Posted by: almalakawi | 11 Ogos 2009

Bahagian ke lima Syarah Matan Ummul-Barahin متن أم البراهين

Bahagian yang ke empat

Sifat yang kedua wajib bagi الله تعالى  

Qidam (القدم) ertinya sedia maksudnya ada الله تعالى tiada permulaan yakni tidak menerima akal kita ada permulaan bagiNya.

          Mustahil الله تعالى baharu ertinya ada permulaan yakni adaNya berkehendak kepada penjadi. Apabila ada dalam lintasan hati sesorang bertanya siapa yang menjabi الله تعالى maka ikut lah seperti mana yang telah diajar oleh nabi di dalam sebuah riwayat

حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَ يَزَالُ النَّاسُ يَتَسَاءَلُونَ حَتَّى يُقَالَ هَذَا خَلَقَ اللَّهُ الْخَلْقَ فَمَنْ خَلَقَ اللَّهَ فَمَنْ وَجَدَ مِنْ ذَلِكَ شَيْئًا فَلْيَقُلْ آمَنْتُ بِاللَّهِ  

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah رضي الله عنه katanya: Rasulullah الرسل الله عليهم الصلاة والسلام bersabda: Manusia masih lagi tertanya-tanya, sehinggalah dikatakan bahawa تعالى الله telah menciptakan makhluk, lalu mereka bertanya siapakah yang menciptakan تعالى الله sesiapa yang mendapati perkara tersebut ada di dalam hatinya maka hendaklah dia mengucapkan: آمَنْتُ بِاللَّهِ ertinya aku beriman kepada الله تعالى.

Dalil Qidam

Firman الله di dalam surah Al-Hadiid ayat 3

dalil Qidam

 Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Peringatan

          Ada kita dan alam ini iaitu ada permulaan. Walaupun ada langit, bumi dan lainnya tidak kita lihat permulaannya tetapi kita boleh ketahui kesemua itu ada permulaan dengen kita lihat sifat-sifatnya, iaitu sama dengen sifat kita seperti bergerak, diam, berjisim dan sebagainya yang menunjuk semua itu sama dengen kita. Apabila kita ketahui ada permulaan bagi kita, maka demikian juga ada permulaan benda yang sama sifatnya dengen kita.

          Begerak adalah sifat baharu sebab itu kita tidak boleh kata tuhan turun, tuhan datang, dan sebagainya. Sebab itu ditakwil dengan turun rahmatnya, turun pesuruhnya atau lain.

Dalil akal wajib تعالى الله bersifat Qidam:

وَأَمَا بُرْهَانُ وُجُوبِ الْقِدَمِ لَهُ تَعَلَى فَِلأَنَّهُ لَوْ لَمْ يَكُنْ قَدِيمًا لَكَانَ حَادِثًا فَيَفْتَقِرُ اِلَى مُحْدِثٍ فَيَلْزَمُ الدَّوْرُ أَوِ التَّسَلْسُلُ     

Dalil تعالى الله wajib bersifat Qidam ialah jika dibuat andaian الله تعالى ada permulaan pada ketika itu dia baru dan jikalau الله تعالى baru nescaya berkehendak kepada yang membaruiNya yakni yang menjadikanNya, yang demikian itu sudah pasti berlaku dua keadan:

          1. Daur (الدور) ertinya berpusing antara dua penjadi atau lebih.

Makna daur:

تَوَقُّفُ شَيْءٍ عَلَى شَيْءٍ يَتَوَكَفُ عَلَيْهِ إِمَّا بِمَرْتَبَتَيْنِ أَوْ مَرَاتِبٍ

Terhenti ada suatu atas suatu yang lain, dan ada suatu yang lain terhenti ia atasnya (suatu yang pertama) sama ada dua mertabat atau beberapa mertabat.

          Maksudnya ada tuhan berhajat kepada tuhan yang lain supaya menjadikannya, padahal tuhan yang menjadi berhajat kepada yang kena jadi supaya menjadikannya samaada pekara ini berpusing antara dua tuhan atau beberapa tuhan.

          Contoh bagi dua mertabat seperti Zaid menjadikan Umar dan Umar menjadikan Zaid maka yang demikian itu terdahulu Zaid pada ketika dia menjadikan Umar dan dia terkemudiannya pada ketika Umar menjadikannya; begitu juga dengan Umar terkemudiannya pada ketika Zaid menjadikannya dan terdahulunya pada ketika dia menjadikan Zaid, maka berhimpun terdahulu dan terkemudian dalam satu masa pada keduanya yang membawa kepada mustahil.

          Contoh beberapa mertabat seperti Zaid menjadikan Umar sementara Umar menjadikan Bakar dan Bakar menjadikan Zaid. Seperti diatas penjelasan bagaimana boleh jadi mustahil.

          2. Tasalsul (التَّسلسل) ertinya berantaiyan/berrentetan. Makna tasalsul: تَرْتِبُ أُمُورِ غَيْرُ مُتَنَاهِيَةٍ  teratur beberapa perkerjan yang tiada berkesudahan yakni berkehendak ada suatu kepada yang menjadikan hinga tiada kesudahan, maka yang demikian mustahil kerana membawa kepada tiada tuhan, kerana ketiadan diketahui asal tuhan yang menjadi. Contoh tasalsul seperti Zaid dijadikan oleh Omar sementara Omar dijadikan oleh bakar kemudian bakar pula dijadikan oleh Hamdan dan dijadikan… dan dijadikan… dan dijadikan… sehinga tiada kesudahan. Ini membawa ketiadan diketahui siapa yang sebenar penjadi.

          Apabila mustahil daur (الدَوْرُ) dan tasalsul (التَّسَلْسُلُ) maka tetaplah bersifat الله تعالى dengan Qidam kerana tiada ada lain daripada dua ini yang boleh kita buat andaian adanya permulaan bagi الله .


Responses

  1. E -Book terbaru percuma Meniti Kesempurnaan Iman oleh Habib Munzir al-Musawa – Majelis Rasulullah

    Klik untuk download : http://pondokhabib.files.wordpress.com/2009/08/meniti_kesempurnaan_iman.pdf


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: