Posted by: almalakawi | 18 Ogos 2009

Qaedah yang ke tiga al-masyakah tajlibu taisir

القاعدة الثالثة

المشقة تجلب التيسير

Kepayahan itu menarik kepada kemudahan.

Semakna dengan qadah ini al-amru iza daqa ittasa (الأمر إذا ضاق اتسع)   suatu pekerjan itu apbila sempit, jadi luas.

Contoh:

  • Seorang yang tidak kuasa (bersangatan payah) berdiri pada sembahyang fardhu, adalah harus baginya duduk, begitu juga, jika dia susah hendak duduk, maka dia harus sembahyang berbaring.

Peringatan: Tidak kuasa yang dikehendaki disini ialah mereka yang tidak kuasa berdiri dengan sendiri, atau tidak kuasa berdiri dengan bantuan orang lain, adapun orng yang tidak kuasa berdiri tetapi ada orang yang menolong memegangnya, sama ada percuma atau dengan upah, wajib dia berdiri dengan bantuan orang lain, dengan syarat upah itu lebih daripada nafkah yang mewajibkan zakat fitrah dan dengan syarat titak bersangatan kepayahan untuk berdiri.

  • Seorang yang tak boleh menguna air untuk berwudu atau mandi wajib, harus baginya bertayamum.

أسباب التخفيف فى العبادات وغيرها سبعة

Sebab-sebab keringanan pada ibadat dan lainnya ada tujuh:

  • Bermusafir (السفر). Berkata Imam Nawawi “kemudahan syarak pada bermusafir ada lapan”. Sebahagiannya:
  • Kemudahan syarak yang tertentu dengan sebab jauh perjalanan, ada tiga iaitu harus mengkasarkan (memendekkan) sembahyang, diharuskan berbuka puasa, dan menyapu khof (setokin kulit) lebih dari satu hari.
  • Kemudahan syarak yang tidak tertentu dengan jauh perjalanan,  ada dua iaitu harus meningalkan sembahyang jumat dan makan bangkai ketika darurat.
  • Kemudahan syarak yang terdapat khilaf ulama’ adakah disyaratkan jauh perjalanan atau tidak. Menurut pendapat yang Asoh, disyaratkan jauh perjalanan iaitu jamak sembahyang.
  • Kemudahan syarak yang terdapat khilaf ulama’ adakah disyaratkan jauh perjalanan atau tidak. Menurut pendapat yang asoh, tidak disyaratkan jauh perjalanan, iaitu sembahyang sunat diatas kenderaan, dan tidak perlu qada’ sembahya yang disembahyangkan dengan tayamum.
  • Sakit (المرض); kemudahan syarak padanya banyak:
  • Harus bertayamum apabila seorang itu tidak boleh menguna air.
  • Tidak makruh meminta pertolongan supaya menuang air ketika berwudu, atau menolong meratakan air di angota wudu.
  • Sembahyang fardu dalam keadan duduk, berbaring dan dengan isyarat.
  • Harus jamak sembahyang kerana sakit, ini dipilih oleh Imam Nawawi dan sekumpulan ulama’ dan diikuti oleh Subki, Asnawi, dan Bulkini. Yang muktamad dalam Mazhab Syafie tidak harus jamak kerana sakit.
  • Paksaan (الإكراه); dengan sebab dirpaksa, harus minum arak, bercakap perkatan yang membawa kepada kufur, tetapi tidak harus berzina dan membunuh.
  • Lupa (النسيان); buat suatu perkerjaan yang menyalahi hukum dengan lupa mengugurkan dosa, seperti jimak (bersetubuh) pada ketika berpuasa ramadan, maka dia tidak wajib kafarah dan tidak batal puasanya.
  • Jahil dengan hukum ( الجهل بالحكم); mengugurkan dosa, seperti seorang yang baharu masuk islam melakukan pekara yang membatalkan sembahyang di dalam sembahyangnya. Syarat jahil boleh dilihat didalam kitab fekah.
  • Payah dan umum bala (العسر وعموم البلوى); yakni payah menjauhkan diri dari suatu dan payah menjaganya, seperti sembahyang serta terkena najis yang dimaafkan, tahi burung yang merata didalam masjid, dan terkena tanah najis di jalan.
  • Kekurangan/ketiadaan sempurna (النقص); seperti kanak-kanak dan perempuan, yang tidak diwajibkan jumat, berjihad, sembahyang berjamah kerana kekurangan yang ada pada mereka.

Responses

  1. Saya ade seorang kawan yg tinggal di U. Kingdom bertanya mengenai bagaimana dgn hukum wudhu’ yang disapu pd stokin,atas alasan sejuk,akan tetapi bukan pd khuf..Boleh Sheikh jelaskan dan selesaikan masalah ini..wallahua’lam.

    • Menurut Mazhab Syafie tidak harus yakni tidak sah beruduk dengan menyapu di atas setikin kerana yang disyaratkan pada mazhab Syafie hendaklah setokin itu dari kulit yang tidak boleh tembus air apibila dituang air di atasnya. tetapi menurut mazhab Hambali dan hanafi harus menyapu setokin yang dibuat dari benang. والله اعلم

  2. الحمد لله…Terima Kasih Ustaz…Namun untuk bertaqlid beramal dengan keharusan menyapu stokin yang dibuat daripada benang, adakah wajib si pulan itu mengamalkannya bermula daripada awal hingga kepada perkara yang membatalkan wudhu’ mengikut Mazhab Hambali dan Hanafi atau sekadar beramal di dalam menyapunya sahaja….

    • Ya. dia mesti mengetahui dan beramal dengan mazhab yang dia taklid itu.

  3. Terima kasih di atasa penjelasan..Jazakumullahu khairan…


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: