Posted by: almalakawi | 10 Ogos 2009

Bahagian ke empat Syarah Matan Ummul-Barahin متن أم البراهين

Bahagian ke tiga (klik disini)

Sifat الله تعالى yang wajib diketahui 

فَمِمَّا يَجِبُ لِمَوْلاَنَا جَلَّ وَعَزَّ عِشْرُوْنَ صِفَةً                       

Ertinya maka sebahagian sifat yang wajib bagi Tuhan kita جل وعز  dua puluh sifat.

          Maksud perbahasan pengarang adalah sifat kesempurnan yang wajib pada akal bagi تعالى الله tidak terhinga banyaknya tetapi syarak mewajibkan kita mengetahui dua puluh sifat supaya dengan dua puluh sifat itu kita dapat mengenal Tuhan pencipta sekelian alam ini.

Setelah menkaji dari sumber hukum yang mutawatir maka ulama’ mendapati untuk mengenal Allah mestilah mengetahui dua puluh sifat atau tiga belas sifat atas satu pendapat, sekiranya seorang itu tidak mengetahui kadar yang tersebut atau tahu tetapi kurang maka dia tidak akan mengenal Allah.

Sifat yang pertama wajib bagi الله تعالى  

 Wujud  الوجود  ertinya ada. Tiap-tiap mukalaf diwajibkan mempercayai bahawa الله itu memang ada dengan ketiadan syak dan ragu, ada تعالى الله tidak dengan sebab ada yang menjadikanNya, dan adaNya berbeza dengan ada kita, إن شاء الله تعالى kita akan bahaskannya apabila sampai pada tempatnya.

          Mustahil تعالى الله tiada (الْعَدَم) iaitu lawan bagi ada الوجود) ) ertinya ketiadan تعالى الله tidak boleh diterima pada akal. 

Dalil wujud

Firman تعالى الله di dalam surah Al-Baqarah ayat 164

 albakarah 164 dalil wujud 

 

          Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang الله turunkan dari langit lalu الله hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa الله) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan ada الله, keesaanNya, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.

Dalil akal bagi Wujud:     

وَاَمَّا بُرْهَانُ وُجُوْدِهِ تَعَالَى فَحُدُوْثُ الْعَلَمِ ِلأَنَّهُ لَوْ لَمْ يَكُنْ لَهُ مُحْدِثٌ بَلْ حَدَثَ بِنَفْسِهِ لَزِمَ أَنْ يَكُوْنَ أَحَدُ اْلاَمْرَيْنِ الْمُتَسَاوِيَيْنِ مُسَاوِيًا لِصَاحِبِهِ رَاجِحًا عَلَيْهِ بِلاَ سَبَبٍ وَهُوَ مُحَالٌ وَدَلِيْلُ حُدُوْثِ الْعَالَمِ مُلاَزَمَتُهُ ِللأَعْرَاضِ الْحَادِثَةِ مِنْ حَرَكَةٍ وَسُكُوْنٍ وَغَيْرِهِمَا وَمُلاَزِمُ الْحَادِثِ حَادِثٌ وَدَلِيْلُ حُدُوْثِ اْلأَعْرَاضِ مُشَاهَدَةُ تَغَيُّرِهَا مِنْ عَدَمٍ إِلَى وُجُوْدٍ وَمِنْ وُجُوْدٍ إِلَى عَدَمٍ

Maksudnya adapun tanda atau dalil ada الله, baru alam ini, kerana jika ada alam tiada yang membaru ( tiada yang menjadikannya) tetapi ia terjadi dengan sendiri nescaya berlaku salah satu dua keadan (ada dan tiada) yang bersamaan keduanya pada hal kuat sebelah ada ( ada alam ini dengan kita lihat) dengan ketiadan sebab (ketiadan yang menjadi) ini adalah mustahil. Adanya sifat-sifat baru pada alam ini seperti begerak, diam dan lainnya menjadi dalil baru alam ini. Tiap-tiap suatu yang bersifat dengan baru nescaya baru. Dalil adanya sifat-sifat baru pada alam ini dengan kita lihat ada perubahan tiap-tiap suatu daripada tiada kepada ada dan daripada ada kepada tiada.

          Maka ada alam ini jadi tanda adanya Tuhan, kerana tiada terfikir / tidak boleh diterima pada akal bahawa alam ini  terjadi dengan sendirinya.

            Dengan lain perkatan dalil ada الله ialah ada alam ini kerana tidak tersembunyi pada tiap-tiap orang yang berakal, bahawa langit, bumi dan tiap-tiap suatu yang ada di antara keduanya adalah jirim yang bersifat dengan sifat-sifat yang baru, seperti gerak, diam dan lainnya; kerana dapat kita lihat perubahannya daripada ada kepada tiada dan daripada tiada kepada ada. Gerak atau diam adalah pekara yang mesti ada pada jirim, apabila kita sabitkan (tetapkan) baru sifat yang ada pada jirim maka tetaplah baru jirim, dengan itu wajib ada penciptanya kerana alam ini jika ia terjadi dengan sendirinya nescaya berhipun dua yang brlawanan (ada dan tiada). Keterangannya; ada alam dan tiadanya bersamaan pada timbangan akal, apabila tetap ada dengan kita lihat ternafi tiada, tidak sah ia ada dengan sendirinya dengan tiada yang mengadakan yakni tidak sah ada alam ini dengan tiada penjadi.

Bahagian yang ke lima


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: