Posted by: almalakawi | 5 Ogos 2009

Perkataan yang berkisar di antara pembawa hadis (muhadisin)

1. الحديث  al- Hadis ialah pekara yang disandarkan kepada Nabi sama ada perkataan, perbuatan, mengaku Nabi (seperti diam Nabi) atau sifat Nabi.

2. الخبر   al- Khabar, dan hadis sama makna. Ini mengikut pendapat yang sahih.

Pendapat yang lain menyatakan perbezaan antara keduanya, maka al- Hadis pekara yang datang dari Nabi, manakala al-khabar pekara yang datang dari orang lain.

3. الأثر   al-Asar maknanya adalah sama dengan hadis mengikut pendapat yang muktamad.

Pendapat yang lain mengatakan asar ialah hadis yang maykuf (hadis yang disandar kepada sahabat Nabi).

4. السنة  al-Sunah juga sama makna dengan hadis mengikut setengah pendapat ulama.

Pendapat yang lain mengatakan bahawa hadis tertentu pada ucapan Nabi dan perbuatannya sedangkan sunah terlebih umum dari itu.

5. المتن al-Matan iaitu ucapan yang berada di akhir sanad.

6. السند  al-Sanad jalan yang sampai ke pada matan yakni nama perawi yang disebut sehinga kepada matan.

7. الإسند  al-Isnad ialah menyatakan siapakah yang meriwayat kan sesuatu hadis itu.

Pendapat yang lain mengatakan bahawa isnad sama makna dengan sanad.

8. المسند  al-musnid dibaca dengan baris bawah nun (ن ) iaitu mereka yang meriwayatkan hadis dengan menyebutkan sanadnya.

9. المسند al-musnad dibaca dengan baris diatas nun (ن) ialah kitab yang menghimpunkan di dalamnya hadis yang diriwayat oleh seorang sahabat Nabi atau lebih dari itu, seperti Musnad Imam Ahmad b Hambal dan musnad juga dikatakan sanad, dan juag dikatakan jenis-jenis hadis.

10. المحدث al-Muhdis ialah mereka yang menghafal banyak hadis dan mereka mengetahui adil perawi dan tidak adilnya.

Yang dikehendaki adil di sini ialah adil riwayat bukan adil pada menjadi saksi.

11. الحافظ al-Hafiz ialah mereka yang menhafal seratus ribu hadis dengan sanadnya sekali.

12. الحجة al-Hujah ialah mereka yang menghafal tiga ratus ribu hadis dengan sanadnya sekali.

13. الحاكم  al-Hakim ialah mereka yang menguasi sunah.


Responses

  1. Assalamu’alaikum ustaz,

    saya ingin link kan laman blog ini ke http://jomfaham.blogspot.com

    Dan ingin juga meminta kebenaran untuk mengambil artikel dari laman blog ini.

    Terima kasih ustaz.

    • الحمد لله terima kasih kerana sudi menyebarkan artikel dalam blog ini semuga kita mendapat balasan kebajikan dengan apa yang kita kerjakan. saya izinkan

  2. nak tanya macam mana sekiranya kita ingin mengikut pendekatan yang ditakhrij oleh NASARUDIN ALBANI adakah digalakan atau tidak ?

    • Tidak digalakkan

  3. dan apakah kelemahan yang terdapat pada ALBANI tentang takhrij suatu Hadis ?

  4. assalamualaikum apakah boleh beramal dgn amalan yang diberi oleh nabi saw dalam mimpi apakah dalilnya dan hujah ulamak ?


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: