Posted by: almalakawi | 10 Ogos 2009

Bahagian ketiga Syarah Matan Ummul-Barahin متن أم البراهين

Bahagian kedua (klik disina)

Pekara yang wajib atas mukalaf

وَيَجِبُ عَلَى كُلِّ مُكَلَّفٍ شَرْعًا أَنْ يَعْرِفَ مَا يَجِبُ فِي حَقِّ مَوْلاَنَا جَلَّ وَعَزَّ وَمَا يَسْتَحِيلُ وَمَا يَجُوزُ وَكَذَ يَجِبُ عَلَيْهِ أَنْ يَعْرِفَ مِثْلَ ذلِكَ فِي حَقِّ الرُّسُلِ عَلَيْهِمُ الصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ

Syarak mewajibkan / memfardukan / melazimkan tiap-tiap mukalaf bahawa mengetahui perkara yang wajib, mustahil, dan harus pada hak  الله dan segala rasulnya  عليهم الصلاة والسلام 

Wajib terbahagi dua

  1. Wajib syarak; suatu pekara yang disuruh oleh syarak dengan suruh yang putus apabila dibuat dapat pahala dan jika ditingalkan berdosa
  2.  Wajib akal; seperti mana yang telah diterangkan di atas;فالواجب ما لا يتصو في العقل عدمه  maka wajib itu barang yang tidak boleh diterima pada akal tiadanya.

Siapakah yang dikatakan mukallaf ?

Mukallaf ialah mereka yang baligh, berakal, sejahtera salah satu daripada pendengar atau pelihat, dan sampai dakwah rasul yang ditentukan  kepada mereka.

Difaham daripada takrif di atas tidak dikira mukalaf kanak-kanak jika mumaiz sekalipun, orang gila, mereka yang tiada pendengar dan pelihat., dan mereka yang tiada sampai dakwah rasul yang ditentu kepada mereka. Pendapat yang sahih mengatakan orang-orang yang tidak sampai seruan rasul yang diutus kepada mereka terlepas dari api neraka walaupun mereka beramal dengan ajaran rasul terdahulu yang telah diubah atau mereka menyembah berhala.

Dikehendaki dengan mukalaf di sini jin dan manusia maka jadi mukalaf jin daripada mula jadinya dan jadi mukalaf kanak-kanak dengan salah satu daripada tiga pekara pertama keluar mani dengan bermimpi atau lainnya setelah cukup umurnya sembilan tahun. Kedua dengan sempurna umurnya lima belas tahun, kedua alamat ini bersekutu antara kanak-kanak lelaki dan perempuan dan ditambah satu alamat lagi bagi kanak-kanak perempuan iaitu kedatangan haid setelah umurnya cukup sembilan tahun.

Peringatan pertama

Wajib atas wali, penjaga kanak-kanak dan suami mengajar orang yang dibawah jagaan mereka akan perkara yang wajib, mustahil, dan harus pada akal bagi تعالى الله dan segala rasulnya.

Peringatan yang kedua

Telah berkata ulamak “haram belajar ilmu usulludin daripada orang yang tiada mahir ilmunya dan tidak mengambil dari gurunya”. Setengah daripada mereka itu orang-orang berpegang dengan ayat al-Quran dan hadis yang kesamaran dengan tidak membawa datang dalil naqli (al-Quran dan hadis) yang putus lagi nyata dan akal yang sempurna tetapi mengambil mereka dengan zahir ayat yang kesemaran maka jatuh mereka itu di dalam laut kekufuran, jadi seset mereka itu dan menyesatkan orang awam.

Bahagian ke empat (klik di sini)


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: