Posted by: almalakawi | 2 Ogos 2009

Ijmak الإجماع

Ijmak sudut bahasa sepakat

Ijmak pada istilah: ialah kesepakatan seluruh umat Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dalam satu-satu zaman, selepas kewafatan baginda, terhadap suatu hukum masalah.

Yang dikehendaki dengan umat ialah ulamak mujtahid yang sampai pangkat mujtahid mutlak.

Tidak dikira ijmak dari kalanga orang awam, ulamak usul yang tidak mujtahid, begitujuga ulamak fekah yang tidak mujtahid.

Ijmak tidak akan berlaku melainkan setelah seluruh para ulama mujtahid pada sesuatu zaman bersepakat dalam menentukan hukum bagi sesuatu masalah, tidak terkecuali seorang pun. Ertinya jika seorang sahaja yang menentang, maka tidak dianggap ijmak.

Ijmak menjadi hujah (dalil/sumber hukum) pada sekelian hukum syariat.

Mereka berdalil dengan sabdaan Nabi صلى الله عليه وسلم yang diriwayat oleh Tirmizi daripada Ibnu Umar:

لا تجتمع أمتى على الضلالة ويد الله على جماعة

Tidak bersepakat umat ku di dalam kesesatan dan tangan (pertolongan) Allah diatas jamaah.

Ijmak hanya menjadi hujah pada masa kedua (selepas mereka berijmak) dan mereka yang selepasnya, dengan erti kata yang lain setelah sepakat sekelian ulamak mujtahid pada sutu masa maka orang terkemudian hendaklah menjadikannya hujah sekalipun mereka masih hidup, kerana setelah ijmak tidak seorang pun boleh tarik balik pendapat mereka itu.

Jenis ijmak, sah ijmak:

  • Dengan perkataan mereka itu (ulamak Mujtahid).
  • Dengan perbuatan mereka itu.
  • Dengan perkataan sebahagian mereka dan perbuatann sebahagian yang lain, dengan syarat semua mengetahui perkataan mereka yang berkata atau perbuatan mereka itu dan diam yang lain.

Menurut kaul jadid bagi Imam Syafie “pendapat seorang sahabat Nabi صلى الله عليه وسلم tidak boleh dijadikan hujah” adapun Kaul Qadim mengatakan menjadi hujah berdalilkan sabdaan Nabi صلى الله عليه وسلم:

أصحابي كالنجوم بأيهم اقتديتم اهتديتم

Sahabat ku seperti bintang, yang mana diantara mereka kamu ikut nescaya kamu dapat pertunjuk.

Dijawab: bahawa hadis ini daif.

Ijmak tidak akan terjadi melainkan setelah ada dalil.

Harus terjadi ijmak dengan tiap-tiap dalil, iaitu Al-Qurann, hadis, qias dan segala jenis ijtihad.


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: