Posted by: almalakawi | 14 Ogos 2009

Bahagian ke tujuh Syarah Matan Ummul-Barahin متن أم البراهين

Sifat yang keempat wajib bagi الله تعالى

 Mukhalafatuhu ta’ala lilhawadits,  (مُخَالَفَتُهُ تَعَالَى لِلْحَوَادِثِ) Tidak menyerupai تعالى الله dengan segala yang baru pada zatNya, sifatNya, dan perbuatanNya samaada segala yang baru itu sudah ada ataupun belum ada.

          Tempat bersalahan Zat تعالى الله dengan segala yang baru  ialah ZatNya bukan daripada jirim, tidak sekali-kali ZatNya berdarah, berdaging dan bertulang, bukan تعالى الله itu cecair, bukan tumbuhan, Zat تعالى الله  tidak berpehak seperti ada bagiNya kanan dan kiri, tida duduk di mana-mana pehak seperti di atas a’ras (العرش), dia tidak di dalam tempat, dan dia tidak terlibat dengan masa.

          Tempat bersalahan sifat tuhan dengan segala sifat yang baru adalah tidak bersamaan pada tempat pertambatan kerana pertambatan sifat yang baru pada setengah pekara sedangkan sifat tuhan bertambatan kepada sekelian seperti pendengar tuhan boleh mendengar sekelian yang ada samaada yang bersuara atau tidak semantara pendengar suatu yang baru seperti kita mendengar hanya pekara yang mengeluarkan suara sahaja.

          Tempat bersalahan perbuatan تعالى الله dengan perbuatan yang baru  adalah perbuatan تعالى الله memberi bekas bersalahan perbuatan yang baru, perbuatan تعالى الله tidak berkehendak kepada alat-perkakas, tidak berhajat kepada pembantu, تعالى الله tidak mengambil faidah dari perbuatanNya, dan perbuatan تعالى الله  tiada yang sia-sia.   

وَالْمُمَاثَلَةُ لِلْحَوَادِثِ بِأَنْ يَكُونَ جِرْمًا أَيْ تَأْخُذُ ذَاتُهُ الْعَلِيَّةُ قَدْرًا مِنَ الْفَرَاغِ أَوْ يَكُونَ عَرَضًا يَقُوْمُ بِالْجِرْمِ أَوْ يَكُوْنَ فِيْ جِهَةٍ لِلْجِرْمِ أَوْ لَهُ هُوَ جِهَةٌ أَوْ يَتَقَيَّدَ بِمَكَانٍ أَوْ زَمَانٍ أَوْ يَتَّصِفَ ذَاتُهُ الْعَلِيَّةُ بِالْحَوَادِثِ أَوْ يَتَّصِفَ بِالصِّغَرِ أَوِ الْكِبَرِ أَوْ يَتَّصِفَ بِالأَغْرَاضِ فِي الأَفْعَالِ أَوْ الأَحْكَامِ 

Mustahil تعالى الله menyerupai dengan segala yang baru (yang kena jadi). Telah menyebut pengarang sepuluh pekara mystahil تعالى الله menyerupai dengan yang baru

  1. Dengan bahawa تعالى الله berjirim yang berkehendak kepada lapang.
  2.  تعالى الله sifat yang ada pada jirim.
  3. تعالى الله berada dipehak bagi jirim.
  4. Bahawa zat تعالى الله berpihak yakni zatnya ada kiri, kanan, atas, bawah, hadapan dan belakang.
  5. تعالى الله bertempat seperti duduk di dalam alam, di luarnya, atau تعالى الله duduk di atas Aras.
  6. Bahawa تعالى الله terlibat dengan masa
  7. تعالى الله bersifat dengan segala sifat yang baru, seperti turun.
  8. Zat تعالى الله kecil
  9. Zat تعالى الله besar

10. تعالى الله bersifat mengambil faidah pada segala perbuatan dan hukumNya.

Maka sekelian ini mustahil kerana jika الله bersifat dengan sifat yang baru jadilah dia baru, apabila Dia bersifat dengan sifat baru nescaya Dia berhajat kepada penjadi.

Dalil Mukhalafatuhu ta’ala lilhawadits

مُخَالَفَتُهُ تَعَالَى لِلْحَوَادِثِ 

Firmannya تعالى الله  yang menunjukkan Dia tidak bersaman dengan yang baru di dalam surah Asy-syuura ayat 11 

dalil mukhalafa 1

Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (zat تعالى الله, sifat-sifatnya, dan pentadbirannya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

Firmannya di dalam surah Al-Ikhlas ayat 4

dalil mukhalafa 2 

“Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengaNya”.

Dalil akal wajib تعالى الله  bersifat dengan Mukhalafatuhu ta’ala lilhawadits

أَمَّا بُرْهَانُ وُجُوبِ مُخَالَفَتِهِ تَعَالَى لِلْحَوَادِثِ فَِلأَنَّهُ لَوْ مَاثَلَ شَيْئًا مِنْهَا لَكَانَ حَادِثًا مِثْلَهَا وَذَلِكَ مُحَالٌ لِمَا عَرَفْتَ قَبْلُ مِنْ وُجُوبِ قِدَمِهِ تَعَالَى وَبَقَائِهِ

Adapun dalil akal wajib تعالى الله tidak menyerupai yang baru iaitu jika dibuat andaian bersaman تعالى الله dengan yang baru tetap Dia baru yang demikian itu mustahil seperti mana yang telah engkau ketahui sebelum ini bahawa wajib تعالى الله bersifat Qidam (tiada permulaan) dan Baqa’ (tiada kesudahan).


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: