Posted by: almalakawi | 11 Ogos 2009

Bahagian khabar ahad menurut kuat atau lemahnya.

Khabar ahad ada yang mashur, dan aziz, dan garib dan ianya terrbahagi kepada dua:

1. yang diterima dibuat hujah.

2. yang ditolak yakni yang tidak boleh dibuat hujah.

Hadis ahad terbahgi kepada tiga mengikut dua kategori tadi: Sahih/ الصحيح, hasan/ الحسن dan daif/ الضعيف.

Bahagian hadis yang diterima buat hujah ada dua iaitu sahih dan hasan.

Setiap keduanya terbahagi kepada dua iaitu lizati dan ligari.

1. Al-Sahih lizatihi الصحيح لذاته ialah hadis sahih dengan sendiri yakni tidak bekehendak kepada hadis yang lain mensahihkannya.

2. Al-Hasan lizatihi  الحسن لذاته hadis hasan dengan sendiri yakni tidak bekehendak kepada hadis yang lain menyatakan bahawa ia hadis yang hasan

3. Al-Sahih ligairihi  الصحيح لغيره hadis sahih yang berhajat kepada hadis yang lain untuk menyatakan bahawa ia sahih.

4. Al-Hasan ligarih  الحسن لغيره hadis hasan yang berhajat kepada hadis yang lain untuk menyatakan bahawa ia hasan.


Responses

  1. minta tolong ustaz yang hensom bagi satu contoh yang hadis ahad diguna pakai sebagai hujjah dalam fekah. wlaahuaalam. tk wslm

  2. Terima kasih Ust. Mashadi Masyuti:
    Contoh:
    لولا أن أشق على أمتي لأمرتهم بالسواك عند كل صلاة
    Hadis ini menjadi hujah bagi ulama usul fiqah dengan kata mereka:
    الأصل فى الأمر للوجوب إلا ما دل الدليل على خلافه


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: