Posted by: almalakawi | 13 Ogos 2009

اليقين لايزال بالشك Qadah al-yakin la uzalu bi syaki

Qaidah kedua: Suatu yang telah diyakini, ianya tidak akan hilang apabila kedatangan syak.

Syarah: Apabila berlaku syak, kita hendak ambil yang yakin.

Contoh:

  • Seorang yang syak didalam sembahyang, adakah dia telah sembahyang tiga rakaat atau empat, maka yang diambil kira tiga kerana tiga adalah yakin, sedangkan empat adalah syak.
  • Seorang yang syak adakah dia telah berwudu atau tidak, maka yang dikira adalah belum berwudu kerana ini yang yakin.
  • Seoarang yang yakin telah berwudu dan syak adakah telah batal wudunya atau tidak maka yang diambil kira, dia masih ada wudu, kerana batal wudu ialah syak.

Masuk dibawah qaidah ini beberapa qaidah yang lain.

    إن ما ثبت بيقين لا يرتفع إلا بيقين 

Suatu yang telah diyakini, ianya tidak akan hilang melainkan dengan suatu yang diyakini.

Contoh:

  • Seperti yakin ada wuduk, ia tidak batal melainkan denga yakin berlaku suatu yang membatalkannya.

  الاصل بقاء ما كان على ما كان

Asal suatu ialah kekal atas keadaannya yang ia ada.

Contoh:

  • Seorang yang makan sahur pada akhir malam dan dia syak adakah telah terbit fajar (sudah masuk waktu subuh) atau belum, sah puasanya, kerana asal kekal malam.
  • Seorang yang berbuka dengan ketidaan ijtihad dan dia syak adakah telah terbenam matahari atau belum, puasanya tidak sah, kerana asal masih kekal siang

  الأصل براءة الذمة

Asal suatu ialah terlepas dari tuntutan.

Contoh:

  • Seorang becakap dengan kawan yang ingin berhutang kepadanya “aku jadikan barang ini milik engkau dengan bahawa engkau ganti semula, kemudian berlaku perselisihan antara keduanya adakah sebut engkau ganti semula atau tidak maka yang dikira perkataan orang yang mengambil kerana asal terlepas dari tuntutan.
  • Seorang penjenayah berkata “setakat ini sahaja aku lukakan kepala engkau” dan berkata orang yang dilukakan “ tidak bahkan dua tempat dan aku yang koyakkan kulit antara keduanya maka perkataan yang diterima ialah perkataan penjenayah kerana asal lepas dari tuntutan.

  من شك هل فعل شيئا او لا فالأصل أنه لم يفعله

Barang siapa yang syak adakah dia telah memperbuat suatu atau tidak maka yang dikira asal iaitu dia tidak memperbuatnya.

  • Orang yang lupa dan syak adakah telah sujud sahwi atau tidak, hendaklah dia sujud kerana asal dia tidak memperbuatnya lagi.
  • Seorang yang syak adakah dia ada memperbuat sunat aba’d atau tidak, hendaklah dia sujud sahwi kerana asal dia tidak memperbuatnya.

  من تيقن الفعل وشك فى القليل أوالكثير حمل على القليل لأنه المتيقن

ertinya: barang siapa telah yakin memperbuat suatu dan syak adakah yang telah diperbuat itu sedikit atau banyak, nescaya dikira sedikit, kerana sedikit itu lah yang diyakini.

Contoh:

  • Seorang yang syak adakah dia telah basuh dua kali atau tiga kali pada mengambil wuduk, hendaklah dia mengira dua kali kerana dua diyakini sedangkan tiga disyaki.

  الأصل فى الأشيياء الإباحة حتى يدل الدليل على التحريم

Asal pada setiap suatu adalah harus melainkan ada dalil yang menunjukkan haramnya.

Ini disisi mazhab kita Syafie adapun disisi mazhab hanafi:

الأصل فى الأشيياء التحريم حتى يدل الدليل على الإباحة

Asal pada setiap suatu adalah haram melainka ada dalil menunjukkan harusnya.

Contoh:

  • Binatang yang kesamaran keadannya sama ada boleh dimakan atau tidak, padanya ada dua pendapat, pedapat yang terlebih sahih hukumnya halal seperti yang dikata oleh Imim Rafie.

  الأصل فى الابضاع التحريم

Asal pada kemaluan perempuan adalah haram.

Contoh:

  • Seorang mewakilkan seorang yang lain supaya membeli hamba perempua yang telah disifatkan, setelah wakil membelinya dan dia mati sebelum sempat menyerahkan hamba itu kepada orang yang mewakilkan, maka orang yang mewakilkan tidak boleh mewati hamba itu kerana bekemungkinan wakil beli untuk dirinya, melainkan dia yakin bahawa hamba perempuan itu dibeli untuknya.

 

  الأصل فى الكلام الحقيقة

Asal pada ucapan diguna makna sebenar tidak makna majas.

Contoh:

  • Sekiranya seorang mewakafkan sesuatu untuk anaknya (ابن) atau diwasitkan bagi mereka maka tidak termasuk dalam kata anak (ابن) itu cucu (ابن الابن)  kerana hakika pada perkatan anak (ابن) ialah anak betul.

  الأصل العدم

Asal suatu itu, iaitu tidak ada.

Contoh:

  • Isteri minta fasah (cerai tidak dengan talak) kerana aib pada suami iaitu tidak bangkit zakar, setelah ditanguh oleh kadi selama setahun suami mendakwa dia telah wati (bersetubuh) sedankan isteri menafinya (mengatakan suami tidak wati) maka kadi hendaklah menhukum tidak wati kerana asal ketiadan wati. Hukum lebih lanjut lihat kitab fekah.

  الأصل فى كل حادث تقديره بأقرب زمنه

Asal pada tiap-tiap yang baru berlaku dikira pada masa yang paling hampir.

Contoh:

  • Seorang yang telah berwudu melihat ada suatu yang menegah sampai air pada angota wudu seperti cat, kemudian di syak adakah cat itu terkena sebelum berwudu atau setelah berwudu, maka sah wudunya kerana dikira masa yang hampir iaitu cat itu terkena setelah berwudu.

Responses

  1. salam ustaz,kemusykilan saya,”seorang yang bangun dari tidur,kemudian mendapati seluar dalamnya basah dan setelah di amati betul-betul,memang yakin tiada mimpi junub dan tiada melekit pada kemaluannya.jadi dia syak sama ada yang keluar itu adalah air wadi atau air mani dan keadaan tersebut berlaku secara kerap seperti sehari sekali atau pun dua tiga hari sekali.”soalan saya ustaz,bolehkah dikira dia tidak berjunub sebab asalnya dia suci dan keluar mani itu adalah syak semata-mata dan lembapan yang ada pada seluar dalamnya juga tidak seperti lembapan keluarnya mani pada kebiasaannya kerana tiada lekit dan tiada apa-apa mimpi.

    • masalah orang yang syak pada suatu yang keluar adakah mani atau wadi seperti orang yang terjaga dari tidur dan didapati ada suatu yang putih lagi melekit maka hendaklah dia memilih antara dua perkara itu samaada dia memilih wadi maka wajib basuh, kerana najis atau memilih mani maka wajib mandi. jika dia telah memilih salah suatu maka harus dia ruju’ dan memilih yang satu lagi, maka hendaklah dia mengamalkan dengan hukum pilihan yang kedua pada masa yang telah lalu dan masa lagi akan datang. والله اعلم

  2. maaf ustaz,blh jelaskan dgn lebih jelas maksud “jika dia telah memilih salah suatu maka harus dia ruju’ dan memilih yang satu lagi, maka hendaklah dia mengamalkan dengan hukum pilihan yang kedua pada masa yang telah lalu dan masa lagi akan datang.”saya tak dapat nak faham ustaz.tolong ye ustaz,syukran…….

    • misalnya dia pilih air mazi maka dia basuh kain dan kemaluan, dan setelah bersuci dia pun sembahyang kemudian dia tukar pilihannya dengan mengambil air mani pula maka dia wajib mandi janabah dan pada ketika itu dia wajib ulang sembahyangnya yang telah dia sembahyang kan tadi.

  3. syukran ustaz…….


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: