Posted by: almalakawi | 31 Julai 2009

Siapa kah yang berhak menerima zakat?

Siapa kah yang berhak menerima zakat?

Mereka itu (mustahikkin zakat) tersebut didalam Al-Quran seramai lapan orang.

انما الصدقات للفقراء والمساكين والعاملين عليها والمؤلفة قلوبهم وفي الرقاب والغارمين وفي سبيل الله وابن السبيل

Zakat hanya diberi kepada:

1.   Fakir, orang yang pendapatannya kurang daripada lima puluh peratus keperluan hariannya, seperti dia memerlukan RM. 50 tetapi pendapatannya hanya RM. 24 dan kebawah.

2.   Miskin, orang yang pendapatannya lima puluh peratus dan keatas daripada keperluan hariannya tetapi tidak sampai seratus peratus, seperti dia memerlukan RM. 50 tetapi pendapatannya hanya RM. 25 dan keatas serta tidak mencapai RM. 50.

3.   Amil ialah orang yang disuruh (dilantik) oleh raja (pemerintah) untuk menggendalikan zakat dengan syarat dia adalah islam, merdeka, mukalaf, lelaki, adil, mendengar dan melihat.

Termasuk dalam kata amil ialah:

  • Orang yang memungut zakat.
  • Orang yang mengira, menyukat, menimbang zakat.
  • Orang yang menghimpunkan nama-nama mustahikkin.
  • Kerani zakat.
  • Orang yang membahagikan kepada mustahikkin.

Mereka ini diberikan zakat kadar upah yang sepatut dengan pekerjaan mereka itu.

4.   Mualaf ialah orang yang dijinakkan hatinya, mereka ada lima jenis:

  • Orang kafir yang baharu masuk islam dan lemah imannya.
  • Orang kafir yang masuk islam yang kuat imannya tetapi dia mulia dikalangan kaumnya, diberikan zakat kepadanya supaya masuk islam kaumnya.
  • Segala orang islam yang menjaga sempadan negara kerana menjaga orang islam yang lain dari kejahatan kafir dan penderhaka yang hampir keduanya dengan sempadan negara. Diberikan zakat kepada mereka supaya berjinak hati mereka dengan pekerjaan mereka itu.
  • Orang islam yang boleh mengambil zakat daripada mereka yang tidak mahu mengeluarkan zakat dan menghantar zakat itu kepada pemerintah dan orang yang menakutkan orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat supaya menghantar zakat pada pemerintah. Di beri zakat kepada mereka itu supaya berjinak hati mereka dengan pekerjaan mereka itu.
  • Orang yang mengambil zakat dari kaum yang sukar amil (orang yang memungut zakat) sampai kepada kaum itu, sekalipun kaum itu bukan orang yang menegah zakat. Orang ini tidak diberikan zakat dari habuan amil tetapi habuan mualaf kerana mereka tidak dilantik oleh pemerintah untuk memungut zakat. Amil hanya boleh dilantik oleh pemerintah.

5.  Hamba mukatab ialah seorang hamba yang dijanjikan merdeka dengan syarat membuat pembayaran kepada tuannya, diberikan zakat dengan syarat sah akad kitabahnya (akad merdeka dengan pembayaran).

Di bawah ini syarat sah akad kitabah:

  • Harga hendaklah diketahui.
  • Pembayaran mestilah sekurang-kurang dua kali. Tidak sah akad kitabah dengan sekali bayar.

Zakat yang diberi kepada hamba mukatab hanya sekadar pembayaran yang melepaskannya daripada kehambaan.

Sekiranya hamba itu telah membayar dengan harta yang lain daripada harta zakat atau hamba itu tidak berkemampuan membayar dan tidak berlaku kemerdekaan maka wajib dia memulangkan semula harta zakat itu.

6.   Orang yang berhutang. Mereka ini ada empat jenis:

  • Berhutang kerana hendak mendamaikan dua orang, atau dua puak yang berbantah tentang pembunuhan atau harta yang hilang. Diberikan zakat kepadanya sekadar membayar hutang sekalipun dia kaya.
  • Berhutang pada suatu yang umum manfaatnya seperti berhutang kerana buat jamuan, kerana membina masjid, kerana membaiki masjid, kerana membina jambatan, dan lainnya. Diberikan zakat kepadanya sekalipun dia kaya.

Peringatan tidak boleh beri zakat kerana hendak membina masjid, atau beri zakat kepada masjid, madrsah dan sebagainya disini zakat diberi pada orang yang berhutang kerana membina masjid.

  • Orang yang berhutang kerana tujuan diri sendiri dengan syarat dibelanjakan hutang itu pada berbuat kebajikan atau pada pekara yang harus.

Syarat diberi zakat kepadanya hendaklah hutang sudah sampai masa pembayaran dan orang yang berhutang papa yakni tidak mampu membayarnya.

  • Orang yang menjamin atau mengaku hendak membayar hutang orang lain, diberi zakat dengan syarat orang yang menjamin dan orang yang berhutang papa keduanya.

7.   Orang yang berperang di jalan Allah. Syarat diberi zakat kepada mereka itu hendaklah mereka itu bukan tentera yang di daftar dan mendapat gaji, bahkan mereka itu berperang secara sukarela.

Diberi zakat untuk membeli alat peperang, kenderaan, belanja perjalanan dan belanja yang digunaka semasa dalam peperangan.

8.   Ibnu sabil ialah orang yang musafir sama ada lelaki atau perempuan yang hendak musafir dari negeri zakat atau dia singgah dinegeri zakat, seterusnya hendak kembali kenegerinya atau meneruskan perjalanan ketempat lain.

Zakat yang diambil oleh mereka yang no. 1 hingga no. 4 menjadi milik sempurna yakni mereka itu boleh membelanja kepada apa sahaja perbelanjan yang diharuskan, kerana mereka yang berada selepas huruf ل yang memberi makna milik, bersalahan mereka yang berada selepas huruf في yang memberi makna pada tujuan mereka mengambil zakat, maka maknanya tujuan mereka mengambil zakat hendak memerdekakan diri, hendak membayar hutang, hendak berperang di jalan Allah, hendak musafir.Mereka yang duduk no.5 hingga no. 8 hanya boleh membelanja pada tujuan mengambil zakat seperti orang yang berhutang hanya diberikan sekadar pembayar hutang, sekiranya ada lebih wajib dia memulangkan wang zakat itu. Seperti itu juga orang yang mengambil zakat kerana berperang maka dia hanya membelanja zakat itu pada tujuannya sahaja iaitu perbelanjaan semasa berperang, pergi balik, alat peperangan dan lain pekara yang bersangkut dengan peperangan . mereka tidak boleh menguna pada yang lain. Mereka wajib memulangkan sekiranya ada lebih apabila mereka sampai di tempat kediamannya.

Syarat orang yang mengambil zakat:

  • Merdeka. Hamba tidat boleh mengambil melainkan hamba mukatab.
  • Islam. Haram memberi zakat kepada kafir.
  • Bukan anak cucu bani Hasyim dan bani Muttalib. Mereka ini haram mengambil zakat.
  • Bukan orang yang dibawah tanggungan orang yang memberi zakat. Maka seorang ayah tidak boleh memberi zakat kepada anaknya atas jalan fakir, miskin, adapun selain dari fakir dan miskin seperti anak itu berhutang harus ayah memberi zakat kepada anaknya. Begitujuga orang lain yang ada tanggungan dibawahnya.
  • Bukan orang yang di tahan dari memperguna harta dengan sebab bodoh, kanak-kanak, atau gila, yakni tidak diberi zakat pada tangan mereka itu tetapi hendaklah diserahkan kepada walinya.
About these ads

Respon

  1. Bolehkah adik- beradik menerima zakat?

    • Harus beri zakat pada adik beradik kerana mereka bukan orang di bawah tanggungan orang yang mengeluarkan zakat. bahkan afdal beri zakat kepada mereka.
      Harus beri zakat pada orang yang di bawah tanggungan orang yang mengeluarkan zakat, atas jalan yang lain daripada fakir miskin.

  2. 1. Muallaf pada sebutan diatas perlu dilihat semula.
    “Mualaf ialah orang yang dijinakkan hatinya, mereka ada lima jenis”

    2. Adik beradik boleh terima zakat dengan syarat yang ada pada salah satu daripada lapan tu.
    dan yang memberi zakat pada adik beradik dapat dua pahala.
    satunya pahala zakat.
    duanya pahala silatur rahim.
    kalau boleh rujuk kita Maueizatul mukminin. periha orang yang menerima zakat perlu dilihat 6 perkara:
    1. bertaqwa supaya zakat yang diberi boleh membantu taqwanya.
    2. MENUNTUT ILMU supaya zakat yang diberikan dapat membantu tuntutannya bagi penuntut yang menuntut keranameninggikan agama Allah bukan untuk dapat sijil lepas tu pikir makan gaji.
    dan lainnya rujuk kitab tersebut

  3. seorang isteri telah ditinggalkan suami tetapi tidak bercerai dgn anak 5. Suami memberi wang bulanan sebanyak RM100.00 sebulan. Adakah beliau layak menerima zakat.

    • Tidak layak menerima zakat, kerana isteri dibawah tangunggan suami dan dia hendaklah menuntut nafkahnya dan lima anak dari suaminya. Sekiranya suami berada jauh dia dibolehkan mengambil harta suaminya sekadar nafkah dirinya dan anaknya. sekiranya suami tidak ada harta berhampiran tempat tingal isteri, isteri hendaklah berhutang dengan orang yang sangup memberi hutang dan tuan hutang menuntut hutang itu dari suami. sekiranya tiada orang yang memberi hutang maka isteri hendaklah mengadu kepada qadi.
      Di pihak suami pula, wajib menambah wang bulanan sehinga cukup perbelanjaan isteri dan 5 anak. والله اعلم

      • Walaupun tak layak menerima zakat, wanita itu layak menerima sedekah. Maka sdh menjadi tanggungjawab jiran atau orang setempat untuk membantu. Masalah suami perlu diteliti kerana jika meninggalkan pada tempoh waktu yang lama, maka boleh isteri mengadu pada pejabat qadhi.

  4. Assalammualaikum Ustaz..!

    Bolehkah seorang ibu @ mak memberi zakat kepada anak perempuannya yang sudah menjadi ibu tunggal (bercerai hidup) yang mempunyai 7 orang anak ?

  5. Boleh, sekiranya dia termasuk dalam asnaf yang 8. Biasanya ibu tunggal ini masuk asnaf fakir atau miskin. Mak tiada masalah beri zakat pada anak, kerana mak bukan penanggung nafkah.

  6. Ana muskil…

    Ana ada menerima RM50 dari seorang pakcik pada minggu lepas. Katanya “ini adalah duit zakat pakcik beri kepada kamu kerana kamu masih belajar di universiti”. Bolehkah ana mengambilnya sebagai zakat? Layakkah seorang pelajar Universiti menerima zakat? jazakallahu khair…

    • Sekiranya anda ada hutang maka anda layak menerimanya atas jalan berhutang atau tidak ada orang yang tanggung nafkah anda dan anda termasuk dalam miskin atau papa.
      sekiranya ada orang yang memberi nafkah seperti bapa dan terkeatas maka anda tidak boleh menerimanya. والله اعلم

      • Dalam kitab fathul muin, ada dinyatakan bahawa jika tak tercukup nafkah oleh yang ditanggung nafkah, maka bolehlah menerima atas jalan fakir atau miskin. Jika sudah cukup nafkah, maka masih ada keperluan seperti belajar, maka bolehlah menerima atas jalan asnaf yang lain seperti fi sabilillah atau ibnu sabil (musafir). Ulamak khilaf tentang fi sabilillah, sesetengahnya membenarkan orang yang menuntut ilmu mendalami agama sebagai fi sabilillah jua. Wallahua’lam.

  7. Assalamualikum..saya ada satu pertanyaan, seandainya seseorang itu berada di bawah akta orang papa&kuturayau dan keadaan diri mereka memang tidak terurus dan mempunyai masalah mental dan tidak tahu membezakan yang mana buruk dan yang mana baik. Dengan itu setiap bulan mereka menerima wang saku dari JKM RM10. Adakah mereka ini wajib mengeluarkan untuk zakat. Jelaskan ustaz

    • Adakah solannya adakah dia boleh menerima zakat atau adakah dia wajib mengeluar zakat

  8. wajibkah kita beritahu org yg kita beri zakat itu bahawa wang itu adalah zakat? atu kita beri shaja wang dan niat zakat di dalam hati?

    • Hukum lafaz itu adalah sunat sahaja, dan yang wajibnya pemberi zakat itu berniat dalam hati.

  9. Buka kitab Bimbingan Mukminin untuk mengetahui tugas pemberi zakat untuk lebih bersih lagi zakat yaang diberikan.

  10. assalamualaikum ustaz.bolehkah seseorang yg beragama islam tetapi tidak menunaikan solat 5 waktu menerima duit zakat?mohon penjelasan ustaz..

    • Sekiranya dia termasuk di dalam asnaf yang lapan, sah bayar zakat kepadanya, tetapi sekiranya orang yang membayar zakat tahu keadannya, makruh dia memberi zakatnya kepada orang seperti itu.

  11. Salam Uztaz,
    Suami saya sebelum ini seorang peniaga. Baru2 ni bisnesnya x menjadi, dia alami kerugian dan sekrg masih menganggur sudahpun 4 bln walaupun usaha mencari kerja tetap dilakukan. Saya bekerja dan kami ada 2 org anak yg masih kecil & menyusu. Gaji saya skrg digunakan sepnuhnya utk menyara makan minum, pakai dan tempat tinggal kami sekeluarga. itupun masih tidak mencukupi utk membayar ansuran bulanan rumah. Hutang perniagaan dia dulu masih tak berbayar dan tuntutan hingga ke mahkamah dibuat ke atas kami. dia membuat rayuan untuk ditangguhkan kerana masalah kewangan sekarang, jika tidak dia akan diishtiharkan muflis.

    dalam waktu ni, dia buat pelbagai kerja sambilan…agar sekurang2nya boleh menambah walaupun sedikit pada tanggungan keluarga. adakah suami saya layak untuk menerima zakat? jika boleh, bagaimanakah caranya? dan jika tak boleh, harap ustaz dapat jelaskan sebabnya. Terima Kasih

    • Suami puan layak menerima zakat atas jalan miskin atau orang berhutang, tetapi saya cadangkan suami puan ambil atas jalan miskin kerana jika dia ambil atas jalan berhutang dia tidak boleh menguna wang zakat itu untuk perbelanjaan harian keluarga hanya dia boleh guna untuk membayar hutang sahaja.
      caranya ialah suami puan hendaklah pergi kepusat zakat untuk membuat pengaduan. والله اعلم

  12. assalamualaikum ustaz..ibu saya mempunyai kemushkilna tentang kepada siapa dia harus memberi zakat perniagaannya..adakah org-org tua layak menerima zakat? katakan pendapatannya lima puluh peratus dan keatas daripada keperluan hariannya tetapi tidak sampai seratus peratus seperti dia memerlukan (MISKIN) tetapi bagaimana jika dia mempunyai harta seperti tanah dan brg kemas atau anak-anaknya adalah org yg agak senang? adakah dia layak menerima zakat?

    soalan kedua, apakah hukumnya jika kita memberi zakat kepada org yang salah…yakni kita tersilap menilai tahaap kemiskinannya..adakah zakat kita diterima?

    harap ustaz daapt memberi makluma balas..terima kasih

    • Dalam asnap yang lapan tidak menyebut orang tua sebagai penerima zakat apabila dia tidak bersifat salah sati daripada sifat asnap yang lapan, orang tua yang bersifat dengan salah satu sifat asnaf yang lapa boleh menerima zakat.
      Orang tua yang ada harta seperti tanah, gelang emas, atau anak-anak yang kaya tidak layak menerima zakat sekiranya sekelian itu mencukupi umur galib.

  13. salam, ustaz..sy adila yg bertanya di atas..ustaz..saya kurang faham mengenai ‘mencukupi umur galib’ dan uztaz, apakah hukumnya jika kita ter beri zakat kepada org yg tak sepatutnya..adakah ianya masih dikira sebagai zakat..atau ia adalh berdosa?

    • Umur galib 63 tahu. Dengan itu jika hartanya dijual maka mencukupi belanjanya dari sekarang hinga umurnya 63 tahun, dia tidak dikira miskin, jika tidak cukup maka dia termasukmiskin.

  14. Salam… di ketahui orang yang menerima zakat tidak menunaikan solat maka zakat yang di beri adalah makruh.. tetapi jika dengan memberi zakat itu kita mengharap orang tersebut berubah dapat memberi keinsafan kepadanya, macammana?

    • Sekiranay begitu harus dengan tidak makroh.

  15. Salam, Ustaz
    saya nak tanya, saya dilahirkan di Terengganu, tapi tinggal di Kelantan
    skang saya belajar di mesir, perubatan, tahun 3

    saya pernah menerima zakat untuk tahun 1
    tapi untuk tahun 2, permohonan saya ditolak
    kerana alamat saya Kelantan

    saya hairan kerana saya menerima zakat untuk tahun 1
    tapi tidak untuk tahun 2 kerana perubahan syarat2 negeri Terengganu

    jadi apa hukumnya, jika saya menukar alamat
    dan menyertakan dokumen2 yg tidak benar untuk memohon zakat Terengganu?

  16. assalamualaikum ustaz..
    soalan saya
    1) bolehkah suami saya sendiri yang menerima zakat kerana dia mempunyai hutang yang sangat banyak, belanja bulanan dibantu dengan gaji saya.
    2) bolehkah saya bagi zakat kepada kawan sepejabat yang kurang mampu untuk membayar yuran sekolah anak-anaknya.
    3) bolehkah duit zakat simpanan itu saya belikan pakaian dan diagihkan kepada warga emas.

    terima kasih ustaz

    • 1. Boleh
      2. …..sekiranya soalan sehingga kurang mampu…boleh, tetapi bukan kerana yuran sekolah itu tadi dan penerima boleh membayar yuran sekolah
      3. Tidak boleh…..kerana zakat mesti diberi berbentuk matawang

  17. bolehkah saya memberi zakat kepada orang yang berhutang kepada saya supaya dia membayar hutang saya ?

  18. as salam tuan,

    bolehkan zakat diberi kepada pertubuhan yang ada unsur-unsur keislaman atau yang ingin berjuang kepada islam?

  19. Assalamualaikum Ustaz..boleh kah seorang ayah beri zakat kepada anaknya sebab berhutang..

    boleh ustaz jelaskan syarat org yang ambil zakat no 2
    ” Bukan orang yang dibawah tanggungan orang yang memberi zakat. Maka seorang ayah tidak boleh memberi zakat kepada anaknya atas jalan fakir, miskin, adapun selain dari fakir dan miskin seperti anak itu berhutang harus ayah memberi zakat kepada anaknya. Begitujuga orang lain yang ada tanggungan dibawahnya.”

    saya tak faham..mula2 ustaz cakap tidak boleh ayah memberi zakat tapi pastu harus..macamana tu??

    • Tidak boleh beri atas jalan fakir miskin adapu atas jalan lain dari fakir miskin seperti anak itu ada berhutang dan dia tidak mampu hendak membayar hutang harus si ayah memberi zakat dan si anak hanya boleh membayar hutang sahaja tidak boleh menguna pada yang lain.

  20. salam.. ustaz..nak tanya berkenaan fidyah..
    anak yatim boleh ke kita bagi fidyah tu…
    nak kan kepastian…

    terima kasih
    013 318 1000

    • adakah soalannya “Nak beri fidyah pada anak yatim? ” Fidyah hanya boleh diberi kepada fakir miskin.

  21. Assalamualaikum Ustaz,

    Saya merupakan seorang yang banyak hutang, melebihi ratusan ribu ringgit. Sebahagiannya dengan pihak bank dan juga orang perseorangan. Saya berusaha untuk membayarnya namun kadang kala saya gagal untuk membayar disebabkan oleh keutamaan kepada keluarga seperti sewa rumah, yuran sekolah anak-anak, belanja sekolah, tambang bas, bil utiliti dan sebagainya. Jika dibuat pengiraan, keperluan saya berpadanan dengan pendapatan saya namun jika untuk membayar hutang-hutang ianya ibarat gali lubang tutup lubang ustaz.

    Saya juga melakukan kerja sambilan pada hujung minggu untuk menambah pendapatan namun tetap juga tidak dapat melunaskan hutang-hutang saya. Saya sudah buntu untuk mendapatkan bantuan dari kawan2 atau keluarga kerana sudah tebal muka dengan mereka. Tetapi jika anak2 tidak dapat makan, saya gagahi juga.

    Ustaz, hanya pada Allah saya luahkan masalah saya dengan melakukan solat Dhuha setiap hari jika termampu dan juga membaca surah Al-Waqiah namun Allah lebih mengetahui segalanya.

    seandainya saya menemui ajal sebelum saya mampu menyelesaikan hutang-hutang saya, apakah roh saya akan tergantung ustaz? Bagaimana jika waris atau keluarga saya juga tidak mampu untuk menyelesaikan hutang2 saya ustaz?

    Masih adakah harapan untuk orang seperti saya ustaz. Harap ustaz dapat beri sedikit pandangan dan perangsang untuk saya. Wallahualam…

    wasalam

    • Baca do’a ini mudah-mudahan anda boleh membayar hutang اللهم اغننا بحلالك عن حرامك وبفضللك عمن سواك atau اللهم إنى أعوذ بك من الهم والحزن.. وأعوذ بك من العجز والكسل وأعوذ بك الجبن والبخل وأعوذ بك غلبة الدين وقهر الرجال
      Satu lagi cara anda boleh ambil zakat dari saudara mara kerana anda boleh menerima zakat atas jalan berhutang

      • Assalamualaikum Ustaz, Terima kasih diatas panduan yang diberikan. Mudah-mudahan akan datang pertolongan dariNya. Amin…

      • salam ustaz, bolehkah diberi dlm rumi? saya tak berapa pandai membaca tanpa garisnye… terima kasih!

  22. Assalamualaikum Ustaz,

    Adik saya sedang belajar didalam bidang perubatan ( kedoktoran ). Soalannya bolehkah saya berikan zakat kepada adik saya itu yg juga bapa kepada seorang anak.

    • Jika dia termasuk fakir atu miskin harus beri kepadanya.

  23. assalamualaikum ustaz, bolehkah saya serahkan seluruhan zakat saya untuk tahun ini ( lebih kurang rm1000.00 ) kapada seorang penerima sahaja tanpa membahagi-bahagikan kepada asnaf yang lain

    • Menurut penndapat yang muktamad tidak boleh. Zakat wajib dibahagikan kepada sekurang-kurang 3 orang bagi tiap-tiap asnaf kecuali amil. tetapi ada satu pendapat membolehkan dengan syarat pemberian itu tidak melebihie umur galib iaitu 63th jika dihencerkan nafkahnya dan orang yang dibawah tangungannya.

  24. bolehkah seorang anak yang telah berkahwin dan mempunyai anak membayar zakat kepada ayahnya..kerana ayahnya susah tetapi cukup makan pakai…serta orang yang beriman.

    • Tidak boleh kerana nafkah ayahnya itu tangung jawab anak.

  25. salam ustaz…bole ka bri zakat kpda orang tua …zakat kpda orang tua itu ats dasar dya xmampu utk menyara hidupnya sndri(miskin)..tapi ank2nya masi bole menyara hidupnya…tlg penjelasan

    • Tidak boleh kerana dia telah kaya dengan nafkah yang diberi anaknya. jika anak-anaknya tidak mahu tangung wajib atas pemerentah menyuruh anak-anaknya memberi nafkah kepadanya.

  26. salam,

    saya nak bertanya boleh ke sya nak memberi zakat pada anak sedara yakni anak kepada kakak sya dan pada adik ipar…..?
    sekian terima kasih….

    • Harus jika mereka itu termasuk pada asnaf yang 8

  27. minta zakat sikit
    sofuan@yahoo.com

  28. Salam, bolehkah seseorang itu ( kakitangan kerajaan ) memohon bantuan untuk membayar yuran pengajian peringkat ijazah dari pusat zakat di negeri kelahirannya dan pada masa yg sama memohon bantuan baitumal dari negeri tempat dia bekerja (juga utk pembayaran yuran pengajian)… sedangkan pada masa yang sama dia masih berkemampuan ( isteri bekerja kerajaan, ada 1 org anak 3 tahun, lengkap kehidupannya dengan kereta dan motor, serta sumber hasil dari jemputan berceramah di masjid dan surau2) . bagaimana menurut pandangan al-fadhil ustaz???

    • Pengajian apa? agama atau lain adakah pengajian agama yang dipelajari nanti bila lulus dia akan berkerja tanpa gaji? kerana jika dia belajar untuk dapat kerja yang bergajai maka dia tidak termasuk dalam fisabilillah. Dan adakah dia telah berhutang yuran pengajian? jika dia berhutang maka harus dia ambil zakat atas asnaf berhutang dan dia hanya boleh bayar hutang sahaja dan jika ada lebih maka wajib dia mengambalikan duit zakat yang lebih itu ke baitulmal.

  29. Assalamualaikum, saya telah menulis surat permohonan kepada MAIDAM Terengganu. Saya dikategorikan sebagai asnaf yang berhutang. Namun pihak MAIDAM tidak dapat membantu kerana saya telah bermastautin di negeri kedah. Saya disarankan untuk menghubungi Pusat Zakat Negeri Kedah.
    Saya pernah menghubungi PZK dan mereka memberitahu bahawa keutamaan kepada anak2 negeri kedah. Pening juga ya…

    Kalau ada dikalangan anda yang sudi bantu saya untuk tempoh terdekat ini boleh hubungu saya di cahaniff_5189@yahoo.com.my

    Kita boleh buat perjanjian. Wallahua’lam.

  30. Assalamualaikum Ustaz,

    Saya nak bertanya, bolehkah saya mengambil sebahagian daripada wang zakat pendapatan saya untuk membayar hutang ayah saya yang telah meninggal dunia kepada seorang hamba Allah? Apakah hukumnya

    • Tak ada zakat pendapatan

  31. Assalamualaikum Ustaz,

    Apakah hukumnya mengambil sedikit daripada wang zakat yang wajib dikeluarkan daripada wang simpanan untuk membayar hutang ayah yang telah meninggal dunia.

  32. assalamaulaikum ustaz,
    bolehkah saya memberi zakat setiap bulan( selepas menerima gaji) kepada adik ipar suami saya yang menjadi ibu tunggal kepada 4 orang anak?berumur awal 30an. atau kepada ibu tunggal yang lain ? terima kasih

  33. Seorang yg mendapat wang pencen, malah mendapat wang bulanan dari anak2 tetapi ada hutang peribadi layakkah mendapat zakat?

    • Boleh terima zakat sekadar bayar hutang dan dibayar hutang tidak boleh diguna pada yang lain.

  34. Assalam ustadz, bolehkah sy membayar zakat kepada suami yg tidak bekerja, tidak bersolat dan banyak hutang? Pada ketika ini, semua perbelanjaan sy yg tanggung, kerana suami terlampau memilih kerja.

    • Tidak boleh atas jalan miskin kerana dia boleh berkerja boleh atas jalan berhutang

  35. salam ustaz,
    saya sdg myambung penggajian perguruan (elaun) di sarawak dan akan berkawen tidak lama lagi..majlis dsemnanjung…
    saya ada mendapat bantuan zakat, boleh x sy guna duit itu tuk perbelanjaan kenduri saya…belah perempuan..
    mohon penerangan dr ustaz

    • Sekiranya ambil zakat atas jalan fakir miskin, mualaf, amil, harus di belanjakan pada apa sahaja. Adapun jika ambil atas jalan berhutang, sedang bermusafir, perang sabil, merdeka kan diri dari menjadi hamba, maka tidak harus.

  36. assalamualaikum uztaz…sy nk tanye..sy ade bhutang dengan pihak bank sbyk 100k..tahun lps sy kehilangan kerja…suami sy seorg mualaf..dia jg xdpt nk mnampung hutang saya..skrg sdh dekat 1 tahun hutang di bank xdpt sy byr..bank ada call untuk menghantar srt mhkmah untuk proses bankrapsi…sy tlalu risau sbb rumah yg kami duduk skrg adlah nama sy dh suami..sekiranya bankrap rumah akan dilelong oleh pihak bank..adkah sy layak untuk memohon bantuan zakat..terima kasih

    • Kamu layak mendapat zakat atas jalan berhutang dan duit zakat itu hanya boleh diguna untuk membayar zakat , sementra suami pula boleh mendapat zakat atas jalan mualaf.

  37. Salaam Ustaz

    Saya inging mengeluarkan zakat simpanan,solalan saya Bolehkan saya cuma niatkan sedekah sahaja kepada contoh,rumah anak yatim,masjid,maahad tahfiz, kerana jikalau niat untuk mengeluarkan zakat perlu memberi kepada 8 asnaf itu.

    • zakat itu tidak terjadi wajib di keluarkan zakat yang lain dan diberikan pada asnafnya dan harus diberikan pada satu asnaf sahaja. sila lihat kitab bugyah.

  38. salm ustaz. saya mempunyai suami dan ank2.kehidupn km bolh dikategori mampu sebab sy dn suami bekerja.bolehkah sy memberikn zakt kpd ibubapa saya sebab mereka hidup susah dn byk berhutang.mohon penjelasan ustaz.wasalm.

    • Boleh atas jalan berhutang tidak atas jalan fakir miskin dan diberi sekadar membayar hutang sahaja.

  39. Asslmlkm ustadz.. Boleh kah ibu sy menerima zakat dr ibu saudara tirinya(nenek saudara tiri sy)sebelah datuk sy,..sedangkn sy maseh menanggung dan membayar zakat utk dirinya, isteri dan 4 anak sy? Ibu sy adalah seorang ibu tunggal dan brrkerusi roda. Sy juga ada pembantu utk menjaganya.
    Terimakaseh ustadz

    • Boleh jika dia fakir dan miskin

  40. Salam Ustaz…,
    Boleh kah saya mengeluarkan zakat fitrah dan di beri kepada ibu mertua saya sebagai zakat fitrah tahun ini?.Kerana ibu mertua saya tingal di rumah berasingan dan juga seorang penerima zakat ( miskin ).

    • Harus diberikan kepadanya dan sah zakat itu

  41. Salam Ustaz, mohon pencerahan. Sekiranya seorang ibu nak memberi zakat, boleh tak diberikan pada anaknya yang sudah berumah tangga, tetapi mempunyai pekerjaan tidak tetap, isteri masih belajar dan mendapat elaun. Mereka baru nak pindah rumah dan memerlukan duit untuk membeli kelengkapan rumah. Oleh itu, adakah mereka dianggap golongan miskin dan berhak kah mereka menerima zakat?

    • Tidak boleh kerana anak itu termasuk golongan mereka yang wajib atas ibu menafkah.
      Jika anak itu berhutang maka harus ibu itu memberi zakat kerana mambayar hutang dan tidak boleh diberi lebih dari hutang.

  42. salam…
    bolehkan saya memberikan zakat kepada:
    1.adik yg balik kg sebab cuti belajar (musafir) walaupun dia bwh tanggugan bapa saya…
    2. nenek dan ibu mertua yang telah kematian suami…

    • Boleh tapi sekadar tambangnya sahaja
      2 mertua boleh jika dia termasuk dalam asnaf.
      Nenek tak boleh jika atas jalan fakir miskin dan boleh atas jalan yang lain.

      • bagaimana jika beri kepada adik perempuan yang telah berkahwin tetapi tidak bekerja yang igin pulang kekampung suami untuk beraya atas jalan musafir…

  43. Bolehkah diberikan zakat wang untuk pembinaan maahad tahfiz

    • Madhad tafiz tidak termasuk dalam asnaf yang lapan. Jika pihak madhad ada berhutang kerana pembenaan maka boleh diberi atas asnaf orang yang berhutang.

  44. Salam ustaz.Mohon pencerahan…
    saya bakal melanjutkan pelajaran dlm ijazah pertama dlm bidang architecture.
    1.bolehkah saya memohon bantuan zakat melalui majlis agama islam negeri,sedangkan ibu bapa saya kedua dua kakitangan kerajaan,saya mempunyai 3 orang adik beradik bwh tanggungan bapa saya

    2.adakah bantuan zakat yg saya akan pohon ini termasuk dlm golongan fisabilillah?kerana saya tidak mempunyai sebarang bantuan/biasiswa utk membayar kos pengajian

    • Dalam Mazhab Syafie pisabilillah ialah berperang dijalan Allah maka mereka yang berperang dengan tidak mengambil gaji dari kerajaan sahaja yang boleh menerima zakat.

  45. Assalamualaikum Ustaz,
    1 Adik lelaki saya bekerja sendiri tetapi selalu tidak cukup untuk keluarganya yang ada 3 orang anak. Saya kasihankan isterinya sebab selalu tidak cukup wang belanja. Bolehkah saya beri zakat kepada isterinya itu?

    2 Adik saya juga pernah berhutang kepada saya sebanyak rm 7000. Boleh kah saya kontrakan wang zakat saya dengan hutang tersebut tanpa memberi tahu dia kerana saya pasti kalau saya beritahu belum tentu dia akan langsaikan hutang tersebut. Adakah cara ini dianggap bayaran zakat saya telah tertunai?

    • Anda boleh beri zakat anda itu pada adik anda atas asnaf fakir miskin. Dan tidak sah anda beri zakat kepada isterinya kerana dia ditangong oleh suami.
      S2. Tidak boleh kerana syarat zakat memberi kepada asnaf dan ini tidak dinamakan memberi.

  46. salam ustaz..bolehkah sy memberi semua zakat wang simpanan sy tahun ini kepada ibu @ bapa saya untuk membayar sewa rumah?.bapa saya sudah pencen ttp skrg hanya bekerja sebagai pengwal keselmtan dan msh menanggung 3 adik yg masih bersekolah.gaji bapa hanya cukup untuk makan.di samping itu,ayah banyak hutang.tapi ibu mempunyai sebuah rumah pusaka yg diberi sewa dgn hrga rm550 sebulan(duit ini diguna utk bayar sewa rumah yg diduduki skrg).dan setiap bulan saya beri sdkt duit kpd mereka utk belanja dapur…sah ke zakat sy ini..??minta penjelasan ustaz

    • Anda boleh beri atas asnap orang berhutang dan boleh beri sekadar bayar hutang sahaja tidak boleh beri atas asnaf fakir dan miskin.

  47. Assalamualaikum ustaz…sy nak bertanya bagi pihak sepupu sy yg tlh kematian ibu bapa baru2 ini. sepupu sy lelaki berumur 19 tahun,hanya dia seorang yang bekerja menangung 3 org adik dan seorang abang.kakak nyer telah berkahwin tetapi suami kepada kakak nyer x mampu nk menangung keluarga tambahan lagi suami itu sendiri selalu memukul si kakak untuk mendapatkan wang. di sebabkan hal itu 2 adik perempuan telah di hantar ke rumah kebajikan setelah di pikirkn wajar. Soalan sy ustaz bolehkn keluarga ini mendapat pembiayaan zakat. di sebabkan faktor mereka anak yatim piatu….tolong sy ustaz kerana zakat pada tahun ni sepupu saya ade dpt tetapi pemberi zakat mengatakan tahun depan kemungkinan tidak akan dapat di sebabkan 2 adk perempuan telah di hantar ke pusat kebajikan….dan sepupu yg berumur 19 thun itu telah bekerja dan tangungan di rumah tersebut x wajib mendapat wang zakat . betul ke ustaz. harap soalan sy terjawab..

    • Betul kerana mereka sudah tidak termasuk dalam golongan fakir miskin
      Tentang kakak mereka sewajarnya diadukan kepsda qadi

  48. Assalamualaikum Ustaz,

    Adakah pelajar sekolah rendah atau menengah (bukan aliran agama) merupakan asnaf yang boleh menerima zakat? Mohon pencerahan.

    • Asnaf hanya ada lapan pelajar apa aliran sekalipun tidak masuk dalam mana mana satu asnaf itu menurut mazahab Syafie

  49. Assalam,
    Balu bekerja pendapatan sebulan rm4000, 5 anak, 2 di universiti, 1 sekolah rendah, berhutang untuk membesarkan rumah,masih lagi dapat pergi melancong. Adakah layak menerima zakat.

    • Tidak layak


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 109 other followers

%d bloggers like this: