Posted by: almalakawi | 13 Ogos 2009

Bahagian ke enam Syarah Matan Ummul-Barahin متن أم البراهين

Sifat yang ketiga wajib bagi الله تعالى

Baqa’ (البَقاء) ertinya kekal yakni tiada kesudahan wujud الله maksudnya akal kita tidak dapat menerima تعالى الله akan binasa atau ada kesudahan. Mustahil الله binasa (طٌرُوُّ الْعَدَمِ) ertinya kedatangan tiada.

Makhluk ciptan تعالى الله akan binasa kecuali yang tidak dibinasa oleh تعالى الله pada ketika tiupan itu, seperti roh.

Kekalnya pekara-pekara yang dikecuali oleh تعالى الله daripada binasa adalah kekal yang baru yakni تعالى الله mengekal perkara itu sedangkan ia tergulung dalam pekara yang boleh binasa.  

Dalil Baqa’

Dalil waji الله bersifat dengan Baqa’ firman الله yanng telah lalu sebut pada Qidam dan dalil yang lain firman الله di dalam surah Al-Rahmaan ayat 26 dan 27

dalil baqa Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.

Dalil akal bagi Baqa’

وَأَمَّا بُرْهَانُ وُجُوْبِ الْبَقَاءِ لَهُ تَعَالَي فَلأَِنَهُ لَوْ أَمْكَنَ أَنْ يَلْحِقَهُ الْعَدَمُ لاَنْتَفَى عَنْهُ الْقِدَمُ لِكَوْنِ وُجُوْدِهِ حِيْنَئِذٍ جَائِزًا لاَوَاجِبًا وَالْجَائَزُ لاَيَكُوْنُ وُجُوْدُهُ إِلاَّ حَادِثًا كَيْفَ قَدْ سَبَقَ قَرِيْبًا وُجُوْبُ قِدَمِهِ تَعَالَى وَبَقَائِهِ   

  الله wajib bersifat dengan kekal dalilnya adalah jika diandaikan الله binasa nescaya ternafi/tertolak الله bersifat dengan Qidam kerana wujudNya pada ketika itu harus, tidak wujud yang wajib, maka tiap-tiap yang harus tidak dapat tidak berhajat kepada penjadi, bagaimana boleh kita terfikir pekara ini sedangkan kita mengatahui baru sebentar dalil الله bersifat dengan Qidam ( القدم) .

          Keterangan: apabila kita andaikan تعالى الله binasa nescaya Dia baru, tiap-tiap yang baru mesti ada permulaan maka ia berhajat kepada penjadi pada ketika itu berlaku daur atau tasalsul, telah lalu perbahasan keduanya.


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: