’ dahulu apatah lagi mengkritik mereka. Sangat jauh untuk dibezakan tahap ilmu kita dengan ilmu mereka.

      Setuju dengan Ilham, banyakkanlah menadah kitab-kitab dengan berguru kepada orang-orang ‘alim. Sistem pondok juga merupakan satu sistem yang terbaik jika mahu dibandingkan dengan sistem pendidikan yang ada sekarang.

      Wallahu a’lam.

  7. saya sokong ustadz almalakawi.

  8. assalamualaikum..bagi saya kenduri aruwah ini memang meratapi berlandaskan hadith jarir tu,lagi satu kaifiat tahlil itu sendiri di reka2,memang membaca zikir2 tapi itu direka2 tak ada nas atau dalil punmengatakan tahlil begitu,yg ada pada hadith laillahaillallah..ini yg nabi kata talil,tp org melayu buat tahlil dengan surah2 tertentu,atas alasan benda baik.ini bab ibadah,kalau bab ibadah kena ada dalil,kalau dikatakan baik,kenapa kita tak takbir raya puasa samapi sebulan kan baik nabi tak larang pun,kenap tak buat??kata al imam syafi’e SESIAPA YG PIKIR DIA BERASA BAIK DAN DIA BUAT, BERERTI DIA TELAH BUAT SYARIAT SENDIRI..SEOLAH2 DIA MENGATAKAN ISLAM TAK SEMPURNA..HADITH A’SIAH RHA..BRG SESIAPA MENGADKAN BENDA BARU DLAM AGAMA,TANPA ADA DASARNYA DARI KAMI MAKA IA DITOLAK(MUTAFAQUNALAIH)..renung2 kan..dari saya yg jahil…

    • Tidak Ada gunanya bercakap dengan orang jahil (Qola Abu Nawas)

  9. lg satu,kebaikan mengelakan kenduri aruwah ini,supaya kita tdk termakan duit anak yatim,mana tahu aruwah ada ank yg belum ba;igh,kan berdosa.mana tahu aruwah ada hutang,adat orang melayu bila mati ja,mlm tu jugak buat kenduri..bayangkan kalau2 terpakai harta aruwah,sedangkan aruwah ada hutang yg lebih penting untuk dilangsaikan..renung2kanlah..al imam nawawi pun mengatakan benda ini merapat,lagi2 sheikh daud al fatani yg mengatkan benda ini bidaah..kecuali bab menghadiahkan bacaan quran kpd simati,ulama berbeza pendapat..ada kata samapi ada kata tdk,tetapi benda ini mmg nabi dan sahabah tak buat,cuma ulamak menqiaskan pd hadiht nabi yg suruh doa kpd simati…sekian dari saya..biar sikit tapi ada dalil..mohon ampun kalau terkasar bahasa..wallahuaklam..bkn wahabi cuma sunnah

    • Hujah dan penjelasan yg deberikan oleh beberapa orang Ustaz di atas sudah jelas. Jgn mudah membid’ahkan orang dan orang lain tidak sunah. Kalau taknak buat tak usah buat. Buat dgn ada ilmu. Perkara ini dah dibincangkan berzaman- zaman seperti tiada kesudahan. Saya setuju pendapat ilham dan Mohamad Zaki Yahpar Yahya.

      • dalam sahih Bukhari dan Muslim:
        Bab Fadhail sahabat:
        hadis mutafaqqun alaih:
        daripada aeishah:
        nabi sembelih kambing dan mencingcang2 dagingnya bila rindukan Khadhijah dan membahagi2kan daging tersebut kepada kenalan rapat khadijah.
        lafaz abi hurairah siap buat datang minuman dan makanan dan lainnya.
        baca dalam bab berkahwin Nabi akan khadijah dan kelebihannya, jangan cakap nabi tak buat kenduri, jangan ikut nafsu belajar bebanyak baru boleh cakap tak da, ni dengar cakap orang dah percaya cakap nabi taknak percaya.

  10. Assalamualaikum…

    Syukran Ustaz atas ilmu yang telah dikongsi. Saya ingin mohon izin ustaz untuk menyalin setiap ilmu yang terkandung dalam laman ini untuk disiarkan di lama saya.

    Jazakallah Khairan Kathira, Ya Ustaz.

    • Silakan dan terima kasih kerana sangup menyebarkannya.
      Semuga Allah memberkati kita semua.

      • Syukran Ya Ustaz.

        InsyaAllah, mudah-mudahan Allah Taala memberkati kita semua…

  11. tidak ada gunanya bercakap dengan orang jahil (Abu Nawas)

  12. assalamualaikum…terima kasih diatas segala penjelasan ustaz itu. sekarang baru lah saya tahu hukum kenduri arwah itu adalah harus. ustaz saya ada memberi tahu bahawa hukum kenduri arwah itu adalah haram. kita tidak boleh mengadakan kenduri arwah kerana ia bukan mengikut sunnah nabi s.a.w.

  13. Syukran ya Ustaz,atas penjelasan di atas,Semoga Allah memberkati usaha dakwah Ustaz Al-Malakawi-Amiiin

  14. salam,
    telah baca semua ulasan, pada pandangan saya kita perlu merujuk kepada al quran dahulu. dalam surah an najm ayat 38 dan 39. manusia hanya menerima apa yang telah diusahakan dan bertanggung jawab apa dosa yang dilakukan bermakna orang lain tidak ada kaitan lagi. bila ada ayat al quran yang jelas maksudnya, segala apa keterangan yang berlawanan dengannya wajib ditolak. ada pendapat mengatakan ianya harus dibuat kerana tidak ada lartangan, ini lagi bahaya. segala urusan ugama yang disampaikan olih nabi mohammad telah lengkap, tiada cacat celanya. kalau nabi lupa menyampaikan perkara baik seperti ini, bermakna nabi tertinggal amalan yang baik. atau ulamak yang mengadakan amalan seperti ini lebih pandai dari nabi? kenapa nabi tidak buat kenduri arwah pada isterinya hadijah yang meninggal dahulunya? kenapa para sahabat tidak membuat kenduri arwah kepada nabi setelah nabi wafat? sebabnya ia bertentangan dengan sunah nabi. akhir sekali buatlah apa yang dibuat olih nabi dan para sahabat yang dahulu,k usahlah mencipta-ciptakan amalan yang baru. kesannya amat merosakan ajaran islam itu sendiri. dah pun terjadi membaca sebelum upacara nyanyian, kenduri kesukuran kerana memenangi pertandingan karaoke, nyainyian, tarian dll.
    mohon maaf ini cuma pandangan peribadi saya.
    wasallam

    • surah an najm ayat 38 dan 39 sudah dimansuhkan hukumnya. yang menasahnya ayat 21 surah at-tuur. sila lihat tafsir Qurtubi dan tafsir tabari.
      من فسر القران برأيه فليتبوأ مقعده من النار

    • kalau pergi belajar/mengaji/menuntut, Naik la unta ke..kuda ke..
      zaman nabi,sahabat tak ada motor,kereta,kapal terbang.
      والله اعلم

  15. bila masa yang elok buat kenduri dan berapa kali patut buat,
    ada baca adat hindu pun buat 1,2,3,7,40,1 tahun cara mereka

  16. maaf ustaz mungkin persoalan ini tak sesuai dengan tajuk…

    Bagaimana untuk menguruskan bahagian jenazah (cth: kaki atau mana2 bahagian badan) yang terpotong akibat operation? sedangkan tuan ampunya badan masih hidup?

    2) bagaimana untuk menguruskan jenazah yang berbau kuat? (jika ustaz ada bacaan yang boleh saya gunakan semasa menghadapi permasalahan jenazah2 yang berbau kuat)

    3) bagaimana pula untuk melembutkan bahagian2 badan jenazah yang sudah keras / kejang (jika ustaz ada bacaan yang boleh saya gunakan semasa menghadapi permasalahan jenazah2 yang berbau kuat)

    4) ada pendapat yang mengatakan kita boleh menggunakan klorok bagi memandikan jenazah2 yang bermasalah (cthnya jenazah AIDS), boleh ustaz jelaskan?

    5) boleh atau tidak waris membuat solat jenazah lebih dari sekali?

    6) Menjadi satu kesalahan atau tidak kita sebagai waris mencium jenazah buat kali terakhir? & adakah apa2 adab2 yang perlu dilakukan semasa mencium jenazah?

    7) bagaimana solat jenazah ghaib dilakukan? Berapa jarak yang dibolehkan seseorg membuat solat jenazah ghaib?

  17. mohon ustaz tolong jelaskan yea

  18. Assalamualaikum ustaz…
    trend kini bunuh & bakar mayat semakin popular…di sini saya ingin bertanyakan sesuatu..adakah dengan ketiadaan bentuk fizikal jenazah maka waris tidak perlu melakukan sebarang proses pengkebumian? Jika ada proses pengkebumian (demi menghormati jenazah) yang lain boleh ustaz tolong jelaskan?
    terima kasih ustaz..

    • Sekiranya tidak ada sama sekali jasad maka waris tidak perlu buat suatu apa pun pengurusan mayat, Orang itu sama hukum dengan orang yang hilang.

  19. Sdr kan senang kite permudahkan urusan jenazah oleh keluarge si mati. Org tue dah lah sedih pastue nk kene wat kenduri. Menyusahkan.Klau yg mati itu ad hutang, klurge kene tggung, pastue nk kelua modal wat kenduri, lg mnyusahkan, Pastue klau org tue jd yatim piatu kene wat kenduri, lg la mkn harte ank yatim.
    Pastue tntukan hari kenduri la plak hari 1,7,20,40,.erm nnt ad plak org wat tiap2 hari supaye simati masuk syurge sbb byk pahale yg disedekahkan. Bg sy Doa kn da ckup.Sdr sndiri tulis: “Adalah Nabi صلى الله عليه وسلم apabila selesai menanam mayat berhenti di atas kubur maka baginda berkata minta ampun sekalian kamu bagi saudara kamu dan do’akan baginya ketetapan, sesungguhnya dia sekarang ditanya”. Mknenye selesai tanam nabi berdoa supaye kite memaafkan si mati jike die ad wat salah pade kite, dan kite doakan la supaye die mndpat ketetapan. Ad nabi buat kenduri utk arwah itu?Ad disuru beryasinan disitu? patutnye org lain yg bawe mknn utk keluarge simati. Islam itu mudah, jd jgn la nk myusahkan diri. Sprti kite tahu terputus amln simati kecuali 3 prkare, slh satu doa ank soleh.

  20. Saya masih tak jelas tentang kenduri arwah ni. Istilah’sampai pahalanya kepada simati’. Bagaimana agaknya cara ulama dahulu tahu bahawa pahala itu Allah telah sampaikan kepada simati. Kalau macam posmen hantar surat atau sekarang ni sms jelas kita nampak yang kita dah dapat. Tapi ini hadiah dari orang hidup kepada orang mati. Jangan-jangan amalan sedia ada simati itu sedang mendapat nikmat di alam kubur telah terlihat oleh ulama zaman dahulu dan dikatakan oleh ulama itu bahawa amalan yang kita hadiahkan kepada simati itu telah pun diterimanya. Maksud saya ulama itu telah dibukakan hijab oleh Allah untuk lihat alam barzah tapi pada masa itu amalan kebaikan simati sewaktu hidup di dunia dahulu telah dianggap oleh ulama sebagai ha aku dah nampak dah. Sampai pahala hadiah aku baca kat majlis kenduri arwah si mati ni pada malam yang lepas. Yang saya faham setakat ini Allah terima hadiah doa dari yang hidup kepada simati tetapi sama ada Allah nak sampaikan itu terpulang pada Allah. Umpamnya kiriman diterima oleh pejabat pos tetapi sama ada posmen kat situ nak hantar kiriman itu kepada si penerima sebenar atau tidak atau buangnya dalam parit itu terpulang pada posmen itu.Tolong ustaz bagi komen.

  21. Sy lebih suka mengambil jln tengah. Klu ada kemampuan buatlah. Klu tiada ingatlah, islam itu sgt mudah dan tidak membebankan. Allah bg kita cara yg mudah dan percuma utk kita lakukan utk si mati…doa anak-anak dan ahli keluarga tu yg diperlukan oleh si mati…doa, doa, doa.

    Jika yg berkemampuan tu buatlah jgn sampai melanggar batas-batas syariat. Jgn lh sampai waktu kenduri anak-anak dan saudara mara sibuk di dapur ketika bacaan doa….sedangkan doa waris-waris tu lah yang lebih afdhal…

  22. terima kasih ustaz atas penjelasan mengenai tahlil ini


Tinggalkan Jawapan kepada abu_zayd Batal balasan

Kategori